Pages

Wednesday, June 25, 2014

owh en jiyy


meh sini nak cerita.sepanjang 5 tahun neh,inilah yang aku rasa aku betul-betul down.
aku tak pernah nanges call rumah duduk sini tapi aku pecah rekod masa 3rd year
dulu aku pernah cerita first time aku nanges call rumah lepas paper pathology.
tapi time neh BELUM paper obgyn lagi aku dah nanges MESEJ mak aku lol.
okey silalah gelak kalau nak gelak aku pon rasa macam nak nanges terharu tengok keadaan diri aku sekarang neh.sedeyyy

like seriously laa aku tak tahu kenapa aku down sangat nak exam obgyn neh.macam-macam rasa ada.
tambah pulak aku memang lemah bab menghafal buku neh sebenarnya aku lagi suka buat kira-kira
tapi nak buat macam mana memang kene ingat pon.dan aku rasa mende alah neh sangat banyak nak diingat.
aku takut sampai tahap aku tak ingat diri aku yang sebenar.eh motif over sangat gitu.

tapi sebenarnya aku suka subjek neh dan aku ada target aku untuk subjek neh tapi tapi tapi....okey aku tawakkal.

before exam hari tu aku memang agak rapuh dan goyah mungkin sebab banyak berfikiran negatif serta efek hormon yang kurang seimbang lol dan 540 somethingnak dekat 600 gak laa kalau bundarkan mukesurat nak kene ingat.aku pon mesej laa ummi pastu bila ummi reply aku terus tak boleh tahan sebak di dada lalu buku aku basah.okey aku rasa doktor yang buat buku obgyn neh dah tahu akan jadi situasi macam neh so dia dah sedia buat buku obgyn tu dengan kertas licin so tulisan tak kembang bila kene air.bravo doktor bravo!hati gula-gula kapas sangat kan?

pastu tetibe ada whatsapp masuk yang memang buat aku tersedar aku insaf pastu nanges lagi.aku tak boleh kalau aku tengah sedih tetiba rasa macam terpujuk lagi aku rasa nak nanges.tapi kalau tak pujuk pon aku rasa nak nanges jugak.motif?

inilah yang buat aku fikir macam mana aku nak survive time jadi doktor nanti dengan hati yang macam gula-gula kapas tu?

before paper 1,aku dah breakfast 3 keping biskut cap ping pong cicah air milo okey tu je aku mampu telan kalau time exam.pastu tengah-tengah jawab tu tetibe aku hypoglycemic(kurang gula dalam badan) amat sampai aku rasa nak berhenti kejap makan coklat dalam beg boleh tak?aku jawab dan tulis apa yang aku ingat sekali bila bukak buku balik banyak mende yang aku tak tertulis T_T

paper 2 prepare untuk mcq time neh lagi sekali aku rasa down dahlah tengah makan masa tu lol mujur ahli beit aku pujuk dorang laa yang banyak sabarkan aku bagi aku motivasi.lepas tu before paper 2 tu pulak aku terpaksa ambek pain killer.aku tak pernah bagitahu kalau aku sakit dekat ummi tapi hari tu aku bagitahu jugak so ummi doa aku boleh jawab exam dengan keadaan okey.alhamdulillah Allah mudahkan dan exam berjalan dengan lancar.aku tawakkal je paper mcq tu.balik rumah aku memang taknak fikir ape dah sehari lepas tu memang aku seharian aku 'memengsankan' diri.puas!padahal ada lagi exam oral obgyn.

oral obgyn alhamdulillah aku nampak cerah lah sikit masa depan aku tapi 'ala kulli hal aku tawakkal.*tarik nafas dalam-dalam*

aku rasa exam neh aku buat pain killer tu macam gula-gula smarties dah.eh bukan sebab aku stress tapi sebab aku nak hilangkan rasa sakit tu je sebab aku tak boleh nak buat apa-apa nanti.risau gak kalau overdose tapi aku tak ambek sekali 3 biji.sebiji cukup.cuak gak neh aku ingat balik malaysia nak buat medical checkup harap-harap takde ape-ape.haisy aku kene cari alternatif lain.

panjang betul cerita aku padahal satu subjek je pon.apa pon aku terharu dan aku kuat sebab orang sekeliling aku.ummi abah yang banyak kuatkan aku dan emm...emmm...yeah.
support system tu penting tapi aku pon perlu cuba untuk kuatkan diri.setahun setengah lagi insyaAllah!

tapi kalau anak aku nak ambek medic nanti aku akan suruh dia baca blog aku neh pastu fikir balik betul ke tidak nak ambek medic lol.psiko tak?ingat senang ke nak ingat sume obgyn neh.aku dulu ade laa niat nak ambek pakar obgyn tapi tapi tapi lepas exam die neh.....aku pusing balik niat asal aku nak jadi paediatrician haha.aku tak salahkan obgyn tapi aku salahkan diri aku laa sebab tak mampu nak hadap subjek neh T_T sorryyyy.

sabar je olaf dengan aku yang hati macam gula-gula kapas neh haha.okey gula-gula kapas lagi lembut dari tisu dan dia manis.this olaf give my smile back you know.sweet olaf!

~aku kene masuk kem tentera ke macam mana neh nak bagi hati keras sikit.tapi bukan frozen heart laa susah aku nak cari cinta sejati nak bagi cair nanti kang *pengaruh cerita frozen*
~thanx for being there


Wednesday, June 11, 2014

kembali ke masa hadapan.okey tajuk skema.

just nak cerita balik dinner gen09 hari tu.sebenarnya dulu aku ingat jamuan batch neh 2 kali je seuumur hidup.masa first year dengan tahun last nak graduate.tapi rupanya tiap-tiap tahun pon boleh buat jamuan maa tiada siapa yang boleh halang kerana terpaksa aku relakan.eh tetibe lak.

kitorang buat jamuan ni harian jumaat.khamis tu kitorang baru je lepas exam end round mcq-o&g yang aku stress nak nanges tu.so memang sesuai sangat laa buat jamuan lepas tu memang aku tak ingat langsung pasal exam tu haha.pagi jumaat tu kitorang ade rehearsal sikit.kelllasss tau even jamuan kecik pon ada rehearsal kau ingat anugerah bintang popular je ke ade?

sikit lagi nak sama tinggi dengan aku mende neh.

pagi tu dorang neh hias markas sampai dah tak de rupa markas dah rupe party birthday pon ada dengan power rangers nye laa kluang man laa sailormoon pon ada.aku tukang menyibuk je hehe.maka inilah hasilnya.tadaaa

tema kita hari itu adalah back to the future.ehem nak bagitahu yang bolat bolat tu aku laa yang tampal pastu yang word tu aku laa tukang bukak double tape die.kreatif tak?lol *aku memang suke bukak mende alah double tap tu*

banner gen09 yang aku cadangkan bila ada kenduri kahwin ahli gen09 mohon time berarak bawak mende neh sekali.bapak ah semangat gen09!

dan semua orang kene pakai tag nama neh.comel kan comel kan?

eh eh sape neh sape neh tetibe je?

owh iollss dijemput untuk menjadi award presenter huhu*muka malu-malu*.jamuan we ollss ada bagi award gitu.yang best tu semua menang.kita semua pemenang tiada pengalah lol.
*time neh aku terkial-kial nak bukak nama pemenang award tapi tak dapat-dapat wow secure sangat kad pemenangnya*

dan ini award kita.hahaha sesuai sangat itulah selalu sangat tweet kan dah mendapat.
*ehem.award neh je ada queen kat belakang yang lain takde kan takde kan takde kan huahua*

yang ini hadiah buat SM(subject manager) paeds.owh banyak betul dapat hadiah haha.thank you korang!

dan ini adalah kad ucapan untuk SM paeds.serius tak tahu menahu langsung dorang ada kumpul ucapan neh dan nak nanges terharu baca huhu.kenangan sangat ni!comelllll amat gambar baby kat tepi tu buat jadi booster study paeds hehe.

teratak kami.dulu berlima sekarang berempat sobsob.

untuk pengetahuan korang aku tak pernah main kawen-kawen ea dulu siyes.isy isy sape laaa tu main kawen-kawen

akhawat gen09 yang tinggal.tapi kitorang tetap ingat korang yang dah berpindah ke malaysia.once gen09 always gen09 hee :D

haa inilah bakal-bakal doktor cairo university yang akan menemui anda 2016 nanti ameen!

okeylah tu je lah nak cerita nya.tema old school 90' neh memang best laa.by the way orang lahir bulan julai neh die memang suka mengimbau kenangan lama nostalgia neh lol.

banyak kenangan yang aku ingat sampai sekarang aku main masak-masak gune api real dengan tempurung jadi periuk pastu petik lada nenek masuk dalam tempurung tu pastu rasa.fikir sendirilah rasa apa haha.kadang-kadang main masak-masak petik bunga kertas ummi aku pastu masuk dalam air fefeeling buat air sirap.

pastu aku pernah jatuh basikal balik dari tuisyen dah serupa superman dah jatuh atas jalan raya tapi balik rumah buat senyap takut kene marah.

dan kerja sekolah pendidikan seni aku tak pernah hantar kecuali kalau siap itupun abah yang siapkan.aku memang benci tahap dragon ball kat pendidikan seni huhu.mujur upsr takde seni kalau ada tak tahulah aku pass ke tak.

emm yang pasti aku takde main kahwin-kahwin haha.

mengenang masa lalu memang indah.yang pahit pon jadi manis :)

so back to the future.masa depan untuk zaman 90 ialah zaman 00.eh.zaman 2000 i mean.atau spesifik nya kembalilah ke alam nyata sekarang.zaman kanak-kanak memang indah seronok takde stress tak de dilema takde konflik.

dan sekarang aku nak kembali ke dunia nyata nak menghadap balik buku obstetric dan gynaecology neh.ini cabaran ummi aku cakap.hidup ini memang banyak cabaran*cakap sambil nangis dalam hati*

~aku memang tak sabar nak balik malaysia neh.aku dah fikir nak bawak balik apa jangan sampai aku turunkan beg bagasi aku tu lol

~doakan kami berjaya exam final ni dan semua naik tahun 6 dengan cemerlang nya ameen!

Sunday, June 8, 2014

down.

hari tu aku sedih dengan end round obgyn.sedih sangat!aku bulat nombor soalan lagi banyak dari bulat jawapan.mcq dia sangatttt hororrrr.tetibe tnye pasal DMPA aku dah puas fikir apekemenda tu.aku fikir sampai Di-Methyl-Pekebenda-Aihhhh.serabut T_T

tapi takpe.aku kene bangkit bangun berdiri membalas dendam usaha laa sungguh-sungguh kema!plus doa.doa,doa,dan doa.insyaAllah Allah tolong.jangan down sangatlah.*aku tak larat dah nak pujuk diri sendiri sebenarnya*

salah aku tak usaha mana sebenarnya.puas kot nak habiskan 2  buku obstetric and gynecology tu.lepas ni baca lagi bagi ingat semua mende dalam buku tu.

dan aku rasa selera makan aku dah start menghilangkan diri nya.macam mana aku nak jawab dengan ummi abah kalau dorang tanya "apsal kurus sangat tak makan ke?"

lepas exam tu aku tak rasa apa-apa lagi.aku tak tahu nak rasa apa.tapi lepas balik rumah tu.

"soalan o&g susahhhhh T_T "
"doa banyak2 "

"taknak kene repeat paper T_T"
"insyaAllah tak"

"memang mcq macam tu pon"
"ye ke?"

"doa banyak-banyak.dah tak payah pk dah"
"emm yelah"

lepas tu tetibe aku rasa touching lak kan maka hujan pon turun bagaikan mutiaraaa...tu yang aku malas nak call rumah tu,cukuplah aku menangis sekali dalam telefon lepas exam pathology tahun 3 dulu.malu oiiii.

tapi lepas dinner batch hari tu,barulah aku rasa happy sikit.nanti lah aku cerita pasal dinner batch.

thank you.for give me support when i'm down.

Sunday, June 1, 2014

takdir.

sebelum ini aku lupa.

kita hanya merancang,Allah yang menentukan segalanya.
dan Dia sebaik-baik perancang.
diberiNya apa yang kita perlu.
dan apa yang terbaik.
kerana tidak semestinya apa yang kita mahu itu yang terbaik buat kita.

:)

melihat orang lain bahagia,aku pon bahagia.
kepada mereka yang telah selamat diijab kabulkan,
yang telah menemui belahan jiwa,
yang telah bertemu insan bernama kekasih,
selamat menyulam cinta dalam redhaNya.
selamat bercinta hingga ke syurga.
semoga beroleh sakinah,mawaddah dan rahmah.
ameen.insyaAllah

kalau malaysia dengan mesir boleh sampai naik kereta je semestinya aku datang.
tapi apakan daya,aku dan kawan-kawan disini ada tanggungjawab yang perlu digalas.
maafkan kami.tak dapat nasi minyak dapat tengok gambar pengantin pon jadilah.

kepada yang belum (aku lettew lol)
selamat meneruskan kehidupan seperti biasa haha.
kalau kita ditanya "turn ko bila pula"
kita jawablah "bila sampai masanya.ko tunggu jelah event kat fb.kalau tak tahun ini,tahun hadapan.kalau tak tahun hadapan,tahun satu lagi.kalau tak tahun satu lagi,tahun 1 lagi lagi dan lagi...."

4 patah soalan ko jawab berpatah-patah dah kenapa forever alone sangat ke hape.

haha.relax beb!jodoh kau Allah dah tulis.tapi kau kene usaha dan bila kau rasa mampu kau proceed lah tapi jangan lupe jemput aku.

eh lepas neh aku rasa nak buat hobi baru kumpul kad kahwin kengkawan laa nanti time aku,aku recycle je kad korang jimat dah budget lol.okey main-main je.

aku dah bersiap sedia dah neh.bersiap sedia mental dengan ujian dan pancaroba sekeliling bukan bersedia apa okey.tahun ini sahaja dah berapa ramai kawan aku kahwin aku dah tak terkira dah.tengah tahun ni banyak gambar kahwin.hujung tahun ni mesti banyak gambar konvo pulak.dan aku sengih jelaa.

pastu time aku konvo orang lain dah kerja.
time aku kahwin orang lain dah beranak pinak cicit miut.okey over.
takpelah nak buat macam mana perjalanan hidup aku neh rare sikit haha.

selamatlah semua.selamatlah akma anis ber-end round exam obstetric & gynaecology.doakan aku faham patient,patient faham aku.saling memahami gitu.apa korang ingat rumahtangga je ke kene memahami.end round exam pon aku dah kene belajar memahami tahu.owh bagus sangat sape yang cari calon isteri/suami doktor lol*ehem.promote sikit kawan seangkatan*

~apa hadiah yang sesuai untuk bagi kat orang konvo selain bunga,coklat,dan teddy bear?yang rare sikit.ape ek?
~baru sekarang aku sedar buku obgyn ni sangat banyak kandungannya doakan aku boleh ingat semua macam aku ingat jadual flight aku hehe :P



Friday, May 30, 2014

kami bukan come from another star.

dari semalam lagi aku panas isu orang tak puas hati dengan HO pastu dok sebar gambar kat FB.

aku tak kisah kalau nak kutuk doktor pelatih kat fb.ye doktor pelatih tak terror macam doktor pakar.doktor pelatih banyak buat silap.doktor pelatih lembab.tak reti buat kerja.takde pengalaman.

banyak dah aku dengar cerita macam neh sampai ada masa aku takut jugak nak kerja nanti.tapi bila fikir balik,lepas aku belajar nanti aku nak buat apa dengan mbbch tu kan.dan tu memang dah jadi cita-cita aku lepas aku belajar kat cairo uni dari september 2009.

tapi pengalaman dari senior-senior sedikit sebanyak buat aku bukak mata kerja doktor pelatih tu takdelah azab mana.memang bila time kerja nanti kau akan start dari zero.nada.yillek.*bahasa apa aku pon tak tahu*
yang penting grab segala teori dan tunjukkan sikap ingin belajar.

tapi perbuatan memalukan individu kat fb atau mana-mana laman sosial tu sangat laa tidak profesional.aku sendiri pon kadang-kadang ade je tak puas hati kat mana-mana pastu aku luah kat twitter pastu aku delete balik sebab menyesal lol.tapi aku dah belajar dari kesilapan yang lalu dan terima teguran dari kengkawan.well,bila manusia penuh beremosi macam-macam mende yang kita akan buat diluar kawalan kita.kita tak sedar pon kita buat perkara yang melibatkan orang lain.macam tu.

tapi sekarang ni aku tengok masyarakat banyak yang menyalahkan daripada memahami letak duduk perkara sebenar.wahhh melayu rasmi sangat ayat aku.dorang tak faham kenapa doktor tu buat macam tu macam ni.dulu aku pon macam tu jugak.apasal doktor tu cek tempat lain padahal sakit kat tempat lain.tapi bila dah belajar ni baru aku faham apa yang doktor buat tu ada sebab dia bukan saje-saje seronok tengok orang sakit malah dengan niat nak menyelamatkan lagi.

tetapi,doktor juga makhluk biasa.insan biasa,hamba Allah yang banyak kelemahan.sudah semestinya akan melakukan kesilapan tapi bagi aku kalau kesilapan tu melibatkan nyawa pesakit for sure doktor tu akan menyalahkan diri dia sendiri.doktor BUKAN malaikat atau sempurna sangat sampai TAK BUAT SALAH LANGSUNG.haa saje bagi capslock.

jadi kepada bakal doktor,tugas kitalah sekarang neh belajar betul-betul.bukan sekadar nak lulus exam.bagi aku,attitude pon penting dan itu yang aku sedang ubah kat diri aku neh.banyak mende aku kene renovate diri aku neh.cakap kene lemah lembut,senyum sopan santun berbudi bahasa,tahan marah,tahan maki,tahan makan,tahan tidur,sabar paling tinggi dan macam-macam lagilah untuk mengharungi hidup yang penuh pancaroba lagi 2 tahun insyaAllah.

tapi serius.anda telah memalukan dia di khalayak ramai,membuka aib dia kemudian ada pihak lain pula yang sebarkan.sape nak jawab tu?minta maaflah kat individu tu.mende ni bukan sahaja memalukan dia,tapi boleh menyiksa psikologi dia.siapa boleh buat tak tahu kalau diri dimalukan.masyarakat nak doktor perempuan jadi obstetrician dengan gynacologist tapi bila jadi macam neh boleh menjatuhkan semangat entah berapa ramai doktor perempuan yang nak jadi pakar sakit puan.haa tak puas hati sangat dengan doktor kan haa buat sendiri!eh emo pulak aku lol.

dan aku pernah rasa dimalukan.effect dia sampai sekarang.aku dah maafkan dah sume mende tu kalau boleh taknak ingat pon tapi nak buat macam mana memori dalam otak kita ni apabila cell-cell neuron bergabung maka jadilah coco crunch!aku bab memori lama kenangan bagai neh memang aku ingat tapi buku teks obgyn lima ratus lebih tu bukan main nak ingat nye fuh.

okey dah setel cerita.aku harap time aku kerja nanti bila aku stress adalah insan yang come from another star sudi dengar cerita stress aku lol.sudi tak?kalau sudi baguslah hilang terus stress aku macam tu haha.

akhir kata,mungkin kita pernah buat sesuatu yang kita tak suka kat orang lain,at the end orang lain akan buat mende yang kita tak suka tu kat kita.apasal ayat aku macam berbelit umpama cord prolapse neh?jadi berbuat baiklah kat sesiapa sahaja walau dimana sekalipon kita berada.ni aku pesan kat diri sendiri laa neh.

~menghitung hari.hari balik rumah bukan hari lain.tak sabar aku nak makan sambal udang dengan ketam masak lemak makcik aini.
~tapi exam o&g dengan paeds ni agak mencuakkan aku.nak nanges laju-laju boleh tak*kengkonon tabah laa sangat tahan marah tahan maki bagai tapi hakikatnya aku neh mudah fragile jugak orangnye lol*

p/s : aku dah buat post ni dari semalam tapi kerana blackout aku tangguhkan post neh.