Pages

Showing posts with label saje-saje. Show all posts
Showing posts with label saje-saje. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

cuti yang tak macam cuti

weekend
hujung minggu yang bukan hujung minggu
(sebab cuti sekolah sekarang hari khamis dan jumaat)
hari cuti yang tak macam cuti
lagi takde kat rumah 
lagi sibuk dari hari sekolah
lagi entah-buat-kepebenda tak tau laa
yang sure nye penat okey
boleh depresi tensi neh

tiap-tiap minggu pon mahu kuiz
kuiz sane kuiz sini
soalan situ soalan sini
exam itu ujian ini
dan ternampak ayat kat fb
"bila la minggu yang takde exam"
saya ingat saya sorang je fikir macam tu huhu

basic pathology dah say bye bye
dah nak masuk systemic dah
parasite dah nak masuk protozoa
pharmacology dah nak khatam buku satu
microbiology dah tak sabar nak cerita pasal bacteria-segala-yang-ado-dimuka bumi

dalam diam daku memendam rasa gak neh(??)
tengah sabar je ni
sampai luah kat kucing tepi jalan on the way nak pegi kelas
"kucing,tau tak orang tengah penat ni.anda penat tak??"
(owh ye.kucing musim winter memang kembang-kembang ea sume)

ammar mucid,rindu kamu.dah besar ke sekarang??makin bulat??kuat nanges lagi tak?ABC dah pandai sampai huruf ape??
emm
suatu hari nanti kamu akan berterima kasih dekat semua perkara yang menekan tertekan ditekan kat atas tu.

~dah mule laa tu masuk mood "rindu-sudaa-rumah-terchenta-beserta orang-orang rumah sekali"
~kat "sepit baju warna biru" tu dah penuh dengan what-to-do list yang dah jadi err...what to say huhu.


Sunday, October 2, 2011

1st day


hari pertama kelas,
pharmacology(study of drug)
malam before kelas tu saya dah buat 'practical' kelas pharma
dengan menguji ubat selsema noni
(bukan ubat jenama noni,tapi diberi oleh noni)
selsema hilang
tapi sakit kepala sampai ke subuh sampai kelas sampai balik rumah semula
(akhirnya hilang setelah masak pengat pisang hehe)
errkk adakah noni salah prescribe??
atau selsema tu yang menyebabkan headache??
mintak jauh daripada segala penyakit.amiin

~pharmacology best!!macam business math hehe(ayat macam pernah ambek business math je)
~akak senior ingat saya junior tahun 1.maknenye ape ek??ape ea??hoho :D

Saturday, October 1, 2011

melaka mempesona...

balik dari majlis pertunangan abang long hari tu,terus jalan-jalan sekitar melaka darul _ _ _ _ _ _(sila isi tempat kosong).bab jalan-jalan ni memang tak penat ea.kalau suruh keluar beli sayur petola bukan main banyak alasan nye huh.isy isy anak sapaaa la neh.

tau tau dah ade kat kayangan.ohcee atas langit laa sangat.pemandangan dari menara taming sari.gayat??no way mannn.tak tinggi langsung eheh(ayat siyes berlagak)

haa ni bukti kitorang(me and my cousin)panjat menara taming sari neh.tak la mahal sangat.tapi ade orang tu tak puas hati sebab sekejap sangat naik mende neh.dalam 5 minit je tak sempat nak berangan konon makan kat restoren berputar menara KL(sebab menara ni pon berputar juga)

haa inilah benda yang akan membawa anda terbang tinggi.errr takde la tinggi sangat.kire okeylah

dah pernah naik kapal tu hehe.sape rasa nak naik titanic boleh laa naik mende tu

lepas naik menara taming sari,kitorang naik kereta kecik ni pulak...err memang tak kan laa.tapi macam best je tengok dorang main mende neh.kalau buat impak maksima gune kerete neh agak-agak mencabar tak??

ini adalah tinggalan sejarah tembok err kubu errr....tanya orang melaka la ea huhu

yang penting dapat pergi tepi pantai hoho(muke excited sebab dah lama tak pergi tengok laut)

~tajuk macam nak buat promosi tahun melawat melaka je.hope next year dapat pergi melaka lagi jalan-jalan hehe(dah wat plan tu)
~nak upload banyak gambar lagi tapi bila upload gambar je die jadi stuck.apasal ek


Sunday, September 25, 2011

selamat tinggal lipas

hari ni rasa macam surirumah tangga sepenuh masa yang baru sahaja masuk ke rumah baru dan harus mengemas rumah serta menghalau segala benda asing yang ade :

-debu(haruslah dah expect debu tebal 5 inci)
-lipas(mujur tak banyak sangat.setakat anak die tu boleh la tabah lagi)
-tahi cicak(haa yang ni musykil datang dari mana sebab tak pernah lak nampak cicak)

baru kemas bilik(padahal bukan menyeluruh pon)dah rasa penat yang amat sangat
dan tiba-tiba rasa... I nak orang gajiiiiiiii.tak kireeee
dan sekarang rasa sangat lapar sebab tu membebel kat blog huhu
(pagi tadi makan kuih raya+maruku+air masak je *sobsob*)
okey sampai sini je dulu.pakaian dalam mesin basuh dah memanggil untuk dijemur

~cemong,jangan sakit-sakit ea.semoga cepat sembuh.banyakkan makan.err dan bersenam sekali(buat ayat macam laa cemong boleh baca mende ni haha)
~unik jugak sepit kain warna biru ni :)

Thursday, September 22, 2011

kutinggalkan dikau...

okey semua orang malaysia,
cepat cakap selamat tinggal kat saya
sekali dengan ucapan baliklah lagi tahun depan haha...

dah dah jangan nak buat drama lak pagi-pagi neh
orang rase first time kot flight 3 petang mcm neh.selalunye tengah malam tak pon pagi bute.haila macam mane nak cover muke sedih neh siang-siang haha(pernah ke wat muke sedih kat airport??huh)
tak sempat nak wat sedih mesti ade yang menggembirakan
hehe...*wink wink*

tibe-tibe nak balik ni rasa macam complicated
bukan relationship complicated okey
tapi emosi dalaman yang complicated
kejap rase nak sampai egypt cepat-cepat
kejap tak nak balik
masalahhhh...
okey buat-buat feelingless cepat

okey then,see you from egypt(pe punye ayat neh)
dan beg adidas
nampaknya ku terpaksa
tinggalkan dikau huhu....
(err beg adidas je ke??yang lain??haha)

~terkena sindrom malas-nak-balek.berjangkit dari sape la neh huhu :)

Thursday, August 25, 2011

ketam kepit cornflakes

niat bukak laptop nak update blog
tiba-tiba teringat nak cari file dalam backup file
(owh ye my laptop skang dah tak mati-lepas-2 jam dah.ia dah sihat selepas di format semula)
tapi sebelum tu bukak fb dulu,update berita terkini~berita la sangat
owh ade orang send massage lak.check inbox dulu
eh ade komen baru la pulak.komen-komen la kejap
baru teringat nak download something from emel.bukak emel dulu
tung tang tung tang kedegang
at the end tak update gak laa blog neh....
yang ado nye post ini sahaja
~abaikan tajuk post

~mula-mula dah macam muktamad dah nak cari laptop lain,sekali abah hantar format kene 50 ringgit,elok lak laptop neh.haisy tangguh tahun depan la pulak laptop baru hehe
~kalau nak tukar keyboard kene tambah seratus.emm huruf 'k' dah tercabut plus 'enter' bapak susah nak tekan...tengok kutipan duit raya macam mane dulu huhu(bajet dapat banyak duit raye je)