Wednesday, August 29, 2012

saya update la ni hee :D

~okey nak dekat 5 minit fikir nak start dengan ayat ape...

bismillahirrahmaanirrahim....
dah lama tak update blog
sampai blur nak start macam mane huhu

update ramadhan

alhamdulillah,ramadhan tahun ni macam lagi bermakna dari ramadhan sebelum ni sebab ......... hehe rahsia.owh bukan sebab ade bazar ramadhan ea.
hari tu sempat balik malaysia sehari sebelum puasa
maka puasa sebulan lah saya di malaysia
bila laa agaknya nak puasa kat mesir lak ek??errr...
and know what
time bulan puasa hari tu
sekali je pergi bazar
sebab macam dah takde perasaan pergi bazar.mungkin laa huhu
tak pun mungkin sebab time bulan puasa
jiran-jiran dah bagi kuih
so buat apa nak beli banyak-banyak kan??

berbuka di luar rumah.ummi and adik.tengok laa muke budak excited nak bukak pose

me and abah.bukan senang abah nak senyum depan kamera 

menu : nasi putih,sup tulang,telur goreng,sayur kailan.dengan bubur pulut hitam.dah simple,sedap and...jimat huhu

berbuka puasa kat luar lagi...dengan kawan lama(tudung biru gak sebab tak bawak balek malaysia banyak baju.sehelai sepinggang je balik)dan memang suka tudung ni hehe :D

kami makan steambot.yup bot yang di steam :P

errr yang ni...haha akak tu ajar buat macam ni.daging bakar.tak taulaa kitorang buat betul ke tak.maklum laa last makan steambot ni 7 tahun lepas.masa jamuan ketua pelajar form 2.lame tuu

ex-sk tanjung lalang upsr tahun 2006.10 orang je yang dapat dikumpulkan.yang lain semua busy practikal laa,nak exam laa.pape pon,sempat jugak plan untuk kumpul lagi ramai time raya nanti

~tahun ni tak dapat nak berbuka puasa beramai ramai kat kampung.tapi dapat jumpe si kecik irfan amsyar :D
~haa tengok dah update dah neh hee :D



Friday, August 10, 2012

oh my abah!!

lokasi : depan tv sementara nak tunggu waktu berbuka.motif?nak tengok jam kat astro
(jam kat rumah punye banyak jam astro gak yang nak ditengok)

abah : eh mane suare tv ni?kuat sikit.abah suke lagu ni

me and adik dah pandang abah pelik sambil "huh?huh??biar betul abah suke lagu ni"

errr tak sangke abah suka lagu-untuk dia najwa latif ft sleeq.oh my abah!! haha

hari tu jalan-jalan tibe lalu kat kedai yang main lagu tu.kitorang dah gelak-gelak kat belakang abah kot-kot laa abah berhenti jap kat kedai tu nak dengar lagu tu.tapi abah jalan straight je.elele abah cover la tu :P

lokasi : kat kedai cari sampin abah

ummi : haa ni sesuai laa ni dengan baju melayu abah.
abah : isy murah sangat tu

~beberapa minit kemuadian abah datang bawak sampin yang...wow boleh tahan cantik~~

abah : haa ni baru cantik

sekali ku belek harga,mak aaiii 300.bukan rupiah.300 ringgit malaysia.haha taste tinggi abah,macam anak die jugak heh.terbaekkkk

tapi abah tak beli pon sampin tu.saje je nak bagi gempak kedai huhu

abah,bukan nak barang mahal-mahal.mane yang ada,yang tu laa abah pakai.selagi boleh pakai.

handphone abah yang betery tak bape nak tahan tu pon abah tak nak tukar
dah cakap kat abah tukar dengan phone orang
pilih je mane satu abah nak(mentang-mentang ade 3 phone haha)
"selagi boleh call dengan message takpelaa"jawapan cool abah
em...hari tu ternampak dompet abah.dah bape lame abah pakai dompet tu
and me,nekad nak hadiahkan abah dompet.
ini serius.


Monday, August 6, 2012

...tujuh...

ummi : hari ni berapa haribulan??
me: 5
abah :6
ummi :aik?!5 ke 6??
me: 7.hee :D.hari ni 5 laa ummi.esok baru 6.luse 7.
abah : aaa...haa yelah hari ni 5.

~tak pernah-pernah ingat tarikh.minggu ni jadi ingat lak.keajaiban dunia ke-8 ni kehkeh
~ade apa dengan 7?adolaaa :)

terawih semalam :
"ni sekolah tingkatan berapa?"
"tak de tingkatan.dah u dah"
"??oww...."

memang dah standby dengan soalan macam ni.dah nampak muda.nak buat macam mane??hahah~kamu tolong jangan jeles :P

"kaklong,ni jumpe kawan ummi ni"
maka daku pon bersalam salaman lah dengan makcik tu dengan muke penuh sopan lagu ayu heh
"laa ni anak kamu yang sulung ke?dah besar dah.dah tak lame dah laa ni nak dapat menantu"kata makcik itu sambil tersenyum senyum melihat ku(ni apahal dah macam ayat cerpen je)

errkk...kalau 40 orang makcik cakap macam ni di bulan ramadhan ni memang dapat sungguh laa ni kang.makcik makcik.saya baru 21.belum 31 lagi haha.

~perlu cari jawapan yang sesuai dari sekarang kalau time raya nanti ada paklong maklong pakcik makcik buat ayat :
"kamu dah ada calon ke?"
"tak lame dah laa ni aini nak dapat menantu"
"tahun depan buat kenduri kahwin laa tajuddin"
"makcik ade anak laki"
"anak makcik dah habis belajar dah"

haha bajet laa kamu tu menantu pilihan!!
tapi memang tak boleh lari dari soalan ni.nak pulak kalau makcik tu tahu umur dah berapa.umur 21 kalau tak kahwin kire andartu ke??haha.
makcik-makcik ni kadang-kadang buat orang terfikir soalan gini.
mungkin mereka excited kot nak tengok kite kahwin.
sabar ea makcik.sementara saya tengah belajar ni boleh laa slow-slow add kat fb.
senang nak tag kad jemputan nanti kehkeh.
gurau gurau

rasanya jawapan yang sesuai:
"calon mengundi dah ade makcik"
"haa tu laa tak lame dah.mungkin 4 5 tahun lagi"
"laaa bapak saya dah lame dah buat kenduri kahwin dulu.makcik tak datang ke??"
"mak saya pon ade anak laki"
"oyeke.suruh laa die sambung belajar lagi"

baekk punye jawapan.orang lain makan kuih raya,ada yang makan selipar bata ni kang.

okey sebenarnya tadi sangat mengantuk tahap petala ke-8.tapi tibe-tibe je tak boleh tidur.emm mungkin sebab esok 7 haribulan??haha.motif??tak de motif.saje je nak cakap esok 7 haribulan :D sudah-sudah.mengantuk buat cara mengantuk.mengarut kat sini lak





...tak berubah...

salam nuzul quran buat semua :)

memandangkan hari ni cuti,maka ke bandar lah kami satu keluarga
nak cari baju raya hoho
warna tema pada tahun ini...rahsia

dan saya,macam biasa sangat susah nak jumpe baju
tak suke corak lah
corak macam harimau bintanglah
lebar lah
panjang sangatlah
banyak manik kalah mak datinlah
last-last adik jugak yang dapat jubah heh
tensi gue huhu
sampai mengantuk dibuatnya
dan saya dah give up dah
takpe dah ade 1 baju kurung okey la tu
raya kedua pakai baju tahun lepas je
ohcee sangat bersederhana disitu

last sekali pergi laa satu butik tu
jumpa jugak akhirnya
di kedai yang terrrrakhir
baju dari butik jahh
bukan senang nak jumpe baju yang menepati ciri-ciri ku huhu
memang tak berubah kan?sama cerita macam tahun lepas
cerewetkah daku??

~yakin je baju tu sama warna dengan tudung yang dah ada,sekali tengok tak sama huhu.tapi macam pernah kulihat warna baju tu.tapi dimana ya??
~dah nekad dah nak pakai kasut tahun lepas je.nak cari kasut ni satu hal jugak.selalu je kene>>harap maaf.kasut ini tiada saiz anda :(