Pages

Wednesday, April 25, 2012

...aku dan dia...

alhamdulillah
'ala kulli hal
minggu ni adalah minggu yang sangat tough,for me
sedikit sahaja nikmat sihat ditarik
terus tak terkata dibuatnya
time sakit baru nak ingat mati ke??
sedangkan orang yang paling bijaksana adalah mereka yang selalu mengingati mati
bukan ingat sahaja,tapi ambil peluang melakukan amalan sementara masih ada waktu
~muhasabah,muhasabah.ingat program je ke ade muhasabah?diri sendiri pon kene ada muahsabah setiap hari
(owh cakap pasal borang muhasabah,paling tak suka time kene isi borang tu huhu)

~masuk mode pharmacology
dan saya rasa,saya dah kebal dengan pain killer
haruskah tambah dose?ke change tu another drug?or combination with another drug?huh??
tak pon,tak payah guna drug dah.buat toxicity je.kita tawakal saja laa naa
tawakal tanpa usaha,guane tu(macam mane tu)??
kita usaha sehabis baik.selepas itu kita tawakal melebihi usaha.boleh?


~masuk mode tak puas hati
dan tadi
saya pandang dia,dia pandang saya
macam biasa.nak tegur,takut
maka saya biarkan dia berlalu pergi begitu sahaja
"laa,apasal kau tak bunuh dia?nanti dia beranak pinak nanti lagi banyak"
"err...orang fikir kalau kita bunuh dia sekor,nanti lagi banyak kaum kerabat dia datang kat kita nak balas dendam.lagipon yang orang nampak tadi kecik sangat lagi.tak kan mampu nye laa nak beranak pinak"
berbicara tentang LIPAS ni takkan habis
dah letak serai halia kayu manis bunga lawang bagai dia still gak steady duduk kat dapur tu
apa yang dia nak tak tau
saje nak tengok saya masuk dapur dengan muka cuak dan dalam keadaan bersedia untuk pecut
begitulah kisah aku dan dia...err should be aku dan ia laa kan??saje tajuk bagi saspen hehe

~ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang :)


Saturday, April 21, 2012

...Pain & Problem...

tadi sementara menunggu giliran
tiba-tiba terlintas
selalunya ada dua perkara yang membuatkan anda untuk berjumpa dengan doktor
iaitu pain and problem
kan?
takkan tiba-tiba tak sakit tak de masalah saje je nak jumpa doktor
(medical check up lain cerita la kan.itu pon jarang orang buat medical check up)
"ye sakit apa ya jumpe saya"tanya doktor dengan seriusnya
"owh tak sakit apa-apa.saje je datang nak tengok doktor"sambil kedip-kedip mata macam minnie mouse
dush dush!!memang nak makan stetoskop siapa yang buat gini kat saya
errr melainkan orang tu istimewa laa kan
(bestfriend ke,kawan lama ke,...........huhu)

pain and problem
membuatkan saya terfikir
em..kene bersedia dari sekarang
sebab nanti
saya akan berjumpa dengan orang yang berkerut menahan sakit
bukannya yang sedang tersenyum gembira
(kes psikologi lain cerita)
saya akan jumpa dengan orang yang beremosi kerana masalahnya
bukannya yang ingin berjumpa saya kerana berkongsi berita gembira
saya akan jumpa dengan orang yang akan memarahi saya kerana menunggu giliran yang lama
kalau tak marah pon mungkin ayat seperti"memang datang hospital sebab nak duduk lama kat kerusi menunggu sambil baca surat khabar"
saya akan menerima bebelan kerana menunggu terlalu lama sehingga dah baik demam baru dapat jumpa doktor

maka saya perlu bersedia dari sekarang
saya perlu belajar
bagaimana memberi senyuman kepada yang berkerut
bagaimana perlu tenang untuk menghadapi mereka yang beremosi
bagaimana perlu sabar untuk menahan kemarahan
bagaimana untuk menebalkan telinga menahan bebelan

belajar dari sekarang.dengan mereka yang berada disekeliling saya
dengan cara mengaplikasi dalam kehidupan
datanglah kepada saya dengan kesakitan dan masalah,dengan sedih dan dukacita
mungkin saya tak mampu nak rawat lagi,belum mampu untuk membawa semula kegembiraan
tapi sekurang kurangnya saya boleh jadi pendengar
ini serius.

friend is one who walk in,when others walk out
sahabat yang sebenar,apabila bersama ketika suka dan duka
teman sejati,ada ketika diri ketawa dan menangis
kawan baik,sentiasa ada ketika sihat mahupun sakit
saya mahu jadi macam ini.

and all my pain and problem
are relieved and solved
dengan datangnya kekuatan yang dititipkan dari Nya
dan dengan adanya insan yang sering memahami :)

jika ditanya ada apa dengan selipar ini?maka jawapannya kerana ia membawa maksud teruskan berjalan walaupun langkahmu kecil dan halangannya besar :)
(err tapi memang selipar ini kecil comel sahaja hee :D )

~gembira untuknya.semangat untuk saya.
~terus dapat broad spectrum antibiotic?bukan sepatutnya kene dapat yang narrow ke??huhu.tak kan nak berbahas dengan doktor pakar pulak kan.belajar pharma tak habis lagi

Thursday, April 19, 2012

...booster...

hari ini saya banyak belajar
berfikiran rasional
jangan ikut emosi
bersabar
jujur
dan paling penting
berfikiran matang.
terima kasih :)

maka dengan ini
KLIA terbayang-bayang di mata
sebab 'ia' dah ade depan mata
sebagai booster dorang cakap.
chaiyok chaiyok!!
bonne chance :D

~hari ini dalam sejarah.air mata terharu dan malu.kan dah...huhu
~'ia'=tiket flight.tarikh?biarlah rahsia hehe.makin bertambah tahun makin tak sabar-sabar nak balik malaysia nampaknya.virus apakah??

Monday, April 16, 2012

...rasa yang sama...

dalam masa 2 jam lebih
memandang buku microbiology mukasurat 53
sehingga mukasurat....53
memandang mukasurat yang sama dalam masa 2 jam...

tak tahu kenapa
harap ia tidak lama

ingat diri dah cukup kuat
tapi tak kuat mana pon sebenar
ya.saya memang lembik,lemah,tak berdaya
mencari kekuatan dalam diri yang serba lemah...
mencuba mencari...

~ya Allah,beri kekuatan,beri ketabahan.
~apa pun yang terjadi,semoga semua baik-baik sahaja.

Thursday, April 12, 2012

...pluz-one...

sedar tak sedar
dah seminggu dah kenal ia
but still
dalam proses taaruf lagi
banyak lagi pasal ia yang saya tak tahu
banyak lagi nak kene kenal luar dan dalam
apa yang boleh,apa yang tak boleh
apa yang okey,apa yang tak okey
yang penting,saya bahagia dengan ia hee :D
ohcee macam ape je kan ayat nak over je
bukan siapa,tapi apa
(kang ada lak yang buat spekulasi bukan-bukan huhu)
pluz-one nama dia

kenapa pluz-one??
sebab bukan pluz-two
sebab macam ni
dia adalah genus S plus
bukan S2
maka bagi laa nama pluz(stylo sikit dak huruf s ganti dengan z)

one sebab
just imagine
sekarang ni yang paling latest S2 kan?
so 2 + 1(one)=3
my pluz-one ni lagi hebat dari S2 la maknanya(dalam mimpi)
so bila keluar S3 pulak,tambahkan je
3+1=4
apabila ditukar kepada tulisan times new roman : three PLUS ONE equal four
faham tak neh??
tak kisah laa paham ke idok.yang penting nama die memang PLUZ-ONE :)

ada orang cakap leceh pakai touch screen ni
sensifit sangat.touch sikit dah terasa.erkk
susah nak message sambil drive(so tak payah laa nak message sambil drive kan)
tapi saya suka.
sebab saya rasa sekarang je saya dapat memaksimakan penggunaan dia
sebab....errr
sebab nanti time keje,nak masuk operation teater nak bawak henset biasa je(memang boleh laa kan main angry bird dalam OT,so bawak phone bese je time tu hehe)
then nanti dah kahwin,kang dok sibuk ke henset je.ada yang s-plus kene baling ke dinding kang
nanti ada anak wow lagi bahaya.digigitnya phone tu tak ke masuk air phone tu heh
so sekarang je masa paling sesuai nak pakai touch screen
see.saya memang berpandangan jauh...laa sangat

the most important reason,saya suka application dia
maka dah ada nikmat Allah bagi ni
jangan sia-siakan
dan gunakan sebaiknya :)

~salah satu impian saya adalah untuk memiliki handphone touch screen.alhamdulilillah i got it.tapi handphone pertama yang dibeli dengan duit sendiri-sony ericsson tak pernah di adik tirikan.masih lagi guna.banyak kenangan phone tu huhu
~sedang memendam rasa.serius.

Friday, April 6, 2012

...kritikal...

minggu dulu :
"kaklong,bulan berapa balik?"

minggu lepas:
"bila nak beli tiket flight?"

minggu ini :
"dah beli ke tiket flight?"

minggu depan??

nampaknya orang-orang malaysia dah rindu saya >_<
(tak sampai airport mesir lagi dah rindu.rumah sunyi katanya.owh nampak sangat anak beliau yang sorang ni suka buat bising kat rumah)

sama ada nak balik 3 jam lepas abes last paper ke...
(rasanya ni masa paling cepat boleh balik.3 jam tu kire perjalanan dari universiti-balik rumah ambek luggage-ke airport)
atau balik after result
(paling cepat 2 minggu mungkin)
yang mana satu?boleh tak tolong pilihkan??

minggu ini ada test microbiology,pharmacology haruslah ada dan pathology pon nak join.
biasalah.hidup ni memang banyak ujian...

"tak pe akma.kita jadikan tiket flight tu sebagai booster." <dah macam zaman-asek-tengok-kalendar-menghitung-hari-balik-tahun-1

~balik bila neh??it's complicated hem
~belum study leave dah sebut-sebut nak balik.parah neh.need prophylaxis before it become more chronic and serious complication
~oit lipas.main kejar-kejar jauh-jauh boleh tak??sebok je nak duduk kat dapur jugak.ape yang best kat dapur tu entah.dah tiap-tiap minggu bersihkan pon nak duduk situ jugak.lipas sekarang ni memang high class duduk tempat nak bersih je ek.ape ke rajin bebenor naik tingkat 9 lipas neh.naik sampai tingkat 3 je sudah.heh.die ingat die kecik comel-comel lari keliling dapur orang suke laa??plizz laaaa

Sunday, April 1, 2012

comel!!!

tomorrow we will answer the quiz of pharmacology,as usual
(memang rutin harian hari isnin:kene jawab kuiz)
~owh,poyo sekejap buat ayat in english

dan ado pulak kuiz tambahan dari pathology
terbaekkkkkkk!!!!!
dan 'memang' mata tengah segar bugar sekarang dengan penumpuan yang cukup fokus
(maksudnye sekarang ni tengah mengantuk yang teramat sangat dengan fikiran melayang layang terapung apung terumbang ambing)
how??

dan tiba-tiba tergerak hati nak bukak blog isteri kepada angkasawan negara sheikh muzafar
(saya pon tak tahu sejak bila jadi stalker isteri beliau heh)
dan terus tersenyum,tergelak,hilang mengantuk
bila tengok anak beliau yang tengah tidur tertonggek
comelnye!!!!!!!

tu je nak bagitau
dah nak sambung balek study pharma
~mesti sekarang anda rasa macam ni : "hampeh nye aku baca post dia neh.tak de motif langsung"haha sorry laa.nak hilangkan mengantuk sebenarnya...

tapi nak bagitahu :
-isu malaysia,tentang penculikan kanak-kanak,kemudian dibunuh dengan dibakar hidup-hidup(tak ingat nama mangsa).berdendam dengan orang lain,mengapa orang lain yang menjadi mangsa?sungguh laa tak boleh terima bila berlaku kekejaman terhadap kanak-kanak.

owh ye.
saya jeles dengan anda yang membuat kerja kebajikan
bantu mereka yang tak bernasib baik
nice experience.
semoga satu hari nanti saya pon dapat buat macam tu.
bantu mereka yang tak bernasib baik :)

~kalau nampak budak-budak,mesti rasa macam happy je bila tengok dorang.i do love kids(noni cakap ayat ni betul.kalau salah sila serang dia haha)
~seriously rindu dengan adam harith,ammar mursyid,iman umairah,kasyfur rahman zakir a.k.a aman,hasya safwa,zamzikri,......<<apsal tak sebut je sume nama rakyat malaysia yang ada??cakap je laa nak balik rumah kan senang :P
~dah lama tak dapat gambar ammar mursyid neh.mesti dah makin kacak dan sepet sekarang huhu...