Pages

Saturday, September 25, 2010

...what to say...

lagi berapa minit je nak meninggalkan rumah
tak rase pape pun
tipuuuuuuuu
siyes tak rase pape pon
just rasa terkilan sebab tak dapat nak bawak novel-novel ku huhu...
so duduk berteleku jela depan novel selama beberapa jam
tata semuaaaa...

~adakah lesung batu berjaya dibawa??haa nantikan jawapannya...haha...

kuala lumpur>>doha>>cairo
26/9/2010.sunday.10 a.m

...kehilangan...

ada satu yang hilang
didalam hatiku...
.....

malas tulis panjang-panjang lirik die.~baik tak yah tulis langsung haha..
just nak highlight kan yang saya dah hilangkan satu barang dan kehilangan ia tanpa disedari kerana ia terhilang secara tiba-tiba dan kini ia menjadi barang yang hilang.haruskah buat report  untuk mencari semula barang yang hilang itu??

habislah saya kene fire nanti!!terpaksalah kene belajar jurus putaran angin puting beliung nak tepis "fire" nanti.sape suruh hilangkan barang tu??sendiri buat sendiri tanggung laaa...*sob sob*

tak suka cari barang yang hilang.sebab nanti terasa nak nanges kalau tak jumpa pastu rasa nak marah kat diri sendiri sebab buat barang hilang~teremosi seketika haha
kalau cari barang sendiri yang hilang susah nak jumpe.bila cari barang orang lain yang hilang selalu la pulak jumpe nye...adoyai!!

so,say sorry!!yeah i'm sorry,mintak maaf,aasif giddan....~dengan muke yang bersalah ni

p/s : tapi saya belajar apa yang paling penting jangan hilang cintaNya...


~lagu cite qalesya..adam pon minat cite ni sampai boleh tiru gaya haji mustafa haha...

~malam terakhir kat rumah..ohcee macam tak balik-balik rumah dah pasni.kan best kalau mesir macam narnia.masuk je dalam almari dah sampai.pastu boleh balik suka hati.pastu jumpe aslan the lion yang saaangat cute eheh...~akibat pengaruh tv

Thursday, September 23, 2010

...buntu...

isnin
beg yang besar gedabak ni dah terbukak.tinggal nak isi barang je

selasa
dah beli barang.tinggal nak masukkan dalam beg je

rabu
bilik dah macam titanic terbelah dua hampir-hampir nak karam.
sume mende rase nak angkut
tahun lepas rase macam tak nak bawak apa-apa
tahun ni macam nak bawak semua~bak kate orang tu macam tak nak balik2 dah
nasib baik orang tak rase nak angkut kucing coklat belang-belang yang selalu landing kat garaj kete ayah
akhirnya
menemui jalan buntu
esok sahaja kemas

khamis
sume men sumbat je dalam beg
mintak maaf la ye barang-barang ku semua kalau anda rasa macam berada dalam tin sardin cap ayam kecik yang dah kemek
pelu kemas kini balik barang2 ni...
kalau berlebih berat jugak macam mane??
arghhh
buntu
serabut
tukar la.beg duduk kat seat then orang dudok kat kargo.can or cannot??
cannot.nanti tak dapat jumpe pkck pramugara..hahaha..ok kidding

~mak cakap tak payah bawak lesung batu.bapak cakap tahun depan je bawak.sob sob...
masuk lesung batu dalam beg laptop..bolehkah??

...prism and non-prism...

mula-mula dia tengok tv
tengok wonderpet mungkin
tiba-tiba dia masuk kebilik
mengeluarkan buku teks matematik darjah 3 dan sebuah buku tulis
~dalam hati bagusnye adik org ni boleh tengok tv tiba-tiba teringat homework.ni mesti ikut genetic akak die eheh
tiba-tiba...
"kaklong,macam mane nak lukis ni?"
"lukis ape??"adoi orang dahla tangan tak berseni nak mintak lukis-lukis lak
"ni haa"
"owh lukis ni..."ahah.lukis mende ni senang je.tak yah seni-seni.main garis-garis je
orang pon dengan rela hati tanpa mengenakan sebarang cas dan cukai pun tolong la lukis
"adik,prism dengan non prism ni ape??"saje nak menguji.
dan jawapannya..
"prism ni prisma..non prism tu tak prisma..entah adik pun tak tahu prism tu ape"
sangatlah jujur jawapannya itu....

dan begitulah yang terjadi apabila seorang yang berumur 19 tahun membuat math darjah 3.alamak,orang dah lupa sikit demi sedikit maths sekolah rendah ni...rindunyeeeeee kat maths..kat cikgu haliza,kat cikgu norul...(antara cikgu skul rendah yang ajar maths)orang suke kertas 1.yang bulat-bulat tu daripada kertas 2 sebab pernah sekali tu,orang hilang 1 markah nak dapat 100 kerana tertinggal 1 perkataan kat kertas 2.

pernah jugak menangis sebab dapat B3 dalam maths moden...and mau gak la melalak bila pernah fail add maths time form 4...
tapi bile kita fail tu la yang membuatkan kita terfikir,sesuatu yang kita rasa senang dan pasti kita boleh buat tu tidak seharusnya dipandang ringan.haruslah diberi layanan yang sama.no pilih kasih.tidak boleh over confident.

ni pendapat saya.macam prism.depend orang tu tengok dari pandangan mane.just like prism.ade mase kita nampak 3 segi.tapi bila tengok dari side yang lain sebenarnya ia adalah piramid.nak cakap,mungkin kita nampak sesuatu tu mudah and simple.tapi sebenarnye ia complicated.but then,depend from what side you look at it.if you see it easy,then it will be easier.if you see it complicated,then it will be complicated for you..aaa ayat dah belit-belit...orang pon dah hampir tak paham ni...

but honestly,truely deeply and madly...i love maths :)

~aaa macam mane ni beg terlebih berat...si 'dia' tak masuk lagi..takkan nak tinggal 'dia' kot...huhu...barang  kesayangan tuuu...

Wednesday, September 22, 2010

s.k.t.l

SKTL namamu kujaga
SKTL sekolah tercinta...

di atas adalah 2 rangkap lagu yang orang ingat.yang lain2 tak bape ingat.nak tak nak memang kene nyanyi lagu ni setiap perhimpunan hari isnin.tak kesahlah pitching lari ke,melompat ke yang penting kene nyanyi.kalau cikgu nampak tak semangat kene ulang balik huhu.dan orang antara yang duduk depan sekali(s/u badan pengawas la katekan haha) haruslah menyanyi dengan penuh semangat yang berkobar kobar...dah 7 tahun kot meninggalkan zaman sekolah rendah.zaman kanak2 ribena tuu...kanak2 ribena pon tak macam kitorang...

dan yang bestnye,time raya hari tu geng2 lama datang ke rumah.macam wat reunion lak...walaupun tak dela ramai sangat tapi kecohlah jugak rumah.nasib baik rumah batu.kalau rumah kayu mau roboh kot dibuatnye...

belakang dari kiri : khairunnisa',farahain roslan,ainul afifah
depan dari kiri : tuan rumah,farahiyah,atiqah


hisyam satu-satunye kumbang di antara bunge haha...die orang pertama sampai kot

haa ni sume geng skul rendah yang datang...yang baju hitam tu ex-ketua pengawas,faiz...


yang baju oren ala-ala nak belasah orang tu asyraf...time skul rendah selalu gak gaduh dengan dia


candid yang dirancang~sorry ye sape yang tidak termasuk dalam gambar


pape pon,thanx banyak2 korang for coming :)

~mi kari dan koktel habis.nasi impit dengan kuah kacang je yang tinggal...yelah de vvvvip yang tidak dapat hadir huhu...
~hope boleh kumpul lagi macam ni...and lagi ramai yang join gethering macam ni...