Friday, March 30, 2012

dalam taman ada hati

dulu-dulu kalau kat malaysia(ayat macam dah 10 tahun tak balik malaysia je)
petang-petang selalu je teman adik pergi taman(TEMAN je okey)
mula-mula cantik je taman tu.bersih tanpa sebarang takungan air untuk pembiakan aedes
tapi lama-lama semakin tak bersih.banyak sampah.dan aedes dengan bahagianya membina keluarga bahagia di taman itu.yup dulu taman perumahan saya memang banyak kes denggi.tiap-tiap minggu mesti ada orang jabatan kesihatan datang nak sembur asap yang tebal boleh buat klip video,dan berbau kurang best(kang bau semburan fresh air glade kang nyamuk tak lari pulak)
dan paling sedih bila nampak gelongsor di conteng dengan perkataan yang tak sepatutnya.vandalisme terlampau.kot ye nak buat grafitti wall tulis laa "save palestin" ke,"we want peace" ke daripada tulis mende yang-ntah-pape
itulah taman permainan di tempatku.sekarang ni memang dah jarang pergi(duduk rumah lagi best)tapi kalau mati kutu duduk rumah tak tau nak buat apa,ajak abah pergi taman tasik temerloh yang lagi besar tu.
owh tiba-tiba rindu taman tasik(cakap jelaa rindu nak balik.lagi mau cover huh)

tiba-tiba je cakap pasal taman
apa kes??
dalam hati ada taman ke??
bukan.even berlaku liver enlargement pon takkan muat nak masukkan taman dalam hati
cakap pasal taman sebab hari tu pergi taman :D


okey adik-adik sila beratur dan ikut giliran anda.tak mau tolak-tolak okey.ohcee macam cikgu tadika tak??eh sorry saya bukan datang dengan dorang.dorang yang datang dengan saya.masa ni kat pintu masuk taman.sementara tunggu 'VIP' datang sempat snap gambar anak arab

sementara tunggu dorang datang huhu...

bunga bukan sekuntum...err ni bunga pe ek.bukan bunga kekwa yang boleh buat air teh kekwa(chresantimum,macam mana ntah nak eja) tu kan??ke yang ni boleh buat teh tu??

mengambil gambar pemandangan dengan diselar(DSLR sebenarnya)em suka tengok orang lain ambik gambar dengan kamera ni.tapi suka tengok jela.takdela saya nak beli kamera macam tu kot(kurang berminat sebab besar mungkin)

afifah.kawan sebelah time kelas parasitology(ambek berkat duduk sebelah SM parasite hehe)

kadang-kadang,apabila kita lari sebentar dari kesibukan dan pergi keluar menikmati keindahan alam,adalah sesuatu yang menenangkan.bila kepala serabut memikirkan banyak perkara,hati jadi ceria bila melihat keindahan ciptaanNya.suka tengok bunga,tengok air mengalir,kanak-kanak main kejar-kejar,mak bapak dating berdua anak tertinggal kat belakang.sape kate kat mesir padang pasir kering kontang hanya ada unta je?kat mesir pon ada taman.ada bunga warna warni lagi(anyway sekarang tengah spring)

nampak je cairo ni macam tak teratur bandarnya,bangunan tak bercat,berdebu.tapi siapa sangka ada taman yang berwarna warni lagi menghijau kat cairo.keindahan alam semulajadi yang tersembunyi dalam bandar yang penduduk berkapasiti tinggi.

kami pergi taman bersebab.bukan saje-saje.sebab apa?rahsia dulu hee :D

"nak dapatkan bunga yang cantik,akar kene sihat,tanah mesti subur,baja mesti berkualiti,siraman yang mencukupi dan mendapat jagaan rapi.begitu juga manusia.kan?"

~dalam taman ada hati.hati yang memikirkan betapa hebat ciptaanNya yang tak boleh ditandingi
~bila pulak ek nak buat post dalam hati ada taman??haha... 

Monday, March 26, 2012

buat macam esok kelas lambat,padahal...

bila 'something' yang kita rasa tak penting
tiba-tiba hilang dari hidup kita
baru kita rasa betapa pentingnya 'something' tu dalam hidup kita.
baru laa tiba-tiba rasa nak menghargai
dan baru tau 'something' tu penting
kan??

dan sekarang
kalau kene bincangkan "kepentingan internet"
satu point sahaja : internet sangat penting.laptop tanpa internet ibarat i-phone tanpa kredit,bagai peti sejuk tanpa coklat,umpama myvi tanpa tayar
(macam lebih dari satu point je)
bila tak de internet,laptop dipandang sepi...haha
dan bila ada internet,laptop meriah bukan main.tu yang tak tidur-tidur lagi neh padahal esok kelas pukul 7 kot...

~'something' ke,'someone'??heh.biarlah rahsia
~tajuk tak boleh panjang lagi ke

"nikmat sihat dan masa lapang,sering dilupakan.bila sakit,baru terfikir apa yang kita dah buat masa sihat.bila dah sibuk,baru teringat masa lapang kita habiskan dengan apa..."

Tuesday, March 20, 2012

...cerita dahulu kala...

dengar kata esok keluar result SPM
cuak??heh.cuaklaa macam zebra lemas dalam sungai pon result still akan keluar jugak :p
(dah lepas boleh laa cakap gitu huhu)
padahal ada orang tu sampai tak de selera makan berhari hari fikir result punye pasal

flashback
hari result keluar,memang tak dapat pergi sekolah sebab kene kerja(saya kan guru yang cemerlang haruslah tak boleh ambil cuti cewah)
dan hari tu jugak saya off handphone.sebab tak nak ada sape-sape pon kol bagitahu pasal result(ngek kan haha)
sekali ummi paksa jugak on handphone.dan ummi jugak yang telefon kawan saya tanya macam mana result
tapi anak perempuan dia ni boleh pergi layan game need for speed kat depan laptop huhu
(padahal tengah cuak yang amat tu.saje cover)
and the rest is history....

apa apa pon,masih ada masa lagi untuk berdoa selagi result belum keluar
dan apa apa natijah pon perlu terima dengan redha
sebab kita dah usaha sehabis baik,tawakal melebihi usaha
dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita
bersyukur dengan apa yang diperoleh,muhasabah dengan apa yang dicapai
dan SPM bukanlah segala-galanya dan bukan jua titik akhir bagi cita-cita...

dan hari ini
saya tewas 3-1
dengan perasaan marah
haisy.tak cukup lagi sifat sabar.haruslah build up more kesabaran-ness in me
so dengan ini saya isytiharkan kempen jauhi marah
ingatkan saya kalau saya lupa.

~saya dapat berapa SPM??tak payah tahu laa.SPM bukan segala-galanya haha
~kalau nak marah je mesti rasa nak menangis.kadang-kadang confuse nak marah ke,nak menangis ke.macamentahapaapahuhu.masalah kan?

Monday, March 19, 2012

malas fikir tajuk.boleh?

selepas seharian electrolyte imbalance
maka hari tu pagi-pagi lagi pka buatkan teh-o pekat yang amat
dengan ucapan :
"kema,minum ni sampai abes!!"
~baekkk
"jangan tambah gula!!!"
~emmm
"jangan tohok(buang).abeskan tau!!"
~errrrr
 pada mulanya ragu-ragu jugak nak minum
(pka mu tak dok jampi gapo-gapo kan huhu)
dan keberkesanannya terbukti!!
alhamdulillah.terima kasih pka hehe :)
(apsal orang rasa ayat dah macam testimoni produk je neh)

maka adalah orang tu ponteng tuisyen practical pathology hari tu
sorry doctor.i'm trying but i can't
cewahhh skeaping speaking lak

dan terima kasih kepada farihin yang belanja roti
dan SA saya yang bagi coklat hehe(suke le tew)<<tak suka ouh ejaan 'tew' ni.eja je la 'tu' kan senang
hari tu die bagi popcorn dari jordan
(3 hari 3 malam saya dok sebut je mende tu.siyes sedap!!)
then ferrero rocher.ade lagi simpan.tuu kat atas meja
(sayang ouh nak makan)
pastu cappucino vanilla.kebetulan memang orang nak beli pon air tu
(kalau boleh awet air tu,memang orang awetkan buat kenangan)
air kotak coklat,hari ni coklat pulak
untunglaa asek dapat coklat je haha

dan terima kasih fatin baharin
for the cadbury.
tak mengharap apa-apa pon sebab saya memang suka kerje kira-kira ni ^_^

dan hari ini yang sepatutnya tak ada kelas
tapi ade pulak seketul kelas praktikal pharma
siap pakej sekali kuiz
dan....alhamdulillah tak banyak salah macam minggu lepas huhu
(tak mau main-main dah.siyes)

nak ke??tengok je boleh hehe

~nak bagi tajuk untuk post sangat masalah

Friday, March 16, 2012

...bawalah pergi...

hari ni nak post pasal rombongan cik kiah pegi luxor aswan
tapi...
~~~~iklan~~~~
haha cerita melayu sokmo laa gitu
time tapi.... je terus dan dan nak iklan

tapi serius nak buat pasal post tu.
tapi hari ini ada masalah electrolyte imbalance sikit huhu
rasa macam tak buat dah kot post tu.
kalau buat pon mungkin setahun kemudian ke...10 tahun kemudian ke...

hari tu seminggu ada program first aid
belajar macam mana nak bagi pertolongan kecemasan
tak delaa lepas ni keje nak jerit "tolonggg!!help me!!help me!!" je kan
haruslah tahu nak buat apa kalau tiba jumpe orang buat-buat pengsan tengah jalan

tahu dah macam mana nak buat CPR(Cardiac-pulmonary resuscitation)
buat lak kat patung yang errkk...
memang kene kudrat kuat ouh
nak inject orang(time ni paling suke heh)belajar pasang canula
owh sorry laa ye kepada mangsa keadaan saya.first time cucuk orang
dan sebagai balasan die ambek darah saya yang tak berapa banyak neh
(sudahlah anemia,die pegi ambik banyak-banyak pulak.nak kene saman ni :p)
then belajar jahit-jahit
(puas laa ingat nak kene buat silang pangkah ke,silang pari ke ape.sekali tak ado nye silang-silang neh.ingat jahit bantal ke)
dan saya baru perasan
orang lain buat tangan kanan
saya pegang tangan kiri
how??
okey je kan kalau gune left hand??kan kan??

dan sekarang ini ada program basic life support
setiap hari khamis,pukul 8 pagi
habes cuti I huhu
(ikhlaskan diri,ikhlaskan diri)
tapi best laa jugak
sebab buat dekat learning resource centre yang gilang gemilang tu(ek?!)
terus mengaku cairo university ni hebat haha

dan rasa waktu berlalu dengan begitu pantas
rasa macam baru kelas microb,esok kelas microb lagi
tak pe,rasa macam cepat sikit nak jadi doktor maka cepat ......(ahaks)
sudah sudah.
maafkanlah tuan blog yang memang electrolyte imbalance sekarang ni

and last but not least
tahniah.
it must be the very first and best experience
errr supporter dari jauh agak-agak ade share tak huhu

~bawalah pergi ni lirik lagu afgan.tajuk sebenar bawalah....errr....bawalah duit kalau jumpa saya takut ada hutang apa-apa hehe...(ayat cover)
~nak bawa pergi kesedihan dulu-dulu pergi jauh-jauh ke planet pluto.

Friday, March 9, 2012

...membebel...


kitorang kene kenal nyamuk,lalat...
lalat male macam ni,yang female macam ni
main dengan kucing pon bahaya ada toxoplasma
bla bla bla....

suka membebel pasal apa yang dah dipelajari
suka membebel=suke bercerita
kepada sesiapa yang sudi dengar saya nak cerita :)

dan dari dulu saya memang suka bercerita
time kecik suka cerita balik dekat orang lain tentang cerita yang dah ditonton kat tv
dan sampai sekarang suka cerita kat orang lain tentang novel yang dah dibaca
kirenye orang tu tak payah beli novel dah,saya boleh cerita je
(lingkup laa penulis novel gini huhu)

dan sekarang suka cerita apa yang diketahui
suka berkongsi apa yang dah dipelajari
err... suka membebel...ke tu??
dan suka jugak bertanya macam macam hehe
sabor jelaa kan dengan saya :p

~tenang,be confident.kamu kan cool hehe.bonne chance!!(tau tulis je,tak tau sebut.cikgu tak ajar lagi)
~immunity KUATlagi berhealthy haha....


Tuesday, March 6, 2012

...menyelit kejap...

alhamdulillah berjaya mengharungi minggu yang agak busy last week

bayangkan pegi kelas pagi balik rumah malam kot
~okey biasa je mende tu time keje nanti
bayangkan after balik kelas terus tung tang tung tang masak kat dapur
~okey biasa je kene wat macam tu time dah keje nanti
bayangkan nak kene rushing pergi sini sana
~okey satu hari nanti that's normal 
okey tak nak bayangkan macam mane bila dah keje nanti...

what a hectic life
call rumah pon tak sempat lagi ni haa
(ampun ummi abah.anakmu ini sibuk belajar CPR heh)

hutang post :
luxor aswan a.k.a LA (kami pon ade LA hehe :p)
first aid program
mesyuarat agung tahunan PERUBATAN
~dah nak masuk summer dah pon.cerita time winter still tak terpost.kalau macam ni gaya failed nak wat 3 novel dalam masa setahun huhu.jangankan novel,nak buat karangan berbentuk fakta pon belum tentu dapat
(errkk ade cita-cita nak tulis novel ke??hentikanlah haha)

owh sekarang tengah menghadap buku practical museum pathology
bapak banyak digestive system punye jars esok
from tongue to rectum
ingat senang ke nak proses makanan.punye laaa panjang perjalanan makanan tu
so tak perlu laa pelik macam mana nasi putih lauk kari ayam sekali tembikai diproses in the stomach and small intestine
cantik dah Allah cipta semua.
cuma factor tertentu yang menjadikan ia tak normal
terutamanya MEROKOK.SMOKING
tolong laa orang yang merokok,sila sayangi perut anda.usus sekali.lidah pon.lung jua.sume laa senang cerita

okey dah.tadi kata nak menyelit kejap je.

~spicy food pon bahaya gak tau untuk digestive system.so take care :)
~no digestion in the stomach ye adik-adik.functions of the stomach are for sterilization,reservoir and PREPARE for digestion.harap maklum.