Pages

Thursday, May 31, 2012

...a & a...

"ammar sekarang makin nakal.dia cabut kopiah orang lain"
"ammar ganas laa skang"
"ammar tak macam adam.adam baik je"

ammar,ammar.ammar mursyid dah besar sekarang.macam mane laa rupe dia.dah lama tak tengok.makin nakal ye kamu haha.

"adam,adam buat ape?"
"adam .....tv.."
"owh tengok tv ke.adam makan apa tadi?"
"adam....nasi"
"adik ammar buat apa?"
"adik....tv"
~haha punye pendek jawapan budak neh.simple,ringkas dan padat.

"kaklong,kat sana pukul berapa?"
"pukul 3 petang"
"laa sikitnyee"
"errkkk..."

kat malaysia pukul 9 malam.err boleh ye bandingkan masa?3 dengan 9 memang laa sikit sayang adam harith oiii.haha pandai dia bandingkan nombor sekarang.tak pernah terfikir pon nak banding masa.selalu banding duit je heh

adam & ammar.serius rindu dorang neh.hilang tensyen dengar suara diorang.

~best kan pahang.kan kan kan??dah tahu jalan haruslah lain kali kene datang lagi hehe :D

~asal nak exam je berdebar.asal berdebar je nak exam.dah 3 tahun praktis debaran menunggu hari exam huhu

Friday, May 25, 2012

i feel like...yaa can't say it

touching.
sebak.
sad.
why.
don't know
erm nothing
naa lying eaa
there is something actually
just can't say it.

mind said  :  hey,just take it easy mehh.nothing lorhh.chill beb
liver(should be heart or liver actually??) said   : no!can't take it easy
mind said  :  laa awatnya?
liver said   :  nothing
mind said : okey up to you.
liver/heart said : don't worry,i'll be fine.

at the end,myself stand up and :  syuhhhh owh sadap(shut up) both of you!!bising saje gaduh-gaduh haih....

kan dah diam dua-dua.penat tau berperang dengan diri sendiri -_-

saya rasa saya akan buat ayat english,kalau saya rasa segan nak ekspresikan sesuatu dalam bahasa melayu.not that i feel stupid when i speak malay.no laaa.tapi entah.mungkin rasa macam susah nak cakap ayat tu dalam melayu sebab rasa terlalu direct.so kalau terjemah dalam english tak nampak macam direct.errkk ape neh??!

~thanks for always and always remind me.take.care.

Thursday, May 24, 2012

...tak terkata...

hampir setahun mengikuti perkembangannya dalam diam
dan semalam beliau telah  pergi meninggalkan dunia yang fana selamanya...
tak kenal pon,tak pernah jumpe,tak ada ikatan persaudaraan,tak pernah berborak pun
tapi cerita beliau saya follow,dari mula sampai sekarang
gime me inspiration,make me appreciate all person around me
and knowing her(kak norma),make me banyak muhasabah diri
ada insan yang lagi besar ujiannya dari kita
and much more inspiring,her tough,patient husband.
he make me think that ade je lelaki yang setia,yang menyayangi dan menerima isteri seadanya.
eventhough his wife can't do nothing besides terbaring dan hanya mampu melihat
respect him!
and her son rafiq yang saaangat comel.

http://miera301.blogspot.com/

berjalan-jalan dalam dunia blogger
berjumpa dengan bermacam jenis orang
dan pelbagai cerita kehidupan.
dan setiap yang hidup,pasti akan menemui mati.

semoga arwah ditempatkan di kalangan hambaMu yang beriman.al-fatihah...









Tuesday, May 22, 2012

...pengakhiran bermaksud permulaan...

alhamdulillah,alhamdulillah
selesai 3 praktikal
praktikal pharmacology sahaja yang belum
sebab ingatkan praktikal pharma kene cucuk-cucuk orang,masuk ubat ke apa
tapi praktikal pharma lebih kurang macam written exam jugak
cuma lebih kepada how to prescribe the drug to patient
errr tak boleh ke buat exam praktikal pharma dengan cara berlakon-macam-mana-nak-bagi-ubat-kat-pakcik makcik??
haha sesuka hati je nak ubah format exam

praktikal parasitology
saya rasa head of department sangat baik dengan memberi kami cacing yang senang dikenal pasti.tak keluar nyamuk pon(nyamuk nak kena kenal jantan betina,complicated sikit huhu)
tapi menggelabah (nebes i mean huhu)tetap ada.first station dah ketar tangan nak tulis jawapan.maka haruslah tulisan nya cantik sikit dari tulisan doktor

praktikal microbiology
orang cakap,kalau kita tak suka something tu,tu laa yang kita akan jumpa
and it's true.
mula-mula masuk lab saya jumpa TSI(triple sugar iron)
dia ade 5 test tube yang berwarna warni dengan warna hitam nye dengan high low fermenter laa dengan kena ingat contoh bacteria sekali.
so kureng suka laa dekat TSI neh(padahal yang ditanya 1 test tube pon.bukan semua 5 tu heh)
dan exam praktikal laa exam yang tak sempat nak hilang debaran dah abes dah exam nya
(maksudnya dah habis exam pon tachycardia tak hilang lagi)
nak kata punye laa sekejap je examnya
dan for sure tak sempat nak semak balik jawapan

tapiiiiii berakhirnya sesi praktikal exam,bermaksud bermulanya sesi written dan oral
haruslah kene bersedia menghadapi musim makan tak kenyang,tidur tak lena
dah ready ke??
ingat.study leave,fokus sehabis baik tapi never and ever tinggalkan tanggungjawab.jaga hubungan dengan Allah,jaga hubungan dengan manusia.

note yang ummi kirim sekali dengan kerepek pisang.(err macam mana mug neh boleh posing baik punye depan whiteboard neh?)

if and only if i could see malaysia from here...yaa kamu.tolong yee.jangan banyak termenung time study leave neh.tenung buku tak pe

kalau nak shoot,biar sampai masuk.tak kisah kalau kene shoot 100 kali pon.janji masuk net.tu namanya shoot ada matlamat.sama macam alang-alang nak aim,biar aim yang paling tinggi.even diri tak tinggi mana.janji hidup ada matlamat...errrkk macam tak masuk je perumpamaan dengan falsafah.lantakkan 
(memang tiang netball tinggi ek huhu)

~gambar random.baru perasan takde ambil gambar kat universiti tahun 3 ni kecuali gambar batch.dan memang tak ambil banyak gambar pon tahu ni kecuali time pergi jalan-jalan hari tu.mungkin sebab tahun ni kene banyak tengok gambar tissue,microorganism,parasite berbanding gambr sendiri.errkk motif?

~saya selalu tukar lagu kat blog.motif?sebab kalau lagu itu yang saya letak,maksudnya lagu tu yang saya suka dengar sekarang.malas nak tekan rewind bila lagu dah stop.so kalau letak kat blog tak perlu nak tekan rewind.dia akan ulang balik sampai laa tekan exit blog.bernas kan idea heh


Tuesday, May 15, 2012

...alkisah al-pathology...

alhamdulillah,
setel practical pathology
2 slide yang alhamdulillah okey
2 jar yang alhamdulillah tak susah sangat
(jujur tak suka jar jantung,tapi itu yang dapat huhu)
1 fresh speciment,congenital polycystic kidney
memang dah tak sempat nak sarung glove dah
halal jela ek pegang speciment gune tangan tanpa glove
dahla semalam turn masak.habeslaa kalau member rumah tau heheh
eh takdela.tak sempat sarung 1 tangan,tapi sempat sarung 2 jari huhu
tapi yang last slide tu,okey salah sendiri tak cakna pasal tu(frust la jugak -_-)

sebelum exam memang berdebar.nebes orang cakap
exam dijadualkan start pukul 9
tunggu punye tunggu punye tunggu
kol 11 baru dapat turn
kejap nebes,kejap tak,kejap sejuk,kejap panas,kejap tachycardia,kejap okey je
hadoi kecelaruan emosi sungguh tunggu turn exam
boleh pulak la kan nak exam tu rasa lapar yang amat
(ingat habis exam awal,maka ambil breakfast pon cukup-cukup boleh bagi tenaga sampai kol 11 je<<jangan tanya macam mana predict amount breakfast/time.depend pada individu
maka bila dah selesai exam tu,kami warga siswi gen09 pon beramai-ramai serang asean cafe kat sayeda tu ^_^
best kan makan ramai-ramai
dah macam kenduri pon ada.maka kami buat tempat tu macam restoren sendiri laa huhu


next,
practical paraitology(17/5)
practical microbiology(21/5)
doakan :)

~hari-hari makan sedap-sedap dan kenyang-kenyang,tapi ada dari kalangan saudara kita di palestin yang menahan diri dari makan untuk tempoh yang lama.Allah besar sungguh pengorbanan mereka.kita,sanggup??jom selitkan mereka dalam doa!!
~makan ramai-ramai macam kenduri,sudah.makan kat kenduri ahli Gen09,bila agaknya huhu.cepatlaa weh sape nak pecah rekod Gen09 ni??


Thursday, May 10, 2012

untuk abah...

abah,tu ape??
abah kenapa dia macam tu?
abah macam mane mende tu boleh jadi macam tu??
masa kecik,selalu tanya abah macam-macam
dan abah pon boleh jawab macam-macam
tanya laa apa pon bentuk soalan
semua abah boleh jawab
siapa menteri papua new guinea?
siapa yang cipta samsung S plus
apa yang galaxy tab boleh buat?
kat mana letaknya finland(ade ke nama negara neh)
abah boleh jawab punye
terutamanya tentang pengetahuan am
*soalan adalah rekaan semata mata

time sekolah rendah
ade la budak ni punya laa malas
kapur kasut sekolah pon abah yang buat
(alasan:alaa kaklong kapur kasut comot.abah kapur kasut kemas huhu)
pagi-pagi kalau ummi banyak kerja,abah yang tolong buat breakfast
masak nasi goreng dengan telur mata kerbau
(memang ni je menu yang abah selalu buat)
tapi abah pandai masak sebenarnya.ekspecially nasi minyak
(dah jimat dah kos kalau nak buat kenduri kahwin heheh)
abah pandai masak apa-apa yang memerlukan kuantiti banyak
abah jugak selalu balut buku teks saya
abah yang hantar ambil dari sekolah dan tusyen
(abah tak bagi naik bas sebab takut anak dia yang sorang ni asek tertinggal bas je)
dan abah selalu jugak tolong ummi buat kerja rumah
banyak lagi yang abah buat.kalau nak list semua sampai esok pon belum tentu siap

sangat terharu bila abah cakap abah suka pakai jubah haramain ni(mujur memang padan dengan abah huhu)
handsome?tengok laa abah sape hahaha(abes laa kalau abah jumpe post neh)


"abah doakan kaklong berjaya,sentiasa sihat,murah rezeki..."
"lagi abah.ade lagi kene doa ni"
"em..cepat dapat jodoh"
"errkk(terpana jap)...haaa part ni yang kaklong tunggu hahah"
(err pre-exam-syndrom)

ummi pernah cakap:"kalau nak cari suami,cari yang penyabar macam abah"
errr nak cari macam mana??ummi abah laa tolong cari boleh huhu

apa yang abah rasa,apa yang abah lalui,semua abah simpan sendiri.tak pernah sekali tunjuk kepada kami anak-anak.apa yang selalu dilihat adalah gelak ketawa abah,jarang sekali nampak kemarahan abah.tak pernah tunjuk kepenatan,hanya kesabaran yang kami lihat.itulah abah saya :)
~gambar pakcik baju putih tak de kene mengena.sorry laa pakcik ye tak pasal terbabit.malas nak crop gambar punye pasal huhu

~selamat hari lahir abah yang ke...eh belum 50 lagi kan hehe.
~abah nampak je garang.padahal tak pon.macam pendiam,tapi peramah je.macam anak dia yang sorang ni<<promote diri ke ape??

Wednesday, May 9, 2012

lamanya tak update...

fuuhhhhhhh
bukan fuh melodi
fuh buang debu kat blog sebab lama tak update

dan
apabila nampak buih dah macam cyst
apabila nampak batu dijalan macam gall bladder stone
apabila nampak karpet macam familial colonic polyposis...
dan apabila masing-masing mula cakap pasal kahwin
bermakna syndrom exam bermula

ada 100 lebih jar yang perlu dihafal
bukan jar kosong
jar yang mengandungi pelbagai rupa dan bentuk speciment
jar yang ada organ bermasalah
nampak kat spleen tu warna kelabu je
tapi tiba-tiba kene describe ade greyish pink(huh??)
nampak kat heart tu warna coklat je
tapi kat desciption kata warna grayish
ke saya dah tertukar warna antara brown and gray?
dan ada puluh puluh slide under microscpe yang perlu dikenal pasti
itulah dia practical pathology
doakan kami di sini (^_^) <<comel tak??haha tibe je


~siyes rasa power spek naik.how??tak mau makan carrot yang tak dimasak huhu
~tak de dah cerita pasal lipas.sebab saya rasa makin tabah dengan lipas haha.oit lipas,kamu dengan saya sape besar??tak takut laa :p
~abaikan jela tajuk.dah habis pikio dah nak letak tajuk mende