Pages

Saturday, May 28, 2011

...selamat kahwin...

merah jambu nampak sweet ouh.

biru muda pon nampak menarik.bagi wana la yang biru neh

waa cantiknyee yang ni!!

aaa....macam banyak sangat bunge je...

okey muktamad.saya pilih yang ni.

alamak,yang warna hijau tak de laa~abes la wana tuduh orang gatai sebab letak gambar neh huhu
this post for my paksu yang bakal berkahwin.kepada my paksu yang akan kahwin 5/6 ni,selamat kahwin laa ye.baarakallahu lakum wa baraka 'alaikum
~ade ucap selamat kahwin~boring laa asek gune selamat pengantin baru je kan.kite tukar sikit,baru lain haha

haa pilih yang mane satu lawa.ops.bukan nak taja baju pengantin sebagaimana diatas okey.pilih yang mane lawa,pastu save as,then buat la wallpaper kat laptop huahua.bertuah punye anak sedare.sorry la pakcik.orang tak keje lagi.kalau nak orang sponsor gak,haa tunggu la lagi 5 tahon ek baru kahwin.

cuti sekolah,sume orang nak buat kenduri.sume orang nak kawen.kite tengah dok exam kat sini buat kenduri pula disane ye huhu.tengok la nanti.orang tak nak buat kenduri kawen time cuti sekolah.orang nak buat time bukan cuti sekolah.revenge punye pasal haha~erkk..revenge yang tak munasabah langsung

~mood balik kampung.mesti sume orang sedang dok merewang kat kampung secara beramai-ramai :(
potong bawang,potong carrot,blender lada.ohcee macam laa kalau kamu kat kampung kamu nak buat acara merewang tu.kamu tau makan je huhu
~frust tak dapat pergi book fair takpe lagi.lagi frust tak dapat pergi kenduri.tolong sape-sape buat kenduri kawen kat sini untuk mengubati ke'frust'an ini haha

p/s :teratak kami,jom masak nasi minyak!! hee :D

 mesir = ketika cinta bertasbih(motip??) hehe...

...................................................................................................................

ehem...nak bagi ucapan sikit.
(switch mode to : majlis ucapan jamuan akhir tahun)
(kalau baca sambil ade background lagu autumn in my heart feeling sikit)~tak yah tengok video,dengar lagu aje
mungkin lepas ni agak lama blog ni tidak akan diupdate
saya nak meng'invi'kan diri seketika.nak pergi bertapa
kepada followers(ade ke eheh)silent reader(hee ;D),dan anonymous
maafkan tuan blog ni sebab tak banyak post yang bermanfaat
banyak cite pasal diri sendiri(syok sendiri)
cite pasal tensyen laa,main masak-masak,frust laa,blender meletup laa
pasal kucing yang bulat,tentang kanak-kanak yang comel,nak bertukar jadi dragon balzz laa
apa yang saya tulis,itu yang saya rasa,itulah diri saya
mana yang baik tu,ambiklah.kalau tak baik tu tolong jangan
(kadang-kadang tuan blog menulis post sambil tanduk 2 dibelakang huahua)
dan terima kasih sebab sudi singgah,lawat,blogwalking,ziarah,jaulah(erkk),lawatan,rombongan,kat blog neh
honestly,saya tidak pernah terfikir akan mencapai follower dalam 70
~ohcee,baru 70 follower dah terharu giler.huhu
saya akan kembali semula,mungkin dalam bulan 7
mungkin kembali
dan mungkin tak kan kembali
maka maafkanlah segala kesalahan tuan blog ni :)
doakanlah yang terbaik untuk saya,dan sahabat di sini
~okey sape nak tisu,saya ade sekotak
kalau rase rindu(tuan blog p.e.r.a.s.a.n??)~rindu post di blog ni,bukan tuan blog hahaha
tinggalkan pesanan anda kat chatbox yang penuh spam kat sebelah neh
atau pun tinggal kat komen ye
dah tak yah nak sedih-sedih~sape yang sedih??eheh tak de motip betol tuan blog

ingin mengubah mimpi jadi realiti,tak mustahil.

~ammar mursyid demam.kesiannye.tak boleh tengok orang demam ni huhu.semoge kamu tak kurus sebab demam hehe
~hasya safwa.nama yang indah.cukup indah.

Thursday, May 26, 2011

semangatku tertinggal di dalam spleen

ya.begitulah nampaknya
semangatku tertinggal dalam spleen
ketika praktikal exam anatomy tadi
apabila marah,sedih,geram,frust bersatu...
maka....
jadilah coco crunch!!
eh bukan-bukan..
jadilah...aaa...adelah mende yang jadi

.....................................................

terima kasih
terima kasih banyak-banyak
kepada
trojan
helicobacter pylori
thiomargarita namibiensis
epulopiscium fishelsoni
kerana menternak kaum kerabat dan berkembang biak dengan jayanya anda dalam laptop saya ni
haisy,teruk bebenor dah laptop ni
sume virus ade
mentang-mentang laa antivirus tak berapa nak ade kat laptop ni
ewah-ewah bahagia je kamu ye bermastautin secara tetap kat laptop neh
~trojan je virus yang ade sebenarnya setakat ni,yang lain-lain tu nama bakteria mane entah saje nak bagi ayat over huhu.helicobacter pylori tu dalam stomach

~ade sape-sape ke nak tolong ambikkan semangat yang tertinggal kat dalam spleen tu??
~'ala kulli hal,alhamdulillah,wa syukurilllah :)

Tuesday, May 24, 2011

mengantuk dan tidur

 

hee:D
sangat comel.
kalau budak kecik,tahan ngantok pon nampak comel

kalau nak tido tu,tido je la adik oi
tak yah nak cover-cover tahan-tahan dah.
macam akak ni..erk..

musim panas,siang lagi panjang.okey jom buat kire-kire.subuh masuk 3 lebih,maghrib lak dalam kol 6.30 lebih macam tu.so,plus minus15 jam siang,24-15=9 jam je malam.maka tidur siang lagi best sebab masa yang ada lebih lama berbanding waktu malam.eerkk..ade macam tu.

maka,sangat mujahadah nak tahan tidur lepas subuh.tidur sekejap sebelum zuhur takpe.(sekejap=15 minit bukan 2-3 jam).dan sangat bekerja keras nak tahan tidur time lepas zuhur dan asar.waktu paling kritikal pada pukul 1 atau 2 hehe..

penat memang penat.nak pulak time study week.uish memang dugaan sesangat sangat.tapi itulah pengalaman duduk negara siang lagi panjang dari malam~kenapa mesir tak buat day light saving macam tahun lepas??rasa lambat je nak tunggu malam...tapi rasa cepat je dah subuh huhu...

~esok marathon anatomy 7 pagi hingga 11.semangat semangat!!aja aja fighting!!basya!!gambatte!!pe lagi??owh perancis nye tak belajar lagi.cikgu ajar tak abes haha
~sebenarnya,kamu boleh!!sapa kata hang tak boleh habaq mai kat ceq :)

Monday, May 23, 2011

...you'll find the way...

amaran :post ditulis oleh insan yang mengalami tekanang perasaang tahap boleh tahang lagi.
~faten,pinjam bahase ganu jap ea.heh

 aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
okey saje nak jerit kat sini
nak jerit luar blog tak boleh takut pencemaran bunyi
biasalah,tuan blog ni kalau time anatomy je die jadi 'bolok' sikit bak kate orang ganu
asal anatomy je diri terasa bukan diri sendiri.
~bukan terasa bertukar jadi raksasa ke,the hulk ke,mahupun dragon ballzz
saya masih saya.tapi,entahlah
puas dah bagi semangat kat diri sendiri

"akma,kene tahu vagus nerve bagi branch ape,kalau tak tahu nanti kene marah MO.nak ke??"
~tak nak.tak suke kene marah.nanti frust ouh
"akma,haruslah tahu ape yang lalu kat foramen ovale,foramen spinosum,foramen lacerum.sebab memang kene tahu"
~kenapeee
"akma,kamu mesti tahu parts of corpus callosum sebab nanti nak bedah otak orang"
~tak mau jadi pakar neurosurgery
"akma,memang kene ingat arterial supply of stomach.haisy tahu makan je keje.anatomy of stomach kene tahu gak"
~aaa....
"akma,kamu nanti nak deal dengan orang.bukan dengan robot boleh suke-suke hati nak cabut wayar mane.tersalah cut between uterine artery with ureter during removal of uterus can coz serious problem you know "
~muke redha,pasrah
"akma...ooowww akma"
~dia takde.pergi dapur cari coklat

sudah.sudah.ye ye saya tahu saya harus tahu dan ingat sume tuu...
tapi baaaaanyak saaaaaangatttt!!! :(

"akma,takpe susah dulu.ingat tak tafsir surah al-insyirah??"
:)

kalau asek nak beralasan,sampai bila nak maju
cita-cita bukan 'limited' untuk kebaikan sendiri
tetapi untuk kemajuan semua sekali
termasuk ummat islam,wahai diri...

time anatomy mesti ade 'tekanan' itu.mohon doa supaya diri diberi kesabaran,dikurnia semangat,beroleh kekuatan.sedang menghadapi perang psichology dalaman yang sangat hebat.mungkin kerana praktikal anatomy khamis ini huhu.doakan yang terbaik.

~saya yang lemah sangat ke,atau die yang hebat sangat??adakah saya sedang menghadapi inferiority complex??arghh tak suke 'perasaan' ni.
~sedang menyiapkan post ni,tiba-tiba ade terdengar lagu maher zain-insyaAllah.maka tajuk entry pun diambil sempena lagu ini :)

Saturday, May 21, 2011

...i'm happy when...

bila dapat buat sesuatu yang dirancang dengan jayanya,dengan izin Allah
bila ade orang bagi coklat free.makanan free pon happy gak hehe
(tak banyak kos yang diperlukan untuk belanja saya makan :p)
saya happy bila insan-insan yang saya sayang dan orang sekeliling saya happy
bila kelas abes awal
(muke berseri-seri macam iklan fair n lovely)
bila dah habes satu paper
(rasa dah merdeka,padahal banyak lagi paper yang menanti huhu)
i'm happy when i see your smile :)
bila nak naik flight balek malaysia yuhuuu
terima surprise yang tak terjangka
happy bile dapat novel
dan...dan...dan....

i'm happy when...
bila nampak satu lokasi istimewa kat traffic sebelah ni :)
hehe

indahnya,hidup selalu gembira di dunia ini,
lagi indahnya hidup di dalam gembira di akhirat sana...

kepada cik zulaikha,saya gembira dapat cakap dengan anda.insyaAllah,you can do it.all the best my friend!!!
~zue,gembira tak saya mention nama anda??haha...

~apasal laaa susah sangat nak cari kasut kat sini??nak kene pergi city star jugak la nampaknya cari kasut berjenama adidas ataupun crocs.ohcee.nak kene kasut mahal gak.kasut biasa-biase je takde size :(