Monday, January 24, 2011

namun ku punya hati

dear diary...eh..ni blog daa..tukar2.dear blog..tak sedap laa...tukar2.em..dear bobo...haha~teringat lak cite dear yayah.yayah tu nama diary jihan.orang ade buku ni dari siri 1 sampai 4.



dear bobo
nak luah perasaan ni.dengar ye.pada suatu masa dahulu...heh.macam hikayat merong mahawangsa je.sudah2.hentikan segala kekarutan ini.takde nak luah pape pon sebenarnye.just gatai tangan nak update huhu.

kadang kala ada benda yang kita tak boleh nak luah sesuka hati sesedap rasa.takut nanti ade yang terasa.
tak boleh juga nak berterus terang terlalu jujur.takut nanti ade yang terluka.
tak boleh jua nak main bahasa kiasan berlapik bagai.takut nanti ade pula yang tidak dapat memahami.
harus bagaimana lagi??okeyh macam lirik lagu hanyut je neh hakhak
maka susun kata,atur bicara,tapis dengan minda segala kata-kata yang ingin dilontarkan.
tanya pada iman,adakah bicara ini dapat membawa kepada kebaikan.jika ya,katakan sahaja.
jika tidak membawa kepada kebaikan,malah lebih membawa kepada keburukan,lebih baik simpan sahaja.
 
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."
(Mutafaq 'alaih)
 
 
saya rasa semenjak masuk tahun baru atau 20 tahun ni,saya lebih suka meluahkan sesuatu dengan maksud tersirat.sedangkan dahulu saya lebih suka berkata straight to the ampang point sahaja.kalau buat rumusan time exam paper bahasa melayu,isi tersirat la paling menyampah nak fikir.pastu mule salahkan bahasa melayu.apasal laa nak kene fikir tersurat tersirat neh.terus terang sudaa.sebab tu homework bm buat paling last sampai tengah malam pastu esok pagi time sekolah mata macam panda...uish mujur A bm haha...bila tengok balik ayat kat blog pon macam semacam je..erkk semacam??apakah??huhu.

tapi,bila difikirkan kembali,isi tersirat itu penting.kerana ada perkara yang kita tak boleh nak berterus terang.kerana ada perkara yang kita tak punye kekuatan untuk dinyatakan secara langsung.maka gunekan pendekatan secara kiasan.macam blog ni.ade post yang saya gunekan bahasa tersirat kerana saya ingin certain2 people sahaja yang faham maksudnya,dan ya ada jua post yang biar saya seorang je yang faham.macam post ni orang rase orang sorang je yang paham motipnye haha..

ape yang penting,kata2 itu lagi tajam daripada mata pedang.salah cakap ia boleh menusuk jauh dalam ke dasar hati ke central vein of liver mungkin.okey men2 huhu.saya tidak mahu ade hati yang luka tertusuk sampai jadi liver cirrhosis lak dengan kata2 saya.maka ingatkanlah daku sebelum berkata sesuatu dan maafkanlah daku andai ada kata2 yang telah pon mengguris sekeping hati.

~okeyh terase yang post ni agak panjang dan berunsur serius.terima kasih kerana sudi membaca post yang membawa banyak maksud tersirat ni :)
~hari ini saya practise buat air untuk 2 orang dan basuh 2 cawan.<<okey sape paham maksud ayat ini sila komen haha...
~kata2 perli itu pedih di hati.kerana kupunya hati.makan dalam woo...maka saya tak nak perli orang lain dah.tapi kalau kiasan dikire perli ke??haisy manyak complicated maa...sudah.saya mahu sambung biochemistry.
~saya suka dear yayah sebab saya rase cerita saya sama macam cite tu hakhak.

Sunday, January 23, 2011

...demi kamu...

haaccumm!!!
wowow..jangan nak buat-buat bersin kat blog ni okey
rasenye tak de sawang2 or debu2 mahupun hantu datang bersarang kat blog ni
walaupun hampir seminggu tak update tapi saya sentiasa menjaga kebersihan ia
seminggu sekali vacuum kot blog neh huhu

alhamdulillah,dah abes 3 paper.ade lagi satu biochemistry khamis ni tapi gaya macam dah abes exam je.
haisy kamu!ni watpe dok update blog lak??pergi bukak buku biochem sana!!
alaa..nak lepas tensyen jap....kejaaappp je hehe..tensyen nii baru lepas jawab anatomy huhu...

demi kamu
saya sanggup membuat apa sahaja
kerana tanpa kamu,hidup ini tidak lengkap
tiada kamu,tiadalah medic
takde kamu,tak boleh nak bedah orang
demi kamu anatomy!!
demi kamu jugak
saya terpaksa membuat perjanjian dengan diri sendiri
kalau saya berjaya menghabiskan buku head and neck vol 1&2
kamu akan dapat....
hehe...dapat ini....

~upin ipin siri : demi metromillenium



ape??macam budak2 tangok upin ipin??hello!!ade ke die cakap "rancangan ini untuk tontonan mereka yang berumur 19 tahun ke bawah"??tak de kan?kan??sekali sekala layan upin ipin ni best pe.boleh release tensyen.tak percaye cube try test uji kaji tengok ni.lepas ni sure anda akan layan marathon upin ipin 3 hari 2 malam tanpa henti nye.cube laaa huhu..

p/s :tengok ninja boy pon bez gak.hemo hemo :P

nanti lagi 5 tahun(ameen)saya dah jadi doktor.dan time tu mesti upin ipin dah besar.alaa tak dapat dahla nak release tensyen tengok upin ipin...macam mane neh??~weh,tolong jangan samekan upin ipin dengan manusia normal ok.mereka kan kekurangan growth hormone.sure tak kan membesar nye...haha suke2 je diagnosis upin ipin de pituitary dwarfism

okey kawan2.sila abaikan ayat di atas.pemilik blog ni agak bermasalah sikit cerebelar peduncle die.tak lama lagi normal la tu...kot..

~one more paper to go.doakan kami semua :D
~macam best lak buat garis2 macam ni hoho.wahai pemilik blog,kamu baru tahu ke tentang kewujudan menatang garis2 neh??aaa..jujornye memang saya baru tahu hehe...

Tuesday, January 11, 2011

...akhir kata...

saya ingin menghilangkan diri
untuk seketika,buat sementara
bukan bertapa mahupun mengembara
bukan jua membawa hati yang lara
hanya mencari sesuatu yang bemakna....

hoho.macam tak boleh pergi@bla je ayat kat atas neh.eyt,ayat sendiri tau.tak de copy mane-mane.







akhir kata,jaga diri semua baik-baik.jaga kesihatan.jaga ibadah.jangan risau.saya akan kembali...waa amat perasan yang orang nak die kembali kahkah.blog takdela bez mane pon kan?kan??tak yah kembali laa :p



~rase macam ada entry yang hilang.kemanakah ia pergi??tak tahu tak tahu huhu
~terima kasih kerana memahami. :)

Monday, January 10, 2011

...kenape...

kenape ek
tiba-tiba rase...
tengok balik post2 lame....
dan tengok balik segala komen2...

kenape tiba2 post 2 kali hari ni?
kenape saya dok update blog ni??
exam nak dekat nak oii
anyway,ni jadual exam
~kenape tiba2 letak jadual exam??

16-phisiology
19-histology
23-anatomy
27-biochemistry
bittaufik wannajah semua

dan kenape tiba2 anda sedang baca blog saya sekarang??huhu...

jawapan untuk kenapa hanya ada pada diri kamu sendiri.jangan biarkan diri anda diselubungi....kenape...







~kenape rasa sebak??kenapa mendiamkan diri tanpa berita??kenapa??salah saya ke??saya tiada jawapan untuk soalan ini.sila bagitahu saya jawapannya.
~ape sudah jadi pada penulis blog??heh.nak kene check corpus collosum neh takut ade wire putus fius.

...9 bukan 0.9...

ape perasaan
kalau anda tinggal di tingkat 9
di sebuah bangunan yang ade lif
tiba-tiba
disuruh naik tangga
sebab ade orang tengah pindah-pindah
dan nak punggah barang dia gune lif
apakah???

jujur memang saya agak hilang sabar di depan pintu lif tadi
mata dah bertakung depan pintu lif tahan marah punye pasal
tahan sabar sambil naik tangga ke tingkat 9.9 okey!!bukan 0.9
nasib tak bertukar jadi the hulk ke,godzilla ke
kalau diberitahu secara sopan dan ayu takpe
saya boleh terima
ni marah2 lak suruh kite gune tangga
ewah2,lif tu anda bayar sorang ke??
tak de pon kat lif tu cop made by 'anda'
time kami pindah,semua mende suruh kami angkut secara manual
gune tangga dan tenaga manusia sahaja
tapi 'anda' segala benda nak angkut gune lif
adilkah itu???
ok kami bukan warganegara di sini
maka kami tidak ada ape2 hak ke atas lif
fine!jangan mintak duit lif kat kami.anda bayar sorang huh
haisy.sympathetic punye pasal
segala tachycardia,ABP,cortisol sume increase laa

ok.stop marah2.jangan bengang.cool.tenang.relax2
tak pe.berlapang dada
kita permudahkan urusan dia
mungkin dia pun tengah kelam kabut tadi
maafkanlah dia...ye?ye??

~mintak maaf.saya memang agak hilang sabar tadi.kepada anda,teruskanlah punggah barang tu.tapi kalau ade orang tua yang tinggal di tingkat 9 dan keatas nak naik lif,silalah bagi.kami yang muda ni takpelah gune tangga...huhu...bajet orang tu bace blog kamu neh...
~kepada semua,tidak elok ye marah2 ni.ia boleh menyebabkan stress yang menyebabkan datang penyakit2 lain seperti hypertension,diabetis dan sebagainya.maka bersabarlah.bersabar dan sabar...cewah.pandailah kamu bagi talk pasal keburukan sifat marah.sape yang baru marah2 tadi ek??erkkk....hee :D...

Saturday, January 8, 2011

...a gift...

pertemuan itu adalah satu pemberian
dan ukhwah itu juga adalah satu pemberian
terima kasih atas pemberian ini
akan ku hargainya sampai bila-bila
semoga pemberian ini kekal hingga ke akhirnya...
insyaAllah...


hitam itu menawan.dan BMW itu smart...


always pray for our success :)

hanya satu yang kupinta,kebaikan darinya...


Thursday, January 6, 2011

...maafkanlah aku...

kenapa hari ini
kenape??
rasa tak mampu nak buat apa-apa
rasa penat sangat.letih.tak berdaya.
check balik diri
mungkin ada yang silap ni...
maka maafkanlah aku andai ada khilaf...
~serius ni mintak maaf ye kat kamu2 semua

owh adakah kerana sakit tekak??
heh pe kaitan sakit tekak
study bukan nak kene jerit2 pon...
adakah kerana ingin demam lagi??
owh janganlah.tidak sanggup ku menelan antibiotic besor yang amat tu
nak salahkan sape ni
salahkan acute pyogenic infection??
ke nak salahkan sistem imuniti yang agak lemah sejak 2 menjak 3 menjak ni
atau nak salahkan musim sejuk dibawah takat beku ni...
yeah.kita jangan salah menyalahkan.tenang2
Allah nak uji sikit je ni.okey :)
supaya kamu lebih kuat!!

maafkanlah diri ku wahai diri sendiri
sebab tak berapa nak fokus hari ini...

~terima kasih kat noni.hampir 10 kali anda tanya saya "kamu okey kah??".sori noni.tak de suare nak jawab.kita chat via ym or fb or message la ek...
~teringat komunikasi via note.tidak dapat dinafikan tulisan anda memang kemas dan cantik :)

Wednesday, January 5, 2011

...tiba-tiba...

tiba-tiba
terasa nak study neuroanatomy
dan tiba-tiba
terasa sangat mengantuk
lalu memotong oren
kemudian mengantuk lagi
lalu pergi ke dapur
membasuh periuk-bekas-goreng-keledek-semalam
hukhuk....
apasal hari ni tiba-tiba terasa sangat mengantuk!!!

akak-akak senior dulu cakap
kalau mengantuk time study tu
maknenye syaitan tengah bergayut kat mata kita
maka,urut mata.buat macam nak buang benda kat bulu mata tu
pastu campak jauh2
kire macam kita dah campak syaitan yang bergayut kat mata kita tu jauh2
errkk..jangan tanya saya perkara diatas benar atau tidak
saya pun buat mende ni time form 1 dolu-dolu~ikot je ape kak senior cakap
nak tau kesannya,sila buat sendiri...

~dan tiba-tiba saya disini mengupdate blog tanpa ade motif yang jelas huhu...
~musim sejuk itu mencabar kekuatan mental dan fizikal.rasa nak berteleku atas dapur masak dan menyorok dalam oven.

p/s:kalau mengantuk sangat,ambik wudhu'.mengantuk lagi,wat solat sunat.mengantuk lagi,pergi la wat senaman pape.mengantuk lagi....silalah buat kek gulung bawah saratoga@comforter.tak dapek den nak nolong laie dah...tidur sekejap before zohor takpe.jangan pergi bantai tidur sampai tak ingat nak bangun :p

"dear iman insyirah dan insan yang membaca,
jangan tanya adakah orang lain menunaikan haknya terhadap anda
tetapi tanya diri sendiri dahulu adakah anda sudah menunaikan hak anda kepada orang lain
study,study jua.namun tanggungjawab itu tetap perlu ditunaikan.
jangan pentingkan diri sendiri.jangan ingin berjaya seorang diri.
ikhlaskan diri,tajdid niat di hati"

Saturday, January 1, 2011

...ikut kamu laa...

hari ini sume orang cakap pasal tahun baru
saya tak rase dah tahun baru pun
owh ye.tahun baru ma'al hijrah dah lame lepas okey!
hari ni dah 26 muharam 1432 pon
itulah kita.tahun masihi bukan main highlight
tahun hijrah dok kecik je bawah tarikh masihi
isy isy isy...

encik exam dan cik imtihan makin dekat
dan tuan2 dan puan2 buku pon dah dok tunggu tu
maka sudilah kiranya kamu pergi ke meja study kamu
sekarang!!
biase dia.nak exam ni pergi update blog pulak
makcik laptop tolong tengokkan dak neh
kalau die dekat dengan anda,anda terus shutdown okey!!

~ikut kamu la laptop nak configure bape kali pon.anda nak restart 2 3 kali pon tak pe.saya dah pasrah dengan keadaan kritikal anda ni
~dari dulu saya perhati result kamu.ade 1 subjek saya tak boleh nak lawan.dan saya nak dapat result-hampir-dean macam kamu.lebih dari kamu mungkin hehe :)doakan saya!!!


thinking of this...





...diam sahaja...

sedih
sangat sedih bila kebaikan tak dihargai
betullah orang cakap
kebaikan hatta sebesar gunung senang dilupakan
keburukan hatta sebesar semut itulah yang sering dikatakan

dan sangat sedih
apabila orang disekeliling bercerite dan bertanyakan
satu sama lain apa yang mereka ada
dan diri ini tidak ada
maka saya yang berada di tengah2 orang sekeliling itu
hanya mampu buat muka plastik dengan senyum
atau membatukan diri
owh baru sedar diri ini pelakon yang hebat rupenya
dalam sedih boleh senyum
dalam menangis boleh ketawa
mungkin.mungkin saya tak berperasaan.nampak macam tak berperasaan
tapi saya bukan tunggul atau tugu
yang anda semua boleh buat sesuka hati!!

dan bila saya tulis disini saya sedih
saya memang sedih
bila saya cakap saya gembira
saya tidak gembira hakikatnya...
tapi apa boleh buat
simpan sahaja semua itu
dalam hati yang satu

~saya akan diam.kerana anda takkan mendengar pendapat mahupun suara orang kedudukannya lebih 'rendah' dari anda.yeah,saya mengaku saya tak hebat seperti anda.
~ya Allah,give me strength.beri kekuatan untukku menempuh ujian ini.supaya aku dapat tersenyum dan membuat orang lain tersenyum :)