Pages

Saturday, October 25, 2014

QRS complex

pernah tak rasa kau jumpa sesuatu,yang tiba-tiba kau rasa berharga sangat-sangat,buat kau gembira even kau tengah sedih,yang bagi warna-warni dalam hidup kau.kemudian kau kene lepaskan mende tu macam tu.

lepaskan sebab mende tu hilang dari dunia.sedih tapi kau tahu sedih macam mana pon kau takkan dapat jumpa lagi dah sebab memang dah tak ade.

lepaskan sebab mende tu hilang.tapi still kau tahu die ade lagi kat dunia ni.macam barang hilang.kau tak nampak barang hilang tu depan mata tapi kau tahu dia ada kat mana-mana somewhere yang kau tak nampak atau tak tercari.maka :

1)time tu kau akan rasa sedih,definitely.tapi dalam masa yang sama kau still akan ada perasaan mengharap kau akan jumpa balik.so kau tak sedih sangat.

2)sedih.tapi kau rasa memang takkan jumpe punye.so sedih yang teramat sangat sampai jumpa pengganti.

3)sedih tak terkata yang sampai kau rasa memang tak boleh ganti dengan apa dah.tapi kau tahu dia masih wujud lagi kat dunia neh dan tu yang buat kau lagi sedih kuasa 2.

aku jenis kalau aku suka kat satu barang,aku akan guna yang tu je sampai rosak.kalau dia hilang,2 3 hari jugak aku kemurungan sambil menyesal apasal aku tak jaga dia elok-elok.sampai sekarang aku rindu kat laptop acer aku yang kene kebas manusia mana pecah rumah hari tu,walaupun aku ade laptop lain.

kalau aku suka makan yang tu,aku makan yang tu je sampai dia buat aku sakit perut tapi still lepas tu aku akan makan jugak.

aku jenis susah nak berubah.susah nak cuba yang baru.aku jenis macam tu.

so bila aku cakap aku nak berubah,mende tu aneh.even my brain can't accept that.

aku akan ada konflik dalaman antara hati dengan otak logik aku.
"kau takkan boleh ubah punye percayalah"-otak
"kau boleh sebenarnye.kau cuba dulu"-hati

tak pon hati gaduh dengan mulut
"aku nak lupakan sume tu.tak nak ingat dah"-mulut
"kau takkan boleh lupe punye"-hati.
tapi bab ni otak yang tentukan.kalau otak rasa nak save mende tu,so tak boleh lupa.kalau tetibe amnesia hilang ingatan,hilang laa memory tu.

kadang-kadang aku rasa macam nak suruh otak aku hilang ingatan.aku nak padam memori 7 tahun kebelakang.semua sekali.except ilmu medic dan math aku.okey sejarah dan syariah sekali.ada cara tak?

dan bila mende yang dulu sangat-sangat dekat,pastu sekarang jadi sangat sangat sangat sangat sangat jauh.aku sedih.sebab aku tahu walau macam mana dekat sekalipun jarak,kalau kau rasa jauh,tetap akan jauh.

tapi aku percaya walau macam mana jauh sekalipun jarak,tapi kalau aku rasa dekat,tetap akan jadi dekat.

sekarang aku pilih jauh.aku pilih lepas.aku pilih redha.

tapi bagi aku menangis dulu :'(

mende ni berat bagi aku.doa aku boleh tanggung.tu je.

QRS is complex,but my journey is complicated.doa aku boleh continue journey aku dengan bahagia sampai dah takde QRS.sampai ECG aku flat.sampai jantung berhenti.

aku saje bagi tajuk QRS kang kalau aku bagi tajuk maaf jika aku tak sempurna kang kemain kontroversi kang orang google jumpe lak post aku neh.tajuk QRS takpe sebab sape je yang baca blog aku neh rasa takde orang kot.virus je kot kalau nak lalu blog aku neh.

yang penting,Allah lagi dekat.sentiasa dekat.tinggal kau je nak pilih mendekat atau menjauh.

Friday, October 24, 2014

iollsss busy uollss

salam jumaat!hari tu aku rasa macam lambat sangat masa bergerak meminta nak masa berlalu dengan pantas kan haa skang hambekkkauuu aku tak sedar aku pergi universiti pagi balik rumah malam dan sekarang dah hari jumaat.pastu esok sabtu dan luse start kelas balik lepas tu dah ada special end round cardiology pekejadah belajar cardio 2 minggu pastu nak exam dah tak aci okey sobsob.

jadual tahun 6 aku untuk second week ni agak laa macam wave neck vein ACXVY.kalau artery die jerky tau naik turun je tapi neck vein die wavy naik turun naik turun haaa gitu laa hidup aku terumbang ambing sekarang neh tunggang langgang bak hang.errr tak faham?emm macam ECG laa senang cerita ada naik turun haaa gitu.

cewah mentang-mentang tengah round cardio kan ayat pon masuk pasal ECG bagai padahal aku pon takdelaa faham lagi mende alah tu.nak nangis boleh tak T_T.tapi takpe simpan dulu airmata tu setakat neh aku tak de lagi menangisi kehidupan aku masa tahun 6 neh.walaupun sempat breakfast snickers je tahan sampai petang,walaupun makan keropok je time lunch dan pukul 9 malam baru jumpa nasi,walaupun kelas 4 jam lebih straight but i'm okey!serious okey.eh serius laa.

aku tak tahu laa kalau orang fikir aku tak betul tapi aku suka aku sibuk haha.takdelaa actually bila aku sibuk aku takdelaa fikir rumah sangat fikir pasal pasal ni pasal tu orang tu.eh.

lagipun tahun neh aku kene pulun.tahun akhir nk serap ilmu dari doktor mesir yang power tahap tak ingat dunia neh.doktor mesir sangat baik okey die akan bagitahu kau dari A sampai Z tak cukup dengan tu die tambah lagi huruf hieroglief punye laa nak kata dorang memang banyak ilmu dan memang willing to teach.aku belajar takpe kalau sekarang kau buat salah sebab nanti kesalahan tu kau akan lebih ingat dan tak ulang dah next time.

jadual aku sekarang neh :

9pagi-2 petang : clinical class and lecture.kalau isnin dan rabu sampai pukul 4petang.pastu pukul 6 petang sampai pukul 9 malam kelas tambahan.

tapi semalam kelas 9 sampai 2 petang then kelas tambahan pukul 3 petang sampai 8 malam!bapaklaaa aku rasa otak aku tak boleh nak sumbat ape dah mujur ingat lagi nama sendiri dan rumah kat mana.tapi serius kelas tu best!kalau selama ni aku hafal mende macam tu je tanpa faham tapi sekarang neh aku lebih faham apa aku belajar selama 5 tahun neh.alhamdulillah :)

sabtu pon ade kelas.maka cuti jumaat je laa tapi pantai dengan rumah jauh maka jeles kalau tengok gambar ada orang pergi pantai time weekend lol.kita picnic kat meja study je sobsob.

lagipun aku kene prepare neh dah keje nanti lagi tunggang langgang hidup aku.so dari sekarang kene pandai susun masa.

all the best akma anis!you can do it!15 % lagi nak jadi doktor.tinggal nak kene maintain muda je so bila konvo tak nampak tua sangat haha.*sebab kawan sama umur dah konvo tahun neh kita konvo lambat lagi*

eh hari ni ke esok ek awal muharam?happy birthday to me.aku lahir 1 muharam okey.motif?saje nak bagitahu :P

~bestnya kalau kat uni ade jual nasi ayam hari-hari makan nasi ayam pon takpe takdelah kebulur nak tunggu habis kelas malam baru jumpa nasi :(
~termos comey jadi kawan baik sekarang neh teman pergi kelas tambahan.aku jenis tak ambik nescafe sangat sebab effect die sangat dahsyat dengan aku memang tak boleh tidur punye.even minum teh pon dah boleh hilang mengantuk.kira okey laa setakat neh.

Wednesday, October 15, 2014

lambatnyee...

hari ni hari ke empat masuk tahun 6.tapi apasal ek aku rasa macam waktu bergerak lambat sangat?belum apa-apa aku dah plan nak balik malaysia time study leave tahun depan tapi lamenyeeee rasa nak tunggu tahun depan tu haha.

teruk tak?
aku rasa teruk gak laa.tell me what i should do arghhh.tolong heret aku pergi kaunseling doktor fadhilah kamsah.

mungkin kelas tak start sepenuhnya lagi.lecture pon takde minggu neh.next week baru ada alamatnya aku balik 4.30 laa.itu belum tambah dengan kelas tambahan lagi.isy isy isy.dah final year ni kelas tak terkira.tinggal nak pergi ke tak je.buku pon dah tak terkira tinggal nak baca ke tak je.minggu neh berapa ratus beli buku dahlaa sume pakat nak tebal je berat berkilo.takpe jangan kedekut nak belajar neh.JPA pon dah naikkan elaun lagi mahu malas ke?alhamdulillah elaun sara hidup bertambah sikit bolehlaa nak cover makan minum sini.sewa rumah pon makin bertambah.

itu baru menyewa.kalau beli rumah?takpe nanti rumah kita bayar sama-sama laaa kereta saya pon saya bayar sendiri makan kita kongsi sebab saya tak makan banyak.huyyoo jimat sape dapat aku lololol.jimat laa sangat tadi je dah beli pizza large pastu siap ada angan-angan nak makan chicken wing lagi.*thanx naqiyan bayar pizza nanti next orang lak bayar okey!*

aku tengah tunggu ayat booster neh.cepatlah awak bagi ayat booster untuk budak final year saya tunggu neh :P

hari ni dah turn aku masak weh nak masak ape nehhh.ayam masak kicap laa macam best.

esok hari last sekolah pastu weekend kan?teruk sangat aku baru minggu first dah mintak weekend.chronic neh.

harga tusyen 5000 LE menjangkau 1000 USD.jimat sikit duit tu akma anis.no.jimat banyak.

Sunday, October 12, 2014

akak2 sangat!

fuhhhh...streeeetttt....zeeetttt....*bunyi vakum kengkonon*

haha berapa lama tinggal blog ni ek?mujur tak kene delete automatik sebab lama tak update.rumah iollss takde wifi dan hidup mengharapkan mobile data internet yang kouta entahapapa menghabiskan duit aku 7 ringgit seminggu.cekik darah punye internet.

kita mula cerita time aku balik malaysia bulan puasa hari tu.aku buat drama airmata kat airport gara-gara pakcik tahan beg aku yang ada pil barakah berkotak.ape muke suci innocent macam aku ni macam ada muke pengedar dadah paling dikehendaki ke ape?masalahnya tu barang orang,kalau barang aku memang aku tinggal je.ape lagi airmata kan senjata wanita lololol.padahal aku cuak giler masa tu.

mujur ade sorang bro neh tolong setel bagi ayat sepatah dua kat pakcik airport pastu okey je boleh je lepas.aku rasa kalau aku jadi warganegara mesir pon aku takkan faham perangai orang mesir.sebagai tanda membalas jasa,aku pun tolong jaga barang bro tu time dia check in.sekali time check in beg aku terlebih berat lak.tapi lepas tu boleh pulak lepas-.-

alhamdulillah sempat laa bersahur dan berbuka dengan family.baru tahu nikmat tu.yelah tahun ni puasa kat mesir dengan blackout time sahur nye,musim panas tambah lagi exam final.pastu ada pulak kejadian lepas exam,blackout pastu kene naik rumah tingkat 9 guna tangga dalam keadaan berpuasa.aku bersyukur diberi kekuatan.pengalaman beb!

lepas tu sempat jugak raya haji kat malaysia hoho.pastu bila sampai masa nak balik mesir serius aku berat hati sangat-sangat.tak tahu kenapa.aku bagitahu korang,aku nanges jap before bertolak pergi kl petang tu haha.padahal tahun akhir dah kot bukannya baru nak masuk first year.ape nak jadi entah isy isy.

hari ini aku start pergi uni sebagai tahun 6 bawah.6 atas adalah senior kitorang yang tengah study leave untuk final exam dan dorang konvo bulan 2 tahun depan insyaAllah.cakap pasal konvo,timeline aku merata gambar konvo,orang pakai jubah,baling topi ade bulu tu,bunga,bear.orang lain dah konvo,aku?doakan laa ea bulan 2 2016 insyaAllah ameen!

anyway gambar member kawen aku dah immune lol.tapi wedding sorang member je yang aku dapat pergi hari tu.kalau sume member aku buat kenduri time aku kat mesir,habis tu kenduri sape je aku nak pergi nanti?kenduri akikah anak dorang mungkin sobsob.tapi nanti kenduri aku mohon korang datang ek jangan nak balas dendam pulak tak baik tak baik haaa :P

final year dah.lagi 20% nak jadi doktor.aku cuak final exam,aku cuak nak jadi doktor huhu.aku tak boleh patah balik.aku kene jadi doktor.aku dah janji nak buatkan pagar batu kat rumah ummi abah haha.ingat balik impian aku nak beli kereta jazz(myvi cancel)dan duduk kat putrajaya pastu ade kucing parsi kat rumah.

time to change.time to move on.

~ada junior cakap "akak dah final year tapi kalau orang lain cakap akak first year pon orang lain percaya"maksudnya macam mana tu?aku nampak muda?kahkah.ke aku macam budak-budak?haruskah aku pakai make up high heels handbag gucci pergi kelas?

lewatku menyedari,kini ku menghadapi,
segala yang ditakdirkan untuk hidupku.
maafkanlah diriku kerana melukakanmu,
terpaksa ku melangkah pergi meninggalkan kamu
tuhanku,
kamu tolonglah hantarkan kepadanya,
malaikat untuk jaganya bila ku tiada.
tunaikan semua permintaannya kerna...






jaga diri.