Pages

Saturday, February 12, 2011

Tu.Lu.S 2

30 Januari 2011

-bertolak dari cairo international airport(yang dok check in pagi2 tu)
-tiba di airport istanbul.airport die sangat cantik.kuar je dari flight dapat rasa kesejukannya.
best woo men asap2 kuar ikot mulut haha.

alhamdulillah berjaya menjejakkan kaki ke bumi turki.tengok kami de banner hehe...dah macam berjaya menawan gunung everest je gambar neh ^_^

kami menginap di Hotel Fuar.comel je bilik die tapi sangat best!kat situ la kami tengok CNN yang menyiarkan berita orang2 yang tersangkut kat airport termasuklah kami.glemer jap masok CNN...ni gambar kat ruang makan.eh dining hall(name nak standard je kan eheh)

sepanjang perjalanan dari airport ke hotel,pemandu pelancong kami,encik Ali menerangkan serba sedikit tentang negara turki ni.dan ade seorang budak duduk belakang sekali sebok snap gambar~saya dengar okey ape yang encik Ali cakap :)

kat turki pon ade shell :)


malam tu,kami keluar jalan2 area hotel.owh suke korang ek kuar malam2.kami kuar beramai ramai okey.dah macam rombongan cik kiah kat turki je.dan malam tu kami dinner kat luar.dan meja kami mencatat bil tetinggi~pe yang korang makan weh sampai bil kita paling mahal??noni punye makanan paling banyak kot haha

hari tu kami tak pergi mane2.sampai hotel pon hampir malam.tambah dengan penat lagi naik flight padahal berape jam je dari egypt ke turki.pe yang penat entah huhu

first immpression sampai kat turki,sebuah negara yang teratur,bersih dan cantik.jatuh hati pandang pertama hehe...

~pe motif dok update blog kol 2 pagi??ni bukan kes jetlag.tapi kes baru tengok cite seram.sape suruh tengok kan dah tak boleh tido...waa help me!ottoke!!







Thursday, February 10, 2011

Tu.Lu.S 1

kembara yang ingin diceritakan di sini bukan kereta kembara okey.sebagai tanda kenangan,ingin saya mengabadikan perjalanan kami ke turki,lubnan dan syria dalam blog ni.apasal ayat macam karangan jenis laporan lak neh??

kita mule cerita dari airport dulu la ek.hah??panjang sangat ke kalau start dari airport??huh peduli ape.orang nak cite gak huhu.bukan ape,saje nak cerita balik apa yang berlaku kepada kami semasa di airport.bila ingat balik,uish rase macam sedih lak betapa susahnya kami mengharungi segala dugaan dan kepayahan.*sob sob*(air mate bergenang)....haha gurau je.tapi yang pasti,kami telah bermalam dan bermastautin di cairo international airport tu.ye bermalam.kat KLIA pon orang tak pernah wat macam tu tau.

cerita dia begini...<<sila baca ayat ini sambil pandang ke syiling rumah.ambek feel nak flashback huhu

sebenarnya kalau ikut tiket,tarikh adalah 29 jan 2011 pukul 3.50.tapi bile tengok kat board,die tulis delay ke pukul 4 lebih.maka kami ni lepak jela kat airport tu dengan bahagianya.

diorang ni bawak beg macam nak lari dari mesir selamenye je.isy isy isy...

then bila nak check in,tiba-tiba,pakcik kat situ cakap kitorang dah lambat.laa kat board cakap delay.boleh pulak pakcik tu cakap sape suruh tengok board.board tu salah.okeyh kalau macam tu kenape buat board??dah macam bahas dah kat tempat check in tu.masing2 panas je huhu...ustaz yang menjadi musyrif tu dok kehulur kehilir nak setel hal ni.kitorang tengok pon penat.kesian ustaz tu.

akhirnya,flight kami ditundaa pada esok hari.okey memang tak marah pun.kami memang suke tidur airport ni kan.tak pe.adalah hikmahnye tu.maka kami pun mencari port baik punye kat airport nak landing.kami yang 26 orang ni berkumpul kat satu tempat je.


bila dah setel sume tu,kami pun nak la cari makanan.mahal pun nak wat macam mane kan.sekali pergi burger king,makanan dah abes.bila pergi kat kedai lain,makanan memang dah habes.nampak rak makanan kat atas tu??kosong.padahal pagi tu penuh lagi kot. kat kedai stok makanan dah berkurang.surat kabar je yang banyak.

tengok.tinggal ini je.kami pun capai apa yang sempat jela.beratur satu jam nak bayar padahal beli barang secuit je.tak pela.at least ade gak keje nak buat untuk menunggu esok hari huhu...

 
macam best je mende ni haha.tengok je okey.tak beli pun
tak dapat beli,ambik gambar pon jadilaaa<konon ayat sedih la ni

lost and found??maybe kalau ade sape hilang barang ke,hilang anak ke,refer kat sini kot.

 kami makan mee segera yang keras tanpa perisa sahaja.*sobsob*.agak2 layak tak kalau nak masuk dalam rancangan bersamamu huhu...

dan pada keesokan hari,kami awal2 pagi lagi dah tercongok kat kaunter check in tu.semalam cakap kitorang lambat kan,haa ambek pagi2 lagi kitorang dah beratur.alhamdulillah segalanya dipermudahkan walaupun risau jugak sebab peratus nak terbang tu tipis.banyak(rasenye hampir semua kot)flight yang delay dan cancel pada hari tu.


ada hikmahnye bersabar.haa kan dah dapat makanan best.tak jadi laa masuk rancangan bersamamu haha...

 selepas beberapa minit kemudian...aik?punye la penuh tadi ini je yang tinggal??uish manusia ke pirana yang makan neh...~fatin,sedap kan teh saya wat even buat dalam flight haha

jumpe di airport istanbul,turki!!~beg sadida setia menemani tu

~sambung di lain post okey.nak lunch dulu.erkk lunch ape kol 4 petang??
~Tu.Lu.S=turki.lubnan.syria.dah berape kali padam then tulis balik tajuk sebab tak tahu nak bagi tajuk pe.fikir tajuk pon ambik mase sejam heh.


Wednesday, February 9, 2011

tak tau nak letak tajuk ape

wujudnya post ini bukanlah untuk melaporkan secara terperinci ape yang sedang berlaku di mesir.kalau nak tau detail tengoklah berita ea.CNN ke.BBC ke.Biz world ke..erkk..biz world termasuk ke??whatever huhu...

secara jujur,tak tahu pun bila rusuhan kat mesir tu start sebab tak kuar rumah,dalam study leave.jadi tak tahu apa berlaku di luar rumah.tahu bila ternampak status kawan2 kat fb.dorang cakap kat Tahrir orang ramai tengah berkumpul.saya yang tak tahu apa2 ni ingat cuma rapat umum je..kumpul ramai2 membuat demonstrasi secara damai.ingat macam tu je la kan..hoho punye cetek pengetahuan am mase tu...

bila jalan kuar pergi u,mesir macam tak de pape pon.nampak normal je.muke rakyat mesir sume macam bahagia je huhu.tu lah orang len cakap,muke nampak tenang,dalam hati mengganas sape tahu..

pada hari jumaat,semua line internet dan line tepon missing in action.tak de line langsung!!siyes rase macam duduk kat zaman ice aged huhu.try jugak nak jadi hacker macam falcon dalam bloody monday tu kan.tapi dah internet pon tak de nak hack macam ne huhu.pasrah sahajalah..memang terputus la hubungan.baru ingat nak skype dengan family.maka kami pun meramaikan orang kat luar rumah tu.kuar sebab nak beli barang.baru separuh perjalanan,tiba-tiba...ohcee macam saspen je kan.

tiba-tiba terdengar macam bunyi tembakan.uish cuak dah time tu.pastu nampak orang lari-lari.okey cuak kuase dua.pastu de pakcik arab suruh kitorang balik je rumah.okey cuak kuase tiga.rupenye polis telah melepaskan gas pemedih mata.maka kami pun berpatah balik ke rumah.dah macam dalam pearl harbour lak ai.ohcee over la tu...

dari rumah kami tu dapat la lihat sedikit kekecohan.ape yang difikirkan mase tu??em...macam2 fikir.antaranya:
-apa yang sedang berlaku ni
-kenape jadi macam ni
-waa nak lari balik malaysia huhu
-berdoa semoga kami semua selamat
-semoga apa yang berlaku ini hanya sementara
-dapat ke tak travel ni.takut flight cancel
-dan ...............................(malu la nak tulis hakhak.biarlah rahsia)

apepun,itulah pengalaman.sebelum ni tak pernah merasa macam mane bila negara darurat.haa ambek neh rasekan hoho..dan pengalaman itu yang menjadikan diri ini lebih menghargai erti sebuah keamanan.waa dah macam iklan kemerdekaan lak neh.

~semalam test skill driving dengan bapak.rasa macam kene test dengan jpj ouh haha.
~time cuti2 ni mari kite menimba ilmu ekonomi rumah tangga bersama Puan Aini huhu...

...khalas...

alhamdulillah
habes sudaa exam mid
ingin di tekankan di sini,baru mid exam okey
bukan final.maka jangan hantar buku anda untuk dihanyutkan ke dalam sungai nil
em...masih banyak lagi yang perlu dibaiki
rasanya usaha belum cukup ni...
usaha,usaha gak.apepon,letakkan setinggi tinggi tawakal kepada Allah melebihi usaha:)
so,pe cite exam kamu??

phisiology
hukhuk...tak mau komen.agak sedih.jangan salahkan head department.jangan salahkan kertas soalan.dan jangan salahkan soalan clinical cases yang ku sangka berkaitan cushing snydrome ataupun diebetes sekali keluar migrain.uish tak ke migrain orang time tu.salahkan diri sendiri.pengajaran buat saya.
*ceh,mule-mule kate tak nak komen.pastu yang ayat 3 baris kat atas ni pe??huhu...



histology
em...okey...kot...tak percaya boleh jawab 60 soalan yang nak kene fikir betul-betul dalam masa 60 minit.rasa macam ambek ujian komputer lesen memandu pon de...erkk tibe.motip??


anatomy
aaa...10 mcq,10 matching,5 short essay,10 fill in the blank,10 label.time given 2 ours.and total mark is 35...je...ahah...normal la tu anatomy.saya rasa saya dah boleh terima anatomy ni berbanding tahun lepas.mungkin sebab pernah kene kucup dengan lecturer neuroanatomy.so feeling kat anatomy tu lebih la sikit.ops,lecturer tu perempuan okey!!saya rase die suke saya sebab saya comel hehe.okey ini tipu.dan memang saya suka la kan time tengah2 exam ade orang buat bising.mungkin sebab kat u takde papan tande "weh,sila senyap kerana peperiksaan sedang dijalankan.diamlah kamu.bising saje".



biochemistry
bulat-bulat saje maa...tapi bulat2 pon..haha...yang penting kite dah usaha.betul  tak??


p/s:ini adalah post tertunggak.niat nak post after abes exam tu tapi secare tibe-tibe internet hilang dari pandangan huhu...

~tiba2 tertengok see you d ipt.owh amatlah sedih kerana hero die-pengawas-yang-baik tu mati eksiden.eh bile mase cite tu de hero??patutnye sambung cite tu.kite buat see you di...hospital lak huhu...
~sekarang suka pulak tengok blog masakan hoho..erkk apakah??

Tuesday, February 8, 2011

...apresiasi...

haaaaccccummm!!!uhuk2...(bunyi batuk2)
amboih siap batuk2 lagi bukak blog neh.maklumlah rasa macam dah lame tak update
dan tuan blog memang sedang batuk yang disertakan dengan pakej demam selsema okey.ni semua sebab perubahan cuaca dari sejuk membeku kepada panas membahang.ohcee...nak cakap malaysia panas la ni??

alhamdulillah
syukur yang tidak terhingga kepada yang Maha Menyayangi
kerana Dia,dapat jua diri ini pulang ke pangkuan keluarga
selamat dari segala rusuhan dan kekacauan yang sedang berlaku di mesir
semoga bumi anbiya' itu akan berjumpa dengan ketenangan dan keadilan yang dicari selama ini
diri ini akan menunggu masa yang sesuai untuk kembali semula ke bumi itu :)

syukran
terima kasih yang tidak terkira
kepada semua keluarga sanak saudara
serta sahabat handai
segala doa dan harapan kalian sangat saya hargai
hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya :)

terima kasih
penghargaan yang tidak ternilai
kepada pihak kedutaan malaysia di syria
encik fahmi dan encik rizal
juga kepada pihak MAS
yang menaja penerbangan kami dari Dubai ke KLIA
lepas ni nak naik MAS la
sudah serik naik ***** air yang 'first come first serve' tu huhu


hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mesir
dan saya nak sambung belajar lagi kat mesir
tempoh 6 tahun 6 bulan pun macam lama
kalau dibuatnya extend...waaa tak mau!!
nanti jadi doktor lambat!!bila orang boleh kawen kalau macam tu huhu..

banyak yang ingin diceritakan disini
tentang ape yang terjadi kepada kami
ketika mesir dalam keadaan darurat
dengar kata ade yang melarikan diri ke turki,lubnan dan syria huhu...
eh bukan melarikan diri.cuma mengembara menambah pengalaman di negara orang
kisah pengembaraan geng upin ipin kami di turki,syria dan lubnan
nak tau??tungguuuuuuuuuu....ohcee macam promote ape je
tapi memandangkan laptop-yang-akan-restart-setiap-2 jam-kesayangan tu tak de kat sini
(hope my lappy tu baik2 sahaja.kamu sila duduk diam2 bawah katil ye wahai laptopku)
so kene ambek masa sikit nak adapt dengan laptop bapak ni~alasan je neh huhu

~my ayah sedare suruh my mom kahwinkan daku before balik semula ke egypt supaya selamat sikit nanti kat egypt coz ade orang boleh tolong jaga...erkkk...ape punye idea tu??apakah??tak mau tak rela!!huhu...tapi jap..maybe idea tu boleh dipertimbangkan lagi 5 tahun akan datang hehe...
~sape nak coklat syria sila datang ke rumah dengan segera sebelum ia dihabiskan oleh tuan punya blog neh.