Pages

Wednesday, June 30, 2010

...tergamaknya!!!...



bosan betul tengok berita kat malaysia.hari-hari mesti ada berita ni.tak sah kalau tak ade.bukan berita bola.berita bola tu yela sebab memang tengah musim bola..tapi berita yang memalukan dan menyedihkan.buang bayi sana,buang bayi sini.jumpa kat longkang la,kena tanam la,jumpa kat sampah la...

wahai orang-orang yang berakal,itu budak la.bayi tu sama dengan anak orang.bukan anak beruang.kami kat sini bersusah payah belajar embryology,kamu senang-senang je buang bayi!!!memang tak faham ape yang mereka ni fikir sebenarnya.diorang ingat baby umur 2-3 hari tu boleh berdikari la,boleh cari makan sendiri,boleh hidup sendiri,boleh survive dengan sendiri...tak pon diorang ni fikir ade lagi orang yang baik-baik kat dunia ni.tak pe,tinggalkan je kat masjid ke,kat tong sampah ke.nanti seseorang yang baik akan jumpa budak ni.tambah pulak yang kaya.waa nanti budak ni mesti bahagia sebab jadi anak angkat kepada orang kaya.weh,ingat ni plot cerekarama ke.tu kalau orang yang jumpe.kalau mende len yang jumpe??

kalau yang tinggal bayi hidup-hidup tu kira baik hati la tu.lagi kejam yang tergamak membunuh bayi baru lahir tu.haa yang ni tak tau la mid brain,brain stem,neuron sume letak kat mane.ke tak wujud??isy tengok kan dah terkeluar ayat kasar.sedih tau tak tengok semua ni.tapi lagi sedih sebab hanya mampu baca kat surat khabar dan tengok je...



~salah satu perkara yang tak tahan tengok,baby kecik yang dalam keadaan kesian.nak nanges rasa kalau tengok.macam mane nak jadi pakar pediatrik ni huhu...

Saturday, June 26, 2010

...ego dan ilmu...

"saya hendak belajar ilmu memebersihkan hati,"kata seorang ulama' besar kepada seorang ahli sufi.
"tuan sudah banyak ilmu.saya di sini hanya mengajar sekadarnya,"ujar ahli sufi secara berterus terang.
"betul,saya ingin belajar di zawiyah tuan ini.saya ingin menghilangkan rasa takbur,"
"pengajaran saya tidak menggunakan kitab,"perlahan ahli sufi berkata.
"mana boleh belajar tanpa kitab?tuan tidak tahu tentang itu??"ujar ulama' besar itu.
"orang yang tinggi ilmunya semacam tuan,tidak perlu lagi belajar melalui kitab,"
"setahu saya sesiapa sahaja belajar perlu berkitab,"ujar ulama' besar itu lagi.serban besar serta jubah indahnya bergeser ditiup angin.
"baiklah,apa itu takbur?"tanya ahli sufi seakan menguji.
"apabila merasakan diri sendiri yang terbaik,memandang hina orang lain dan menolak kebenaran,"jawab ulama' besar itu dengan yakin.Ilmu-ilmu yang sebegitu seakan sudah berada di hujung jarinya.
"tuan sudah mahir asas ilmu takbur.benarkah tuan ingin membuang rasa takbur??"
"itulah tujuan asal saya datang ke sini,"
"kalau begitu buang serban dan jubah tuan dahulu.dan ambil mangkuk kosong ini kemudian mengemislah di tempat tuan mengajar,"kata ahli sufi itu.
"apa?mengemis??mengemis itu bukankah kerja hina?!"
"tujuan mengemis itu bukanlah kerana malas atau meminta belas ihsan manusia,"kata ahli sufi sambil tersenyum
sambungnya,"tuan perlu mengemis untuk menghilangkan ego.supaya terasa hina dihdapan manusia setelah selama ini tuan dikenali sebagai ulama besar,"
"oh saya tak mampu.saya datang sini untuk belajar ilmu yang lebih tersirat.saya ingin menelaah kitab-kitab yang hebat dan tinggi,"
"saya tidak ajar kitab-kitab seperti itu.Saya hanya belajar mengamalkan ilmu yang telah kita sama-sama tahu,"
"jadi tuan tidak sangguplah mengajar saya?"
"tidak,tapi tuanlah yang tidak sanggup belajar daripada saya..."

>>ada orang yang sombong dengan ilmunya.namun ilmu itu tidak lebih hanya hafalan kata-kata yang terisi didalam akal semata-mata.Orang melihatnya hebat,tetapi hatinya penuh dengan karat ego apabila merasakan dirinya lebih baik dan alim daripada orang lain...

~copy paste dari seseorang.jangan marah ye copy cite hehe...

Thursday, June 24, 2010

...ke manakah ia menghilang??...

siapa yang hilang??hilang barang ke??atau kehilangan seseorang??
tidak.bukan hilang barang atau orang.
tapi kehilangan semangat.
semangat jihad yang membuak-buak.
semangat bencikan israel yang membara-bara.
semangat ingin membantu meraka di gaza yang berkobar-kobar.
ya,semasa kapal mavi marmara diserang,semua semangat tu bersatu.
semua orang geram,sedih,membantah,mengutuk.
tapi apa yang terjadi sekarang??
semangat yang dilaungkan entah kemana
kutukan israel di status ym mahupun di wall2 sudah tiada
ketidak puasan terhadap apa yang terjadi sudah tidak kedengaran
gambar gaza mahupun palestin pada display image pun sudah bertukar...
apa yang dihebohkan sekarang ialah...


ini yang menjadi display image


ini yang menjadi perbincangan hangat


sudah terlupakah semua orang tentang ini??


mavi marmara..hanya tinggal kenangankah??

dan saya,hanya mampu melihat ini semua berlaku tanpa melakukan apa-apa tindakan melainkan berdoa semoga masih ada umat Islam yang masih ingat dan mempunyai semangat untuk meneruskan Life Line 4 Gaza.

~sepatutnya mengutuk diri sendiri yang hanya mampu melihat dan mendengar serta hanya mengutuk israel dari jauh,sedangkan remaja di palestin berjuang menentang terang terangan.oh,sangat malu...
~menyimpan niat,ingin menjadi salah seorang doktor yang berani syahid seperti doktor-doktor yang berada di mavi marmara,suatu hari nanti InsyaAllah...
~tak salah menonton world cup,tetapi biarlah bersederhana.tidak perlu sehingga mengabaikan tanggungjawab...