Pages

Wednesday, November 24, 2010

...di malam kelam...

di malam yang sejuk ni kan
tiba-tiba je rasa...

di saat kita berjauhan
rasa ingin ku berlari
mendakapi mu penuh girang
bak si kecil kehilangan
kau insan penyayang
betapa ku merindu
lembutnya belaian ibu
membuatku terlena...

teringat orang jauh
anda dan mereka yang disayangi disana...

tiada aku tanpa ibu
hanya kau satu di dunia
bertakhta dikau di jiwaku
kaulah ibu yang tercinta
kau insan pengasih
betapa ku mengharap
hadirnya restumu ibu
membawaku ke syurga


love u mum!love u dad!

bersemi belaian kasih sayang yang berpanjangan
darimu insan yang mendoakan kebahagiaan
anak-anakmu
oh ibu...

akan ku ingat segala pesanan kalian,iaitu kalau nak bertunang tunggu tahun 4...haha...ade dalam banyak2 pesanan,pesanan itu yang diingat...ok saya main2 je.tak delah.saya akan ingat segala pesanan kalian...ok nak sambung histo!

~warna yang beli kat histo department ni tak menarik la.nak gune luna gak.ni warna buatan german la ni tak bez huhu

...alhamdulillah...

sedang dalam keadaan rushing
untuk pergi ke tahrir membuat visa
tanpa disedari telah dilanggar oleh sesuatu
ketika melintas jalan
impact langgaran yang agak kuat membuatkanku jatuh terduduk
di tengah jalan
di tengah lalu lintas
kemudian apabila ku bangun
ku lihat 2 buah bas besar berwarne hijau sedang bergerak laju ke arahku
dan kawan2 ku di seberang jalan sedang menjerit namaku
kemudian....


waa saspen tak??huhu
sedar2 pika dah tarik tangan
sedar2 dah de kat seberang jalan


alhamdulillah wa syukur lillah
masih diberi peluang
untuk menaip post ni
kalau tak rasenye
sekarang ni mungkin kat icu
atau bilik mayat mungkin
nauzubillah
rase syukur yang tak terhingga

tapi kan
bukan ape la
time nampak 2 bas tu
tak pikir lain dh
pikir
orang tak abes study lagi
belum jadi doktor lagi
dan...
tak kahwin lagi kahkahkah
boleh lagi pikir tu
pikir r macam mane nak elak bas ke kan
macam mane nak tahan dari kene langgar bas ke


tapi point sebenar nak highlight kat sini
ajal maut itu dimana sahaja
kepada sesiapa sahaja
dan pada bila2 masa
maka
sentiasalah mengingati kematian
"orang yang bijaksana adalah orang yang selalu mengingati kematian"

Monday, November 22, 2010

...tak puas hati??...

apabila orang separuh sedar pergi ke kelas
jasad kat kelas,jiwa dah melayang pergi mane-mane
haisy pe nak jadi ni
tapi better g lecture kan daripada tak pergi
jadi tahniah kepada diri sendiri
kerana berjaya pergi ke kelas
dalam keadaan serabut2 tu
kecik besor je mata tengok lecturer kat depan
terima kasih kepada sume yang mengambil berat
terima kasih kepada mereka yang memberi souvenir
yang diterbangkan dari jordan

sebenarnye
nak lepas geram
siyes geram
dengan budak2 arab dekat rumah kitorang ni
tak tau la pe masalah dorang
suka kacau kitorang!!
kalau setakat kacau secara lisan tak pe lagi
tapi kalau dah sampai keganasan physical
tu memang melampau la kan
tau la negare die
kita ni menumpang je
tapi siap r korang kalau korang datang malaysia!!
ohcee main ugut2 lak
ingat korang besar kitorang takot ke??
takut r gak sebab korang besar
orang punye susah belajar neck
ade pergi 'katok' kat leher
kalau orang pengsan kat situ haa jawab dengan kedutaan malaysia
tambah lagi dengan saman 1 juta malaysia...waa over lak huhu
pe yang korang tak puas hati
cakap depan2 r
cakap arab pon tak pe
kitorang wat2 jela paham
tak pe,hari ni orang bagi peluang
lagi sekali korang wat
memang orang bukak silat gayung pattani silat cekak sume

~esok spm ea??sudah 2 tahun rupenye saya meninggalkan zaman spm.tibe rase nak pakai baju sekolah lak hehe...
~getting better.ubat antibiotic amat lah besar gedabak.dah la warne pink.saya lebih rela ambik antibiotic syrup yang doktor bagi kalau time demam masa kecik2.dan ubat batuk dia sangat pelik rasenye.maka anda yang batuk di malaysia tu jangan malas2 ambik ubat batuk ok sebab ubat batuk kat malaysia lagi bez.

Sunday, November 21, 2010

...diuji...

ambil panadol..sudah
minum vita c..dah bercawan
makan ubat demam..3 biji dah selamat
apa lagi yang harus dilakukan
untuk menurunkan suhu badan??
nak cari air kelapa,macam susah
kalau kat rumah,ummi selalu ambik daun bunge raye
ramas dengan air
bukan wat minum ea air tu
tapi boleh lower kan body temperature
saya tidak mampu melakukan apa2
untuk 4 hari 3 malam
dah macam pakej percutian ke disneyland je bunyinye 4 hari 3 mlm tu

~Allah sedang uji nikmat sihat.apabila sakit,nak cakap pun tak mampu,maka boleh terhindar daripada dosa mengumpat dan sebagainya.apabila sakit juga,akal akan refleks bahawa segala-galanya datang dari Allah.kita berusaha untuk mencari rawatan namun hakikatnya Dia lah yang menyembuhkan.bukan sembuh sebab doktor yang merawat tu teror atau ubat yang dimakan itu power.tetapi,harus diingat usaha untuk sembuh itu perlu ada,kemudian tawakal kepada Allah...
~catatan rekod demam paling lama

Tuesday, November 16, 2010

kambing tu pergi mane??

kenape orang bertakbir hari ni
hari ni hari rayejugak ke??

yup,hari raya aidiladha
ataupun hari raya haji
hari ni kambing,unta,lembu sume kene korban

aik??kenape??tuan lembu tu dah tak sayang kat lembu die ke??
unte tu tak nangis ke kene sembelih??
kambing tu nanti lepas kene sembelih pergi mane??

em...ingat tak cerita Nabi Ibrahim???
kerana ketaqwaan,sanggup menyembelih anaknya
Nabi Ismail tidak melawan
kerana ia adalah arahan dari yang Esa
tetapi diganti dengan Qibas
itulah pengorbanan seorang Nabi

owh..macam tu...
maknenye nanti unte dengan kambing ni
masuk syurga la ye
sebab dorang berkorban....
berkorban nyawa lagi
maknenye banyak pahala kalau kita berkoban kan

~dialog seorang kanak-kanak yang ingin belajar erti pengorbanan

salam aidiladha :)