Pages

Friday, December 24, 2010

...kehilangan...

hari ni terima 2 berita yang agak mengejutkan
ayah angkat kepada adik meninggal dunia
kerana brain damage and heart attack
al-fatihah buat beliau...
dan tadi jugak
baru perasan message kat inbox
seorang yang saya kenal
hanya melalui blog
telah meninggal dunia

pelik kan??saya tak berapa mengenali beliau
berjumpe dengan beliau pon tak pernah
hanya mengikuti cerita2 beliau
melalui blognya
tapi apabila mendapat berita tentang pemergiannya
air mata membasahi pipi.sebak.tak terkata.sedih
seorang pelajar medic yang disahkan menghidap kanser
menjalani hidupnya dengan penuh tabah.seriously sangat tabah!
sehingga berjaya menjadi seorang doktor
sangat malu,segan dengan beliau
diri yang sihat ini
andai ditimpa ujian yang sedikit
sudah ada rasa putus asa,give up

sepupu beliau,yang juga junior saya bercerita
proses pengebumian beliau berjalan dengan lancar
malah Allah permudahkan segalanya
Subhanallah...
Allah nak tunjuk
seseorang yang berbuat baik di dunia
di dunia lagi Allah balas kebaikannya...

dalam usia yang muda
menerima ujian yang begitu berat
namun tidak pernah menyalahkan takdir
tidak pernah menyesali apa yang terjadi
kerana beliau tahu dan yakin
segala perancangan Allah itu adalah yang terbaik
dan ada hikmahnya
dan setiap ujian itu,menunjukkan Allah sayang kepada hambaNya
sekali lagi diri sebak.tertampar dengan kesabaran beliau
al-fatihah buat beliau
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...

~agak sukar melepaskan insan2 yang kita sayang untuk pergi selamanya...namun itulah lumrah alam.setiap yang hidup pasti akan menemui kematian,termasuklah orang yang sedang menulis post ni...muhasabah di pagi jumaat
~syukran jazilan buat sarah yang bagi link beliau.insyaAllah memberi semangat kepada diri untuk meneruskan perjuangan dalam medic hingga ke akhirnya.saya nak jadi tabah macam beliau!!doakan....

0 comments: