Sunday, November 30, 2014

maaf,saya tak biasa.

hari tu,ada adik junior jalan sebelah aku.siap tanya "akak nak saya teman sampai u tak"

aku dah macam "errkkk alamak macam mana aku nak halau budak neh"

lalu dengan tegasnya(baca : garangnya) aku pon cakap eh takpelah nak cepat neh kbai.lalu aku pon memecutkan diri.junior tu lelaki.

sorry dik.akak tak biasa.lagi satu aku tak biasa kalau cakap dengan orang laki pastu dia pandang tepat.okey iolllss malu lol.so aku akan buat-buat pandang buku ke,ketuk meja ke buat-buat scroll tab ke untuk elak bertentang mata.ya aku tahu kalau nak komunikasi tu eye contact tu penting.so takdelah aku tak pandang langsung buat macam dia cakap dengan dinding idoklah.tapi aku tak pandang lama laa gitu.

ada orang pernah pesan kat aku "ghaddul basor"tundukkan pandangan macam tu laa lebih kurang.tapi bukan tunduk sampai kau langgar tiang.tundukkan pandangan,untuk tundukkan nafsu,jaga hati.faham tak?ke tak faham?ah lantak lah.

tapi ada beberapa keadaan buat aku terfikir.

cukup ke kalau jaga pandangan kat dunia realiti je.tapi tak jaga pandangan kat alam siber?

contoh.kita nampak orang tu baik je.cakap tak pandang akhawat.pendek kata thiqah sampai kita pon segan.tapi tetibe kat fb atau instagram,kita ternampak "..... like akhawat selfie's photo"

bila dia like,maknanya dia tengok laa kan gambar tu kan?kalau kat instagram tu,kita boleh tahu tau orang lain like gambar apa.so aku macam adalah perasaan "eh die neh kat luar macam thiqah tapi like gambar perempuan free hair"

pernah on the way aku pergi kelas dengan housemate aku,kitorang borak pasal isu aurat.

"Islam ni dah cukup lengkap dah.nak pulak hal jaga orang perempuan.cuba bayangkan kalau semua perempuan pakai tudung,jaga aurat.suami dia je yang boleh tengok.mesti suami dia tak pandang orang lain dah dia pandang isteri dia je"

"sebab tu sekarang banyak berlaku perceraian.suami nampak isteri tak cantik sikit,pastu dia tengok ada yang lagi cantik dengan pakai baju seksinya.terus cari lain"

so,aku sebagai perempuan,aku pon kene laa jaga kan.untuk membantu kaum adam ni tundukkan pandangan.ingatkan aku please,in case kalau aku terlupa.yes aku pernah terfikir bukan senang diorang nak tundukkan pandangan.perempuan tak tutup aurat is everywhere.tambah lagi dengan maknyah terus bertambah cobaan dunia haha.

maknyah pon satu.apehal kau lagi cantik dari aku neh.

aku pon,sejak belajar medic neh,memang ada mende yang aku tak boleh elak untuk dipandang.nak pulak student medic lelaki.isy isy isy

sebaik baik perempuan tu tidak memandang dan tidak dipandang.

aku nak jadi baik neh.hulurkan bantuan kat aku please.

Thursday, November 20, 2014

kene clorox

hari neh aku tak tahu berapa lama masa dr.tamer bagi kuliah panjang.bukan pasal jantung dah tapi macam mana nak urus study huhu.

ayat doktor tu memang aku rasa macam kene basuh dengan clorox,kene sental dengan pencuci lantai sume laaa ada.deep weh.aku pon rasa memang study aku tunggang langgang sebenarnya sekarang neh.banyak mende nak kene kejar.

kelas start 3 lebih,dan berakhir pukul 8.30 malam sebab doktor syarah panjang lepas tanda kertas xam kitorang yang jawab macam apa je T_T

lepas tu pukul 10 baru jumpa nasi.lepas ni kalau kau kene masuk angin ke gastric ke apa ke jangan kau nak bising-bising dalam blog neh.

eh sejak kes sakit perut tu aku dah insaf sikit haha.hampir hari-hari tau aku bawak termos comel tu pergi kelas.dalam dia ada air panas laa for sure takkan aku bawak termos kosong lak -.- so aku akan breakfast kat kelas biskut cicah air panas.haa gitu cara-cara aku nak prevent sakit perut.pastu memang aku prepare coklat dalam beg aku walaupun coklat tu dah seminggu dalam beg dan dah penyet-penyet takde rupa coklat huhu.

doktor cakap aku kene makan coklat setiap 2 jam kalau nak naik berat badan.aku nak try buat tapi aku tunggu korang belanja coklat dulu hehe.cepat-cepat sape nak bagi ku coklat banyak-banyak neh aku terima dengan mulut terbuka.

baru aku tahu penangan tahun 6.baru sebulan aku dah fikir dah macam mana aku nak hadap final exam nanti.kadang-kadang aku rasa nak lari pon ada dari medic neh.tapi orang kata kalau dah tersuka dah tak boleh buat apa.suka ke?eh.suka laaa dah 6 tahun i'm doing medicine you know.

so kalau dah suka,jangan nak merungut.hadap je laa.

terima kasih bagi termos comel.dulu tak nampak sangat motif tapi sekarang memang bermanfaat termos tu!setia teman pergi kelas pagi-pagi haha :D

tapi aku suka je kene brainwash via clorox dr.tamer.baru sedar diri.i will study doctor insyaAllah!

Wednesday, November 12, 2014

study sick syndrome

pernah dengar tak belajar sampai muntah?

hari neh seharian aku tak pergi kelas.ponteng ke oiii?tak.dapat mc leave dr.akma anis bagi.baik doktor tu tak banyak tanya bagi terus mc.time kau student boleh laa buat mcm tu akma anis oii time kau dah kerja nanti entah entah nampak agak serius nak pengsan baru dapat mc.

aku saspek ni mesti sebab masuk angin makan tak teratur start hari ahad lagi.tapi semalam paling teruk sampai aku buat drama kat kelas dr.tamer.sorry doctor saya bukan nak ponteng kelas doktor tapi saya takut muntah kat situ tak pasal kelas cancel lak kang huhu.malu tu tak payah cakap laa sebab aku fikir nak balik rumah je ape ape hal nak muntah ke pengsan ke ape ke kat rumah.

so aku decide hari neh aku tak pergi kelas.hari neh general internal medicine pasal neurology so aku dah rugi kat situ.pastu kelas dermatology pasal fungi infection kot agaknya.lecture internal medicine lak pasal rheumatic fever and infective endorcarditis.attendance tak penuh tu nombor dua.tapi masalahnya kalau tinggal kelas sehari tu agak memberi kesan besar laa kat aku.jenuh laa aku nak cover topik tu sensorang :'(

seharian aku kat rumah terbaring macam ape je hari neh macam kronik sangat dah gayanya.masalah aku rasa nausea nak muntah tapi tak muntah muntah so my stomach is having pain you know.aku tak tahu nak buat apa kalau dirrhoea aku tahu laa nak buat apa ni kes masuk angin neh takkan nak telan pain killer lak.pika pon menggunakan invasive treatment dengan memaksa aku minum air teh halia.aku order teh perisa strawberry tak dilayannye  tapi die letak halia lagi banyak ade.die siap kata kalau esok aku tak okey lagi die akan buat lagi tambah lagi dose halia huahua.

lepas isyak tadi pon aku dah muntahkan separuh gelas air milo dengan eno sekali.aku amat menyesali dengan apa yang telah terjadi sebab milo dengan eno tu dari malaysia takde ganti kat sini huhu.

dan aku rasa nak muntah lagi.

itulah pesan kat orang lain jaga makan tapi diri sendiri?zzzzzzz

6th year please be nice to me don't torture me too much.sikit-sikit sudaaa.

terima kasih fathiyah sanggup teman aku balik tak pasal dia ponteng sekali lol.
thanks pika paksa aku minum air herba kayu kayan bagai.kau memang tradisional.
syukran fatin tanya aku okey ke tak siap bagi nasihat ikut cara makan macam dia haha.

doa semoga aku boleh pergi kelas esok.dan sakit perut aku hilang.kalau tak hilang jugak heret aku pergi klinik ke hospital ke mintak buat endoscopy sebab aku pon tak tahu nak diagnose ape dah neh.

one more thing,don't ever tell my mom about this!never!

Thursday, November 6, 2014

lalang

tahu tak akma anis macam lalang yang tumbuh kat semak samun?dalam erti kata lain tak berpendirian tegas dan senang terpengaruh.gitu.

hari tu aku buat perjanjian dengan diri aku.satu perjanjian yang aku perlu patuhi untuk setahun.dipendekkan cerita,aku langgar perjanjian yang aku buat kahkah.

eh tak.aku ubah perjanjian aku tu dari tempoh setahun kepada tempoh sebulan.haa bukan langgar okey.ubah je.eh perjanjian aku suka hati aku laa tapi perjanjian biasiswa jpa insyaAllah aku cuba patuhi dan sedang patuh pon.sebagai contoh JPA tak bagi kahwin time belajar dan aku tengah patuh perjanjian tu lol.ye ye je padahal takde orang nak.

mesti korang rasa budak neh psiko buat perjanjian dengan diri sendiri.terleih belajar kot budak neh.eh eh aku waras lagi okeyyyy :')

perjanjian apa?aku taknak cerita sekarang tak best.nanti kalau perjanjian aku tu berjaya aku cerita haaa.die bukan perjanjian tapi macam mana ek nak cakap?

buat masa ni,aku tengah nak adapt jadual baru aku.keluar rumah sebelum pukul 7 pagi dan balik rumah pukul 9 malam.hari neh balik awal sikit tapi tu pon aku rasa dah nak muntah dah.tak tahu laa kalau gastritis atau memang aku nak muntah belajar overdose.ceh.overdose sangat.

hari neh aku ade exam ICU,aku study gitu-gitu je belek kertas beberapa helai je then sebelum exam tu boleh pulak ade lecture.aku memang tak boleh brain dah apasal nak kene ade lecture pulak.panjang lak tu.pastu baru exam.nice.owh ye takde study leave pon untuk exam neh.maka aku jawab je apa yang ada dalam kepala otak wayar berselirat aku neh.pastu sambung balik lecture pasal...errr tak payah laa cite.

sebab aku tengah round andrology sekarang.andrology tu pasal sakit tuan laaa senang cerita.tapi seminggu je tu pon aku rasa cukup boring lecture andro neh haha

6th year macam agak busy laa tapi macam aku pernah cakap,aku seronok.tapi kadang-kadang tu ade laa jugak rasa "aku nak jadi surirumah duduk rumah je tak nak jadi doktor".tapi ada ke orang nak ambek aku jadi surirumah?so aku pon batalkan balik niat aku tu haha.penat memang penat.balik rumah memang tak mampu nak bukak mata dah.kerja nanti lagi penat.makin kecik laa aku macam neh huaaaa :'(

tapi kadang-kadang exhausted tu sampai kaki kau melangkah tapi kepala dah melayang ke mana-mana.hari tu aku balik kelas nyaris nyaris aku nak langgar tremko.eh ke tremko nak langgar aku ek?tremko tu datang dari arah kiri depan so aku pon nak lari ke kanan tapi dalam masa yang sama ada kereta dari arah kanan depan.so macam mana tu?time tu aku rasa aku dah berhenti kat tengah jalan tak tahu nak kene langgar dengan tremko ke kereta.tapi alhamdulillah aku selamat dan boleh update blog.mungkin sebab aku halus kot so aku berdiri antara tremko dan kereta yang kedua dua nya datang dari arah depan aku.*tapi masa tu dah fikir rela kene langgar dengan kereta daripada tremko*

lepas tu aku sambung jalan balik rumah dengan cool nye.lol cool laa sangat padahal dah seram sejuk jantung macam nak tercabut kat situ.nauzubillah laa tahun akhir neh minta jauh mende tak elok.bab melintas jalan neh memang aku kene bergantung pada orang lain sikit selalu memang aku tunggu mana-mana pakcik ke makcik arab ke nak melintas sekali.patutnya aku yang muda tolong yang tua melintas ini terbalik kahkah.

minggu depan start round dermatology pasal kulit bolehlah aku belajar macam mana nak muke kekal awet muda so bila konvo nanti tak nampak macam umur 25 tapi macam umur 20.penting tu penting.

semalam aku dah break the rules just nak bagitahu aku ada exam hari neh tapi at the end aku tak bagitahu pon.

bila dalam hati kau ade banyak giler mende yang kau nak luah,tapi akhirnya kau mampu cakap satu mende je : got class have to go!

kalau baca ECG boleh buat aku baca isi hati orang lain,aku sanggup belajar baca ECG betul-betul sepakar pakarnya.baca 100 ECG hari-hari pon aku sanggup.tipu 20 ECG pon dah pening lalat.okey 10 ECG laa.

dah aku headache.