Pages

Friday, April 25, 2014

kema's logics

"kema,incarceration tu ape?"

aku diam.tak tahu.adakah ini complication of benign ovarian neoplasms?
terus capai dorland's pocket medical dictionary kat rak buku kuning sebelah meja study.

terbukak page depan sekali.terlihat nama aku,tulisan jawi dan rumi.depannya ade title doktor dengan tulisan yang tersendiri.special writing tuu.from special request.aku tersenyum sekejap.macam kelakar pon ada.mintak orang lain tuliskan nama.apa buruk sangat ke tulisan sendiri?memang buruk pon lol.aku rasa makin lama makin buruk tulisan dah tak boleh nak cantikkan dah(bila masanya tulisan cantik?).maka aku rasa buku yang aku akan hadap time aku keje nanti,haruslah ditulis dengan tulisan cantik supaya tidaklah berbulu mata aku nanti haha.dah kenapa ayat macam novel?

mencari word incarceration : unnatural retention or confinement of a part.

unnatural retention?retention?kepala otak aku membayangkan yang ade mende jadi memanjang.

incarceration,buku teks tahun 5 gynaecology page 244 : ovarian cyst may be impacted in Douglas pouch(kalau dalam buku kadang-kadang dia tulis DP je.ade sekali tu aku terbaca sebagai 'display picture'),particularly in large size tumor.

"isy jauh sangat tu ovary boleh pegi dekat DP"kata kawan.

emm...mungkin sebab kat ovary tu ade tumor yang besar dan berat sehinggakan dia tarik ovary tu sampai ke DP?aku menjawab.ikut logik aku.

"emm.logik logik"kawan jawab.

"errrr weh aku ikut logik aku je ko janganlah ikut sangat"risau aku kalau bawak ajaran sesat dalam medic.

ini yang aku buat.dari tahun 1 sampai tahun 5.eh tak.dari sekolah sampai sekarang.suka ikut logik sendiri.macam manalah sejarah tingkatan 3 nak dapat A kalau aku bulat-bulat je jawapan abc sejarah ikut logik aku?

anatomy pon aku jawab ikut logik padahal mende tu kene ingat.tapi aku buat teknik imagination-but-still-with-kema's logic.emm bolehlaa membantu sikit-sikit.

bagi aku,kalau aku nak faham sesuatu tu,aku akan imagine mengikut kefahaman aku,bukan kefahaman orang lain.maka wujudlah teori kema's logic.

owh aku apply ni dalam medic sahaja.tapi tak seratus peratus.just in case untuk aku nak ingat certain things je.

dan logik aku tahun ini :

1)hanya orang yang beli tiket sekali dan ummi abah dan orang terdekat je aku bagitahu bila aku balik.

2)aku tak nak mengharap apa-apa berlaku dalam bulan 7 sebab nanti aku sedih.lol sangat kan?anyway takde ape-ape pon dalam bulan 7.sama je macam bulan lain.eh tak bulan 7 ni puasa dan akhir bulan 7 raya.


~jujur.aku memang tak sabar nak balik rumah neh.kalau boleh aku nak balik rumah time cuti hari pekerja 1mei nanti.owh logik sangat pemikiran sebegitu.

~rasa berilmiah sikit post blog ada masuk unsur O&G lollllzzz





Friday, April 11, 2014

dont't play play!

hari tu exam end round surgery memang sempoi.surgery subjek minor je untuk tahun 5 so takde laa complicated sangat case nye.most common case is swelling,hernia dan thyroid.dok pusing 3 mende ni je dalam kelas clinical tu.

tapi swelling bukan sebarang swelling.swelling(bengkak ke bisul dalam melayunye?)ada macam-macam woo.ibarat macam perbagai aneka cheese cake kat seret recipe.lipoma,ganglion,sebaceous.swelling kat leher,tangan,lutut kat mane-mane lah.

hernia ni pulak.errr macam mane ye nak cakap dalam melayu.die macam anda rasa ada benjolan kat perut ke,something 'terjojol' kat pusat ke,kat peha ke.haa macam tu lah.nama dia pon banyak ikut kat mana lokasi dia.epigastirc hernia,umbilicus hernia,femoral hernia,inguinal hernia.

thyroid ni pulak,kita tengok kalau thyroid die enlarge(membesar).membesar pon tapi banyak jenis gak.physiological,thyrotoxicosis,simple nodular goitre,simple multi nodular goitre,thyroglossal cyst.nampak tak macam menu kat burger king ade macam-macam jenis burger gitu.

nak cerita kalau time exam dapat patient swelling atau thyroid ana(ohcee) okey lagi.tapiiii inguinal hernia mintakkkk jauhhhhh.sebab ape?errr.

okey inguinal hernia neh selalu kat orang lelaki sebab chronic cough ke(batuk lama sangat),sembelit dah lama ke,tak pon kerja angkat berat ke.dan site die dekati inguinal laa.err google sendiri boleh?dan nak cek inguinal hernia ni dekat dengan testis.sebab itu lah memang mintak jauh.dan doa makbul sebab time exam memang takde patient inguinal hernia.tapi time kerja nanti haruslah kene handle jugak kan kalau ada.

so 3 patient tu aku dapat thyroid,swelling kat belakang leher(lipoma),dan umbilicul hernia ke ek.tak ingat dah lol.mule-mule kene cek patient tu diagnose laa lebih kurang die ade apa dan tengok semua yang berkaitan penyakit dia tu.bentuk,temperature,sakit ke tak,merah ke idok.boleh gerakkan ke tak swelling tu.macam tu laa lepas tu gerak kat station soalan.aku tak pasti die bagi masa berapa lama untuk cek patient tu.5 minit mungkin.

lepas tu last sekali kene clerk patientt.jumpe patient tu tanye apa complaint dia lepas tu cek-cek sikit then present kat doktor.part neh paling aku cuak.dah nama belajar mesir haruslah keluar ayat "tisytiki min eh?"
(what is your complaint) idok ler boleh kuar ayat "makcik sakit ape?" nampak tak susah tak susah dia.kalau orang yang fasih al laju cakap arab takde masalah tapi aku bab bahasa asing ni memang lemah sikit.

ape lagi lepas habis 3 station before last station tu,aku nampak kawan-kawan aku yang dah siap tengah berkumpul.rupenye doktor tak datang lagi.apa yang kitorg buat?tulis siap-siap kat kertas ape mende kene tanya.kirenye dah karang siap-siap tinggal tulis apa complaint patient je.santai tak?lol

time turn aku,aku baru nak mesra dengsan makcik tu,baru nak cek tetibe masa dah habis.heyyy why my time macam sekejap sangat?ini tidak adil!!tapi aku tahu makcik tu incisional hernia.hernia kat tempat previous operation.okey setel.

lepas tu kitorg kene tunggu lagi dan time neh paling sempoi.sementara nak tunggu present depan doktor tu kitorg neh buat 3 halaqah sebab ada 3 patient berlainan.aku pergi kat halaqah patient incisional hernia dan lengkapkan history taking kitorng yang tak lengkap.saling melengkapi lol.

sampai depan doktor :

"what case did you get?present your case."-doctor
"Female patient (nama dia ape tak ingat dah) 60 years old married and a housewife has 7 offsprings with the youngest is 27 years old.She doesn't has any speial habit of medical importance.Her complaint is had swelling at upper right side of abdomen and pain at site of swelling.The swelliing is about 8x8 cm with tenderness.increase when stand and decrease when lying down has impulse on cough.there is scar buat no redness no pus no dilated vein no pigmentation....."-me
"okey good.so what is your provisional diagnosis?"-doctor
"most probable diagnosis is incisional hernia at right lumbar region due to cholecystectomy incision"-me
"okey good.do you know the name of operation?"

...ah sudah memang aku tak tahu blur kosong...."errr i don't know"
"okey.what is the complication of hernia?"
"irreducible,inflammation,strangulation,obstruction"

and the rest is history.tapi aku stuck kat soalan macam mana nak kenal hernia tu ada strangulation?by TENSE and TENDER.

kesimpulan,exam surgery hari tu tak menakutkan sangat dan emm best laa kot.padanlah dengan hasil usaha yang tak seberapa.dan aku tak boleh main-main dah!lagi 25% to be a doctor ameen!

~obstetric dan gynecology best tapi too complicated huhu.aku ada nampak status member "siapa yang faham menstrual cycle neh die boleh faham perempuan"lol sangat.aku pon tak faham sangat perempuan tu macam mana.banyak sangat hormone.that's why we're special hee :D


Thursday, March 27, 2014

post-surgery exam.

dear akma,

beranilah dan percaya,semua ini akan berlalu.

It hurts now,but one day you will realize that it was nothing compared to the happiness that awaited you.

When love bring rains,a rainbow will always follow and with it the sunshine

I can't promise to fix all your problems but i can promise you won't have to face them alone.

............

berapa kali aku rasa nak give up entah.tapi hati aku cakap "bersabarlah."
makhluk yang bernama manusia memang complicated.
complicated anatomically,phisiologically
complicated untuk difahami.

only and only if,
aku boleh baca fikiran orang.
aku boleh tahu perasaan orang
aku boleh tafsir perlakuan orang.

okey aku dah start mengarut dan mengantuk.

"Love speaks from heart,and never explains"

lets follow the flow.smile! :)

Saturday, March 15, 2014

harganya?tak ternilai beb!

alkisah berlaku hari kelmarin.

petang tu,aku ada usrah.disebabkan buat lepas kelas tak sempat nak masak prepare makanan,maka kita delivery kfc sahaja.dan sememangya semua orang lapar masa tu.lepas kelas kot memang kebulur tahap rasa nak makan orang.

time tu memang rasa semacam dah.maka lepas habis je usrah memang aku mintak diri pulang ke rumahlah.kalau ikut hati nak tahan teksi tapi memikirkan jarak rumah yang macam sekangkang kera je jaraknya.eh.macam dekat sangat.beberapa kangkang kera laa kot.memang tak laa pakcik teksi nak hantar.buat abeh minyak yo maka terpaksalah aku berjalan kaki laju ala-ala marathon peringkat kebangsaan.tapi sampai rumah lif pulak takde!and that made my situation become worst!!rase nak nanges oiii T_T.kene panjat tingkat 9 gune tangga serius memang rasa nak ketuk je pintu rumah sape-sape mintak tumpang jap.

kemuncaknya,bila aku sampai je rumah,fatin dah nampak muka aku lain macam lol.dia tahu housemate die neh dalam keadaan tak okey dan memerlukan rawatan kecemasan.part ni laa aku rasa terharu yang amatttt.

aku cuba sedaya upaya tak nak muntah tapi apakan daya,ku muntahkan jua kfc tu umpama daku memuntahkan apa yang aku baca dalam exam lol.subjek phisiology 2nd year,slow pain can induce vomitting.so i was vomitting.walaupun cuba untuk menahan diri "tolong laa jangan muntah kema ko dah makan kfc tadi rugi kalau muntah rugi wooo rugi!!"kahkah nak muntah pon boleh fikir dulu.nampak nau kedekutnye.haha takdelah.

yang paling aku terharu bila "kema takpe ko pegi rehat biar aku tolong setel".serius rasa nak nanges!bila kau tengah sakit,takde orang pon boleh tolong hilangkan sakit tu melainkan Allah.tapi moral support can reduce the pain.sepanjang 5 tahun aku kat mesir,kawan-kawan especially housemate memang banyak tolong aku.dorang faham aku,tegur aku kalau aku salah,dan support aku kalau aku down.

kau datang kelas,mesti akan ada yang tanya "kema,okey dah ke?"

aku okey.sebab ada korang.even kalau aku tak okey pon,aku okey sebab ade korang :) ecewah

terima kasih Allah sebab hadirkan insan-insan yang memahami dan membantu aku.yang paling penting mengingatkan aku tentang Pencipta ku.mendekatkan aku dengan Rabb ku.kalau tanya aku mende apa yang paling bernilai kat mesir ni,jawapan dia sahabat-sahabat aku.tak ternilai beb!

Allah sahaja yang mampu balas jasa kalian.

dan 2 kali tak pergi lectures O&G,terus tak ingat kelas tingkat 2 bukan tingkat 1 lol.minggu yang agak exhausted,so minggu ni kene compensate balik apa yang tertinggal.

~macam mana taknak bagi down bila sakit?satu :sakit sebagai penghapus dosa.dua :bagi aku time sakit ni laa nak rehat sungguh-sungguh. tiga:Allah sayang sebab tu Allah uji.ngerti? :)

Thursday, March 6, 2014

jodoh berdua.

emm emmm
nak letak lagu jodoh berdua laa kat blog boleh tak?
eh.no no.jangan sekarang.simpan untuk wedding wire nanti je kehkeh
entah bila laa akan terwujud nye wedding wire tu,hanya Allah yang tahu of course.

cakap pasal wedding,sejak 2 menjak neh ramai pulak senior laa,kengkawan dok kahwin bertunang sume.
barakallahu fik kepada mereka yag melangkah ke alam rumah tangga tu.
apa?saya bila?bila-bila masa dari sekarang.kot.tunggu je laa event kat fb tu haha.

nak cakap pasal trend pertunangan dan perkahwinan sebenarnya.
sedar atau tidak,zaman berubah.seingat saya masa zaman pakcik makcik saya bertunang dulu takde pelamin-pelamin bunga pentas bagai neh.
majlis memang simple.yang ada hanya keluarga terdekat.hantaran ade laa 4 5 dulang je.
datang untuk ikat tali pertunangan,lepas tu bincang tentang hala tuju perkahwinan.saya masih ingat ketika pakcik saya bertunang,ayah tunang die tu(ayah mertua laa skang neh) bagi pesanan :

"bertunang ni bukan tiket untuk bawa anak orang kesini sana.ada batasannya bla bla..."
pakcik saya tu sangat baik thiqah confirm dia takkan buat macam tu tapi still diberi pesanan sebegitu.bukan apa untuk mengingatkan hadirin hadirat sidang dewan sekalian.owh gitu.

lepas tu bergambar laa satu dua.lepas tu balik.takde nak update kat fb ke instagram ke.

tapi apa yang aku tengok sekarang.lain sangat-sangat.bertunang siap ade pelamin ko.serius kalau orang tu tak cakap tu majlis pertunangan memang orang ingat tu majlis akad nikah.perghhh bertunang dah sebegitu rupa kahwin haruslah lagi gah hebat bertaraf dunia gitu kan.takpelah,hak masing-masing.biarlaa duit dia kema bukan pinjam duit ko pon heh.

but for me,biarlah pertunangan tu sesuatu yang tak perlu dihebohkan.rahsiakan pertunangan,hebahkan perkahwinan tak gitu.just make it simple.tak nak laa pentas bagai tu kot.i ollss sayang duit i olllss okey haha.bukan kedekut :P *yes i am saving right now for the future*

bab kahwin pula,tak payah laa nak ikut artis sangat.siap ada gambar pre wedding laa apemende shower bride apekemende tu?eh serius laa tak faham.baru-baru neh ade kawan sekolah baru kahwin simple je tapi nampak meriah.haa gitu laa.kenapa perlu habis beribu riban untuk sehari itu,sedangkan ia permulaan sebuah perjalanan yang bukan setahun dua tapi untuk selamanya.kan?okey memang laa sekali seumur hidup habis tu nak habiskan duit terus ke time tu lepas tu lepas kawen tu tak perlukan duit ke?guna logik akal.belanja biar berpada,yang penting keberkatan.

time aku nanti takde pre-pre wedding neh.sume post wedding okeyyy.pastu baju kawen tu biar boleh kitar semula.eh i mean biar buat yang boleh pakai untuk majlis lain rumah terbuka ke interview ke apa takdelah boleh pakai sekali je.woahhh gituuu dah plan ada makna apa-apa ke?

takde makna.apa-apa.eh serius laa takde makna apa-apa -.-

i'm writing this post bukan sebab "hek eleh tak sabar nak kawen laa tu" atau "tak lama dah dia neh".no.
this is just my opinion melihat fenomena masyarakat melayu sekarang ni yang obses nak buat majlis pertunangan dan perkahwinan tanpa mengira kemampuan diri.kan membazir amalan syaitan?

~lagu jodoh berdua dok terngiang ngiang kat telinga ni dah kenapa -.- owh mungkin sebab lagu tu best
~married during study,or married after study?emm love after marriage.tetibe lol