Pages

Sunday, February 20, 2011

Tu.Lu.S 8

5 Februari 2011

pagi2 macam bese kite bekfes dulu kat hotel.

menu:roti,yang putih tu cheese,pinggan lagi satu tu jem tak tau perisa ape tapi manis

sekali pandang macam chocolate ball.tapi bukan.ini adalah jeruk.tak pernah makan pun.tengok je hehe..

Hari itu kami akan melawat kawasan2 sekitar syria.mula2,kami pergi masjid Umawiy

masjid umawiy

ustaz sedang memberi penerangan tentang masjid ini disamping menceritakan serba sedikit tentang puak syiah dan juga perang karbala.

makam Nabi Yahya

dalam masjid..

makam saidina Husin.time ni ade sekumpulan manusia berkumpul sekeliling makam sambil mengatakan sesuatu dalam lagu.ustaz cakap diorang tengah berzanji.erkk ye ke ustaz??

puak syiah akan sujud di batu ini.dipercayai batu dari karbala

macam gambar kelas lak hehe...

ke makam Salahuddin Al-Ayubi

kemudian,kami ke bab-al-saghir.di sini ade ditempatkan makam2 Ahli Beit seperti isteri2 Rasulullah S.A.W iaitu ummu habibah dan Ummu Salamah.juga makam anak baginda iaitu Umi Kalthum.

setelah Rasulullah s.a.w wafat,isteri2 baginda serta para sahabat di hantar keluar dari mekkah untuk mengembangkan lagi Islam.sebab itulah makam isteri nabi ini berada di syria.

makam Bilal Bin Rabah

pintu masuk ke makam kepala para syuhada' perang karbala

makam kepala para shuhada' perang karbala

kami diberitahu bahawa ini adalah tempat untuk membasuh kepala para syuhada' perang karbala sebelum dikebumikan

kemudian,kami ke bazaar pula.macam bese kat bazaar ni la banyak barang2 souvenir dijual.haisy shopping ke??haha tak shopping mane pun.saya hanya membeli 1 alas meja dan 2 pasang sarung bantal yang berharga 1100 duit syria.mak ai belanje sampai 1100??sarung bantal tu de berlian ke ape??wohoho lupe lak nak bagitahu duit syria ni men ratus2.tak percaya rasa dapat berjimat dengan hanya beli barang tu je huhu.

ustaz cakap kat syria ni femes dengan aiskrim tumbuk.ni laa aiskrim nye!!bez.sedap.makan aiskrim pada musim sejuk lagi bez huhu!!

ingat nak wat acara makan beradab dengan tiqah hehe

setelah berjumpe dengan apa yang dicari,saya dan atiqah azman buat amazing race kat situ.kami berdua pulang awal ke hotel secara berdua sahaja.buat2 macam dah bese kat syria neh.naseb tak sesat je.

~semasa melawat masjid Umawiy,kami dikhabarkan berita gembira iaitu pihak MAS akan membantu kami untuk pulang ke Malaysia.Alhamdulillah :)

Saturday, February 19, 2011

Tu.Lu.S 7

4 Februari 2011

pagi2 lagi kami dah tercatuk kat dalam bas sebab nak pergi ke Lubnan  :)

pemandangan sepanjang perjalanan.jalan dipenuhi dengan salji.jadi bas ta boleh laju2 sebab jalan licin

salji yang tebal

tolong eskot saya.saya ade 70 000 tunai (sebelum beli kentang yang berharga 4000)duit lubnan sememangnya main beribu ribu sampai kitorang pon pening nak tau berapa nilai sebenar neh.

laut mediterrenian....

ini adalah...alamak tibe2 terblur nama die pe.tapi ade daging dalam tu macam hawausyi

kemudian kami meneruskan perjalanan ke Bukit Furiya untuk bermain salji yeah.

kami dan encik snow man :)

setelah masing2 dah menggeletar dan suhu dah sampai cold pain kan maka barulah ingat nak balik hee :D

lolipop gergasi yang saya jumpe kat duty free sempadan lubnan-syria.niat nak cari souvenir dari lubnan malangnya tidak berjumpa.maka kite beli 4 botol air mineral yang berharga 1$(idea atiqah azman) untuk pecah duit dolar nak bayar hutang.nak masuk lubnan kene bayar rupenye.

~haruslah belajar bahasa perancis kalau nak pergi lubnan sebab orangnye gune perancis.sila ajar saya perancis sekarang :)

Tu.Lu.S 6

2 Februari 2011
selepas kami lunch,encik Ali melepaskan kami untuk pergi ke mana sahaja.mungkin ada yang ingin pergi ke grand bazaar untuk membeli buah tangan terakhir dari turki.saya dan pka tak de niat nak beli ape2.maka kami merayau area dekat bazaar tu.suka hati kami je masuk lorong mana2 macam dah bese je kat situ huhu.mujur jumpe jalan balik.

kat dalam bazaar.bukan macam bazar ramadhan ea.die macam tempat tertutup yang kat dalam die banyak kedai2

macam bese.tak dapat beli ambek gambar pon jadi

errkk..pe yang kite wat ni weh..

budak neh sama ada tengah fikir nak beli ape atau sesat tak jumpe jalan pulang...

sama ade discuss nak beli ape lagi atau bincang macam mane nak cari jalan balik huhu.

tibe2 rase macam dok oversea eheh...
3 Februari 2011
akhirnya sampai ke syria setelah mengharungi perjalanan selame 16 jam.tapi basnye selesa siap ade tv lagi dan akan berhenti setiap 3 jam.
makan biskut ni je dalam bas.dan juge coffee with cinnamon.siyes saya tak nak dah minum air tu huhu...
 pergunungan alps kah??hoho bukan.saya pun tak tahu gunung pe ni
 
dan kami menginap di A-Boustan Hotel.hotel yang sangat antik lagi klasik~lame fikir nak cari perkataan klasik neh.syria macam ala2 mesir sikit.

sampai hotel pun dah malam.maka malam tu tak fikir nak pergi mane2 dah.duduk diam2 sahaja kat hotel sambil tengok perkembangan mesir kat CNN....

Friday, February 18, 2011

Tu.Lu.S 5

2 Februari 2011

hari ini adalah hari terakhir kami kat Turki.maka pagi tu kami mengemas beg sebab nak kene check out dah dari Hotel Fuar tu.selamat tinggal hotel yang comel.owh sangat suka main2 dengan lampu die yang automatik terbuka tu.mase hari first nak cari bilik,sebaik sahaja pintu lif terbuka,rasa pelik apasal gelap je hotel ni?macam mane nak cari bilik.bila keluar lif,tiba2 lampu terbuka.okeyh dah macam cerita seram je neh tibe lampu terbuka.rupe2nye lampu die ade sensor.bila ada orang lalu baru lampu tu terbukak.maka saya sangat suka dengan lampu tu huhu...lagi satu benda bez ialah tempat letak tisu yang juga menggunakan sensor.nanti bila dah de rumah sume mende la nak letak sensor.automatik je sume.boleh gitu??hehe...

mula2,kami pargi ke Hippodrome. di sini ade tiang2 yang kerajaan lain bagi kat turki sebagai hadiah,bagi orang yang tak minat sejarah macam saya ni memang tengok benda tu tanpa perasaan la huhu.ade bagi tiang sebagai hadiah.dahla tiang batu woo.berat tu.macam mane dorang angkut tak tau la.

ini adalah...haa kan dah tak ingat.tu laa encik ali bagi penerangan hang dok tengok burung merpati...

okey yang ni saya tahu.tiang ni kerajaan mesir yang bagi.
 ukiran yang terdapat pada bahagian bawah tiang tersebut.

lagi ukiran.rasanye setiap ukiran ni ade motifnye.dan saya tak faham ape motif yang cube nak disampaikan

ini pula adalah tiang yang diperbuat daripada besi senapang yang dileburkan

macam aiskrim paddle pop twister kan??hehe..~ini pandangan orang yang tak memahami seni

hah orang sibuk bagi penerangan kamu pergi usya burung merpati neh.tiba2 rase macam ade kat london time ni haha...

kemudian,kami pergi ke Masjid Biru atau masjid Sultan Ahmed.masjid ini dibina pada tahun 1609 sehingga 1616 dan dibina oleh arkitek bernama Sedefhar Mehmet Aga.masjid ini mempunyai 6 menara.maknenye ia dibina oleh sultan.


nampak seperti 3 lapis kerana kedudukan menaranya

kagum dengan kesenian Islam...

pemandangan dalam masjid

lampu nye sangat rendah sebab dulu gune lilin yang cahayanye agak malap.maka untuk pengcahayaan yang baik direndahkanla lampunya.ohcee ayat macam bese keje dengan TNB je eheh...
alahai sukenye kamu ye :) ni ilyas.adik anisah

kawasan bagi sultan

 kamu tengok ape...

lepas tu,kami pergi ke Aya Sofea atau Hagia Sofea.Pada mulanya ia adalah sebuah gereja yang amat besar ketika kerajaan Byzantine,kemudia menjadi masjid ketika pemerintahan Turki Uthmaniyyah kemudian ditukar menjadi muzium ketika pemerintahan Kamal Atarturk.

antara lakaran di dinding yang dikekalkan.

semasa Aya Sofea ini ditukarkan kepada masjid,ada lakaran di dinding yang ditampal dengan plaster.kemudian ia dikikis kembali apabila masjid ditukar kepada muzium.

ukiran Allah dan Muhammad lambang kemegahan bangunan ini sebagai sebuah masjid

Aya Sofea yang terletak bertentangan dengan Masjid biru dan mempunyai 4 menara

lepas penat jalan2,kami pun melawat lagi satu tempat menarik iaitu...kedai makan hehe..dah penat jalan masing2 pun lapar.maka kami pun berjalan jalan cari makan pulak...

inilah lunch kami.potongan ayam kecik2 macam dalam kebab tu,kentang dan sayur sikit.nasi2 tak main ohcee..
makan kat gerai sambil menikmati pemandangan kereta api atau komuter.ke LRT ni..monorel kot..okeyh fail bab mengenal jenis2 kereta api.

selepas itu,encik Ali melepaskan kami untuk berjalan-jalan ke mana sahaja yang kamu suke kat turki ni asalkan tak sesat.maka saya dan pka mengambil kesempatan berjalan ke mana sahaja yang kami suka tanpa ade motif yang jelas...bersambung ke post lain ek.ngantuk sudaa huhu...