Pages

Thursday, March 6, 2014

jodoh berdua.

emm emmm
nak letak lagu jodoh berdua laa kat blog boleh tak?
eh.no no.jangan sekarang.simpan untuk wedding wire nanti je kehkeh
entah bila laa akan terwujud nye wedding wire tu,hanya Allah yang tahu of course.

cakap pasal wedding,sejak 2 menjak neh ramai pulak senior laa,kengkawan dok kahwin bertunang sume.
barakallahu fik kepada mereka yag melangkah ke alam rumah tangga tu.
apa?saya bila?bila-bila masa dari sekarang.kot.tunggu je laa event kat fb tu haha.

nak cakap pasal trend pertunangan dan perkahwinan sebenarnya.
sedar atau tidak,zaman berubah.seingat saya masa zaman pakcik makcik saya bertunang dulu takde pelamin-pelamin bunga pentas bagai neh.
majlis memang simple.yang ada hanya keluarga terdekat.hantaran ade laa 4 5 dulang je.
datang untuk ikat tali pertunangan,lepas tu bincang tentang hala tuju perkahwinan.saya masih ingat ketika pakcik saya bertunang,ayah tunang die tu(ayah mertua laa skang neh) bagi pesanan :

"bertunang ni bukan tiket untuk bawa anak orang kesini sana.ada batasannya bla bla..."
pakcik saya tu sangat baik thiqah confirm dia takkan buat macam tu tapi still diberi pesanan sebegitu.bukan apa untuk mengingatkan hadirin hadirat sidang dewan sekalian.owh gitu.

lepas tu bergambar laa satu dua.lepas tu balik.takde nak update kat fb ke instagram ke.

tapi apa yang aku tengok sekarang.lain sangat-sangat.bertunang siap ade pelamin ko.serius kalau orang tu tak cakap tu majlis pertunangan memang orang ingat tu majlis akad nikah.perghhh bertunang dah sebegitu rupa kahwin haruslah lagi gah hebat bertaraf dunia gitu kan.takpelah,hak masing-masing.biarlaa duit dia kema bukan pinjam duit ko pon heh.

but for me,biarlah pertunangan tu sesuatu yang tak perlu dihebohkan.rahsiakan pertunangan,hebahkan perkahwinan tak gitu.just make it simple.tak nak laa pentas bagai tu kot.i ollss sayang duit i olllss okey haha.bukan kedekut :P *yes i am saving right now for the future*

bab kahwin pula,tak payah laa nak ikut artis sangat.siap ada gambar pre wedding laa apemende shower bride apekemende tu?eh serius laa tak faham.baru-baru neh ade kawan sekolah baru kahwin simple je tapi nampak meriah.haa gitu laa.kenapa perlu habis beribu riban untuk sehari itu,sedangkan ia permulaan sebuah perjalanan yang bukan setahun dua tapi untuk selamanya.kan?okey memang laa sekali seumur hidup habis tu nak habiskan duit terus ke time tu lepas tu lepas kawen tu tak perlukan duit ke?guna logik akal.belanja biar berpada,yang penting keberkatan.

time aku nanti takde pre-pre wedding neh.sume post wedding okeyyy.pastu baju kawen tu biar boleh kitar semula.eh i mean biar buat yang boleh pakai untuk majlis lain rumah terbuka ke interview ke apa takdelah boleh pakai sekali je.woahhh gituuu dah plan ada makna apa-apa ke?

takde makna.apa-apa.eh serius laa takde makna apa-apa -.-

i'm writing this post bukan sebab "hek eleh tak sabar nak kawen laa tu" atau "tak lama dah dia neh".no.
this is just my opinion melihat fenomena masyarakat melayu sekarang ni yang obses nak buat majlis pertunangan dan perkahwinan tanpa mengira kemampuan diri.kan membazir amalan syaitan?

~lagu jodoh berdua dok terngiang ngiang kat telinga ni dah kenapa -.- owh mungkin sebab lagu tu best
~married during study,or married after study?emm love after marriage.tetibe lol

Tuesday, February 25, 2014

date with me?

saya memang ada masalah dengan tarikh.i don't know why.saya suka math,tapi tak suke ingat nombor.bahaya kema oiii dose ubat kene ingat oiii.errr can i write the dose kat memane,dinding ke,katil patient ke?boleh laaa ea??ea??

kalau hari cuti,kadang-kadang je ingat tarikh.
number phone yang saya ingat?emm no. abah,ummi,rumah,my number celcom,etisolat,and another 2 3 number phone laa.tu je.kot?
tarikh lahir orang lain?emmm kalau ummi abah dan adik-adik.memang ingat.kalau kawan-kawan...errr yang dekat dengan tarikh lahir saya,saya ingat laa.kot.tu pon dalam 2 3 orang..je...huhu

tapi selepas saya diberitahu oleh seseorang mengenai kepentingan tarikh,ya tarikh sangat penting.terutamanya dalam pendokumentasian.

owh ye.kelas bermula 1 Mac.bagus,tarikh yang senang diingati.takut syok sendiri sensorang je yang cuti duduk rumah padahal orang lain pergi kelas.

emmm.tapi saya rasa saya akan ingat tarikh-tarikh penting yang akan berlaku dalam hidup saya.ye saya akan ingat(dengan bantuan S planner kat tab mungkin lol)

dan beruntunglah mereka yang saya ingat tarikh lahirnya.haha tetibe.

tapi dalam banyak-banyak tarikh,tarikh mati takde siapa pon yang tahu.

~tajuk post tak tsiqah langsung kema anis neh

~tengah buat teks MC untuk MTC neh menyempat pulak update blog ye.bila kene buat teks baru aku sedar aku amatlah pemalas nak buat karangan,tapi menulis kat blog rajin pulak.pelik ini pelik.

Sunday, February 23, 2014

dilema.medical.student.

tahu tak.bila kita belajar penyakit dan simptomnya.
dan bila simptom tu ada pada diri sendiri,cuaknye tu tak terkata.
kadang-kadang rasa macam nak gelak.sebab rasa macam psycho lak diagnose diri sendiri.

ade sekali tu,bibir aku bengkak tetibe.
secara personal history nye,aku takde allergik kat apa-apa.
takde trauma terhantuk ke tergigit ke ape,takde kene sengat apa-apa.
dia jadi tiba-tiba.aku tak pernah jumpa penyakit ape ade simptom bibir bengkak maka teruslah google.
tetibe jumpe pulak berkaitan dengan disease with blood ke ape dengan berkaitan spleen(limpa)
terus fikir aku ada splenomegaly ke neh(limpa jadi besar) tapi bila bibir dah tak bengkak aku lupa terus.

lepas tu,ada simptom lain.something enlargement at lateral side of neck.
aku suspect thyroid.sebab memang ada family history pasal thyroid.tapi spesific penyakit tu tak sure.
ape lagi menggelabah lah terus cek kot-kot ada simptom lain tapi takde haha.penat je menggelabah.
tapi takde tachycardia ke ape
kawan aku pon beria suruh buat medical check up tapi aku malas nak fikir.okey malas nak pergi.
dan biarkan je lah.kata doktor buat ape jumpe doktor kan*ego meninggi macam klcc*

tapi simptom yang latest ni paling buat aku cuak.
asalnya,aku perasan tiap kali aku berus gigi,akan ada bleeding.tapi aku suspect gusi aku.berus gigi tak sesuai(tapi aku memang berus toothbrush bukan berus sabut)berus gigi ganas sangat,atau aku kurang vitamin c ke kan.
tapi ada satu hari tu buat aku paling cuak bila sputum(kahak) aku ada darah.paling aku cuak darah tu bukan bercampur dengan kahak,tapi memang darah.macam dalam cerita melayu kau batuk keluar darah tu.cuak tahu haha.
2 kali pulak tu.double cuak.

terus cek.sakit dada,takde.batuk,takde.sesak nafas,takde.sakit tekak,takde.demam,takde.sakit kepala,takde.pucat,takde.
kesimpulannya,aku tak tahu ape mende itu.dan malas dah nak diagnose diri sendiri.
dan alhamdulillah lepas tu takde ape-ape dah.

dan sekarang aku ada simptom baru.rasa nausea(nak muntah) dan penat giler rasa nak tidur je keje.
hari tu aku baru balik dari tugasan medical team.balik tu memang aku rasa terhuyung hayang dah.
balik,solat maghrib terus ma'as salamah pergi tidur.
emm penat terlampau kot masa tu.
aku tak tahu laa dah keje nanti macam mane hidup aku.padahal tugasan tu keje aku ambek blood glucose orang je kot!

kadang-kadang lagi penat diagnose diri sendiri daripada diagnose orang lain.
pantang sakit perut terus diagnose bakteria apakah parasit apakah.haha apemende laa.
I am not paranoid.kata kene praktis apa yang kita belajar haha.

bila sakit ingat mati.mati sebaik-baik peringatan.

Friday, February 21, 2014

this is my way.

deal and working with other people.
need us to understand people.
emm.boleh je kalau kau tak nak faham orang lain.
macam laa orang lain pon nak faham kau kan?
tapi kalau kau pelajar medic,mesti kau pernah dengar empathy kan?
eh no.bukan sahaja pelajar medic.as human being,we need that empathy.

empathy memerlukan kau faham orang tu.faham situasi dia,dan rasa apa yag dia rasa.cewah gitu.
ni difinisi aku laa.difinisi kamus dewan bahasa dan pustaka tidaklah diketahui kerana kat rumah neh ada kamus dorland's medical dictionary je.
perghhh barat giler ko kema kamus dorland's ada kamus bahasa pustaka takde.deyyy ana pelajar medic bukan pelajar bahasa mintak maap laa okeyyyy.
errr okey nanti saya belilah kamus tu letak kat mini library untuk bacaan anak-anak.kang gara-gara takde kamus dewan bahasa pustaka anak aku dok speaking lak memanjang moyang die tak faham nanti.

ape yang nak di highlight kan kat sini,yes i am deal with many people nowadays.woah speaking ko entah betul entah tak grammar tak tahu.
2 3 menjak neh aku banyak kene deal,kene bincang,kene discuss,kene contact,kene kerja
dengan macam-macam manusia.lelaki perempuan,tua muda,kacak cun,abang kakak,bapak orang bini orang.

dari dulu,aku buat cara macam neh.terutamanya kalau kene keje dengan berlainan jantina.

pertama,
aku tengok dulu partner aku tu orang dia macam.simple ke,pendiam ke,slumber ke,okey2 je ke.bila dah kenal partner kite macam mana,baru laa kita boleh tahu cara macam mana nak deal dengan dia.ye dak?jarang aku dapat partner yang pasif sangat.kalau pasif pon,aku akan buat pelbagai cara untuk aktifkan die lol.tapi aku tak boleh ubah die ikut cara aku.better biar dia jadi diri sendiri.kang aku ubah personaliti orang lain lak susah kang.

kedua,
aku tak suke partner aku tak selesa dengan aku.aku tak suke kalau partner aku ada perasaan segan,malu,inferior dan sebagainya dengan aku.*ade ke?lol perasan giler* maka aku cuba untuk buat partner aku selesa dengan tidak terlalu skema dan serius.tapi time discuss haruslah serius kan tapi aku pon bukanlah orang yang serius memanjang.

ketiga,
aku suka serahkan partner aku untuk buat pembahagian kerja.bukan apa aku takut kalau aku yang buat nanti macam berat sebelah.keje senang aku ambek yang susah bagi dia.haha berat sebelah okey!tapi kalau partner aku dah bagi ayat "takpe ko laa yang bahagikan keje" maka terpaksa lah aku bahagikan mengikut cita rasa aku lol.eh tapi at the end aku akan tanya"okey ke?ke terasa macam banyak?"

keempat,
aku sebagai perempuan,sebenarnye kadang-kadang segan untuk memulakan perbincangan.aku lagi suke kalau partner aku yang start dulu.tapi kalau kita dok tunggu 2 3 hari partner kita tak contact pon.haisy tak jadi keje laa gitu.silap haribulan tahun depan pon tak gerak-gerak.maka haruslah aku yang inbox/contact dulu.perigi cari timba?ah lantakkan yang penting aku buat kerje aku bukan nak cari jodoh ke timba ke

keempat,
just be yourself.aku rasa aku tak cover pon perangai entah-pape aku.eh takdelah tak cover langsung.maksudnya takdelah tetibe nak berlakon ayu bagai tu.tak reti nak berlakon neh.dan kita pon akan lebih selesa kalau jadi diri sendiri daripada kene cover ni betul tak?

kelima,
aku anggap dia sebagai partner kerja.dan kawan.sahaja.tak lebih tak kurang.time kerja,kita layan sebagai partner kerja,as a friend,a colleagues(betul ke spelling die neh?musykil aku)tapi kalau lepas setel kerja kalau bertembung atau die tegur tu kita jawab laa takde laa lepas habis je kerja tu terus buat macam "sape die neh?aku tak kenal dia."ohhoh gaya macam apa je lepas setel keje terus buat-buat tak kenal.

keenam,
yes kita ada pendapat kita,dan dia ada pendapat dia.terima pandangan orang lain,,raikan ketidak samaan pandangan.setiap orang pandang dari sisi berlainan.bawak bincang elok-elok insyaAllah akan ada persepakatan lepas tu.jangan terlalu mendominasi perbincangan.kau nak kau jeee yang betul?okey sila keje sensorang.

ini cara aku.tak tahulah acceptable or not.nanti aku kene deal dengan ramai orang.orang sakit lak tu.sedangkan deal dengan orang sihat pon aku kene berdepan dengan macam-macam bende.inikan pula kene deal dengan orang sakit yang sah-sah emosi tidak menentu.pheww kene praktis deal dengan orang lain secara profesional dan dengan tenang dan sabar.

deal dengan mak mertua lain cerita.hari tu aku dah try praktis kat konvo senior.jadi usher pintu masuk.borak dengan sorang makcik neh.asalnya tanye "makcik tak berat ke beg tu,meh saya tolong pegang" tapi lepas tu borak sakan dengan makcik tu sampai masuk bab anak die kat new zealand sampai laa anak die datang.fuh boleh tahan gak peramah aku neh lol.

ye ye je peramah.tapi bila kau jumpa 'certain' orang,gagap gak.diam seribu bahasa.adakah dia datang dari bintang lain yang boleh buat aku terdiam sampai tak boleh kata apa-apa?*pengaruh cerita korea you who came from another star huhu*

Thursday, February 13, 2014

hari ini dalam sejarah.

okey I is nervous.

dari semalam okey start nervous.uisy macam ape je.emm pernah je buat keje macam neh.tapi tu pon kire MC terjun sebab tak dapat cari MC last sekali aku jugak selaku unit disiplin dan protokol jadi MC.

tapi time tu kat program COMPASS kat malaysia.takdela ramai sangat dan tak kenal mana pon hadirin hadirat nye huhu.

tapi ini jamuan senior gen07.seniorrr kotttt.mahu tak gelabah.
but its okey.pengalaman kot kan.

fuhhh.okey baju dah siap skrip dah baca.tengok you who came from the stars laa nak hilang nervous lol.

wish me luck!

dan semoga nur akma anis tak gagap tak tersyasyul tak pengsan sume laaa.
ye!thank you. hee :D

okey hari ini 13 februari 2014.13/2/2014 dalam sejarah.

~okey sekarang saya tahu kepentingan tarikh.errr tapi time-time cuti neh memang ada masalah ingat tarikh huhu