Pages

Wednesday, May 25, 2016

hye world!

hye world!

saje jenguk blog.ikut hati aku malas dah nak update blog sebab tetibe rasa terlalu tua untuk nak berblog kahkah.padahal malas tu je.alang-alang aku buat emel gmail yang rasmi untuk urusan rasmi yang dipertuan agung gitu aku bukak lah kejap blog aku ni haa.

aku dah bagitahu ke aku dah balik malaysia?kalau belum iollss nak bagitahulah ni aku dah sampai malaysia dah berbulan dah.aku request tiket emirates kat JPA ikut hati nak mintak seat first class tapi aku takdelah seteruk itu menghabiskan duit rakyat.eh.time nak take off tu aku sempat laa tenung luar tingkap sambil mata aku berair haha drama sangat (aku tak tahu laa orang sebelah tingkap tu perasan ke tak dahlaa aku mintak tukar seat die taknak ceh kedekut mamat tu).

berair laa mata sebab 6 tahun 6 bulan aku kat mesir aku belajar macam-macam.semua mende jadi.yang buat aku happy,yang buat aku nanges.semualah.mesir dah ajar aku erti hidup.gitu.

pastu balik rumah setel sijil,nombor pendaftaran mmc,borang SPA,dan alhamdulillah aku dah pon interview.

aku tak expect pon "good luck' wish sebab aku tahu entah sape entah nak ingat bila aku interview.sekali ade orang wish.well unexpected things always happened in my life.aku nak tengok birthday aku die ingat tak.kalau tak ingat siap laa kita putus *emo kahkah* *takdelah putus sebab tu je* *ingat aku bebudak ke*

well,life aku macam ni lah sekarang.

nampak happy je kan.smooth je kan.

padahal padahal.

aku dalam dilema yang sangat besar weh.tolong aku tolongggg *jerit mintak tolong*

aku rasa memang takdir aku jumpa dengan orang yang tak berapa romantik kahkah.kang dapat jenis jiwang aku geli tahu pula erti penyesalan.

kadang-kadang macam nak buat ikut suka hati sendiri buat ape nak fikir hati orang lain kan.aku tak pernah buat keputusan ikut apa yang aku nak.selama ni pon aku jaga hati orang lain tapi at the end apa aku dapat?

well,cepat-cepat aku ingatkan diri aku balik.relationship is not about what you want.its all about what you are willing to give without expecting anything.betul ke entah ayat aku tu.tapi macam tu lah lebih kurang.expect nothing.

expect nothing from anyone.or else you'll be disappointed.

akulah yang kene bersabar sekarang neh.sampai bila aku boleh bersabar aku pon tak tahu.

tapi buat masa sekarang malas lah fikir aku dah penat serabutkan kepala aku dengan life crisis bagai.kalau ade jodoh ade lah.kalau takde,takde laaaahhhh menangis laa ko hahah.

tak lama lagi nak puasa.selamat menyambut ramadhan.tema raya aku tahun neh baju kelabu dengan hijau kot jomlah sedondon dengan aku please.time raya kang berbulu laa tengok timeline fb insta sume orang pon nak sedondon dengan hubby memasing aku je lah sedondon dengan ketupat.*sape suruh tak kawen kahkah*

ahhhh there are so many important things to think about other than marriage issue kbai acah acah matang di situ.

eh doakan aku dapat keje cepat sikit supaya takdelah aku merapu banyak sangat kat rumah neh.kat hospital temerloh okey.

kbai.

berapa kali kbai pergi jelahhhh

Tuesday, February 9, 2016

hajat di hati

#confession1

aku nak ummi abah aku datang konvo aku.sebab aku anak sulung maka ini adalah konvo pertama dalam family aku.so aku nak ummi abah tengok aku naik pentas ambek scroll.

realiti : ummi abah tak dapat datang sebab jauh dan aku pon takde saving banyak nak bayar tiket flight.mende ni aku dah expect awal dah so memang aku dah bersiap sedia takde family datang aku konvo dan aku okey je.

#confession2

aku pernah berangan bawak orang yang aku sayang jalan-jalan kat cairo neh.tunjuk tempat aku belajar,bawak kat tempat aku selalu makan.

realiti : aku dah expect awal-awal yang mende tu macam tak sampai je nak jadi kenyataan.tapi sekarang,aku tak tahu.ada masa lagi dream come true hahah.

#confession3

dulu aku fikir lepas aku habis study aku akan plan pasal masa depan aku.i mean pasal status aku.nak tukar status dari single ke ape ke macam tu lah you know what i mean.masalahnye aku tak tahu nak plan dengan sape.aku tengah tunggu jodoh turun dari langit laa neh

realiti : sekarang aku malas giler nak fikir pasal mende neh aku nak single dulu nak enjoy the life orang kata kahkah.but seriously aku rasa mende ni makin lama macam makin jauh dengan aku.makin lama makin aku malas nak fikir.kalau ummi tahu neh habis aku.

#confession4
aku kene buat pilihan.soal masa depan aku.soal hidup aku tapi aku buntu.

realiti : aku malas fikir nak jemur kain kbai



Monday, February 8, 2016

update

firstly,
alhamdulillah aku dah lulus final exam.terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mendoakan kami.

second,
daripada lepas exam aku nak update blog tapi tak terupdate.makin busy pulak lepas exam tak reti duduk diam diam kat rumah kahkah

third,
aku tengah tunggu majlis konvo neh.20 februari neh sorry baru bagitahu so sape nak jadi tetamu aku seat dah penuh.kalau you all datang duduk luar dewan je okey tapi jangan lupa bawak bunga  coklat untuk I.

forth,
insyaAllah aku akan balik malaysia hujung bulan 2 neh so you all sabar okey jemput I kat klia dengan bunga manggar.okey over pulak bunga manggar tu.tak payah laa.bawak je ape2 yang enak dimakan haha

fifth,
sempena raya cina neh bila bukak fb instagram penuh dengan gambar member kahwin bertunang bagai.tahniah laaa masing-masing.happy for you allsss.aku?emmm macam ni je lah.immune dah dengan sume gambar tu.dah sampai jodoh dorang kan.jodoh aku tengah on the way laa kot haha jalan jam ke awak bila nak sampai neh

okey aku nak sambung kemas kotak kargo aku neh.kbai