Pages

Thursday, June 13, 2013

pinjam semangat...

tengah study ophthal,tetibe tangan rasa macam nak bukak smart voip dan dial nombor ummi
dalam hati dah nekad,kalau ummi tanya kenapa call,nak jawab saje je nak kacau hehehe
padahalllll.....zzzzzz......
(sila lengkapkan ayat tidak melebihi15 patah perkataan)

selalunya lepas tu mesti suruh ummi online skype
dan bermulalah gosip anak beranak
"ummi,dengar ni kaklong nak cite hari tu kan..............."
haha takdelah gosip sangat.cerita je apa nak cerita.
dan selalunya abah akan join lambat sikit lepas abah balik dari surau baru join diskusi kitorang ni

dan tadi masuk bab penuaan.ini semua post atiqah azman punye pasal penuaan bermula umur 25 kehkeh.

kadang-kadang call bukan ada perkara penting pon.
sebab selalunya banyak cerita benda tak penting,tapi nak jugak share
kadang-kadang call pon bukan luah masalah
tapi selalunya,lepas call tu rasa hilang sume serabut.
*kema anis jenis kalau nak luah masalah,air mata yang terluah dulu.sudahnya masalah tu tak terluah pon.haihlaaa.dah macam drama raya pulak.lastly,tak jadi nak cite problem*
yang pasti,ada rasa lega bila tengok 2 insan istimewa itu sihat dan boleh lihat mereka senyum.

tanpa kita sedar,kita menginjak dewasa,dan mereka semakin berumur.
tapi saya rasa hanya 12 tahun je mereka selalu ada depan mata saya.
dan 10 tahun melihat mereka dari jauh sahaja.dan dalam tempoh singkat.
5 tahun dah kat asrama,dan 6 tahun setengah kat sini.
*eh bunyi macam 11tahun tak balik rumah padahal tiap-tiap tahun balik.tak payah nak drama sangat kema*
lepas tu nanti nak kerja kat putrajaya pulak kan
*tak tahu laa kenapa suka sangat kat putrajaya tu*

bersyukur Allah beri peluang untuk hargai insan tersayang.
ada yang Allah uji dengan ambil orang yang mereka sayang.
dan insan yang diuji,tanda Allah sayang.

di sini,setiap hari.
saya doa Allah jaga insan-insan yang saya sayang,lindungi mereka dari segala keburukan.
sebab saya tak boleh nak jaga mereka dari jauh,setiap masa.
bila saya kata "jaga diri" "take care"
i really mean it...
yes,really.
so take care!

~dari dulu lagi nampak kalau buat sesuatu memang semangat.maka saya nak pinjam sedikit semangat tu.:)
~sebenarnya saya....ada lagi 3 paper.hahaha!!habislah dah terjebak dengan cerita SSID.dah balik ni nak cari novel dia boleh tahu siap-siap ending dia macam mana

Tuesday, June 11, 2013

luahan liver #1

exam written commed,alhamdulillah.tawakkal
sehari sebelum oral commed,sekali lagi diuji
*hye hye pain killer.dah lama tak jumpe*
prinsip saya,sebiji pain killer sahaja dibenarkan.
2 pills in case emergency and very very very very very critical.
3 pills is contraindication.meaning tak dibenarkan langsung.
kang elok sakit lain hilang,sakit gastrik pulak datang.

esoknya,oral commed.
siyesly memang habis pasrah,habis tawakkal.
berbekalkan apa yang masih melekat dalam kepala,pergi jawab oral.
alhamdulillah,Allah permudahkan.
dapat doktor yang baik hati lagi lemah lembut.
tanya soalan pon okey-okey saje.
ada jugak yang tergagap gagap.
'ala kulli hal,alhamdulillah.

habis oral commed,kuar pergi beano's nak minum choco banana punye pasal dengan harapan the pain disappear.lolllzzz ingat sakit tu budak ke ape bagi minum coklat boleh hilang?
elok balik rumah,the pain come again and yeah.memang tak boleh nak buat apa.tidur awal,tak nak fikir apa-apa dan selamat tinggal dunia!errr untuk seketika.

dan hari ini,tak boleh fokus langsung langsung!
siyesly this pain is killing me.
eventhough i've killed the pain with pain killer.
nak masuk page baru punye lambat.
makan muffin pon termakan sekali dengan cup die ape kejadahnya dengan diriku ini
pergi masak sudahnya.

dan sambal itu saya dedikasikan kepada kamu yang suka pedas :)
siapa kamu?jangan tanya kat komen.memang saya tak kan jawab

"di hati ini hanya tuhan yang tahu"
ohcee tetibe kuar lagu ni time masak dah kenapa.

sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku.
terkejut terujat terpana terkesima semua laahh ada
tapi yang pasti,saya dah ada jawapan untuk soalan itu.
dan jawapan saya muktamad.
insyaAllah.bi iznillah :)
hanya Allah yang tahu.

~liver = hati
~sakit = kafarah dosa
~pain killer = usaha.yang menyembuhkan Allah

Saturday, June 8, 2013

jiwa kacau.kacau air

baru satu hari.
tapi macam....
hem

okey tiba-tiba.

sikit lagi mahu habiskan ubat berkotak kotak
lepas tu boleh makan tembikai.yeay!

lagi tetiba

komuniti lipas dah makin berkurang
balik kampung ke lipas oiiiii
heh.elok sangat laa tu.bawak2 laa pergi holiday kat sungai nil ke,zoo negara ke,piramid ke
anywhere but not my house!

please please please
bagi rajin awak sikit kat saya
untuk saya bukak buku commed neh
makin dibuka makin teringat ingat jawapan yang digoreng
moga doktor terima hendakknya.aamin!
diriku dengan jawapan ikut logik memang tak boleh dipisahkan
sejarah pon daku nak jawab ikut logik.
hampir abah redhakan anaknya ini dapat B dalam sejarah time PMR hahaha
ade ke sejarah jawab ikut logik.sukahhati je.kalau sejarah diri sendiri takpe gak -.-

doakan oral commed baik-baik sahaja.

dan sedang menaip kat blog neh
tetiba keluar ayat ni kat radio ikim:

"segala di muka bumi ini adalah pinjaman dari Allah dan bersifat sementara..."

ya.semua yang saya ada sekarang hanya pinjaman.
hatta nyawa pon hanya pinjaman.
dunia ini dan segala isinya hanya pinjaman.
tapi lupa nak bersyukur masih lagi dipinjamkan segala yang ada ini.
alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah
teirma kasih ya Allah atas segalanya.

okey dah tak jiwa kacau

~tak payah nak kacau sangat laaa jiwa tu.
~saya tunggu.

Monday, June 3, 2013

maaf,saya kat africa

selalu nak akhir tahun sebelum balik malaysia memang kami serumah akan pergi makan-makan kat mana-mana kire macam jamuan akhir tahun laa.

errrr tapi awal tahun pon pergi makan-makan jugak.tengah tahun pon pergi makan-makan jugak.dah gane ni asek makan je keje??nak kata ambek kos food technologies asek makan je keje tak jugak-.-

maka kami merancang untuk pergi makan ke planet lain.kellllassss ko jah makan tak nak kat bumi.tak main laa setakat makan kat oversea paris london jepun bagai tuuu.kita pergi planet lain terus nak tengok sedap ke tak makanan kat planet lain ni.

saya dah sampai dulu planet ni,yang sheikh muzafar pon tak pernah sampai lagi*yakin betul sheikh muzafar tak pernah sampai heh*

tadaaaaa dah sampai depan planet.planet africa nama die(planet laaa sangat).planet yang dipenuhi makhluk-makhluk africa seperti ular yang besar tu,gajah,orang hutan dan dinasour.siyes ada dinasour.

suasana dalam planet.restoren ni bertemakan africa yang kalau masuk je terus rasa macam masuk hutan amazon dengan bunyi gajahnya dengan ada buaya nya.eh amazon kat africa ke*fail geography*

hambek nak sangat merasa makanan kat planet lain nama menu pon pelik-pelik dah sampai waiter dah sampai pon still lagi tak tahu nak order apa.patut study dulu awal-awal buku menu before pergi

dan ini hasilnya.africa centre apa entah nama dia.kalau ghupe ini gaya pergi hidang kat juri masterchef mesti die komen"plating ni saya tengok kurang menarik.mungkin dia akan nampak lebih meriah jika anda tambah nasi warna warni"hahaha suka hati.tapi rasa sedap!menu utama adalah stik daging tu.nasi dan fries tu adalah side dish.saya dah agak dah tak payah ambek nasi pon boleh kenyang dengan stik tu tapi tu laaahhh.gadis melayu laa katakan nak jugakkkk nasi.

dan saya tak tahu laa daging tu yang liat ke,atau pisau tak tajam ke,atau saya yang tak reti nak makan stik sebab take time lama nak kerat daging huhu.mujur tak terpelanting je daging tu.awak,saya tak nak dinner makan stik dah.nak makan pengat pisang je*lollllzzz bajet ade orang nak bawak pegi dinner*

kami berlima.maaf segala salah silap.terima kasih untuk segalanya :) *hari tu dah bagi ucapan special kat fb kan?i segan nak tulis balik kehkeh >_< *

uiiii banyaknyeee gigi die!!kan saya dah cakap ada dinasour-.-

~
pesanan penaja planet africa : kalau kema anis malas-malas tarik je telinga die macam ni.dah pergi sambung study~baekkkk

owh last.harga okey.caj servis tak banyak sangat.ni kalau bawak ammar mursyid mahu hilang gigi dinasour tu tak pon sebelah telinga orang utan tu.ada laa feeling macam kat africa tapi ada jugak rasa macam makan kat dalam zoo haha.overall best!

~dah nak final exam dah.doakan saya dan kawan-kawan!
~all the best jugak kepada kamu yang nak final exam :D