Pages

Saturday, January 5, 2013

i'm okey!

kalau saya salah,
saya mintak maaf....

yes
i'm okey
yup i'm okey...

nope.i'm not okey
i need someone to talk to
but don't know who...

saya rasa down
helpless
give up
penat
letih
tak berdaya

ya Allah,beri kesabaran pada hambaMu ini :'(




Friday, December 28, 2012

...planner...

salam 'alaik

hari ni sebenarnya rancang nak tidur awal.lepas isyak nekad nak lupekan dunia dan masuk alam lain.errr alam mimpi maksud saya.sebab semalam dah tidur dalam 2 pagi lebih.then bangun subuh,meeting,balik meeting buat kerja dan tak tidur dah lepas tu.maka setelah dibuat kira-kira,semalam tidur 4 jam je.je??

bagi saya,tidur 4 jam tu adalah waktu tidur yang tak cukup.paling kurang pon 6 jam.kalau lebih lagi bagus.haha suke hati je.no lah.6 hours is good enough.TAPI dalam musim sejuk menggigil dengan malam yang panjang,memang ujian yang mencabar.

dan tadi sebelum tidur,terfikir sekejap perancangan perjalanan hidup

2013 - tahun 4,insyaAllah tahun 5 bulan 9
2014 - tahun 5,insyaAllah tahun 6 bulan 9
2015 - tahun 6 dan final exam
2016 - insyaAllah graduate as a doctor in February(amiinn) dan balik malaysia dan housemanship 2 tahun
2018 - habis housemanship.jadi MO yang baik hati lagi comel lagi awet mude(zzzzzzzzzz)
2020 - Master in Peadiatrics??or anesthetic??or O n G??
2022 - menjadi pakar yang tekun dan amanah dalam menjalankan tugas lagi pemurah dan bertolak ansur
lepas tu....nak ambik P.hD ke ek??emm kene mintak izin si dia.ehhhh jap...ni nak kahwin tahun bila ni weh??tak nak laa kawin umur dah 31.tua sangat tuuuu huhu.alamak kene ubah balik plan.patut laa rasa macam tak lengkap je timeline atas neh kehkeh

emmm...mungkin kah tentatif kahwin termasuk dalam tahun belajar?errrr no.perancangannya nak kahwin after belajar.saya nak kerja dulu,nak ada gaji pertama dan terus beli kereta dengan gaji pertama.haaa lepas tu baru kawen.bila dah kahwin,gaji kedua tu save sikit sebab bayar kereta orang lain pulak tolong sambung bayar.hahaha suke hati jeee.alaaa myvi je pon.boleh ea tolong bayar.eh?

mak pon dah cakap kahwin lepas belajar.sehari lepas balik malaysia after graduation pon bolehhh.amboiii hari isnin sampai klia hari selasa terus kahwin gitu.eh ade ke orang ramai nak datang buat kenduri time weekdays?ek eh cakap pasal bab ni dah ada calon ke?errrrrr -.-

okey pasal kerjaya.saya memang ada cita-cita nak jadi pakar.dan ada jugak niat nak jadi lecturer.tapi tak boleh laa time mude lagi jadi lecturer.nanti kang asek dapat bunga je dari student.amboiiii konon femes macam ain hawani dalam cite adam hawa laa.

emm.klinik sendiri??jujur cakap macam tak de laa semangat sangat nak buat klinik sendiri sebab saya rasa saya lebih suka kerja kat hospital kerajaan.i mean suka hospital dari klinik sebab....sebab besar??huhu.

okey itu adalah timeline yang saya plan.insyaAllah umur panjang dan diizinkan Allah.saya merancang,Allah jua merancang.namun perancangannya yang terbaik :)

p/s :macam menggatal je plan nak kahwin bagai.buat plan untuk kerja sudah.well.perkahwinan adalah sebahagian dari masa hadapan.i talk about it not because menggatal nak kawin dan sebagainya.it is just all about our plan for the future.plus i'm 21 right now and 22 next year.saya rasa umur 20 tahun keatas adalah umur yang matang untuk bercakap tentang ini.so jangan fikir bukan-bukan ea.no no no

~berdoa semoga semuanya dipermudahkan.gagal merancang,bermakna merancang untuk gagal.eh betul kan ayat ni?

~bila kita merancang,kita akan nampak hala tuju kita.bila kita nampak hala tuju kita dengan jelas,kita akan ada semangat untuk memulakan gerak kerja dan usaha.nak tampal planner depan meja study?owh silakan.errr tapi planner anda laa ye.jangan copy paste yang saya buat kat atas tu.yang tu plan saya >_<

terlibat sebagai ajk pelaksana program,membuat saya sedar pentingnya perancangan awal!~~memori mesyuarat agung khas PERUBATAN 2012,mustasyfa faransawi,mounira,kaherah.







Friday, December 7, 2012

...nukilan hati buat yang memahami...


ada rasa
cemburu dengan kejayaannya
ada kala
rendah diri dengan pencapaiannya

sepanjang masa
terselit kagum terhadapnya
tumpang gembira dengannya
tersenyum melihat senyumannya
ambil semangat darinya
ingin berjaya sepertinya
sejak dulu,dari jauh,dalam diam

T.A.H.N.I.A.H
kerana
cemerlang 
tapi nak bagi 2 kali
T.A.H.N.I.A.H T.A.H.N.I.A.H
kerana berjaya dengan cemerlang
dan
sangat cemerlang dalam menilai kejayaan yang cemerlang
:)

memang
kejayaan sekarang
hanya sementara
tidak bermakna segalanya
dan bukan indikator berjaya selamanya
kerana ada kejayaan yang lagi bermakna
memang
mengagumkan!!!

apa yang tidak dinilai di atas kertas peperiksaan
apa yang tidak dilihat oleh pensyarah
apa yang tidak disaksikan oleh orang lain
semua itu dinilai,dilihat,dan disaksikan-Nya
maka letakkan sasaran jauh
apa yang dilakukan bukan untuk dunia semata
tapi juga untuk akhirat sana

T.A.H.N.I.A.H,T.A.H.N.I.A.H,T.A.H.N.I.A.H
em
nak hadiah tak?
kejap
nak bagi ke ye??haha

~~emmm nak fikir dulu.haha(dah fikir dah pon hee :D)

em
tunggu dan lihat(baca : wait and see forever)

~ehem*sambil sapu-sapu buang debu dekat white coat*coat baru setelah white coat lama terkorban dalam kejadian air hitam membanjiri rumah.siyes ini size paling kecik yang dapat saya kesan di mesir.dan siyes white coat ini besar!!errr besar untuk saya.huhu

~mohon sesiapa baik hati lagi pemurah tolong carikan white coat yang sesuai,sepadan,secocok,bagai pinang dibelah belah(ehh??) untuk saya.tak pon nak mintak hadiah stethoscope untuk 13/7/2013 nanti hehehe...

~gambar before pergi visit ke Imbaba Fever Hospital.2nd visit selepas visit hospital environment kat hospital Kasr el Aini(hospital dalam universiti yang selama 3 tahun daku dok ulang alik pergi kuliah kat cairo uni neh baru tahu itu adalah hospital.owh nampak sangat pergi uni jalan pergi lecture hall and pergi beli makanan je T_T)

Tuesday, November 20, 2012

i.k.h.l.a.s

salam 'alaik :)

kepada semua yang bukak blog ni tapi tak terupdate.mohon maaf.ni sume gara-gara facebook,twitter dan instagram yang membuatkanku malas nak update blog.owh sedap betul menyalahkan mende lain.padahal diri sendiri tu yang malas.zzzzz.bukan ape.malas nak bluetooth gambar.

tapiiiiii.hari ni rajin sikit.hehe.eh rajin banyak laa jugak(kemain puji diri sendiri)

emmm
tu laa banyak sangat simpan cerita sampai tak tahu nak cerita macam mana.okey kita bahagikan kepada beberapa chapter.haaa ambek dah macam buku teks pulak ade chapter.yang sudi membaca,silakan :)

chapter 1 : forensic medicine and clinical toxicology

alhamdulillah selesai round satu.forensic menarik.belajar macam mana nak buat jenayah.ehhhhh??kita belajar macam mana nak kenal pasti mayat tu.betul ke tu mayat manusia.berapa banyak.mati sebab apa.berapa lama dah mati.gitu

dekat uni ade jual waffle.15 genih(RM 7.50) satu neh.rasa pon boleh laaa.sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan nak makan waffle huhu.suka mende neh sejak duduk kat INTEC syah alam dulu.yang paling best kalau dapat gabung perasa coklat dengan blueberry.and yes for sure it would be very very very sweet.tapi suke!!hehe

"dijamin tidak gatal"errr rasanya kalau orang tu ada allergy kat keropok ikan,still gatal jugak kot.huhu.disebabkan ada orang tu(errr that's me laa) balik lambat,dan kene cover balik sume yang tertinggal kelas 2 minggu tu,maka harulah menubuhkan study group to cover up all the missing chaptersssss.yup banyak ssssss sebab memang banyak pon nak kene cover huhu T_T tak mau buat dah


perjumpaan student 4th year dengan dekan.yup dekan.iye yang lelaki tu dekan kitorang.sempoi kan??kan??juz imagine buat perjumpaan dengan dekan just dekat lecture hall tak payah nak kene hias carpet kompang sofa bagai.masuk-masuk je tanpa ucapan alu-aluan yang 2 3 jam tu terus je dekan tanya "okey what's your problem"haha terbaeekk. #onlyinegypt.memang tiap-tiap tahun akan ada perjumpaan macam ni supaya dorang dapat bantu sepenuhnya pelajar malaysia dan menunaikan hak kami huhu.dan kitorang pon takdelaa nak demand banyak sangat.apa yang dirasakan perlu sahaja.


antara orang-orang yang duduk belakang sekali.kami hanya pemerhati je.ni namanya nak menghabiskan batery phone huhu.

haaa see see.kan hari tu ada cerita uni dah macam kene langgar dengan transformer je.dah macam kene langgar raksasa tidur(rujuk boboiboy) uni kitorang.rasanya jadi macam neh sebab dia nak ganti paip bawah tanah.kot.kot laa.~abaikan gambar pakcik arab

chapter 2 : hari raya aidiladha

sedar tak sedar,tahun ni adalah aidiladha kami yang ke -4 di perantauan huhu.syahdu tak bunyi??menu di pagi hari-lontong,nasi impit,kuah kacang.ada lagi yang lain-lain seperti nasi lemak,mee kari,bubur jagung tapi semua tu tak sempat nak snap dah habis hehe.nampak nau kebulur masing-masing :P

jemput makan :D

tambah-tambah :P

mesir berdarah.memang kalau hari raya korban begini keadaan jalan-jalan kat mesir sebab sistem perparitan dan perlongkangan(??) yang kurang sikit kat sini.maka darah haiwan sembelihan dialirkan ke jalan sahaja.tau dah.maka memang tak laa kan nak pakai baju raya cantik-cantik huhu.eh tapi pakai baju raya time jamuan raya hee :D errr sorry kat orang yang mabuk darah.eh cepat-cepat scroll ke bawah huhu

okey begini keadaan secara jelas.kalau kat malaysia selalu buat korban kat masjid or kat surau ke kan.tapi kat sini buat kat tepi jalan je.dapat laa tengok hehe.errr yang mabuk darah sila scroll bawah lagi 



okey sape yang tak boleh tengok gambar kat atas tadi,tengok gambar ni je okey ;) nama ia tiger.nama je tiger tapi tak garang tapi manja tapi mengada tapi comel tapi adorable tapi nakal tapi cute.



raya ketiga,saya ke mansoura.sampai cairo malam dan terus ke markas perubatan sebab ada program batch.dan makan-makan hehe...

sate pon ada :D

chapter 3 :saya jumpa sesuatu yang best kat beano's :D

beano's.first time pegi sini.credit to zie sebab recommend kan tempat ni

pergi berdua dengan nonie.yup just both of us :)

haaa yang coklat tu my fevret!!siyes best!!err ape ek nama dia.tapi pisang campur coklat.tak muak.first time boleh habiskan air dengan begitu cepat.selalu air mesti kene bungkus bawak balik.dah maju setapak.bese minum hot choc je hehe.mende ni laa yang best kat beano's

kitorang order ni je.tu pon dah kenyang sangat-sangat. p/s : jimat pergi makan dengan akma anis.semua menu die bantai separuh pinggan je.lagi separuh haruslah ada orang lain yang tolong habiskan.errr tapi air coklat tu boleh dihabiskan sendiri sebab saaaangat best.

"muke ko siyes betul tengok phone"kata nonie.okey no wonder ramai cakap saya garang.em bila tengok memang nampak macam garang pon.tak pe mungkin dorang belum tengok saya senyum-senyum sambil tengok phone.ehhh??~senyum sebab main game laa :P

chapter...errkkk...scroll balik atas...owh dah chapter 4 :community medicine is begin

aaaa.no komen.kelas start pukul 8.setiap hari ye.owh memang dugaan laa kan kelas awal-awal pagi time winter neh.owh ye.remind me not to skip my breakfast.azam baru tak nak skip breakfast sebab dorang cakap saya nampak sangat kecik hahaha.mungkin efek tahun 3 hari tu.ingat senang ke nak gain weight??susaahhh wehh.dah abes usaha dah rasanya -.-

okey nak tunjuk kelas je sebenarnya.ni laaa kelas kami.meja dan kerusi di susun macam kelas darjah satu gitu hehe.tapi best.air-cond ada dua(time winter pon nak ber air-cond jugak)kerusi dan meja comel.~kengkonon study laa kan.padahal buku pon tak bukak.failed bidang lakonan

jujur ada sebab sebenar kenapa lama tak update blog.mungkin ada rasa takde orang pon yang tengok blog ni.cewahhh.tapi bila fikir balik,saya update blog sebab nak letak semua cerita yang boleh dikongsi.and as my memory time belajar.kalau rajin sambung lagi tulis blog time dah keje pulak.

maka apa yang saya dapat setelah lama tak update blog ialah ikhlas.tak mengharapkan apa-apa balasan.kalau saya update blog untuk orang baca,once bila dah takde orang baca,maka blog ni pon tutup laa.nampak tak macam meaningless disitu.

sama jugak kalau kita BUAT sesuatu perkara KERANA sesuatu,maka bila sesuatu tu dah takde kita pon stop buat perkara tu.maka boleh jadi je kita buat kerja separuh.atau bila kita BUAT sesuatu kerja sebab nak MENGHARAPKAN sesuatu,maka bila kita tak dapat apa yang kita harapkan tu kita akan takde semangat untuk buat kerja tu lalu hasil kerja pon tak memuaskan.maka buat sesuatu tu biar IKHLAS :)

~saya dah lama ada niat nak bawak 'mereka-mereka yang kat malaysia' tu datang mesir,nak bawak pergi kat tempat makan-makan.sebab saya tahu ada di antara 'mereka-mereka yang kat malaysia'memang suka makan hee :D tapi macam tak mampu nak bawak semua.tapi masih mengharap dapat bawak sorang je datang mesir pon jadilah...


Sunday, October 21, 2012

bengkok...err kemek..err whatever

salam 'alaik

okey tetibe rasa nakk update blog
sebab nak meng-ekspreskan kesedihan
........................................

aaaaaa
sedih okey T_T
sedih sebab cincin baru beli hari tu dah kemek
ke bengkok??
padahal terlanggar pintu je pon
okey my fault sebab langgar pintu -.-
eh tak jugak
orang rasa cincin ni macam lembut sikit
tak macam yang dulu tahan lasak
hantukkan kat mana-mana pon okey je
kurang kualiti punye cincin neh isy isy

ehhhhhhhhhh
bukan cincin tanda apa-apa ea
eh adalah jugak.sign of....
its just...
ahhaaah.adelaaaa
cincin tu hadiah untuk diri sendiri.
tukar cincin lama.sebab yang lama tu longgar
yang best tu jumpe cincin tu time nak beli kasut
nampak tak beza kat situ
niat nak beli kasut.at the end beli cincin.
em mungkin
kema need a finance advisor >_<
atau penasihat dalam berbelanja
eh tapi saya bukan orang yang jenis suka shopping pon(ecececeh)
iyeee betul.just imagine boleh menguap sambil jalan-jalan kat shopping complex kalau tengok baju ke,beg ke
tapi once nak mende tu,selalunya memang terus beli tanpa fikir 4 5 kali.
fikir sekali dua je lepas tu...aahhh beli je laaa haha
yup seriously
need finance advisor.

but still.sedih okey mende neh kemek.
dah tak round dah bentuk dia.
so
....................
new ring please!!!
hehe
kidding laa
(kalau ummi tau laa cincin neh dah bengkok abeslaa.so jangan bukak cite ni time call ummi nanti)

"untung sape beli cincin kaklong.murah je sebab kecik"-my ummi
"owh.kalau macam tu beli 2 laa.tak pon yang emas putih ke.kehkeh"-materialistik punye anak

~hanya ada satu cara nak maintain mende neh daripada terus bengkok iaitu dengan melakukan semua pekerjaan dengan sopan santun lagi lemah lembut.kalau nak langgar pintu pon slow motion je.
~belum lagi cite spek berapa kali jatuh.ehhh tapi my pluz-one(henset touch screen tu hehe)tak pernah lagi tercampak hehe.
~selasa ni shock exam forensic and toxicology.pray for me and friends :D jangan tanya kenapa nama dia shock exam.memang nama die dah macam tu -_-