Pages

Wednesday, December 28, 2011

...post mortem...

"ujian adalah tarbiyyah dari Allah
apakah kita akan sabar
atau pun sebaliknya"

bukan mayat sahaja yang nak kene post mortem
untuk tahu punca kematian
yang hidup pun perlu post mortem
untuk tahu tujuan kehidupan

subhanallah
jantung
organ yang sangat kompleks
dicipta berdegup setiap masa tanpa berhenti
masalah besar macam mana sekalipun melanda
pasti akan ada bahagian yang akan 'compensate'
sebab walau macam mana sekalipun die tetap kene berdegup
mati otak-masih hidup
mati jantung-ke kubur jawabnya
tapi
adakah setiap kali jantung berdegup
setiap kali itu jugalah kita ingat pada Yang Mencipta jantung itu?

muhasabah.muhasabah.muhasabah.

-rheumatic endocarditis
-mitral stenosis/incompetence
-myocardial infarction
-fallot's trilogy/tetralogy
-atrial/ventricular septal defect
-patent ductus arteriosus
-monckeberg's sclerosis
-simple false aneurysms(pulsating haematoma)

define and discuss all of the above

wowwow bukan soalan ramalan final exam jauh sekali midyear exam.niatnya nak google gambar-gambar yang berkaitan diatas dan diletakkan dalam post ni.tapi errr tak de mood nak google.so letak caption je laa hehe

~ummi cakap ammar mursyid makin ganas.lepas minum susu main campak je botol susu.athiah pun kene cubit dengan dia.adam harith kene gigit dengan dia.haruslah kene balik ni untuk 'tarbiyyah' si kecil tu<<eii alasan-nak-balik-malaysia yang tak munasabah langsung
~pendaftaran nak pergi sinai dah tutup.dah tu guane kite??ke buat trip ke malaysia je??

p/s :nampak macam saya nak balik malaysia sangat-sangat ke??takdelah.itu cuma 'teaser' je hehe.anyway,video sempena hari terbuka bait muslim ni sangat menarik.

Friday, December 23, 2011

...W.A.N.A...

dulu
kita dipisahkan dengan sekolah
sorang kat bandar kajang,sorang kene pergi klang
lain-lain sekolah,tapi rasanya kita jadi semakin rapat
kenapa ya??

sekarang
kita dipisahkan oleh 2 benua(ohcee benua la sangat)
sorang kat timur tengah,sorang kat err...europe ke ek??~adoi failed peta negara haha
masa dan jarak yang sangat berbeza
tapi kita tak pernah lupa satu sama lain
kenapa ya??

sebab
W.A.N.A

nah kek...(kek ni macam sesuai untuk adam je)errk tukar-tukar

haa.yang ni mesti ko suke kan haha

orang bagi extra kek yang berkhasiat.kek yang diatas tadi banyak lemak.yang ni okey ade unsur-unsur sayur yang kaya dengan vitamin(nasib laa ko dapat kawan buat medic :p)

sebab

We Are Never Apart :)

~kalau nak menangis terharu,jauhkan diri anda dari laptop.kang tak pasal laptop basah haha

...kecil besar...

bila ada atas langit(dalam flight maksudnya,bukan kerajaan langit)
rasa macam bumi ni besarrrr sangat
bila jalan pergi universiti,rasa macam mesir ni besarrrr sangat(sebab kadang-kadang rasa jauh)
bila tahu jarak mesir dengan rumah kat temerloh sangat jauh,rasa macam bumi ni besarrrrr

tapi bila jumpa orang sekampung a.k.a sebandar kat mesir ni,rasa macam bumi ni kecil je
(sebab selalu dengar orang tua-tua cakap bila jumpa member lama"aduyai keciknya la dunia ni jumpe kau kat sini")

maksudnye,bumi ni berubah ke dari besar menjadi kecil??errkk

macam immune system
belajar masa sekolah,immune system ni laa yang tolong lawan antigen a.k.a benda asing dalam badan
immune system ni sistem pertahanan badan
dia juga yang menjaga diri dari segala serangan anasir jahat

tapi bila belajar microbiology and immunity,immune system juga boleh jadi harmful pada diri sendiri.autoimmune disease for example.

maknenye,immune system ni berubah dari baik menjadi jahat??emm
yes.on certain condition.when there is exposure of the immune system to antigens that are normally sequestered within organ,when there is structural modification or alteration tissue proteins by drugs,chemical or viruses or bla bla bla...
(kalau salin semua kang jadi nota microbe lak post neh)
dia tak jadi jahat sebenarnya,cuma berubah dari sifat lahiriah kepada sesuatu yang bukan diri dia sebab keadaan yang memaksa.cewah sukehhati je buat subjek microbiology jadi subjek falsafah.

macam manusia juga.boleh berubah.bila-bila masa.bila keadaan memaksa.atau sekeliling memberi pengaruh.ye dak??

macam iman.kadang-kadang naik,kadang-kadang turun.

macam mood.sekejap ada sekejap takde

macam semangat.sekejap membakar membara,sekejap hangus menjadi debu

macam diri ini.kadang-kadang baik,kadang-kadang ada rasa tumbuh tanduk dua dibelakang

the point is-semua benda pon berubah

dan antara sifat hati yang dijadikan oleh Allah ini ialah berbolak balik.

itu gambar bacteria yang ada flagella.tapi bila rindu malaysia kadang-kadang nampak macam buah rambutan.yeah semua benda berubah

"Wahai Tuhan kami!janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu,sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya"
(Surah Ali-Imran,8)

~next week a.k.a start esok(untuk tahun ni minggu saya bermula pada hari sabtu dan berakhir pada hari jumaat)ada 3 exam a.k.a test a.k.a kuiz.rabbuna yusahhilna!!
~pe maksud a.k.a?? a.k.a = also called??
~selamat berstudy week :)

Sunday, December 11, 2011

...kene sergah...

satu
dalam suasana bilik yang sejuk-sejuk dingin
sikit lagi nak mencapai suhu antartika...okey ayat over
duduknya seseorang di barisan ketiga(agak depan dengan lecturer)
betul-betul di tengah bertentangan dengan lecturer
baeekkkk punye tempat
sedang khusyuk mendengar syarahan pyaemia*
okey mechanism
types ade 3;pulmonary,systemic,portal
pathological features.........................
.................................................................
tiba-tiba DISERGAH!!!
aaaaaa tak sempat mimpi naik flight balik malaysia
dah kene sergah huhu....
tak pernah-pernah kene
maksudnya hari ini saya sangat sangat sangat mengantuk
(tapi rasanya tak tidur pon,pejam mate kejapppp je)
haisy ni sume aircond punye pasal
(ni laa manusia,aircond pon nak disalahkan.salah sendiri tak nak mengaku)

dua
"pakcik,saya nak limau sekilo"
"ambik satu kilo setengah la.5 ringgit je"
"tak mau.nak sekilo je"
"sekilo setengah 5 ringgit je!!!"
"aaaa ye ye saya beli sekilo setengah"
(adoi baru kene sergah sikit terus dah tergugat)

lebih baik kene sergah dengan orang dari kene sergah dengan mende lain
(rase macam dah lama tak tengok cerita seram-cerita hijab tak seram mane pon :p)

tengok boboi boy sambil masak kat dapur itu menarik huhu

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.

mereka cakap filem ombak rindu ade mende yang tak kene.yeke??
kalau macam tu baik baca novel je dari buat filem.ye dak?filem ketika cinta bertasbih jugak yang best :)
(hoi tak de mase nak fikir pasal cerita.tuu novel pathology written by dr.ali hendawi dok tunggu untuk dibaca)

tadi kuiz pharmacology macam hape je
mana taknye.baca buku aci nampak nama ubat je
mujur tak salah banyak.kalau tak memang nak kene siku diri sendiri huh
dahla duduk dalam kelas patho asek fikir nak balik cepat je
haisy pe masalah entah hari ni
kepala brain macam melayang ke malaysia~~

kelmarin dapat ferrero reocher
semalam dapat coklat bon bon
hari ni berlari lari pergi beli hot choc kat kedai belakang
esok harap-harap dapat kek coklat hehe
siyes la coklat dapat release tensyen
(saya tengah tensyen ke??)

percayalah bahawa hot choc itu memang sedap(hope mug upin ipin ini masih terjaga dengan rapi)

~saya suka kene sergah.terus segar dan tak boleh tidur terus sampai la malam hehe.boleh jadi insomnia neh
~balik kelas nampak mak bapak kucing sedang berkejar kejaran antara satu sama lain.owh nampak macam bahagia je<<masalah besau neh tengok kucing pon rasa bahagia

Friday, December 9, 2011

...permataku dan pemberian...


bayu sampaikan berita
daku kini ceria,aman dan bahagia...
:)

tak lame lagi penuh note kat situ.yang penting,selesaikan satu persatu walaupun tak boleh nak buat semua sekaligus

~rasa lega bila dapat cakap dengan ummi dan abah,walaupun tak cerita sepatah pun pasal masalah diri sendiri.mereka permata saya :')(err macam ni ke smiley terharu)
~permataku,adalah satu pemberian kepadaku.dan pemberian itu juga adalah permataku