Sunday, January 26, 2014

go away.

die kan.
ade 2 cara je nak tahan sakit.ambek pain killer atau tidur.
tapi selalunya bila ambek pain killer,memang akan tidur.
atau bila sakit sangat,memang akan tertidur.ke pengsan sebenarnya?haha confuse dah neh.

tapi masalahnya 
when it come before exam.3 days before exam is okey.
3 days and progressive until 2 days before exam still okey.one day left 
tapi 3 days then progressive until a day before exam is stressing okey.
kang aku telan pain killer 10 biji ni kang.
haha melampau 10 biji.ade yang tak dapat exam langsung kang

kadang-kadang rasa kejam bila biar diri tahan sakit sendiri
(but still i'm using another way to endure the pain.but the pain killer is the last choice)
cukuplah dah ambek 2 3 biji pain killer hari tu.
depend sangat kat pain killer pon tak bagus.nanti dah tolerate haa tak berkesan dah,kene tambah dose.

masalahnya aku stress neh huhu.
selalu macam ni.diuji time-time nak exam.
mana tak down dibuatnye T_T

ikut hati nak test power end round paeds.jawab je laa mana yang ingat.tapi ni paeds oiiii.my most favourite subject.mana boleh buat main-main.masalahnya i can't focus at all!!

ya Allah bantu hambaMu ini,aku usaha yang mana mampu.sobsob :'(

Friday, January 24, 2014

bahagia itu.

hari rabu hari tu,tunggu dr. hesham kat luar unit.
sambil pegang buku klinikal.

tiba-tiba ternampak satu family ni.anak dia saaaaangat comellll.saaaangat adorable.memang geram tengok.
dari pemerhatian,macam nak berdiri,ada palmar/pincer grasp.so 9 bulan ke atas.rasanya nak dekat setahun dah.

tapi muke mak dia nampak sugul,sedih,susah hati.ayah dia je yang melayan budak comel tu.but then,anak dia macam tau-tau je mak dia sedih,so buat laa aksi-aksi comel.dan mak dia senyum.

tengah sedih-sedih macam tu,tapi masih boleh senyum.nampak bahagia masa tu.sebab ada yang membahagiakan.dan mereka memang nampak macam keluarga bahagia.

kadan-kadang kita nampak orang lain bahagia,tapi kita tak tahu masalah apa dia ada.
selalu orang nampak kita bahagia,tapi dia tak tahu apa masalah kita.
bahagia tu subjektif.bagi saya ada anak yang adorable macam baby tu,bahagia haha.
terus rasa macam nak ada anak macam die.comellllll
dan terus doa sesuatu dalam hati :) doa apa?haisy mane boleh bagitahu :P

dan spontaneously dan tak sedar diri sendiri tengah senyum sensorang tengok tu.alamak habis laa kalau ade orang lain nampak,mesti die ingat "dah kenapa budak neh senyum sorang-sorang kat tangga.psycho betul"

alaaa biarlaaa nak senyum sensorang pon.tengah bahagia :P

at the end,dr hesham tak masuk pon.sempat lambai doktor time doktor dalam lif je huhu.
lepas tu doktor call
"where are you akma?are you still in my unit?"

masa tu dah keluar dari unit dr.hesham.dahlaa kuar awal.alamak kantoi laa kalau dr hesham nampak huuh
"errrr i'm still in hospital.why doctor?"-ayat cover lol.

"i'm sorry couldn't attend your class.i'm at 8th floor right now do you have anything to see me?"

lepas tu talian terputus sebab line dalam hospital tak berapa nak ada.dan handphone mati sebab tak charge.bravo kema.lepas tu naik lif tingkat 8 nak cari doktor sekali doktor takde.bapak sedih.nak bergambor dengan dr.hesham huuh T_T *peminat fanatik dr hesham sangat lol*

tak kire nak cari gak dr.hesham sampai dapat.doctor,you wait me aaa.

~exam isnin dan selasa ni.semoga tak berlaku sebarang penangguhan.fuhhh fuhhhh*jampi jampi*

Tuesday, January 21, 2014

warkah buat hikmah.

laptop.
walaupun awak akan restart setiap 2 jam,
takpe.saya terima awak seadanya.
sebab saya dah janji nak jaga awak baik-baik.
kalau saya mampu saya bawak awak jumpe sape-sape yang boleh tolong baik pulih.
bertahanlah sampai mampu okey.

masa first year dulu,laptop lama pon macam neh jugak.
setiap kali 2 jam memang die akan restart.
lepas tu makan masa lama nak on balik.
tapi lepas tu bila balik malaysia,reformat balik.
ia kembali seperti sedia kala dan lebih bertenaga.lol

jangan risau.walaupun awak murah,kecil je,dalam hanya AMD,bukan intel
saya sayang awak.
ye hikmah.jangan merajuk.jangan sedih.tuanmu takkan mensia-siakanmu begitu sahaja.
haha.dah macam ape jeeeee cakap dengan laptop.
owh ye.hikmah tu nama laptop saya.

okey ini symptom pre-exam.
itu otak ada masuk air sikit.
dahlaaa tadi lecture mengantuktersengguk tahap sampai nak terhantuk meja tahu -.-
owh akma anis sedar diri please!

*saya sayang barang yang saya beli dengan duit saya sendiri.errrr okey duit-biasiswa-jpa saya sendiri.

*saya juga sayang barang yang diberi oleh orang lain a.k.a pemberian orang lain.

*sape tak sayang barang sendiri oiii


Saturday, January 18, 2014

ayam 2 ekor.

sebab ayam 2 ekor.
we talked about our story.
cerita terbaru.ape yang berlaku sekarang.apa yang akan berlaku.
sape yang cuti sape yang ade kelas.sape yang kerja.eh
that only simple things,can make complicated-me happy through out the day
cekodok hangus made my day haha
*betul ke entah grammar neh.lantakkan*

cukuplah itu untuk sementara waktu.
till we meet again :)
happy internship for you.
happy exam(?) for me.

sudahnya,tak terbeli pon 2 ekor ayam tu.esok jelah beli haha
*malas kuar rumah punye pasal*

meja study pon baru kemas tadi tu pon sebab ade orang datang.
selalunye meja study saya teratur okeyyy (cee cehh)
teratur bila takde orang nak datang tapi bila ada orang lain datang macam titanic karam terbelah dua -.-
nampak sangat minggu neh hidup tak berapa nak teratur.semalam kuar pagi balik rumah malam.
semoga hari esok dan hari-hari mendatang lebih teratur hendaknya

owh esok kelas.baju untuk seminggu tak iron lagi.tutorial tak study lagi.kain yang baru angkat tak lipat lagi tapi dah ngantuk rasa nak tidur je ape nak jadi akma anis oiiiii.malam neh kene setel sume mende neh.pegi skanggg zasssss!!!

*round paeds nak abes.bakal merindui kanak-kanak comel dan baby cute-cute.
*agak-agak ape yang menarik ek kat round surgery? o.0

Thursday, January 16, 2014

akhir.

orang lain yang habis exam final,tetibe kita pulak yang excited terlebih.boleh tak?
takpelah tumpang excited.kite punye final lambat lagi huhu.
eh 2 tahun je lagi kannn.takdelah lama sangat 2 tahun tu,kalau bebudak 2 tahun tu baru pandai nak berlari.eh yeke.suke hati je.

aku rasa aku nak imagine jap jadi final year student.

okey.bunyi tahun 6 macam hectic.pergi kelas pepagi bute balik rumah malam.
pungpang pungpang pegi hospital lecture.
exam final.
lepas tu konvo.
pakai jubah konvo*harapnya boleh alter laa jubah tu.for sure bapak besar*
lepas tu naik pentas terima ijazah.
lepas tu dapat sejambak bunga dengan coklat.
hikhik >_<

lepas tu kan lepas tu kan
bermulalah kehidupan sebagai houseman
dan errrrrrrr
best ke ek time housemanship?

okey dah cukup.bawak-bawak sedar diri*tampa-tampar muka sendiri*

tapi dalam suka-suka nak habis belajar tu,mesti laa akan ada rasa sedih nak tinggalkan mesir.
nak tinggalkan universiti kaherah yang baru nak renovate jalan bagai tu.
nak tinggalkan doktor-doktor yang saaaangat baik.sobsob.
nak bawak balik dr.hesham safouh balik malaysia boleh tak?

~happy practical :)
~round paeds hampir ke penghujung.dan kamu akma anis dah terror sangat ke ambek history taking examination tengok x-ray bagai?

Saturday, January 11, 2014

alam kanak-kanak

akhir bulan 1 neh habislah round paeds.
serius seronok.tapi dalam masa yang sama tahan perasaan.
tahan perasaan bila tengok budak-budak nangis
tahan nangis bila tengok dorang kecik-kecik lagi dah tak sempurna macam orang lain*sobsob*
cenggini nak jadi pakar paediatrik?baik muhasabah diri balik kema lol.

dorang lahir
ada yang down syndrome.selalu nye ada masalah jantung jugak.
ada yang hydrocephaly(kepala besar) dan tak dapat melihat pon.meaning dah cacat penglihatan.
ada masalah jantung yang complicated.salur darah besar (pulmonary artery dan aorta) tersalah tempat.
dah kene duduk dalam incubator dengan wayar berselirat sini sana kene cucuk kene masuk tube ikut hidung.
kalau dalam neonatal ICU(NICU) lagi laaa sedih tengok keadaan dorang.dahlaa kecik-kecik je sume.
eh touching terlebih lak masuk NICU.kat sini je cakap touching tapi in real life still buat cool je cewah.yelaa takkan laa dorang dok teriak nangis kita pon teriak gak tak jadi keje laa gitu.

Allah jadikan mereka begitu ada hikmahnya.
nampak penciptaan Allah tu sempurna.
kuasa Allah tu Maha Besar
tersilap bilangan chromosome sikit,terus jadi tak normal.
tersilap salur darah,terus jadi masalah.
untuk kita belajar dan ambil iktibar.

kita yang bilangan chromosome normal neh,jantung otak normal neh bersyukur tak dengan apa yang Allah beri?
ke tak perasan bilangan chromosome normal lalu sesuka hati membuat dosa?eh.
rasa macam diri ni banyak mende sangat dah Allah uji.tapi dorang?lahir-lahir je dah diuji.
patut nye malu bila jumpa dorang.malu sebab dorang lagi banyak diuji,malu sebab dorang lagi tabah diuji.
nampak je kecik sekilo lebih 2 kilo lebih budak tu tapi semangat kuat beb!struggle untuk hidup.
kita yang berkilo-kilo neh?diuji sikit terus give up.haruslah dicucuk berkali-kali macam neh.

dan mereka bukan takde harapan untuk hidup.
tapi mereka Allah jaga dari menghadapi mehnah dunia yang bermacam benda.
dan mereka bakal ahli jannah yang menunggu ibu bapa mereka disana.

hanya mampu doakan mereka dari jauh.
yelah nak tolong tak habis degree lagi huhu.
cepat baik adik-adik comel!tak siapa tahu mungkin ada dalam kalangan mereka ni bakal jadi pemimpin islam.
dan jika pengakhiran hidup mereka itu yang terbaik,semoga keluarga mereka tabah menghadapi ujian.
Sungguh,Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
dan segala apa yang kita ada didunia ini,harta anak pangkat adalah pinjaman sahaja.

*budak-budak neh,tengah sakit pon nampak comel.tengah nanges pon lagi laa nampak comel.macam mana neh nanti nak cucuk dorang pon tak jadi bila tengok comel sangat.jangan buat muke comel sangat please.doktor yang comel takpe.lol


Thursday, January 2, 2014

hikmah.

sabar banyak-banyak ye.hidup ni memang banyak ujian.

hari itu,pulang ke rumah selepas kelas lecture,takde rasa apa-apa.sedar-sedar printer takde.kemudian baru tengok meja laptop.dan.aikkkk mane pergi laptop-yang-takde-huruf-K akuuuuuu??!!

okey solat zuhur dulu.tenangkan diri.tapi jujur cakap masa tu tak tahu rasa apa sebenarnya.tak sedih,tak marah,tak nangis,rasa nak tergelak pon ada.blur.serius lah tak tahu nak describe macam mana rasa.mungkin sebab semua orang kehilangan laptop kot maka tak rasa sedih sangat lol.

tapi lepas buat report polis,polis datang rumah lepas tu baru rasa macam tersedar.eh rumah kita neh dimasuki pencuri dan barang kita hilang.masa tu barulah rasa macam sedih sebab laptop kesayangan dah takde dan tak mungkin dapat jumpa balik sobsob T_T

tapi infiniti kesyukuran sebab semua selamat,tak melibatkan sebarang kecederaan jiwa.alhamdulillah.kami redhakan sahaja barang-barang yang hilang.Allah uji tanda sayang.setiap perkara ada hikmahnya :)

bila kita susah,kita tahu siapa kawan,siapa sahabat.Alhamdulillah dapat sahabat macam gen09.diam-diam dorang buat kutipan derma untuk kami.tahu-tahu ada sumbangan untuk kami.malah ada yang memberi sumbangan dalam kadar yang sangat banyak sehingga kami rasa macam tak layak pon nak terima.sangat terharu okey:')

apabila memikirkan banyak kerja yang perlu diselesaikan,maka saya mengambil keputusan untuk cari partner kerja baru.bukan pengganti,tapi partner kedua.mana boleh nak ganti laptopku yang lama tu.dah 5 tahun bersama sekali tetibe hilang macam tu je....aku je yang boleh sabar dengan laptop tu walaupon die dah jadi dari putih ke coklat(sebab debu),takde huruf K(ammar mursyid cabut),selalu jatuh tergolek tapi still boleh on,macam-macam virus membiak tapi masih boleh berfungsi macam biasa.okey sedih T_T

takpelah.kata redha -.- selamat bekerjasama laptop baru.hikmah nama dia :) gambar kat instagram huhu.

eh skang dah 2014 ke?okey tak perasan dah masuk tahun lain*kengkonon sibuk sampai tak ingat tarikh*

~round paeds,round yang saya sibuk sekali.tapi paling saya enjoy :D
~kadang-kadang kesibukan membuatkan kita lupa sesuatu perkara.tapi ada perkara yang saya takkan terlepas pandang.especially in january :)
~dah kema.bukak buku skanggggg