Pages

Showing posts with label my_life. Show all posts
Showing posts with label my_life. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

dari retina jatuh ke liver

salam 'alaik!

dari retina jatuh ke liver bermaksud dari mata jatuh ke hati.ape kaitan dengan post ni?errr tak tahu.

tahukah anda,saya rasa makin lama makin malas nak update blog.tapi saya rasa ini semua salah twitter dan instagram.blogspot tolong saman dorang neh haha.okey okey diri sendiri yang malas sebenarnya(saya jujur orangnye ;p)

sedar tak sedar dah masuk 3rd round untuk 4th year ni.round ophthalmology.sedikit pengakuan di sini.sebenarnya masa belajar physio pasal mata dulu,saya rasa saya akan ada perasaan tidak sukakan ophthal.bagi saya subjek tu complicated.sebab macam melibatkan physics(saya memang tak suka physics).so bila rasa mende tu complicated,mule laa rasa macam nak tinggalkan saje mende tu.biarkan lah ia begitu sebab ia rumit.wah wah wah kema.suka hati kamu je nak buat macam tu.

tapi.ada sesuatu yang buat saya tertarik dengan ophthal.bila ada orang cakap:

"emm.saya suka ophthal kot.pasal mata sebab ade lasic.hehe"

okey terus buat 'batas' dalam hati untuk 'tanam' rasa suka kat ophthal.

and now,i love ophthal.yang lain sila jeles kehkeh.sape nak jeles entah.

dan apa yang ada dalam fikiran kita itu penting.kalau dah dari mula fikir susah,complicated maka susahlah jadinya atau kita sendiri sebenarnya yang meng-complicated-kan mende tu.kan?

errr tapi saya rasa ophthal macam susah jugak sebab banyak term-term baru dan kene tengok mende yang kadang-kadang macam nampak tak nampak je.how??

ehh.kata suka tadi.kalau suka kena terima laa macam-macam mana pon kan??insyaAllah you can do it :)


kene pandang jauh ke hadapan untuk meneruskan perjalanan...tapi botol air kene bawak jugak takut nanti dahaga semasa perjalanan....errrr ape punye caption daaaa

dumyat.pertemuan antara sungai nil dan laut...err laut merah ea??(failed geography sungguh)

owh alang-alang tengah rajin upload gambar neh.cerita sikit pasal dumyat(damietta).kat sini boleh tengok pemandangan pertemuan antara air masin di laut dan air tawar dari sungai nil.sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran surah Ar Rahman ayat 19-20 yang bermaksud :

"Dia membiarkan dua lautan mengalir,yang keduanya kemudian bertemu,antara keduanya terdapat batas yang tidak dilampaui masing-masing"

apa yang dapat saya simpulkan,kajian mendapati bahawa antara air sungai dan air laut ni,walaupun dorang duduk sebelah-sebelah,tapi dorang tak bercampur sebab masing-masing ada suhu dan kadar garam yang berbeza.maka dorang tak bercampur laa.kira macam ada garis pemisah antara sungai dengan laut tu.

haa inilah tempat dia.ada orang cakap akan nampak perbezaan antara laut dengan sungai tu.tapi...err saya tak nampak sebab sampai pon dah malam dan ini adalah gambar google hehe.

dah namanya malam.memang tak nampak pemandangan laut tu.yang ada pemandangan bawah lampu.zzzzzzz

kami gen9 beramai ramai memang suka buat rombongan cik kiah neh.baru lepas habis exam round community medicine.release tension sambil merapatkan lagi ukhwah.bila lagi nak jalan ramai-ramai ye dak?sementara semua orang masih single.hekhek


kat mesir memang ada laut.tapi tak sama dengan laut malaysia sebab.....

"there is up and down in life.that's why ECG has up and down too :) and the reason why see-saw has 2 seats is because by that way,there is always someone to bring you up when you go down"

~at this moment,i think i prefer to be just an observer.memerhati dari jauh,dalam diam.

Sunday, January 8, 2012

...hitam dan putih...


planet dan bintang
sains dan matematik
tulisan dan angka
memahami dan mengira

perbezaan yang berbeza
langsung-langsung tidak serupa
tiada titik persamaan

tapi
tiada makna jika ada planet tiada bintang
tidak lengkap sains tanpa matematik
tidak mungkin tiada angka dalam penulisan
tidak berlaku perkiraan tanpa pemahaman

hitam dan putih
dua warna cukup kontra
dunia gelap tanpa putih
cahaya silau tanpa hitam.


putih itu suci


hitam itu menawan

sebab berbeza tak semestinya tak sama :)

andai persamaan menjadi kesempurnaan
amat mustahil untuk direalisasikan
andai kesempurnaan yang diingini
mana mungkin dapat dicari di dunia ini...

sememangnya diri tidak pandai berbahasa
meskipon kadangkala petah dalam berbicara
namun ada perkara yang tak dapat diungkap dengan kata-kata
terutama bila di depan mata,lidah terbentang kata
maka saya memilih
bicara tanpa suara.

ku serahkan kepada tuhan
sebuah harapan bernama doa...

Friday, December 9, 2011

...permataku dan pemberian...


bayu sampaikan berita
daku kini ceria,aman dan bahagia...
:)

tak lame lagi penuh note kat situ.yang penting,selesaikan satu persatu walaupun tak boleh nak buat semua sekaligus

~rasa lega bila dapat cakap dengan ummi dan abah,walaupun tak cerita sepatah pun pasal masalah diri sendiri.mereka permata saya :')(err macam ni ke smiley terharu)
~permataku,adalah satu pemberian kepadaku.dan pemberian itu juga adalah permataku

Thursday, December 8, 2011

...traffic itu...

kurang lebih sambungan pasal post traffic hari tu
ade satu post kat blog saya yang mendapat sambutan hangat(haiyyo ayat habes perasan)
tak tahu kenapa orang ramai cari tajuk tu
nak buat assignment??errr
tengah frust kecewa mencari ayat motivasi??errkk
accidentally terjumpa post tu kot

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan arrived from google.com.my on "...Something to share...: ...bersabarlah wahai hati,tabahlah wahai jiwa..." by searching for tabahlah wahai hati.

Kuala Terengganu, Terengganu arrived from google.com on "...Something to share...: ...bersabarlah wahai hati,tabahlah wahai jiwa..." by searching for tabahlah wahai hati.


post ini saya tulis masa first year
(time mude-mude dulu eheh)
habis tertekan kot time tu sampai post pasal ni
traffic yang saya tunjuk diatas tu peringkat domestik je
ade sekali tu orang dari hurghada uganda ke mane entah sampai kat blog saya sebab cari pasal ni
manchester united pon ade weh hoho
(ohcee konon la nak cakap blog ni dah femes di mata dunia)

kepada mereka yang sampai kat blog ini
ambil yang mana bermanfaat
yang part tuan blog membebel tensi/tensyen depresi/depresion tu buat tak nampak jela :p

Nilai, Negeri Sembilan arrived from google.com.my on "...Something to share..." by searching for www.akmainsyirah.blogspot.com.

~traffic itu... :)

cuti yang tak macam cuti

weekend
hujung minggu yang bukan hujung minggu
(sebab cuti sekolah sekarang hari khamis dan jumaat)
hari cuti yang tak macam cuti
lagi takde kat rumah 
lagi sibuk dari hari sekolah
lagi entah-buat-kepebenda tak tau laa
yang sure nye penat okey
boleh depresi tensi neh

tiap-tiap minggu pon mahu kuiz
kuiz sane kuiz sini
soalan situ soalan sini
exam itu ujian ini
dan ternampak ayat kat fb
"bila la minggu yang takde exam"
saya ingat saya sorang je fikir macam tu huhu

basic pathology dah say bye bye
dah nak masuk systemic dah
parasite dah nak masuk protozoa
pharmacology dah nak khatam buku satu
microbiology dah tak sabar nak cerita pasal bacteria-segala-yang-ado-dimuka bumi

dalam diam daku memendam rasa gak neh(??)
tengah sabar je ni
sampai luah kat kucing tepi jalan on the way nak pegi kelas
"kucing,tau tak orang tengah penat ni.anda penat tak??"
(owh ye.kucing musim winter memang kembang-kembang ea sume)

ammar mucid,rindu kamu.dah besar ke sekarang??makin bulat??kuat nanges lagi tak?ABC dah pandai sampai huruf ape??
emm
suatu hari nanti kamu akan berterima kasih dekat semua perkara yang menekan tertekan ditekan kat atas tu.

~dah mule laa tu masuk mood "rindu-sudaa-rumah-terchenta-beserta orang-orang rumah sekali"
~kat "sepit baju warna biru" tu dah penuh dengan what-to-do list yang dah jadi err...what to say huhu.


Wednesday, October 12, 2011

anak ummi abah

aasif giddan sebab lama(err lama ke??) tak update blog.bukan ape banyak perkara yang utama yang perlu diselesaikan dulu.dengan kelas nye dari awal pagi(ayam pon tak bangun lagi tau kami dah meredah jalan nak pegi sekolah kasr el-aini)dan pulang ke rumah lewat petang(itik dah lama sampai reban,kitorang tak sampai rumah lagi<<konon nak cakap balik lambat heh)

p/s : sejak belajar parasitology,semua binatang jadi mangsa keadaan ku.sebab tu ayam itik pon jadi mangsa

makan pagi pukul 12(tu pon kalau ade gap between kelas)
menu breakfast:roti coklat atau coklat snickers atau air kotak susu coklat
(bukan melantak semua menu diatas,tapi makan salah 1daripada menu tersebut.ulang lagi sekali,salah satu SAHAJA)
menu tengahhari adalah air mineral je
(haha macam sengsara je hidup ku ini)
dan makan malam sahaja yang proper sikit
err maksud proper tu ialah ada nasi,lauk,dan air
(makanan seimbang,mungkin??)
maka bila buat rumusan : saya makan sekali sehari

p/s : don't try this at your university okey.saya buat takpe.kamu tak boleh buat.errr please never and ever tell this to my mom hehe(jangan bagitau mak saya ye.nanti saya kena marah<<ayat time tadika bila buat salah)

itulah serba sedikit mukadimah sejak masuk tahun 3 ni.
subjek baru??best,mencabar,macam banyak.em lain post mungkin kite cerita panjang bab ni(ohcee konon macam ramai je nak dengar cerita kome tu)

balik rumah tadi,tergerak hati nak bukak laptop,dan terautomatically tersign in skype.terus receive video call dari abah.risau mungkin bila dengar berita tentang kejadian di mesir baru ini yang mengorbankan 24 nyawa.(sempat baca tajuk je.punye la tak sempat nak ambil tahu berita dunia.entah ape laa yang tuan blog buat sampai sibuk macam ni)

"baru ni anniversary ummi dengan abah"
"oyeke.yang ke 21 la kan??"
"eh umur kaklong sekarang ke tahun depan 20??"
"sekarang 20 la abah"
(nak je jawab tahun depan baru 20.owh ayat tak boleh terima hakikat itu huhu)
"owh boleh mengundi la tahun depan"
"kahwin pon boleh abah hoho "
tiba-tiba abah dengan ummi gelak.ops!terlepas cakap pulak.ingat ayat tu keluar dalam hati je haha.anak sapaaa la neh.wow saya nak belajar lagi okey!!myvi pon tak dapat lagi neh.


happy anniversary ummi abah!!~baru perasan abah sangat stylo sebelah meriam neh hehe

haisy kacau daun betul dak sorang neh.nak jugak tu masuk gambar

saya anak ummi abah :)

~kepada yang menjengah blog ini banyak kali tapi blog ini tidak diupdate,maafkan saya :)

Wednesday, August 10, 2011

...7 dalam 1...

ujian di musim panas dan housemate
masa first year,saya diuji keracunan makanan lalu diarrhea dan kehilangan 2 kilo dalam masa seminggu.okey bunyi macam nak promote produk nak kurangkan berat badan je.ingat lagi,beit munawwarah mencuba sedaya upaya mengembalikan selera makanku dengan buat macam-macam termasuk tolong beli ubat yang mujarab huhu.dan tahun ni,kene ulcer pulak sampai tak boleh makan nasi.maka ahli teratak kami bertungkus lumus bergotong royong masakkan bubur nasi.dan juga bertungkus lumus menghabiskan bubur nasi.owh sangat terharu okey.agak-agak nanti dah tak duduk dengan korang(time dah keje ke,kawen ke hahah)ade ke orang nak wat macam tu??

dinner:housemate lama vs housemate baru 
dinner di restoren kiwi telah memufliskan kan kami berlima sebab....aaaa....cite belakang laa huhu.western food die not bad.mungkin saya yang salah pilih menu atau tak pandai nak makan western neh(ciri-ciri gadis melayu kah??huhu).sweet memory with all of them!

hadiah hari lahir buat diri sendiri
menunaikan umrah pada bulan sya'ban adalah kenangan yang sangat bermakna.sungguh ketenangan yang dicari ade disitu.baru beberapa minit nak balik dah mula merindui tanah haramain itu.tapi hati cepat-cepat pujuk dengan ayat "insyaAllah,nanti aku datang lagi.sama ade sendiri atau dengan zauj,ummi abah,dan ayah serta ibu mertua"okey ini ayat serius.

kehilangan,kedukaan
kehilangan seseorang yang kita kenal,sama-sama belajar,walaupun tak begitu rapat sudah cukup untuk memberi tamparan hebat.apatah lagi jika kehilangan orang yang sangat kita akrab dan sayang.berharap supaya janganlah kehilangan orang-orang yang saya sayang sebelum saya dapat bahagiakan mereka.dan mungkin saya tetap tak sanggup kehilangan mereka walaupun saya dah bahagiakan mereka.okey tak sanggup nak cakap pasal kehilangan.semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang beriman dan kami insyaAllah akan menyambung perjuanganmu

sujud dan syukur
alhamdulillah dengan result final exam.syukur sangat-sangat.kene gandakan lagi usaha untuk tahun 3 nanti.semoga tahun 3 lebih baik dari tahun 2.insyaAllah :)

business class vs economy class
naik saudi arabian airlines dengan business class sangat menarik.seat die besar,banyak mende boleh tekan-tekan,banyak pilihan makanan.tapi 1 je.tak dapat nak bungkus makanan die sebab kalau kat economy die bgai dalam bekas plastik(tak abes boleh bungkus huhu)tapi kat business class makanan die dalam pinggan kaca.dahla bagi pisau sudu garfu punye banyak sampai tak tahu nak pakai yang mane satu.perjalanan dari riyadh ke klia sangat best sebab flight punye besor sampai 2 tingkat tapi orangnye 43 je.pe lagi,buat macam flight kite yang punye yeah huhu...

malaysia sejuk
dari dalam flight nampak awan berkepul kepul.maknenye mendung.bila balik rumah,angin punye la kencang,tapi tak hujan lagi.bila nak hujan ni??tak sabar nak main air hujan

~ambek 7 mende dalam 1 post.gambar-gambar nanti la upload.tuan blog malas nak bluetooth nset ke laptop
~ade orang suggest tengok dr.slump arale kat astro ceria.aik ingat dah letak jawatan tengok astro ceria.rupenye belum haha :p
~huruf 'k' dah tercabut,ammar mursyid punye hasil kerja yang comel huhu.sabor jela.nampak gaya memang kene cari pengganti ni...

Wednesday, July 20, 2011

...mencari...

tuhan padamu ada kedamaian
diribaanmu kebahagiaan
tiada lagi rasa kesangsian di hati...

hebat bagaimana manusia merancang,
namun Dia adalah sebaik-baik perancang
siapa duga,perjalanan yang ditempuh
terpaksa ditangguhkan atas sebab tertentu
 dan siapa sangka,penerbangan yang dijangka tertangguh
akhirnya tidak.betul-betul kembali kepada tarikh sebenar
kita hanya merancang
dan Allah yang menentukan segalanya.

semoga permergian ini 
bukanlah suatu yang sia-sia
dan semoga apa yang dilakukan ini juga
adalah untuk kali pertama dan yang terbaik
insyaAllah
doa dan restu kalian ku pohon
semoga segalanya berjalan lancar

salah dan silap harap dimaafi
segala khilaf mohon diampuni
halalkan segalanya
lambaian tanah suci memanggil
tanah haramain akan ku jejaki
insyaAllah...

~berdebar,cuak.

iman_insyirah
cairo,1235
20 julai 2011.

Sunday, July 17, 2011

...tiada lagi 1 didepan...

sempena hari lahir yang ke-20,berikut adalah list hadiah yang saya nak :

 1)sejambak bunge ferrero rocher macam ni.cantik kan.kalau dapat yang macam kat atas neh confirm sehari sebelum expired baru saya makan

2)nak novel banyak banyak banyak

3)kasut yang padan dengan size kaki.sangat susah okey nak cari yang padan kat sini.rasa macam nak buat kilang bata belakang rumah je.kasut yang ade sekarang ni rasa macam dah tak pakai kasut.bila-bila masa je i boleh jadi cinderella-yang-tercicir-kasut-pada-bila-bila masa

4)jam tangan mutiara.cantik kan kan kan.harga dia lagi laaa cantik nye.
5)aaa tak jadi la jam mutiara.risiko tinggi ouh nak pakai.dibuatnye time buat operation tercicir dalam stomach patient ke mane nak cari ganti(fikir jam tu,bukan fikir patient,haruslah hapal balik medical ethics)jam bese-bese je pon okey.janji ade nombor.tak nak yang ade nombor roman atau pon tak de nombor(ade titik je)sebab orang lambat nak bace jam macam tu

6)set stetoskop.em warna biru pon okey.kalau de warne hijau lagi bagus.tak mau pink
7)alang-alang nak bagi steteskop,bagi dengan cover die sekali ea.(sape cakap cover die kat atas ni tak comel die memang takde perasaan).

em...pe lagi ek...kalau boleh nak 
8)myvi elegance hitam,
9)nak percutian di langkawi(boleh borong coklat banyak banyak banyak)
10)set barang kemas emas putih habib jewel.emas putih ok.perak gangsa tak main

.
.
.
.



helloo.anda buat list neh nak suruh sape bagi??
err...berangan kejap jee
saya tak nak pon barang-barang kat atas.
sebab saya dah memang ade sesuatu yang berharga pon

ini
ini
ini
ini

dan

err...menara masjid KLIA?hee :)

enough.itu sudah cukup
doa dan restu kalian penguat semangat penyuluh harapan
serius.

apepun,syukur alhamdulillah masih dipanjangkan umur sehingga 20
rasanya tidak banyak perkara yang telah disumbang setakat ni
from zie.thanx zie.comel kan kotak die :)

dalam hati ada taman kotak ade crumbs cupe cake yang sedap enak lazat!!

from beit humaira'.thanx korang

to teratak kami,syukran awiy + aasif giddan!!
terima kasih kepada semua yang memberi ucapan tidak kira melalui writing via fb,message,ym, juga melalui orally(should be verbally right??) via cakap-depan-depan face to face hati ke hati

dan terima kasih
thank you
syukran
untuk ucapan selamat hari lahir 3 kali from the same person :)


~kema,umur dah 20 dah boleh kawen.yang ni special case punye wish.adakah theory of projection(dalam buku psycho)die tak nak kawen,die suruh kite kawen dulu.haisy mane boleh langkah bendul :p

Saturday, May 28, 2011

...selamat kahwin...

merah jambu nampak sweet ouh.

biru muda pon nampak menarik.bagi wana la yang biru neh

waa cantiknyee yang ni!!

aaa....macam banyak sangat bunge je...

okey muktamad.saya pilih yang ni.

alamak,yang warna hijau tak de laa~abes la wana tuduh orang gatai sebab letak gambar neh huhu
this post for my paksu yang bakal berkahwin.kepada my paksu yang akan kahwin 5/6 ni,selamat kahwin laa ye.baarakallahu lakum wa baraka 'alaikum
~ade ucap selamat kahwin~boring laa asek gune selamat pengantin baru je kan.kite tukar sikit,baru lain haha

haa pilih yang mane satu lawa.ops.bukan nak taja baju pengantin sebagaimana diatas okey.pilih yang mane lawa,pastu save as,then buat la wallpaper kat laptop huahua.bertuah punye anak sedare.sorry la pakcik.orang tak keje lagi.kalau nak orang sponsor gak,haa tunggu la lagi 5 tahon ek baru kahwin.

cuti sekolah,sume orang nak buat kenduri.sume orang nak kawen.kite tengah dok exam kat sini buat kenduri pula disane ye huhu.tengok la nanti.orang tak nak buat kenduri kawen time cuti sekolah.orang nak buat time bukan cuti sekolah.revenge punye pasal haha~erkk..revenge yang tak munasabah langsung

~mood balik kampung.mesti sume orang sedang dok merewang kat kampung secara beramai-ramai :(
potong bawang,potong carrot,blender lada.ohcee macam laa kalau kamu kat kampung kamu nak buat acara merewang tu.kamu tau makan je huhu
~frust tak dapat pergi book fair takpe lagi.lagi frust tak dapat pergi kenduri.tolong sape-sape buat kenduri kawen kat sini untuk mengubati ke'frust'an ini haha

p/s :teratak kami,jom masak nasi minyak!! hee :D

 mesir = ketika cinta bertasbih(motip??) hehe...

...................................................................................................................

ehem...nak bagi ucapan sikit.
(switch mode to : majlis ucapan jamuan akhir tahun)
(kalau baca sambil ade background lagu autumn in my heart feeling sikit)~tak yah tengok video,dengar lagu aje
mungkin lepas ni agak lama blog ni tidak akan diupdate
saya nak meng'invi'kan diri seketika.nak pergi bertapa
kepada followers(ade ke eheh)silent reader(hee ;D),dan anonymous
maafkan tuan blog ni sebab tak banyak post yang bermanfaat
banyak cite pasal diri sendiri(syok sendiri)
cite pasal tensyen laa,main masak-masak,frust laa,blender meletup laa
pasal kucing yang bulat,tentang kanak-kanak yang comel,nak bertukar jadi dragon balzz laa
apa yang saya tulis,itu yang saya rasa,itulah diri saya
mana yang baik tu,ambiklah.kalau tak baik tu tolong jangan
(kadang-kadang tuan blog menulis post sambil tanduk 2 dibelakang huahua)
dan terima kasih sebab sudi singgah,lawat,blogwalking,ziarah,jaulah(erkk),lawatan,rombongan,kat blog neh
honestly,saya tidak pernah terfikir akan mencapai follower dalam 70
~ohcee,baru 70 follower dah terharu giler.huhu
saya akan kembali semula,mungkin dalam bulan 7
mungkin kembali
dan mungkin tak kan kembali
maka maafkanlah segala kesalahan tuan blog ni :)
doakanlah yang terbaik untuk saya,dan sahabat di sini
~okey sape nak tisu,saya ade sekotak
kalau rase rindu(tuan blog p.e.r.a.s.a.n??)~rindu post di blog ni,bukan tuan blog hahaha
tinggalkan pesanan anda kat chatbox yang penuh spam kat sebelah neh
atau pun tinggal kat komen ye
dah tak yah nak sedih-sedih~sape yang sedih??eheh tak de motip betol tuan blog

ingin mengubah mimpi jadi realiti,tak mustahil.

~ammar mursyid demam.kesiannye.tak boleh tengok orang demam ni huhu.semoge kamu tak kurus sebab demam hehe
~hasya safwa.nama yang indah.cukup indah.

Monday, May 23, 2011

...you'll find the way...

amaran :post ditulis oleh insan yang mengalami tekanang perasaang tahap boleh tahang lagi.
~faten,pinjam bahase ganu jap ea.heh

 aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
okey saje nak jerit kat sini
nak jerit luar blog tak boleh takut pencemaran bunyi
biasalah,tuan blog ni kalau time anatomy je die jadi 'bolok' sikit bak kate orang ganu
asal anatomy je diri terasa bukan diri sendiri.
~bukan terasa bertukar jadi raksasa ke,the hulk ke,mahupun dragon ballzz
saya masih saya.tapi,entahlah
puas dah bagi semangat kat diri sendiri

"akma,kene tahu vagus nerve bagi branch ape,kalau tak tahu nanti kene marah MO.nak ke??"
~tak nak.tak suke kene marah.nanti frust ouh
"akma,haruslah tahu ape yang lalu kat foramen ovale,foramen spinosum,foramen lacerum.sebab memang kene tahu"
~kenapeee
"akma,kamu mesti tahu parts of corpus callosum sebab nanti nak bedah otak orang"
~tak mau jadi pakar neurosurgery
"akma,memang kene ingat arterial supply of stomach.haisy tahu makan je keje.anatomy of stomach kene tahu gak"
~aaa....
"akma,kamu nanti nak deal dengan orang.bukan dengan robot boleh suke-suke hati nak cabut wayar mane.tersalah cut between uterine artery with ureter during removal of uterus can coz serious problem you know "
~muke redha,pasrah
"akma...ooowww akma"
~dia takde.pergi dapur cari coklat

sudah.sudah.ye ye saya tahu saya harus tahu dan ingat sume tuu...
tapi baaaaanyak saaaaaangatttt!!! :(

"akma,takpe susah dulu.ingat tak tafsir surah al-insyirah??"
:)

kalau asek nak beralasan,sampai bila nak maju
cita-cita bukan 'limited' untuk kebaikan sendiri
tetapi untuk kemajuan semua sekali
termasuk ummat islam,wahai diri...

time anatomy mesti ade 'tekanan' itu.mohon doa supaya diri diberi kesabaran,dikurnia semangat,beroleh kekuatan.sedang menghadapi perang psichology dalaman yang sangat hebat.mungkin kerana praktikal anatomy khamis ini huhu.doakan yang terbaik.

~saya yang lemah sangat ke,atau die yang hebat sangat??adakah saya sedang menghadapi inferiority complex??arghh tak suke 'perasaan' ni.
~sedang menyiapkan post ni,tiba-tiba ade terdengar lagu maher zain-insyaAllah.maka tajuk entry pun diambil sempena lagu ini :)

Saturday, May 21, 2011

...i'm happy when...

bila dapat buat sesuatu yang dirancang dengan jayanya,dengan izin Allah
bila ade orang bagi coklat free.makanan free pon happy gak hehe
(tak banyak kos yang diperlukan untuk belanja saya makan :p)
saya happy bila insan-insan yang saya sayang dan orang sekeliling saya happy
bila kelas abes awal
(muke berseri-seri macam iklan fair n lovely)
bila dah habes satu paper
(rasa dah merdeka,padahal banyak lagi paper yang menanti huhu)
i'm happy when i see your smile :)
bila nak naik flight balek malaysia yuhuuu
terima surprise yang tak terjangka
happy bile dapat novel
dan...dan...dan....

i'm happy when...
bila nampak satu lokasi istimewa kat traffic sebelah ni :)
hehe

indahnya,hidup selalu gembira di dunia ini,
lagi indahnya hidup di dalam gembira di akhirat sana...

kepada cik zulaikha,saya gembira dapat cakap dengan anda.insyaAllah,you can do it.all the best my friend!!!
~zue,gembira tak saya mention nama anda??haha...

~apasal laaa susah sangat nak cari kasut kat sini??nak kene pergi city star jugak la nampaknya cari kasut berjenama adidas ataupun crocs.ohcee.nak kene kasut mahal gak.kasut biasa-biase je takde size :(

Friday, May 13, 2011

mane pergi??

baru sekarang dapat sign in blogger neh
tengok-tengok,entry bertajuk abah.dah hilang
mane perginye??
tau tak bape banyak ATP diperlukan untuk buat 1 entry?
anda tak tahu kan.
saya pun tak tahu
tengok-tengok dah tak de entry tu.
dengan komen sekali hilang
terpaksa buat semula.
maka,adelah pengubah suaian untuk entry yang kat bawah ni.

sekarang ni,gen 09 cairo u sedang sibuk pilihan raya
semalam hari penamaan calon
luse mungkin hari mengundi
selamat mengundi semua
kalau dulu,saya tak berminat dengan undi mengundi ni
tak boleh ke lantik terus gune kuase veto,kan senang.
tapi negara kita kan negara berdemokrasi
rakyat juga berhak menyuarakan pendapat
(ohcee,dah macam masuk mode BTN je neh)
yang penting,semoga pemimpin gen 09 yang dipilih
adalah pemimpin yang terbaik
dikalangan mereka yang baik-baik :)

~mereka-mereka ini sudah sibuk dengan survey flight dan tarikh balik malaysia.saya macam mane??takpe,kita redha je huhu...
~sedang marathon tajuk phisiology of digestion.ingatkan simple je.tapi nak kuar saliva pon de mechanism die jugak.subhanallah,uniknya ciptaan Allah :)

Friday, May 6, 2011

pertama dan terakhir..mungkin,

first time masuk bahas,time form 2
tapi tu debate(dalam english)
orang pon tak caye macam mane boleh terlibat dalam mende neh
takde la pandai speaking sangat pon
ingat lagi tajuk dia
"homework should be abolished"
tapi tak ingat orang agree or disagree
~ni bukan kes retrograde amnesia okey
then kali ke-2 time form 3
debate gak.teacher salwa yang buat
lawan kelas sebelah
berperang gak la sekejap dengan budak kelas sebelah,perang aman la tapinye

dan hari tu,entah macam mane nerve impulse tersend involuntary movement kat tangan,tulis nama untuk bahas
~erkk..writing activity bukan involuntary rasenye
maka disitu lah saya
terpacak ditengah tengah
antara atiqah shakira dan bani
buat pertama kali masuk bahas bahasa melayu

rase macam kerje bank lak pakai kot neh hahah

usul yang dibahaskan.isu panas neh.korang memang suke bab ni kan huhu

pihak kerajaan yang menyokong penuh usul.tengok tu,senyum je cakap pasal kawen~ok men-men je

pihak pembangkang yang serius semedang~weh apsal muke kite siyes sangat neh??
 muke senyum.dalam hati tuhan je yang tahu.tachycardia tak yah cakap la.rase heart rate terlebih lebih je.siyes cakap ni.tak pernah berdebar macam tu woo.belum lawan peringkat kebangsaan lagi heh

yang penting pengalaman.biar ia jadi kenangan.nanti boleh la tunjuk kat anak cucu: "grandmother pernah masuk bahas time mude-mude dulu".hahaha...

ade rupa peguam syariah tak??maklumla ex-bakal-graduan-sarjana-muda-syariah dan undang-undang-usim ohcee...

~pengalaman yang sangat berharga
~pertama dan terakhir..mungkin,ya...mungkin,tidak...

Thursday, May 5, 2011

...permintaan 1...

"ummi"
"haa kenape tibe-tibe telepon?"
"ummi,kaklong kene balik ke tak tahun ni?"~erkk soalan yang patut tanye diri sendiri je
"ikut kak long laa.ummi tak kesah"
"aaa...kak long nak balik(eeuuuww.manja betul balik tiap tahun) tapi...aaa...ummi,kak long nak ................... boleh tak ummi??"
"...haa bagoslah tu.elok sangatlah tu"
"ummi bagi ye?abah pun bagi je kan?"
"ye ye boleh"

~alhamdulillah.ummi dan abah dah bagi keizinan.semoga Allah permudahkan segalanya :)

hanya satu yang ku pinta,kebaikan darinya...

Monday, May 2, 2011

...cerita lame dah expired...

sobonar ea,dah lamo eden pendam perasaan post blog ni haa huhu.dah berzaman.tapi tu lah.oleh kerana kekangan(pergh,mantap ayat)masa,yelah sibuk dengan exam nye ni haa.ditambah dengan kelas yang tak abes lagi.maka duduk la post ni lame-lame dalam draft ni haa.mintak maaf la ye kat sume follower(ade ke haha)dan sesiapa yang selalu intai-intai blog ni...

bulan april hari tu,batch gen 09 ade buat karnival bertemakan AHEAD-Awaken,1 HEart,1Aim,1Destiny.
pe??funfair??jom heboh??owh tidak.tak de mende-mende funfair ni.antara aktiviti yang ade ialah pertandingan catur,bahas,sukaneka,cake lover,cooking show,menulis artikel,post blog,bowling,video dan pes(untuk lelaki sahaja)

semangat nak sukaneka neh...bukan pertandingan rebut gula-gula okey.

kami gen 9!!~dah penat bersukaneka pun boleh dok ambek gambar dak-dak neh haisy


sape kate budak medic asek tengok buku je sampai nak tembus buku tu??kitorang pun de aktiviti luar ok :)
~geng tulip

kawan kita dah penat-penat anjurkan karnival kan,so ape lah salahnya kite sokong dengan menyertai pertandingan yang diadakan.penat memang penat,dengan nak study nye lagi.tapi peluang macam ni,bukan kite selalu dapat.lagipun apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan penat lelah ajk yang terlibat kan..(bukan ayat mengampu huhu)

ni pulak pertandingan cake lover.bukan pertandingan sape paling banyak makan kek,tapi pertandingan menghias kek...
dorang ni sume memang kreatif betul...

comel kan yang ni hehe...

 
dan yang ini paling saya suke :D~zie dah setuju kan nak sign contract sponsor kek kahwin untuk ai haha...
ade strawberry bersalut coklat tuu...

erkkk..ni kek sape neh??ade letak epal gedebuk atas kek gitu.tak de seni langsung~saya dan beberapa sekutu yang lain punye keje laa ni.kek ini telah selamat kami makan sebelum judges tengok.kang tak pasal menang lak kan huhu... 
haaa...part cooking show ni memang best.dorang-dorang ni memang terer masak sume.chef hotel 5 bintang boleh nanges kerana inferior woo tengok menu dorang ni.memang mantap. memang superb!!peserta perlu masak lauk,sambil direkod ke dalam video.ala-ala rancangan masakan gitu...

ni ikan masak...aaa tak ingat.masak lada kot..tak pon masak 3 rase...~bapak rajin menghias.bese tengok lauk macam ni time kenduri kawin je kan kan...

tengok je dah nampak sodap.belum rase lagi...

mak ai!dengan udang tergantung siap tembikai yang diukir lagi neh...

banyak lagi menu yang best-best tapi kamera sabotaj.time orang nak ambek gambar time tu gak la die nak abes battery.tak dapat ambek gambar,dapat rase pun jadi la huhu...

saya nak masuk pes(pre evolution soccer)catur memang tak layak la kan.nak masuk hias kek pon tangan tak berseni.maka kite take part dalam cooking show(tolong buat video je)sukaneka,tulis artikel,post blog dan bahas.alhamdulillah,4 saguhati berjaya di bawa balik hee :D~apsal 3 je neh??lagu satu sape ambek weh??

~tahniah korang,karnival batch yang best!!
~memang plan nak dapat saguhati je.kang jadi juara riak la huhu ;p