Pages

Thursday, May 19, 2011

...warna-warna cinta...

apa warna cinta
bila hidup sengketa
kabur warnanya

cakap pasal cinta,skopnya sangat luas
namun selalu sahaja kita menyempitkan ia dengan cinta manusia
betul,tanpa cinta hidup tak bermakna apa-apa
NAMUN tanpa cinta DIA,cinta tak bermakna apa-apa

cinta membawa sejahtera,aman dan bahagia
andai Allah tidak campakkan rasa cinta hatta 1 particle dalam hati manusia
jiwa merana,maka gelaplah dunia
tiada keamanan,tiada kasih sayang,tiada kedamaian
namun apabila memiliki sekelumit rasa cinta
manusia mudah lupa kepada DIA yang menganugerahkan cinta...

Adam dan Hawa dipertemukan semula atas nama cinta
cinta Allah kepada hambaNya
cinta Pencipta pada ciptaanNya
cinta hakiki cinta sejati.

apabila memiliki cinta sejati
cinta itulah yang akan mewarnai
hati,jiwa dan hidupmu
maka,milikilah cintaNya dahulu
insyaAllah,kamu akan memiliki cinta jua
cinta dia yang hatinya juga mencintai Allah...
insan yang memiliki cintaNya,insan yang paling bahagia
akan terlihat warna cinta yang bahagia itu
pada senyuman dan tangisannya...
sangat indah,umpama pelangi selepas gerimis

sibuk mencari cinta manusia
risau apabila masih lagi tidak bertemu cinta
cuak apabila diri tidak dicintai lagi
TAPI takutlah apabila kita hilang cintaNya
takutlah apabila DIA tidak lagi memandang kita
takutlah apabila kita semakin jauh dengan DIA
saat itu baru mata dapat melihat makna CINTA sebenar
bila tiada,baru tersedar,rupanya cinta ITUlah yang paling berharga...

semoga ALLAH meletakkan rasa cinta kepadaNya dan RasulNya
dalam hati ini
melebihi dari cinta segala-galanya
kerana warna cinta inilah yang ku damba...

warna-warna cinta
yang terlukis dihatimu
semat pada senyum dan tangismu
agar mewarnai jiwamu yang tulus
seperti sang pelangi
selepas gerimis...

~warna-warna cinta,lagu tema blog ini mulai saat ini dan ketika ini.cewah.kredit tu fatin
~huraian isi tersirat dari hati.terpulang kepada hati anda untuk menghurai bagaimana :)

from: iman_insyirah,1700,cairo.

2 comments:

orang yang minta lagu ni dihuraikan~ said...

letak butang like...org nak like

anyway, memang ayat dari hati~

iman_insyirah said...

aaa...
tgk la nti klu rajen org ltk butang like,butang suke,butang baju...