Pages

Friday, September 28, 2012

...hadiah 24kilo...

okey no more cerita pasal zoo.

ini post berilmiah sikit.pasal buku.okey takde niat nak jual buku sekilo 5 ringgit ke ape.just nak share pasal satu buku ni yang kalau baca memang tak menyesal.

sebarkan cinta-Mu;ustazah fatimah syarha.

first,
suka cover die sebab warna hijau(lepas ni nampak buku warna hijau nak beli laa huhu)

second,
ini adalah novel yang paling tebal yang saya pernah dapat dan baca.874 mukesurat termasuk rujukan.

third,
selalu nye kalau novel mesti akan diakaitkan dengan cinta cintun jiwang 14 karat sume tu.tapi novel ni tidak.selain jalan cerita yang menarik,ada diselitkan info fiqh,info fiqh wanita,info hadis,info fiqh keluarga dan artikel berkaitan.

kesimpulan,tak rugi kalau beli,tak menyesal kalau baca.cewah tuan blog kalau tukang promote memang pandai.semua duta produk bagi je kat die~kot ye boleh laku haha

~~~~

sambil-sambil balut novel :

ummi : tulis laa tarikh kat novel tu bila beli ke,bila dapat.ummi tengok kosong je
me : aaaa tak pelah.biar novel tu nampak baru je(padahal tulisan tak bape nak lawa nak tulis kat novel tu haha)
ummi : laa tak de nama kat novel tu nanti tak tau sape punye novel
me : tak pe.kaklong sorang je yang balut novel kat bumi neh.tak de makhluk lain dah (owh ayat riak disitu)

bukan nak bangga laa,tapi dalam banyak-banyak novel,novel ni laa yang ai balut dengan begitu gigih,kemas dan rapi serta fokus yang jitu.see nampak macam tak balut kan padahal dah balut tuu.

tetibe je semalam ade mood nak balut sume novel.semangat cari gunting satu rumah last-last terpaksa jugak gune cutter baru yang nak bawak balik mesir tu.siap paksa-paksa adik gunting seletip banyak-banyak haha.dahlaa sambil balut sambil tengok cerita seram baru dendam sarakit sakarit sanskrit pe ntah name.ohcee konon tak cuak laa tengok cerita seram sorang-sorang.padahal time saspen tu buat-buat tengah balut buku.

"lambat wish birthday 24 jam,maka kene bagi hadiah 24 kilo"

terima kasih bagi novel 24 kilo ni :)
~errr actually berat die tak de laa sampai 24 kilo tapi takpe nak juga anggap berat novel ni 24 kilo.over tau kema

~dah setel kemas luggage.macam biasa luggage nak jugak lagi berat dari tuan dia.kalau boleh berjalan and terangkat sendiri tak pe jugak.eh kang seram mistik pulak luggage terangkat sendiri

3 hari lagi...

Thursday, September 27, 2012

...kema the explorer...

salam 'alaik!!

cerita kat melaka belum habis update lagi.ohcee macam banyak je cerita kat melaka neh.rasanye banyak cerita kat zoo je sebenarnya.maklumlaa first time pegi zoo melaka kan dan dah 5 tahun tak pergi zoo.gini laa jadinye.over excited.

sebenarnya mula-mula masuk zoo tu ade satu binatang yang macam memerang.tapi time ambek gambar dia(dia??should be ia laa kan??)tetibe je ia menyorok masuk.laa hai dah malu-malu memerang pulak.burung ni jugak yang tak malu dok posing nak suruh orang ambek gambar ia laa tu.

kuda padi.eh kuda katik.errrr kuda ponny??aaaa whatever.ia ni tunduk je.ade inferiority complex maybe.maka kata-kata motivasi harus diberi.ehem.~gaya konon macam dr.fadilah kamsah.~~walaupun anda kuda yang kecil dan tak segah kuda lumba yang besar itu,namun anda tetap comel.macam saya :D errkkk??

em apa ek name mende neh.tu laa sape soh tido kan dah tak boleh tanye name

cuba teka apakah ini

tadaaa!!inilah jawapannye.tenuk eh tapir ehhh.see macam dalam kamus bergambar kan badan dia separuh hitam separuh kelabu~excited tengok badan ia ade 2 warna haha~~mujur masa nak ambek gambar ni ia naikkan sikit badan ia lepas tu masuk balik dalam air dok berendam.eleh konon nak tunjuk boleh tahan nafas laa tu

seladang.siyes besau menatang neh.
me : abah binatang ni laa yang dorang dok kibas kain merah lepas tu ia kejar kan.maknenye kalau ia nampak orang pakai baju merah ia kejar laa kan.fuh naseb baik pakai baju purple
abah : alaa binatang tu kejar bukan sebab kain tu warna merah.sebab dorang buat ia marah.mende tu buta warna
me : errrr yeke buta warna??
(abah buat muka slumber)
yeke mende ni buta warna sebenarnya??haha haruslah tengok national geography wild lepas neh

ini adalah zirafah.dulu ingat zirafah ni tinggi unta je.rupenya tinggi nau.dan saya rasa dalam banyak-banyak binatang laa kan,zirafah je yang muke macam manje-manje sikit.yang lain sume muke takde perasaan haha~tetiba puji zirafah

itu adalah sekawan rusa yang sedang makan tengahhari(ayat macam national geography wild yang dialih suara ke bahasa melayu)

lepas tu tetiba nampak pulak macam rumah untuk burung-burung.yang kuning tu burung cenderawasih kot.kebetulan pulak memang time dorang ni bekfes.pakcik tu laa yang bagi makanan.simple je bekfes dorang neh.pisang,betik.tak de honey star bagai

berwarna warni burung cenderawasih ni.ekor tu aset mahal.baru lepas rebonding huhu

ececehcehhhh :P (tangan kiri pegang penutup bekas jambu batu.ade gak niat nak bagi jambu batu kat burung neh.tapi takut diorrhea a.k.a cirit birit burung ni kang sape nak jawab)

minangkabau.bukan name die minangkabau.tapi tanduk die tu terus orang teringat minangkabau.ade jugak laa beberapa ekor kerbau dan lembu kat zoo neh tapi malas laa gambar kerbau pon nak ambek kan.on the way pegi rumah nenek pon banyak kerbau dan lembu heh

burung unta.rasa macam nak naik tunggang mende neh then berjalan satu zoo.penat kot berjalan kat zoo tu

ini...haha tak ingat.cari sendiri.tapi kandang die bapak luas,dia duduk sekor je.makan ruang mende neh 

muke stress...kah??

harimau bintang ye adik-adik.dah tengahhari tak reti-reti nak bangun oiii

yang ini harimau kumbang.bukan kucing hitam ye adik-adik.

selamanyaaaa harimau malaya~~comel lak tengok mende neh dok tersengguk sengguk bawah tu haha

haaa ni yang panas neh.orang bayar kot 10 ringgit bukan nak tengok kome tido.segarang-garang singa,tidur pon nak peluk pokok heh.

"angah,member ko"haha.ade 3 ekor tapi yang ni paling aktif.hyperactive disorder mungkin

okey ini kemuncak acara.tengah jalan-jalan tu tibe nampak ade orang buat show dengan gajah.gajah tu adelaa buat bunyi die.yang paling best part die sembur air gune belalai die tu.naseb baik tak duduk depan sekali huhu~muke cuak nak pegang gajah.gajah tu pon stress je apehal budak neh nak cuak-cuak

sekali abah datang "mehlaa abah pulak nak bergambar dengan gajah"slumber je abah pegang gajah tu siap tepuk-tepuk lagi macam dah kenal lama.stress bawak abah pegi zoo sume binatang abah kenal haha.tahun lepas pon slumber je abah pegang ular dengan biawak.setakat gajah apelaa sangat

kesimpulannya pegi zoo ni menarik.dapat tengok ciptaan Allah yang macam-macam rupa.berbaloi laa jugak pergi zoo melaka neh tapi kalau pergi malam lagi best kot sebab kebanyakan haiwan ni tidor siang bangun malam.siang panas kot tu yang tido je tu.

mungkin laa dorang ni nampak macam bahagia je duduk dalam zoo tapi sape tau dorang neh nak sangat balik kampung hutan amazon tu kan.ek eh macam tau tau je dorang neh bahagia ke tak.

~abeslaa lepas ni dora tak boleh cari makan sebab orang dah ambek alih tv show die dora the explorer.
~ammar mursyid pergi zoo tapi naik train.uish bahaya kalau bawak budak tu berjalan.mau melompat singa tu dibuatnye kang

lepas pergi zoo tu,boleh pulak ummi nak singgah kedai deco yang jual perhiasan rumah tu.lari tema sungguh dari tengok haiwan kepada tengok perhiasan rumah haha

sambil tu solat kejap dekat masjid yang dekat dengan MITC tu.

abah : kenapa lambat sangat
me : errr sesat tadi tak jumpe jalan keluar lepas ambek wudhu.masuk pintu lain tetibe kuar pintu lain hee :D
~mujur jumpe jalan keluar.

~dah dah kemas luggage kema sebelum anda yang dimasukkan ke dalam luggage tu 

Tuesday, September 25, 2012

...bukan rombongan biasa...

salam 'alaik

okey cite lama baru nak update huhu.baru baru ini sepupuku abang long,cucu nenek yang sulung telah melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihan hati.cewahhh ayat.ni sume gara-gara tengok cerita mahligai cinta laa neh.alaa cerita yang tunjuk pelamin hantaran orang kawen tu.

before akad nikah.sementara tunggu tok kadi sampai.mule-mule ingatkan kitorang dah lambat.yelaa orang lain sume dah siap tinggal ammar mursyid je yang baru nak bangun lepas tu melalak-lalak nak mandi.haihlaa spoil laa itu budak huhu.

my daddy my daddy!!haha abahku tukang jadi jurucakap tuuu

okey time nak akad nikah.time saspen neh.tetiba sume senyap.yang nanges tibe berhenti.ohcee over laa tu

lepas tu yang lelaki kene baca ape ek nama dia lepas tu pengantin perempuan pon baca "saya terima..."apa entah.haha tak fokus dah time neh.sebok ambek gambor

kalau dulu-dulu selalunye sarung cincin je.skang neh pakaikan gelang lak.eh yeke??

makcik : kaklong,tu tengah buat apa tu??
me : errrr.baca doa kot
makcik : owh.dulu-dulu makcik takde pon buat gitu.patotlaa asek gaduh je kehkeh
~~sempat buat lawak makcik ku itu huhu


with the hantaran.alamak tak nampak hantaran yang phone tu.perghh phone tu.boleh tak nanti nak mintak galaxy tab,i-phone,ipod,ipad...i.. i ape lagi ek yang ada...haha #overkemaover.owh saya standby tisu saje-saje je ek.saya tak feeling lebih-lebih pon.sekali my makciks yang over nanges-nanges lepas akad nikah tu haha.mujur standby tisu untuk dorang siap-siap


si irfan mule-mule kemain hensem dengan baju melayu biru.last-last kene tukar baju jugak.panas haha.

sementara pengantin tukar baju,ambek kejap gambar meja makan beradab.kebanyakan kenduri kahwin yang saya pergi tahun ni banyak purple.okeyh ai taknak laa tema purple dah.dah tak eksklusif hahah.haruslah fikir dari skang neh warna ape kehkeh.tema warna warni macam tak pernah orang lain buat setakat neh

dan dan dannnn.ambek gambar pelamin.errr excuse me.yang 6 makhluk ni hiasan pelamin ke ape?memang sekali satu set kot

kami pihak lelaki datang dengan10 kereta dan kereta pengantin lelaki haruslah depan sekali kan nak lead kang tersampai kat kenduri kahwin orang lain pulak.

pengantin dalam persalinan serba ungu.time ni tengahhari memang matahari terpacak atas kepala.memang panas.errr boleh tak nanti nak buat kenduri kahwin pagi-pagi lepas subuh??kalau buat tengahhari cair makeup woo.ohcee nak make up ke kamu??

lepas dah siap makan sume dah kenyang maka kami pon baliklah.tengoklaa ni rupe adam harith dengan aman.masing-masing penat macam dorang pulak yang kawen huhu.sakit belakang dik oii tidor gitu

dah kene alih kedudukan pon boleh lena lagi dorang neh.tak dapat nak tolong dah huhu

awal-awal dah cakap tema purple.tapi ade orang tu spoil pakai coklat.well tak eksklusif laa kalau pakai purple gak.nanti overshadow pengantin pulak haha

~barakallahu lakuma wabaraka,'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair abang long azam dan along shikin :)
~abang long pernah tanya soalan neh time die bertunang tahun lepas"kaklong nak yang tough macam abanglong ke,nak yang kurus kering macam tu"sambil tunjuk kat kawan die,yang juga kawan yang sama jadi pengapit dia hari tu.errr sorry laa abang long,tak nak dua-dua hahaha :P



Wednesday, September 19, 2012

...malasnye nak bergigi biru...

salam 'alaik

banyak mende nak cite apa yang terjadi sepanjang keberadaan beta di kota melaka..cewahhh.tak boleh sebut melaka.asal sebut melaka je rase macam mood zaman parameswara masuk.macam mano tu??

yang pasti,pergi jalan-jalan dengan keadaan demam selsema hidung tersumbat sampai letak minyak vicks sebotol adalah pengalaman yang sangatlaahh tidak indah okey.ni mesti kes demam berjangkit lepas jaga adam harith sehari heh.baru sehari.

haa ye.saya jaga adam hari tu.tak delah penat mana sebenarnya sebab die dah besar dan banyak benda dia boleh buat sendiri kecuali...err ape ek..haa ni :

"kak long,tolong bukak lampu bilik air,tak sampai"
"kak long tolong buat milo dalam mangkuk"
"kak long,adam nak makan nasi"

yang lain-lain mandi pakai baju sikat rambut tu semua die buat sendiri.senang je nak jaga die neh.senang-senang lepas tu demam ape cerita??haha.

okeylah next post baru cerita sekali dengan penggunaan gambar.masalahnye ai malas nak bergigi biru(bluetooth) gambar kat phone tu.hailaa nak bluetooth gambor malas,nak charge phone malas,nak charge batery laptop malas.untunglaa sape dapat die neh sume mende pon malas.mende lain saya rajin okey hikhik(dah kenape gelak gini)

~bila jumpe orang yang baru kenal entah makcik mana dari canada boleh pulak anda borak lame-lame speaking bersepah ek kema.bila jumpa orang dah lama kenal dah tetiba jadi pendiam blur gagap tak tahu nak cakap gune bahasa apa.sungguhlaa saya menggelabah tetiba time tu.pelik!

Monday, September 10, 2012

serang menyerang time raya

salam 'alaik

tajuk macam biasa.nak laa bagi gempak sikit.padahal takde ape pon.okey tajuk yang agak kontroversi disitu huhu.tiada siapa yang menyerang dan diserang.cuma mangsa serangan kami ialah rumah.banyak rumah diserang tetamu pada hari raya hari tu.ayat belit-belit??okey-okey orang buat ayat senang.kami ex-student sktl pergi beraya.

rumah 1

rumah pertama adalah rumah farahiyah.

kirenye pakej lengkap laa ni beraya sekali dengan breakfast sebab kat rumah die ade nasi lemak,roti canai dan macam-macam.rumah pertama dah kenyang.macam mano nak raya rumah kedua dan seterusnya neh??

sementara nak tunggu cik farahiyah bersiap-siap nak join kitorang.sempat lagi hehe

rumah 2

rumah khairun zamiela.okey entah macam mana driver boleh terlajak simpang dan walaupun kereta kami kat depan sekali,tapi kami paling lambat sampai..maka kami digelakkan beramai-ramai bila sampai rumah miela.oowwhh fineee laa korang.jalan jam kot sebab tu kitorang lambat~alasan tak boleh terima langsung heh

kebetulan miela memang tengah buat makan-makan kat rumah dia.maka kami pon makan-makan laa lagi.macam-macam ada.

rumah 3

tibalah masanya rumahku diserang oleh mereka.jujur cakap kat rumah masa ni ada nasi impit dengan kuah kacang je.tapiii

ade laa sorang tu request koktel.sebab tiap-tiap tahun buat kan.maka beramai-ramai lah kami ke pasaraya tunas manja.nak beli 2 3 barang je tapi yang mengikut sampai 2 3 kereta.amboiii korang.saje je nak meramaikan manusia kat pasar raya tu.

insan gigih sedang memecahkan air batu.cewahhh.ade gaya masuk masterchef neh #perasankemaperasan

nak buat koktel je tapi sume pakat masuk dapur rumah ai neh macam nak masak rendang 5 kawah je

tadaaa dah siap.ini dia koktel hasil tangan kami haa hambek habeskan.orang yang baju merah tu laa yang request koktel(rujuk gambar ke 6)setakat koktel boleh laa .kalau die mintak nasi tomato ayam bbq kek pelangi air ribena memang takk laa nak buat hee :D

selepas menunaikan solat fardhu zohor kat rumahku syurgaku,kami bertolak ke destinasi seterusnya

rumah 4

di rumah cikgu haliza,guru kelas masa darjah 6


okey tak pe kitorang bagi dorang makan dulu.menu laksam.sedap!!sementara tu kami bergosip kat ruang tamu dengan cikgu hehe.

okey next!!kitorang lak yang take over meja makan tu.siyes cikgu ingat kot sorang-sorang punye perangai haha.maka bermacam-macam cerita lama dan rahsia turun temurun laa yang keluar.yang kagum tu,cikgu mase kitorang darjah 6 sampai sekarang tak berubah langsung.awet mude betul cikgu,macam anak murid die jugak hee :D

peace! ~dorang neh kemain lama bergosip sampai driver dah angkat kunci kereta siap dan siap buat sign times up!!haha.peduli laa kitorang nak borak lama sikit dengan cikgu ni.setahun sekali jumpe kan

rumah 5

rumah saudara aswan.kebetulan mak die pon buat masak-masak gak.laksam jua.tak pe kita makan lagi.yang baju hitam tu namenye asyraf dan memang dari sekolah rendah perangai die tak ubah suke usik orang lain.die usik budak yang lena tidur.yang best budak tu tidur lena je tak tergugat langsung.dahla suke hati je bagi nama budak tu harun

kali ni dorang suruh kitorang makan dulu untuk mengelakkan kelambatan masa kehkeh.finee korang.ingat kitorang makan lama sangat ke??kitorang kunyah lama sikit bagi penghadaman sempurna~okey ayat macam pakar pemakanan

selepas itu kami solat asar di masjid berdekatan.dan selepas itu meneruskan lagi pengembaraan

rumah 6

rumah syahir.dan dia adalah antara pesaingku dalam merebut kedudukan nombor 1 mase sekolah rendah dulu.dan mak dia masak mee goreng pulak.okey kitorang nak surrender tapi rezeki jangan ditolak huhu.tak pe kita makan lagiii

selepas itu kami singgah di masjid berdekatan untuk menunaikan solat maghrib

rumah 7

pada mulanya kami memang nak balik dah.tak larat dah nak makan dan jalan-jalan.tapi hisyam pulak jemput datang rumah akak die dah masak banyak.okey,rezeki jangan ditolak hee :D

begitulah terjadinya sesi serang menyerang rumah diorang.sekali datang 4 kereta tuu.ni pon kire macam reunion laa untuk kami dak sekolah rendah.sementara masing-masing masih lagi duduk temerloh ni kan.nanti dah kerja semua bawak haluan sendiri mesti susah nak jumpe dah.ada yang jadi engineer,businessman,pakar komputer,peguam,doktor.insyaAllah :)

~7 rumah dalam masa sehari.7 kali makan.yaa ampunnn banyaknyee makan kema
~sume orang pon dah tinggi-tinggi.saya je ke yang memang tak berubah dari darjah 6??haha...takpe awet mude.umur saya??biarlah rahsia>>okey dah macam iklan pencuci muka
~macam-macam perangai masing-masing.ade je mende nak buat kelakar