Pages

Tuesday, September 29, 2015

realitinya di sini,inilah...

hai uolss.

sampai mesir dah kita.

check in okey,first time aku rasa aku main sumbat je barang dalam beg tak kisah berapa kilo.bila lebih sekilo aku siap cakap "kak,halal ea sekilo!"akak kaunter tu chill je senyum.terima kasih akak jasamu ku kenang muah ciked(?)

dan jugak case kantoi kat airport kahkah.nasib baik tak ramai orang.kantoi apa?adelaaaaa.

pastu macam biasa aku buat drama berlari nak masuk gate.sikit lagi gate nak tutup beb!tu laaa rilek sangat kengkonon.flight kali ni aku rasa macam sekejap sangat tak sempat tidur pon.

alhamdulillah safely landed and safely arrived.selamat datang ke rumah bini nombor dua!

so tunggu apa lagiiii?!study laaa woiiii.

back to reality.walaupun hari semalam aku bangun tidur dalam keadaan terpinga pinga macam "eh cemane aku boleh ade kat mesir neh?aku dah balik ke?"pastu termenung teringat rumah teringat bilik yang aku cintai.

owh aku ingatkan blog aku takde stalker dah.wujud lagi rupanya stalker aku.hai awak yang tengah stalk saya tu,rajin2 whatsapp laa saya ye.saya tahu awak ade banyak mende nak tanya kahkah.haa ye awak laa.ingat saya tak tahu ke awak stalk saya :P

yang aku tahu stalker aku 2 orang je setakat neh.p**** dan a*** z*** hahaha.rajin korang baca blog aku neh.tak boring ke weh?

bangunlah dari mimpi.back to reality.jomlaa kita study.all the best for you and me.

kepada sesiapa yang terserempak dengan entry neh,doakan kami gen09 lulus final exam.ameen!

realitinya di sini,inilah cairo university!

nampak lawa nampak lawa dia pakai NV.

eh tak.pakai silky girl je.

*wishlist aku kat sebelah kanan ni dah bertukar weh.jemput baca dan jemput merealisasikan ia untuk aku*





Thursday, September 17, 2015

aku normal je.

wehhh lamanyee tak update blog iolllsss is rinduuu haha

k over sangat -.-

aku kat malaysia skang tengah study leave kengkononnye neh.tapi next week dah nak balik mesir dah sobsob.

ape je aku buat kat malaysia.aku sedar diri aku memang tak boleh nak ngadap sangat buku kat malaysia neh banyak cobaannnn.so aku kene merelakan hati untuk balik dan meneruskan perjuangan kat mesir huhu.

setiap kali aku pandang meja study aku,aku mesti macam
"alamak banyaknye buku nak kene baca nak kene ingat lagi nak kene hafal lagi.ni belum kira surgery lagi"

setiap kali aku fikir macam tu boleh buat sampai tak lena tidur lah.tapi akhirnya aku tidur jugak tanpa rasa bersalah kahkah.ya Allah teruknya aku sorry sorry aku memang kene study sebenarnya.

tapi dalam pada nak fokus study tu ade laa jugak mende aku nak kene fikir sebenarnya yang memang aku tak boleh nak elak.biasalah kan umur pertengahan ni banyak pulak halnya kahkah.

apa yang dah jadi history tu,biarlah dia jadi sejarah.aku nak minum air rendaman semut berperisa sirap pon kang abes pulak aku lupa sume mende medic yang aku dah belajar 6 tahun neh.so slowly laa.aku just boleh doa time will heal everything laa macam tu.hopefully.

mende dah bertahun beb,memang tak laa kan boleh lupa sekelip mata.tak tahulah kalau engkorang boleh buat.kalau boleh tolong laaa komen bagitahu aku macam mana.kalau nak suruh aku langgar kereta sampai hilang ingatan haaa memang tak laa aku nak buat.bagi suggestion lain please.

dan dalam masa yang sama,ada unexpected thing berlaku kat aku.serius memang mende tu aku betul2 tak sangka.tapi lepas apa yang dah jadi,aku decide malas fikir panjang2,aku follow the flow je.serius aku macam ikut je neh,dan tawakal.aku tak tahu laa mende aku buat neh betul ke tidak.emm

kau kenal orang sampai bertahun,tapi kalau takde jodoh tak jadi jugak.aku sedar tu.

haha itulah realitinya.akademi fantasia,inilah realiti!

just nak bagitahu,kalau kau rasa apa yang kau plan tu dah cukup cantik dah cukup baik dah buat kau,kau silap.tak semestinya apa yang kau suka tu,the best buat kau.

Allah dah plan cantik dah.tinggal aku je nak terima ke tidak.

so

aku rasa aku dah move on.kot?eh perlu ke announce kahkah.eh lantak laaa blog aku pon.plus aku memang yakin sesangat sangat blog aku takde orang baca dah.stalker aku sume tengah khusyuk study kahkah.

aku kene insaf neh ya Allah pimpinlah aku ke jalan benar.

kadang- kadang kau rasa hidup kau ni malang sangat laa tak macam orang lain yang boleh dapat apa dorang nak tapi kau tak pernah dapat apa kau nak.

aku laa tu rasa macam tu.tapi selalunya Allah tegur direct je.aku akan nampak ada hidup orang lain lagi teruk kene uji dari aku.

happiness tu,bukan orang lain yang tentukan.kau sendiri decide,tapi dengan izin Allah laa.so marilah kita berhappy happy walaupun buku berdozen dozen nak kene baca T_T

emm lagu setia faizal tahir neh macam ada chemistry dengan aku.memang FT tuju lagu neh kat aku kot.eh

main-main jelaa :P

don't be so serious :D

Saturday, June 20, 2015

3 ramadan

ade mende yang aku ingat time bulan puasa neh.

asam pedas.
bukak puasa lauk tomyam pedas.
sign dekat buku medic aku macam artis.
tukar gambar lauk bukak puase macam jiran sebelah menyebelah tukar lauk.

aku nak puasa kat rumah.nak sahur nak bukak puasa kat rumah.

giler tak sedih puasa kat negara orang?

berganda-ganda sebak aku tahun neh sebab semua yang aku mention kat atas tu memang takkan dapat dah.

moga Allah ganti dengan mende yang lagi baik.

Allah sentiasa ada cara untuk pujuk kau.tahu tak?

Thursday, May 14, 2015

pilih.

bila kau memilih untuk tidak memlih,sebenarnya itu adalah satu pilihan.

harap pilihan aku tepat.

harap apa yang aku pilih ilham daripada Allah.

perit macam mana pon,aku tunggu.

aku yakin ada hikmah dia.

penat fizikal dan emosi.boleh tak nak nanges sekarang?

Thursday, May 7, 2015

this is me.

salam 'alaik!

sebelum aku merapu panjang2 aku tertanya tanya laa jugak ade lagi ke orang baca blog aku neh?anyway sebulan je aku bertahan tutup blog haha.

sebelum ni aku decide nak tutup blog,sebab aku taknak sedih.sebab banyak mende dalam blog ni yang buat aku recall something that will make me sad.

sebulan neh,hati aku Allah je tahu macam mana.hampir setiap selang3 hari aku menangis.serius tak tipu.sampai aku beli garnier roll eye kengkonon boleh hilang bengkak mata dengan harapan aku pergi kelas dengan muka penuh ceria.tapi aku memang mudah terpengaruh dengan iklan pon.sudahnya aku pakai sekali je mende alah tu sebab aku rasa macam mata aku pakai collagen tegang semacam je.

susah nak bangun balik.sangat.sedih sampai tahap aku buat mende yang tak pernah aku buat dalam hidup aku.aku whatsapp ummi aku cakap aku sedih sangat sambil teresak esak sampai tak nampak pon nak type ape kat phone owh sadis sangat haha.i didn.t mean to make my mum worry tapi masa tu memang aku tak tahu nak luah kat sape.

i was so depressed.
so stressed.
crying inside outside(kadang-kadang kuar air mata kadang-kadang dalam hati je.bergantung kepada tempat lol)

aku muhasabah balik diri aku.but then aku sedar yang semua ni salah aku sebenarnya.aku yang terlalu ikut perasaan.aku yang terlalu emosi.aku yang terlalu pentingkan diri sendiri.

sebulan ni banyak mende yang buat aku sedar.lot of things.but then aku try bangun balik slow2.aku cakap ni pertama kali dalam hidup aku down sangat-sangat sampai rasa nak isolated diri dari semua orang.sampai rasa taknak datang kelas.sampai rasa nak balik malaysia and quit all this things.

see.lemah kan aku?tak kuat langsung.

tapi bila kau dah sampai tahap tak mampu nak buat apa,bila kau sedar kau takde ape-ape pon,bila kau tahu yang takde sape pon boleh tolong kau,kau akan cari pencipta kau.

Allah uji aku sebab nak dekatkan diri aku padaNya.mungkin selama ni aku terlalu sibuk dengan mende dunia sampai aku lupa kat Dia,makin jauh dari Dia.Allah uji hamba yang dia sayang.dan Allah uji mende yang kita mampu.itu yang aku mampu pujuk diri sendiri.

but now alhamdulillah,getting better.i can smile again,buat macam takde apa-apa,nothing happened.

tapi jujur aku cakap,when you realised something missing from your life,everything would not be as usual as before.nak pulak bila aku hilang people i used to share every story in my life.

sebab tu aku bukak balik blog ni haha panjang nyee mukadimah.ye kat atas tu mukadimah je mohon bersabar ye semua.tuan blog dah lama tak membebel cenggini laa jadinya balas dendam.baru sebulan tak bukak blog.kalau setahun tak tahulah macam mana *emoticon senyum tapi keluar air mata*

tipu laa kalau aku kata tak sedih langsung.hati aku bukan ade butang switch off on ke kan.

but then kalau dia happy,aku pon tumpang happy.

dan malam ni aku menangis lagi.

satu je harapan aku,moga semua yang aku alami ni,ada pengakhirannya.pengakhiran yang baik.aku masih lagi berharap walaupun aku rasa aku tak layak pon nak mengharap apa-apa.

sebab aku manusia biasa.

aku tak pernah sempurna.

aku buat silap.

forgive me.