Pages

Tuesday, February 15, 2011

Tu.Lu.S 4

1 Februari 2011

-kami bertolak ke Bursa.bukan busan okey ataupun busra mahupun brusa huhu...kat sini dengar kata banyak sutera.kami menaiki bas dari hotel untuk ke pelabuhan.kemudian menaiki feri untuk sampai ke bursa.dan hari itu salji turun!rase macam nak wat klip video winter sonata je neh haha..

salji itu lambang ketenangan,kedamaian.putih itu suci,bersih...
sebaik sahaja sampai,kami melawat makam Sultan Muhammad 1 yang terletak berdekatan dengan green mosque

ini adalah makam Sultan Muhammad

makam ahli keluarga Sultan Muhammad

okey kite...makan dulu!ingat makan saje kamu ye hehe.sebenarnya nak melawat green mosque dulu tapi time kami sampai tu waktu zuhur hampir masuk maka masjid ditutup untuk lawatan buat seketika.

"sila datang sebentar lagi okey"kata pakcik guard neh dalam bahasa turki...

maka kami pun pergilah ke restoren terdekat..tapi tak tau name restoren tu ape.alamak fail nak masuk jalan2 cari makan name restoren pon tak tahu.name menu pun kitorang tak tahu.yang pasti ade nasi ciput,de macam daging burger,ade sayur sikit...

haa ni...kenyang ke tak??alhamdulillah kenyang je :)

sebelum diberi nasi,kami diberi ini dulu.macam kuah kari tapi bukan.kami buat resepi sendiri dengan mencampurkan sayur tu dengan sup ni.sedap la jugak.puan2 harus cube resepi kami ni di rumah ye.

ini adalah teh epal yang terkenal di turki.satu cawan kongsi 2 orang.romantik gitu hehe.padahal nak jimat

ini pula kopi turki yang diorder oleh noni dan aqilah.pekat weh kopi die.saya minum seteguk sahaja terus tak nak dah.memang tak boleh masuk dengan kopi.tak tahu berape kilo caffein dalam ni


dan ini adalah pencuci mulut.kastard,puding karamel dan manisan.ade orang tengah meleleh air liur ke tu??haha

selepas makan,kami menunaikan solat di green mosque pula.

pintu masuk green mosque

ia diberi nama green mosque kerana hiasan dalamannya yang diperbuat daripada batu marmar berwarna hijau.masjid ni under renovation maka tidak banyak gambar yang dapat diambil.masjid ini dibina semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad

apa yang menarik,terdapat satu struktur dalam masjid ni yang boleh mengesan jika berlaku perubahan di bawah bumi seperti gempa bumi.struktur tu macam tiang bentuk silinder.kalau boleh dipusingkan,maknenye struktur bangunan itu normal,dan kalau tiang tu tak dapat digerakkan,maka struktur bangunan itu telah berubah.masyaAllah,hebatnya arkitek zaman dahulu berfikir tanpa perlu ada mesin canggih.

inilah tiang tu.maaf kualiti gambar kurang.ambil gambar dengan kamera enset je huhu...

kemudian,kami melawat great/grand mosque.inilah encik ali yang menceritakan tentang sejarah great mosque ni
 masjid ini dibina semasa pemerintahan Sultan Beyezid 1.sultan tersebut ingin membina 20 masjid kerana bernazar,tetapi sudah tentulah kos nya sangat mahal.maka digantikan 20 masjid itu dengan sebuah masjid yang besar serta memiliki 20 kubah.sebab itulah masjid ini mempunyai 20 kubah.

diceritakan juga bahawa,mase nak bina masjid ni,sultan nak beli tanah yang diduduki oleh seorang wanita.tapi wanita tu taknak.tapi kemudian terpaksa bersetuju untuk memberi tanah tersebut setelah dibayar dengan harga yang tinggi.then,bila sultan tu fikir balik,macam tak best je kan tempat yang orang tak rela beri nak buat tempat ibadat.maka,kat tapak rumah wanita itulah dibuat kolam ni.pada mulanya kat atas kolam ni tak de kubah tapi kemudian dibuat kubah.maka overall kubah kat masjid ini adalah  21.20+1=21.faham tak cite saya ni??kalau tak paham...aaa rasenye dah cite panjang lebar dah kat atas ni...tak pe lah.buat2 paham.

kemdian,kami ke silk bazaar.shopping ke?owh saya tidak shopping sutera..hanya tengok2 sahaja.tapi adalah beli barang sikit.sikit je okey :)


ini bukan batik okey.sutera.

setelah seharian kami kat bursa tu,maka haruslah kami balik dengan menaiki feri lagi sekali...

seronok tengok burung ni terbang2...

pinjam anak ustaz jap hehe :)

~time naik feri sume orang berangan macam naik titanic haha...
~honestly,first time naik feri ni

Sunday, February 13, 2011

Tu.Lu.S 3

31 Januari 2011
-pagi tu,kami naik cruise menyelusuri bosphorus.baru tahu yang turki ni terbahagi kepada 2 iaitu asia(antakia) dan eropah(thrace)~credit to atiqah azman
aaa...alamak nota saya yang ade 2 3 baris je maklumat tu ade kat atiqah.nanti la ek cite balik.yang penting kami naik cruise sambil encik Ali bercerita lagi tentang turki

pemandangan dari cruise.subhanallah memang cantik.segala kepayahan untuk sampai ke turki rasa terbalas dengan pemandangan yang mempesona

ini adalah..hotel...kot..haha banyak sangat gambar sampai dah tertukat tukar dah bangunan pe ni

yang oren ni universiti kalau tak salah...

tembok besar cina...bukan daa..mane datang tembok besar cina kat turki tu...ni benteng kota constantinapole..yeke??erkk...ye kot hehe...jawapan tak yakin langsung

semua khusyuk mendengar ustaz Hafiz menceritakan tentang pembukaan kota constantinapole oleh Sultan Muhammad Al-fateh...kalau nak tahu sila klik sini dan sini...

kami Gen 09 telah berjaya menawan cruise ini!hehe...

tadi gambar kat tingkat atas cruise.ni kat tingkat bawah pulak.banner haruslah ade sekali huhu...
selepas itu,kami mendaki bukit ke Camlica Hill untuk melihat pemandangan turki dari atas bukit bukan nak tengok anak bulan okey.demi menerokai keindahan turki,gunung Camlica sanggup kami daki hoho.okeyh tipu mendaki.bas yang mendaki dan kitorang duduk diam-diam sahaja dalam bas.
 cepat teman-teman pasang banner kite


kami gen 09 cairo u telah berjaya menawan Camlica hill yeah!!

aaa...ape yang kite tengah buat ni weh...macam tak de motip je masing haha

ade termenung mengadap tong sampah.tolonglaa kamu~haisy tong sampah ni kacau pemandangan la huhu

 oit cik kak wat cover album pe??

setelah Camlica Hill tu didaki,haruslah turun pulak kan.takkan nak dudok situ sampai malam.maka arakian adalah kiranya beta serta para hulubalang meneruskan perjalanan kami.ayat dah macam bahasa istana di zaman silam dah neh sebab masuk ke Topkapi Palace.topkapi palace ni adalah pusat pemerintahan semasa zaman Uthmaniyyah.sangat luas dan memang syok kalau dapat round2 dalam ni sambil naik basikal hehe...

meeting hall.tempat bermesyurat pada masa dahulu.zaman dulu pon ade sofa tau.ingat sekarang je ke ade ikea
ini adalah permaidani yang bertakhtakan emas dan permata.bukan untuk berbangga tapi adalah strategi politik bagi kerajaan Uthmaniyyah.dengan ini kerajaan tersebut dipandang megah dan nampak la stabil dari segi ekonomi.uish kalau letak la karpet ni kat ruang tamu kat rumah tu sure jadi kawasan larangan nye.tak sampai hati kot nak duduk atas karpet ade berlian hehe...

nampak macam castle dalam fairy tale kan :)

walaupun sultan tidak hadir dalam sesuatu meeting,tetapi sultan tetap mendengar ape yang dibincangkan melalui tingkap ni.maka jangan meeting yang bukan2 okey.dulu kan takde cctv.so buatla macam ni kot.anyway,what a brilliant idea.membuatkan para menteri berhati hati untuk berbincang sesuatu kerana sultan ada mendengar secara rahsia huhu...

bumbung pun cantik tuu


begitu unik sekali paip dia...

dekat topkapi museum ini juga ade dipamerkan janggut Rasulullah s.a.w,tongkat nabi musa,potret sultan2 yang memerintah turki termasuk Sultan Muhammad Al-Fateh.
juge berlian yang sangat besar dan sangat berkilat.cerita dia,pada zaman tu orang yang jumpe berlian tu ingat batu biasa je..maka dia pon bawak la gi kedai pajak gadai.then,berlian itu pon dibayar dengan sudu.setelah dibersihkan batu tu,rupenye adalah berlian yang sangat berharga.mintak maap la ye.dilarang ambil gambar dalam tu maka tiadalah gambar berlian tersebut..aaa.. bayangkan jela macam habib jewel.lebih kurang la tu.

setelah itu,kami singgah sebentar di grand bazaar.lain kali lak ye cite pasal grand bazaar ni :)

~suatu masa dulu,saya pernah menulis tentang Sultan Muhammad Al-Fateh dan tidak pernah terfikir akan melihat masjid biru secara live.dan saya telah diberi peluang untuk melihatnya sendiri.alhamdulillah :)

Saturday, February 12, 2011

Tu.Lu.S 2

30 Januari 2011

-bertolak dari cairo international airport(yang dok check in pagi2 tu)
-tiba di airport istanbul.airport die sangat cantik.kuar je dari flight dapat rasa kesejukannya.
best woo men asap2 kuar ikot mulut haha.

alhamdulillah berjaya menjejakkan kaki ke bumi turki.tengok kami de banner hehe...dah macam berjaya menawan gunung everest je gambar neh ^_^

kami menginap di Hotel Fuar.comel je bilik die tapi sangat best!kat situ la kami tengok CNN yang menyiarkan berita orang2 yang tersangkut kat airport termasuklah kami.glemer jap masok CNN...ni gambar kat ruang makan.eh dining hall(name nak standard je kan eheh)

sepanjang perjalanan dari airport ke hotel,pemandu pelancong kami,encik Ali menerangkan serba sedikit tentang negara turki ni.dan ade seorang budak duduk belakang sekali sebok snap gambar~saya dengar okey ape yang encik Ali cakap :)

kat turki pon ade shell :)


malam tu,kami keluar jalan2 area hotel.owh suke korang ek kuar malam2.kami kuar beramai ramai okey.dah macam rombongan cik kiah kat turki je.dan malam tu kami dinner kat luar.dan meja kami mencatat bil tetinggi~pe yang korang makan weh sampai bil kita paling mahal??noni punye makanan paling banyak kot haha

hari tu kami tak pergi mane2.sampai hotel pon hampir malam.tambah dengan penat lagi naik flight padahal berape jam je dari egypt ke turki.pe yang penat entah huhu

first immpression sampai kat turki,sebuah negara yang teratur,bersih dan cantik.jatuh hati pandang pertama hehe...

~pe motif dok update blog kol 2 pagi??ni bukan kes jetlag.tapi kes baru tengok cite seram.sape suruh tengok kan dah tak boleh tido...waa help me!ottoke!!







Thursday, February 10, 2011

Tu.Lu.S 1

kembara yang ingin diceritakan di sini bukan kereta kembara okey.sebagai tanda kenangan,ingin saya mengabadikan perjalanan kami ke turki,lubnan dan syria dalam blog ni.apasal ayat macam karangan jenis laporan lak neh??

kita mule cerita dari airport dulu la ek.hah??panjang sangat ke kalau start dari airport??huh peduli ape.orang nak cite gak huhu.bukan ape,saje nak cerita balik apa yang berlaku kepada kami semasa di airport.bila ingat balik,uish rase macam sedih lak betapa susahnya kami mengharungi segala dugaan dan kepayahan.*sob sob*(air mate bergenang)....haha gurau je.tapi yang pasti,kami telah bermalam dan bermastautin di cairo international airport tu.ye bermalam.kat KLIA pon orang tak pernah wat macam tu tau.

cerita dia begini...<<sila baca ayat ini sambil pandang ke syiling rumah.ambek feel nak flashback huhu

sebenarnya kalau ikut tiket,tarikh adalah 29 jan 2011 pukul 3.50.tapi bile tengok kat board,die tulis delay ke pukul 4 lebih.maka kami ni lepak jela kat airport tu dengan bahagianya.

diorang ni bawak beg macam nak lari dari mesir selamenye je.isy isy isy...

then bila nak check in,tiba-tiba,pakcik kat situ cakap kitorang dah lambat.laa kat board cakap delay.boleh pulak pakcik tu cakap sape suruh tengok board.board tu salah.okeyh kalau macam tu kenape buat board??dah macam bahas dah kat tempat check in tu.masing2 panas je huhu...ustaz yang menjadi musyrif tu dok kehulur kehilir nak setel hal ni.kitorang tengok pon penat.kesian ustaz tu.

akhirnya,flight kami ditundaa pada esok hari.okey memang tak marah pun.kami memang suke tidur airport ni kan.tak pe.adalah hikmahnye tu.maka kami pun mencari port baik punye kat airport nak landing.kami yang 26 orang ni berkumpul kat satu tempat je.


bila dah setel sume tu,kami pun nak la cari makanan.mahal pun nak wat macam mane kan.sekali pergi burger king,makanan dah abes.bila pergi kat kedai lain,makanan memang dah habes.nampak rak makanan kat atas tu??kosong.padahal pagi tu penuh lagi kot. kat kedai stok makanan dah berkurang.surat kabar je yang banyak.

tengok.tinggal ini je.kami pun capai apa yang sempat jela.beratur satu jam nak bayar padahal beli barang secuit je.tak pela.at least ade gak keje nak buat untuk menunggu esok hari huhu...

 
macam best je mende ni haha.tengok je okey.tak beli pun
tak dapat beli,ambik gambar pon jadilaaa<konon ayat sedih la ni

lost and found??maybe kalau ade sape hilang barang ke,hilang anak ke,refer kat sini kot.

 kami makan mee segera yang keras tanpa perisa sahaja.*sobsob*.agak2 layak tak kalau nak masuk dalam rancangan bersamamu huhu...

dan pada keesokan hari,kami awal2 pagi lagi dah tercongok kat kaunter check in tu.semalam cakap kitorang lambat kan,haa ambek pagi2 lagi kitorang dah beratur.alhamdulillah segalanya dipermudahkan walaupun risau jugak sebab peratus nak terbang tu tipis.banyak(rasenye hampir semua kot)flight yang delay dan cancel pada hari tu.


ada hikmahnye bersabar.haa kan dah dapat makanan best.tak jadi laa masuk rancangan bersamamu haha...

 selepas beberapa minit kemudian...aik?punye la penuh tadi ini je yang tinggal??uish manusia ke pirana yang makan neh...~fatin,sedap kan teh saya wat even buat dalam flight haha

jumpe di airport istanbul,turki!!~beg sadida setia menemani tu

~sambung di lain post okey.nak lunch dulu.erkk lunch ape kol 4 petang??
~Tu.Lu.S=turki.lubnan.syria.dah berape kali padam then tulis balik tajuk sebab tak tahu nak bagi tajuk pe.fikir tajuk pon ambik mase sejam heh.