Wednesday, December 28, 2011

...post mortem...

"ujian adalah tarbiyyah dari Allah
apakah kita akan sabar
atau pun sebaliknya"

bukan mayat sahaja yang nak kene post mortem
untuk tahu punca kematian
yang hidup pun perlu post mortem
untuk tahu tujuan kehidupan

subhanallah
jantung
organ yang sangat kompleks
dicipta berdegup setiap masa tanpa berhenti
masalah besar macam mana sekalipun melanda
pasti akan ada bahagian yang akan 'compensate'
sebab walau macam mana sekalipun die tetap kene berdegup
mati otak-masih hidup
mati jantung-ke kubur jawabnya
tapi
adakah setiap kali jantung berdegup
setiap kali itu jugalah kita ingat pada Yang Mencipta jantung itu?

muhasabah.muhasabah.muhasabah.

-rheumatic endocarditis
-mitral stenosis/incompetence
-myocardial infarction
-fallot's trilogy/tetralogy
-atrial/ventricular septal defect
-patent ductus arteriosus
-monckeberg's sclerosis
-simple false aneurysms(pulsating haematoma)

define and discuss all of the above

wowwow bukan soalan ramalan final exam jauh sekali midyear exam.niatnya nak google gambar-gambar yang berkaitan diatas dan diletakkan dalam post ni.tapi errr tak de mood nak google.so letak caption je laa hehe

~ummi cakap ammar mursyid makin ganas.lepas minum susu main campak je botol susu.athiah pun kene cubit dengan dia.adam harith kene gigit dengan dia.haruslah kene balik ni untuk 'tarbiyyah' si kecil tu<<eii alasan-nak-balik-malaysia yang tak munasabah langsung
~pendaftaran nak pergi sinai dah tutup.dah tu guane kite??ke buat trip ke malaysia je??

p/s :nampak macam saya nak balik malaysia sangat-sangat ke??takdelah.itu cuma 'teaser' je hehe.anyway,video sempena hari terbuka bait muslim ni sangat menarik.

Friday, December 23, 2011

...W.A.N.A...

dulu
kita dipisahkan dengan sekolah
sorang kat bandar kajang,sorang kene pergi klang
lain-lain sekolah,tapi rasanya kita jadi semakin rapat
kenapa ya??

sekarang
kita dipisahkan oleh 2 benua(ohcee benua la sangat)
sorang kat timur tengah,sorang kat err...europe ke ek??~adoi failed peta negara haha
masa dan jarak yang sangat berbeza
tapi kita tak pernah lupa satu sama lain
kenapa ya??

sebab
W.A.N.A

nah kek...(kek ni macam sesuai untuk adam je)errk tukar-tukar

haa.yang ni mesti ko suke kan haha

orang bagi extra kek yang berkhasiat.kek yang diatas tadi banyak lemak.yang ni okey ade unsur-unsur sayur yang kaya dengan vitamin(nasib laa ko dapat kawan buat medic :p)

sebab

We Are Never Apart :)

~kalau nak menangis terharu,jauhkan diri anda dari laptop.kang tak pasal laptop basah haha

...kecil besar...

bila ada atas langit(dalam flight maksudnya,bukan kerajaan langit)
rasa macam bumi ni besarrrr sangat
bila jalan pergi universiti,rasa macam mesir ni besarrrr sangat(sebab kadang-kadang rasa jauh)
bila tahu jarak mesir dengan rumah kat temerloh sangat jauh,rasa macam bumi ni besarrrrr

tapi bila jumpa orang sekampung a.k.a sebandar kat mesir ni,rasa macam bumi ni kecil je
(sebab selalu dengar orang tua-tua cakap bila jumpa member lama"aduyai keciknya la dunia ni jumpe kau kat sini")

maksudnye,bumi ni berubah ke dari besar menjadi kecil??errkk

macam immune system
belajar masa sekolah,immune system ni laa yang tolong lawan antigen a.k.a benda asing dalam badan
immune system ni sistem pertahanan badan
dia juga yang menjaga diri dari segala serangan anasir jahat

tapi bila belajar microbiology and immunity,immune system juga boleh jadi harmful pada diri sendiri.autoimmune disease for example.

maknenye,immune system ni berubah dari baik menjadi jahat??emm
yes.on certain condition.when there is exposure of the immune system to antigens that are normally sequestered within organ,when there is structural modification or alteration tissue proteins by drugs,chemical or viruses or bla bla bla...
(kalau salin semua kang jadi nota microbe lak post neh)
dia tak jadi jahat sebenarnya,cuma berubah dari sifat lahiriah kepada sesuatu yang bukan diri dia sebab keadaan yang memaksa.cewah sukehhati je buat subjek microbiology jadi subjek falsafah.

macam manusia juga.boleh berubah.bila-bila masa.bila keadaan memaksa.atau sekeliling memberi pengaruh.ye dak??

macam iman.kadang-kadang naik,kadang-kadang turun.

macam mood.sekejap ada sekejap takde

macam semangat.sekejap membakar membara,sekejap hangus menjadi debu

macam diri ini.kadang-kadang baik,kadang-kadang ada rasa tumbuh tanduk dua dibelakang

the point is-semua benda pon berubah

dan antara sifat hati yang dijadikan oleh Allah ini ialah berbolak balik.

itu gambar bacteria yang ada flagella.tapi bila rindu malaysia kadang-kadang nampak macam buah rambutan.yeah semua benda berubah

"Wahai Tuhan kami!janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu,sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya"
(Surah Ali-Imran,8)

~next week a.k.a start esok(untuk tahun ni minggu saya bermula pada hari sabtu dan berakhir pada hari jumaat)ada 3 exam a.k.a test a.k.a kuiz.rabbuna yusahhilna!!
~pe maksud a.k.a?? a.k.a = also called??
~selamat berstudy week :)

Sunday, December 11, 2011

...kene sergah...

satu
dalam suasana bilik yang sejuk-sejuk dingin
sikit lagi nak mencapai suhu antartika...okey ayat over
duduknya seseorang di barisan ketiga(agak depan dengan lecturer)
betul-betul di tengah bertentangan dengan lecturer
baeekkkk punye tempat
sedang khusyuk mendengar syarahan pyaemia*
okey mechanism
types ade 3;pulmonary,systemic,portal
pathological features.........................
.................................................................
tiba-tiba DISERGAH!!!
aaaaaa tak sempat mimpi naik flight balik malaysia
dah kene sergah huhu....
tak pernah-pernah kene
maksudnya hari ini saya sangat sangat sangat mengantuk
(tapi rasanya tak tidur pon,pejam mate kejapppp je)
haisy ni sume aircond punye pasal
(ni laa manusia,aircond pon nak disalahkan.salah sendiri tak nak mengaku)

dua
"pakcik,saya nak limau sekilo"
"ambik satu kilo setengah la.5 ringgit je"
"tak mau.nak sekilo je"
"sekilo setengah 5 ringgit je!!!"
"aaaa ye ye saya beli sekilo setengah"
(adoi baru kene sergah sikit terus dah tergugat)

lebih baik kene sergah dengan orang dari kene sergah dengan mende lain
(rase macam dah lama tak tengok cerita seram-cerita hijab tak seram mane pon :p)

tengok boboi boy sambil masak kat dapur itu menarik huhu

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.

mereka cakap filem ombak rindu ade mende yang tak kene.yeke??
kalau macam tu baik baca novel je dari buat filem.ye dak?filem ketika cinta bertasbih jugak yang best :)
(hoi tak de mase nak fikir pasal cerita.tuu novel pathology written by dr.ali hendawi dok tunggu untuk dibaca)

tadi kuiz pharmacology macam hape je
mana taknye.baca buku aci nampak nama ubat je
mujur tak salah banyak.kalau tak memang nak kene siku diri sendiri huh
dahla duduk dalam kelas patho asek fikir nak balik cepat je
haisy pe masalah entah hari ni
kepala brain macam melayang ke malaysia~~

kelmarin dapat ferrero reocher
semalam dapat coklat bon bon
hari ni berlari lari pergi beli hot choc kat kedai belakang
esok harap-harap dapat kek coklat hehe
siyes la coklat dapat release tensyen
(saya tengah tensyen ke??)

percayalah bahawa hot choc itu memang sedap(hope mug upin ipin ini masih terjaga dengan rapi)

~saya suka kene sergah.terus segar dan tak boleh tidur terus sampai la malam hehe.boleh jadi insomnia neh
~balik kelas nampak mak bapak kucing sedang berkejar kejaran antara satu sama lain.owh nampak macam bahagia je<<masalah besau neh tengok kucing pon rasa bahagia

Friday, December 9, 2011

...permataku dan pemberian...


bayu sampaikan berita
daku kini ceria,aman dan bahagia...
:)

tak lame lagi penuh note kat situ.yang penting,selesaikan satu persatu walaupun tak boleh nak buat semua sekaligus

~rasa lega bila dapat cakap dengan ummi dan abah,walaupun tak cerita sepatah pun pasal masalah diri sendiri.mereka permata saya :')(err macam ni ke smiley terharu)
~permataku,adalah satu pemberian kepadaku.dan pemberian itu juga adalah permataku

Thursday, December 8, 2011

...traffic itu...

kurang lebih sambungan pasal post traffic hari tu
ade satu post kat blog saya yang mendapat sambutan hangat(haiyyo ayat habes perasan)
tak tahu kenapa orang ramai cari tajuk tu
nak buat assignment??errr
tengah frust kecewa mencari ayat motivasi??errkk
accidentally terjumpa post tu kot

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan arrived from google.com.my on "...Something to share...: ...bersabarlah wahai hati,tabahlah wahai jiwa..." by searching for tabahlah wahai hati.

Kuala Terengganu, Terengganu arrived from google.com on "...Something to share...: ...bersabarlah wahai hati,tabahlah wahai jiwa..." by searching for tabahlah wahai hati.


post ini saya tulis masa first year
(time mude-mude dulu eheh)
habis tertekan kot time tu sampai post pasal ni
traffic yang saya tunjuk diatas tu peringkat domestik je
ade sekali tu orang dari hurghada uganda ke mane entah sampai kat blog saya sebab cari pasal ni
manchester united pon ade weh hoho
(ohcee konon la nak cakap blog ni dah femes di mata dunia)

kepada mereka yang sampai kat blog ini
ambil yang mana bermanfaat
yang part tuan blog membebel tensi/tensyen depresi/depresion tu buat tak nampak jela :p

Nilai, Negeri Sembilan arrived from google.com.my on "...Something to share..." by searching for www.akmainsyirah.blogspot.com.

~traffic itu... :)

cuti yang tak macam cuti

weekend
hujung minggu yang bukan hujung minggu
(sebab cuti sekolah sekarang hari khamis dan jumaat)
hari cuti yang tak macam cuti
lagi takde kat rumah 
lagi sibuk dari hari sekolah
lagi entah-buat-kepebenda tak tau laa
yang sure nye penat okey
boleh depresi tensi neh

tiap-tiap minggu pon mahu kuiz
kuiz sane kuiz sini
soalan situ soalan sini
exam itu ujian ini
dan ternampak ayat kat fb
"bila la minggu yang takde exam"
saya ingat saya sorang je fikir macam tu huhu

basic pathology dah say bye bye
dah nak masuk systemic dah
parasite dah nak masuk protozoa
pharmacology dah nak khatam buku satu
microbiology dah tak sabar nak cerita pasal bacteria-segala-yang-ado-dimuka bumi

dalam diam daku memendam rasa gak neh(??)
tengah sabar je ni
sampai luah kat kucing tepi jalan on the way nak pegi kelas
"kucing,tau tak orang tengah penat ni.anda penat tak??"
(owh ye.kucing musim winter memang kembang-kembang ea sume)

ammar mucid,rindu kamu.dah besar ke sekarang??makin bulat??kuat nanges lagi tak?ABC dah pandai sampai huruf ape??
emm
suatu hari nanti kamu akan berterima kasih dekat semua perkara yang menekan tertekan ditekan kat atas tu.

~dah mule laa tu masuk mood "rindu-sudaa-rumah-terchenta-beserta orang-orang rumah sekali"
~kat "sepit baju warna biru" tu dah penuh dengan what-to-do list yang dah jadi err...what to say huhu.


Friday, December 2, 2011

...traffic light...

kadang-kadang boleh tergelak sorang-sorang bila tengok traffic feed ni

Malaysia arrived from google.com.my on "...Something to share...: selamat tinggal lipas" by searching for lipas dalam mesin basuh.


Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan arrived from google.com.my on "...Something to share...: -tajuk terserah pada anda-" by searching for rumah kambing sebelah.

Malaysia arrived from google.com.my on "...Something to share...: cikgu." by searching for cubitan cikgu cantik.



kesian mereka.nak cari mende lain,tapi yang keluar link blog saya.adoyai post saya yang mane cerita pasal lipas dalam mesin basuh tak tahu laa.

~sesuatu yang amat bermakna apabila diri tahu ada yang sedang menyokong tika sedang menghadapi waktu yang kritikal a.k.a kesibukan yang melampau a.k.a depression overdose.kamu kene tabah!


...nampak je kecik tapi...

dulu masa kecik-kecik mak cakap
"keluar rumah tu pakai selipar,nanti cacing masuk dalam kaki baru tau"
"tapi cacing tu besar.macam mana nak masuk dalam kaki?mane ade lubang kat kaki??biar betul mak neh"(menjawab dalam hati)

mula-mula masa belajar parasitology,terfikir dakusejenak(ohcee kunun ayat novel) kenapa ye dalam dunia ni ade parasit??padahal parasit tu tak bagi pape pekdah pon kat kome.buat naye lagi ade kan.so why??kenapa Allah ciptakan parasit??

maka apabila ade persoalan,haruslah ada jawapannya.mana dapat jawapan?google ke??apa guna akal yang diberi kalau bukan untuk berfikir kan.maka berikut adalah skema jawapan yang saya rasa bersesuaian:

-setiap apa yang Allah jadikan,adalah bukan sia-sia.mungkin parasit tidak membawa faedah kepada manusia tetapi membawa faedah kepada makhluk lain yang kita tak tahu.mungkin parasit ni ade fungsi lain ke kan??tapi name parasit-cause harm to the host.itu kalau die duduk dalam host.kalau die tak duduk dalam host mungkin die ade keje lain yang kita tak tahu(ayat macam nak back up parasit)

-kat dalam buku ni tulis,antara salah satu cara nak mengelak kene jangkitan parasit ini ialah dengan MENJAGA KEBERSIHAN tak kisah lah sama ada kebersihan diri,keluarga,rumah dan juga sekeliling(kene masak air,tak boleh makan daging mentah,pakcik petani pon dinasihatkan untuk pakai shoes n glove kalau nak bertani.siput pon jadi mangsa sebab kene buat snail control huhu)setiap prevention mesti ade tulis health education kan?maknenye memang kene ambil berat pasal kebersihan.so,kalau tiada parasit,tiada lah manusia itu ambil berat pasal kebersihan.(dah macam hipotesis lak ni)

-hikmah larangan Allah untuk tidak makan apa yang telah diharamkan.contohnya babi(contoh okey bukan nak mencarut)kita ambil taenia solium.*intermediate host die ni ialah pig.maknanya,seseorang itu akan dapat parasit taenia solium ni kalau makan binatang kat atas tadi.memang laa kalau makan ikan bolty(talapia)pon dapat parasit heterophyes.TAPI taenia solium ni adalah more serious parasite tau tak.

tadaa!!ni bukan spagheti ke mi hailam ke mende.ni la encik taenia solium tu.siyes ke real ni??bapak panjanggg.gambar real die la kot ni.takde mase nak edit gambar cacing

ni pulak gambar die posing baek punye under microscope.ni tang kepala die.

-lagi satu contoh parasit yang bernama trichinella spiralis.haa yang ni pon manusia akan get infected kalau eating improperly cooked(even properly cooked pon buatla masak kari ke,kicap ke tak lalu ceq nak makan) infected pork containing encysted larvae(ade larvae parasit ni dalam binatang diatas).DAN kat page 75 dalam buku clinical parasitology by faculty of medicine cairo university menyatakan bahawa pork roasts cooked in microwave ovens DOES NOT kill the larvae(larvae kepada trichinella spiralis-nama nak panjang-panjang je parasit neh)haa hang masak laa dalam oven lama mana hingga suhu berapa pon tak mau nye der mati mende parasit tu.lagi mau makan ke binatang tersebut??

trichinella spiralis.yang biji-biji dalam badan die tu mungkin uterus filled with larvae

-apabila ada parasit,maka ada subjek parasitology.kalau tak de subjek ni abeslaa sume cacing dalam perut kita panggil cacing kerawit padahal dorang ade identiti sendiri okey.dan ada nama masing-masing yang sangat laa panjang.contoh ea: dracunculus medinensis,wuchereria bancrofti,trichostrongylus colubriformis.udah la ye 3 contoh.penat nak menaip name sekor-sekor ni haa.

cubaan menarik dracunculus medinensis dari kaki seseorang.

cacing kerawit kah??yang ni bernama trichostrongylus culubriformis.nama pendek culub(suke-suke je bagi nama samaran kat cacing)okey ni gambar cacing yang last.abes laa lepas ni takde orang nak pergi kat blog neh sebab banyak cacing huhu

maka setakat ni sahajalah pendapat saya tentang kenapa ada parasit dan kenapa ada subjek parasit.bukan nak menafikan ciptaan Allah,tapi untuk kita berfikir tentang hikmah disebalik ciptaanNya.kan kan??sape ade pendapat lain sila komen :)

owh ye.ade parasit yang masuk dalam badan manusia by penetrating skin.maka percayalah kata mak anda yang cacing akan masuk dalam kaki kalau tak pakai selipar.macam mane mak kita tahu??haa tanyelah mak anda sendiri.(nasib baik saya anak yang mendengar kata.maka keluar rumah memang pakai selipar.cewah puji diri sendiri lak)

~esok ade petting show di suatu tempat.aaa mesti best dapat tengok haiwan berbulu yang comel!!!tak pela.saya tengok makhluk panjang(cacing) jela kat sini huhu
~abah dah bagi green light nak meminang encik Samsung Galaxy S2 haha.tak pe abah,tengah kumpul duit laa ni.tapi ingat mampu pinang yang S Plus jela.how??


Thursday, November 24, 2011

(adoi susah laa fikir tajuk)

alamak
banyaknyee laa hutang post
hari tu janji nak cite pasal raye haji
tapi laa ni sampai sekarang tak de post nye
sory dory strawberry
hari tu internet memang down(dengan tuan blog skali down huh)
dan sekarang macam sangat laa sibuknye
(rasa macam dah houseman dah neh huhu)
setiap minggu ade test pharmacology
yang paling latest ade test pathology
dan yang paling dahsyat ade 144 mukesurat-yang-sangat-banyak-tulisan-perkataan-ayat-term fuh
kesimpulannya sangat banyak laaaa

cerita mesir
setakat ni,kami disini alhamdulillah selamat tanpa ada sebarang gangguan.cuma kadang-kadang balik kelas dengan mata dan hidung berair sebab terharu dengan lecturer kami yang sangat rajin mengajar kami(pathology sampai tak terkira berapa mukesurat)okey tipu.berair sebab kesan gas pemedih mata.memang yang kritikal sekarang ni di tahrir tapi nak cakap kuatnya gas tu sampai kitorang pon rasa.

cerita visa
selalunya tiap tahun mesti macam-macam cerita pasal buat visa.(cerita pejabat visa bukak lambat,makcik tu tak nak buat visa,borang ditolak,kene marah,kene bebel,tak cukup cop,nak cop kat gambar.tak cukup ciri nak jadi rakyat sementara mesir..erkk)tapi hari tu alhamdulillah tiada masalah.makcik tu malas nak gaduh kot sebab kami dah tahun 3.berani buli tahun 3??huh

cerita winter
dah winter sekarang(maka keje asek nak makan je)harap maklum.

~orang ramai dah plan nak lari pergi keluar dari mesir dan saya??errr menjelajah di dalam rumah mungkin.tak rasa nak pergi mana-mana lak tahun ni(ohcee ye ye je)


~mintak maaf la ye kamu.lama tak update blog ni haa.entah berapa jenis trematoda,cestoda,nematoda(sume ni jenis parasit) dah membiak kat sini tak tahu laa huhu

Tuesday, November 8, 2011

...salam aidiladha dari perantauan...

salam aidiladha :)
okey nak cakap tu je
cerita panjang sekali dengan gambar,hari lain okey
sebab internet tengah sakit-sakit
mungkin 'terkejut' kot tengok kambing kene sembelih

~sedih pulak rase bila tengok kandang kambing sebelah rumah dah takde.tiada lagi kambing yang menyambutku pulang dari kelas lepas ni *sob sob*
~menge'post' sambil berharap dengan penuh keazaman lagi tekad yang post ini berjaya dipublishkan dengan kekuatan internet 'jumpe' yang tak seberapa kuat lagi slow macam ming-ming(my kura-kura)

Saturday, October 29, 2011

...gram-negative...

kalau sedih kat orang,boleh lepas kat sape-sape
kalau sedih dengan internet,harus ke lepas kat pakcik kerje kat centre internet??argghhh
ikot kome la tenet.buat la hal sendiri
saya MEMANG bayar internet untuk tengok status 'no internet access'
huh.
okey selesai sesi lepas geram
(err..lepas sedih sebenarnya.sedih tau bila nak kol rumah,internet lak buat hal.haisy dah tak nak ingat part sedih tu.segan pon ade sebab tercakap "r______c__nak_____s  haha.biarlah rahsia)

kamu mesti kuat macam biskut tiger biskuat yeah!!
credit to adam harith.muka penuh keazaman tuuu.patutnye tambah efek ade api kat mata,telinga ade asap,rambut kasi pacak sikit..erkk macam goku la pulak kalu gitu

~gram-negative bukan bermaksud -1gram.bukan membawa maksud unit untuk jisim atau berat.tetapi adalah jenis bakteria yang di'stain' oleh gram's stain.negative-gram maksudnye red staining.kalau positive-gram pulak warna ape??haa sape nak teka...
~"microbiology is study about bacteria,virus of fungi.you shouldn't eat or drink in microbiology laboratory because there's might be any bacteria on the table or everywhere in this lab..."errkk tapi saya dah makan separuh roti,dah minum separuh air kotak apple,sempat habiskan sebiji gula-gula dan beberapa biji coklat dalam lab tadi.how??
(haiyyo budak ni masuk lab keje makan ke ape??)<<ni kes tak sempat breakfirst laaaa.sekali dengan lunch hehe

Friday, October 21, 2011

-tajuk terserah pada anda-

tak sedar dah 3 minggu masuk tahun 3.rasa macam baru je naik flight mas pakai kot jpa(time tu bajet nak pergi conference sebab pakai kot bagai)

mari kenal ubat dengan pharmacology
study of drug.
setakat ni baru habis introduction.so setakat nama ubat yang dah saya dah jumpa seperti tetracyclin,digoxin,metoclopramide,barbiturates,chlorpromazine,propranolol,atenolol,nadolol,morphine,nitroglycerine
errr nak kene tulis lagi ke??tak yah la kot.kang terbuat buku teks pharma edisi ke 2 lak.baru INTRODUCTION ni

kaji penyakit dengan pathology
study of disease.
kire macam sambungan kepada subjek histology.tapi tahun ni belajar tentang abnormal tissue lak.haa pandai-pandai la kome nak kenal tu appendicitis ke,liver cirrhosis ke,thrombosis ke.maka haruslah ambil tuisyen tambahan untuk subjek ini.macam nak upsr lak ea de tuisyen.

main cacing dengan parasitology
haha over betul tajuk.mana ada main cacing pon.tengok bawah mikroskop je.tu pon dorang berada dalam keadaan statik,tak bergerak.saya nak tengok dia gerak-gerak.parasit bukan pasal cacing je.pasal nyamuk ada,lalat pon ada.setakat ni dah kenal dengan fashiola,paragonimus,heterophyes,schistosoma,taenia saginata,taenia solium dan diphyllobothrium latum serta mak long nya diphyllobothrium mansoni.cuba sebut nama-nama itu dengan jelas dan pantas.

benda kenit dalam microbiology
jumpa virus,bacteria dan sebagainya yang memang tak nampak dengan mata kasar tapi boleh nampak dengan mata hati.errkk...lepas belajar microb terus rasa macam dikelilingi oleh bacteria dan virus walau di mana-mana.dan hand sanitizers(macam ni ke eja dia)dettol tu dah nak abes sebotol.perghh menjaga kebersihan sungguh!

4 subjects for this year.pray for me :)

kambing sebelah rumah
masa kecil,kalau pergi kawasan kampung suka sangat tengok pondok kambing yang didiami oleh kambing-kambing(dah name pondok kambing)suka tengok sebab macam comel je kambing duduk dalam tu ramai-ramai.dan bila sebelah bangunan rumah dibuat kandang kambing,serius rasa macam duduk dekat desa(cewah ayat).tapi yang pelik nya,bila pagi kambingnye tak de.lengang je kandang tu.bila balik rumah petang-petang,ade pulak bahagia je kambing tu duduk dalam kandang.persoalannya di manakah kambing itu pergi pada waktu pagi?tidur kat rumah tuan kambing kah??errr...pe kes tiba masuk bab kambing

syukran awiy yayasan pahang!! ~nampak tak selipar comel warna biru tu.hehe.owh tapi bukan selipar ammar mursyid ea

~siyes termotivated dengan cerita kene 'halau' kelas tutor hehe :)

Thursday, October 20, 2011

...memberi dan menerima...

perihal kelas mengaji

"kamu ni dahla datang lambat,tak bawa buku nota pula tu"
syeikh yang ajar mengaji menegurku dengan lemah lembut.tak perlu nak tinggi suara,tak perlu nak marah.tak de nak post dalam fb>> "ni haa ade orang datang mengaji lambat lepas tu tak bawa buku".owh tak perlu semua tu.cukup satu ayat yang penuh halus,dalam nada lemah lembut.nampak tak??

dan saya,sedar diri sememangnya saya yang salah.rumah jauh dengan tempat mengaji bukan satu alasan.terlupa bawa buku nota bukan satu jawapan bernas.maka,terima teguran syeikh dengan hati terbuka sebab memang diri ini buat salah dan harus ditegur.tipu kalau cakap hati ini tak tersentuh langsung.

"ek ele perempuan neh,tegur sikit pon nak terasa"
"cakap mende betul pon nak melenting"
"komen pasal tu je pon nak post kat blog"<<errr

TAPI
jujurnya.sikit pon saya tak sakit hati dengan teguran tu.secuit pon tak de rasa marah.sebab memang tahu salah sendiri.saya terima teguran itu sebagai peringatan supaya tak akan melakukan perkara yang sama untuk kali kedua.

SEBAB
teguran syeikh itu ada benarnya.syeikh menegur saya setelah bertanya"kenapa kamu lewat.kamu tinggal di mana?"siasat dulu sebelum membuat kesimpulan.observed dahulu perkara sebenar sebelum membuat hypothesis.kaji dulu apa yang tersembunyi sebelum membuat diagnosis.nampak tak apa yang saya nak cuba sampaikan?

abah saya tegur saya dengan penuh lemah lembut.bukan marah tak tentu hala.tanya dahulu apa masalah.kalau memang anak dia ni yang salah,maka memang harus terima hukuman.itupun kalau kesalahan kecil,abah maafkan begitu sahaja tanpa perlu anaknya ini minta maaf pada hari raya(hadoi hari raya je ke mintak maaf??)dan boleh kira berapa kali abah marah,sebab abah sangat penyabar.lelaki ini yang saya sangat hormat dan sayang!

OLEH ITU
sebenarnya kaum hawa ini bukanlah makhluk yang amat laa susah nak terima teguran.teguran itu perlu,untuk menjadi yang lebih baik,dan orang yang menegur itu penting kerana itu tanda masih ada yang prihatin.sebab rasanye saya tak pernah lagi kene tegur macam ni"ko ni rajin sangat la.cuba malas sikit" tapi selalunya macam ni"jangan la malas sangat,cube rajin sikit"see,teguran sepatutnya membawa ke arah positif.okey tiba-tiba rasa ayat sangat serius.

KENAPA
tiba-tiba post pasal ini??sebab terkenangkan teguran syeikh yang saya rasa caranya kena dan tepat,maka hari ini saya datang kelas mengaji dengan tekad tak nak lambat dan sempat memasukkan buku nota dalam bek kecil adidas(beg sadida biru dah ade partner sekarang hehe)dan saya rasa saya AKAN INGAT teguran ni sampai bila-bila

JUJURNYA
apabila ade orang yang menegur saya,insyaAllah saya boleh terima.kalau menegur dengan cara kurang kena,saya terima jugak.tapi secara gradually and in long time(dah macam chronic inflammation je).tapi kalau kena gaya,saya boleh terima secara rapid onset in short time(ni pulak dah macam acute inflammation).saya manusia biasa okey.

MAAF,DAN MAAFKANLAH
maka kepada insan bergelar adam,kami tak marah kalau kene tegur(err kalau ade pon marah sekejap je kot)kecil hati itu normal(huhu).dan kepada kaum hawa,kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan sehingga mendapat teguran.well,kadang-kadang orang tegur baru kita sedar,kan??

CUMA
saya rasa teknik teguran itu perlu tepat.tak perlu bahasa bunga-bunga pon(kang tak paham pulak).nada yang sesuai mungkin perlu,dan ayat yang tiada unsur perli mungkin sesuai.menegur bukan dengan emosi(nak lepas marah),tapi dengan hati(menegur untuk kebaikan bersama).dan terima teguran,bukan dengan egois(aku tak nak terima sebab dia tu sape nak tegur aku),tetapi dengan rasional(betullah tu die tegur sebab memang salah)


kalau saya salah,tegurlah saya.dengan BERHIKMAH

~kene bersedia untuk menerima teguran secara kasar(kene marah)dari sekarang.tapi kalau kena face to face,better kot dari kene kat FB.at least tak dela satu dunia tahu.ya dak??ke macam mane...

 yang seorang perlu memahami,yang seorang lagi perlu mengerti...err dalam maksudnye ni huhu


Wednesday, October 12, 2011

anak ummi abah

aasif giddan sebab lama(err lama ke??) tak update blog.bukan ape banyak perkara yang utama yang perlu diselesaikan dulu.dengan kelas nye dari awal pagi(ayam pon tak bangun lagi tau kami dah meredah jalan nak pegi sekolah kasr el-aini)dan pulang ke rumah lewat petang(itik dah lama sampai reban,kitorang tak sampai rumah lagi<<konon nak cakap balik lambat heh)

p/s : sejak belajar parasitology,semua binatang jadi mangsa keadaan ku.sebab tu ayam itik pon jadi mangsa

makan pagi pukul 12(tu pon kalau ade gap between kelas)
menu breakfast:roti coklat atau coklat snickers atau air kotak susu coklat
(bukan melantak semua menu diatas,tapi makan salah 1daripada menu tersebut.ulang lagi sekali,salah satu SAHAJA)
menu tengahhari adalah air mineral je
(haha macam sengsara je hidup ku ini)
dan makan malam sahaja yang proper sikit
err maksud proper tu ialah ada nasi,lauk,dan air
(makanan seimbang,mungkin??)
maka bila buat rumusan : saya makan sekali sehari

p/s : don't try this at your university okey.saya buat takpe.kamu tak boleh buat.errr please never and ever tell this to my mom hehe(jangan bagitau mak saya ye.nanti saya kena marah<<ayat time tadika bila buat salah)

itulah serba sedikit mukadimah sejak masuk tahun 3 ni.
subjek baru??best,mencabar,macam banyak.em lain post mungkin kite cerita panjang bab ni(ohcee konon macam ramai je nak dengar cerita kome tu)

balik rumah tadi,tergerak hati nak bukak laptop,dan terautomatically tersign in skype.terus receive video call dari abah.risau mungkin bila dengar berita tentang kejadian di mesir baru ini yang mengorbankan 24 nyawa.(sempat baca tajuk je.punye la tak sempat nak ambil tahu berita dunia.entah ape laa yang tuan blog buat sampai sibuk macam ni)

"baru ni anniversary ummi dengan abah"
"oyeke.yang ke 21 la kan??"
"eh umur kaklong sekarang ke tahun depan 20??"
"sekarang 20 la abah"
(nak je jawab tahun depan baru 20.owh ayat tak boleh terima hakikat itu huhu)
"owh boleh mengundi la tahun depan"
"kahwin pon boleh abah hoho "
tiba-tiba abah dengan ummi gelak.ops!terlepas cakap pulak.ingat ayat tu keluar dalam hati je haha.anak sapaaa la neh.wow saya nak belajar lagi okey!!myvi pon tak dapat lagi neh.


happy anniversary ummi abah!!~baru perasan abah sangat stylo sebelah meriam neh hehe

haisy kacau daun betul dak sorang neh.nak jugak tu masuk gambar

saya anak ummi abah :)

~kepada yang menjengah blog ini banyak kali tapi blog ini tidak diupdate,maafkan saya :)

Sunday, October 2, 2011

1st day


hari pertama kelas,
pharmacology(study of drug)
malam before kelas tu saya dah buat 'practical' kelas pharma
dengan menguji ubat selsema noni
(bukan ubat jenama noni,tapi diberi oleh noni)
selsema hilang
tapi sakit kepala sampai ke subuh sampai kelas sampai balik rumah semula
(akhirnya hilang setelah masak pengat pisang hehe)
errkk adakah noni salah prescribe??
atau selsema tu yang menyebabkan headache??
mintak jauh daripada segala penyakit.amiin

~pharmacology best!!macam business math hehe(ayat macam pernah ambek business math je)
~akak senior ingat saya junior tahun 1.maknenye ape ek??ape ea??hoho :D

Saturday, October 1, 2011

melaka mempesona...

balik dari majlis pertunangan abang long hari tu,terus jalan-jalan sekitar melaka darul _ _ _ _ _ _(sila isi tempat kosong).bab jalan-jalan ni memang tak penat ea.kalau suruh keluar beli sayur petola bukan main banyak alasan nye huh.isy isy anak sapaaa la neh.

tau tau dah ade kat kayangan.ohcee atas langit laa sangat.pemandangan dari menara taming sari.gayat??no way mannn.tak tinggi langsung eheh(ayat siyes berlagak)

haa ni bukti kitorang(me and my cousin)panjat menara taming sari neh.tak la mahal sangat.tapi ade orang tu tak puas hati sebab sekejap sangat naik mende neh.dalam 5 minit je tak sempat nak berangan konon makan kat restoren berputar menara KL(sebab menara ni pon berputar juga)

haa inilah benda yang akan membawa anda terbang tinggi.errr takde la tinggi sangat.kire okeylah

dah pernah naik kapal tu hehe.sape rasa nak naik titanic boleh laa naik mende tu

lepas naik menara taming sari,kitorang naik kereta kecik ni pulak...err memang tak kan laa.tapi macam best je tengok dorang main mende neh.kalau buat impak maksima gune kerete neh agak-agak mencabar tak??

ini adalah tinggalan sejarah tembok err kubu errr....tanya orang melaka la ea huhu

yang penting dapat pergi tepi pantai hoho(muke excited sebab dah lama tak pergi tengok laut)

~tajuk macam nak buat promosi tahun melawat melaka je.hope next year dapat pergi melaka lagi jalan-jalan hehe(dah wat plan tu)
~nak upload banyak gambar lagi tapi bila upload gambar je die jadi stuck.apasal ek


Sunday, September 25, 2011

selamat tinggal lipas

hari ni rasa macam surirumah tangga sepenuh masa yang baru sahaja masuk ke rumah baru dan harus mengemas rumah serta menghalau segala benda asing yang ade :

-debu(haruslah dah expect debu tebal 5 inci)
-lipas(mujur tak banyak sangat.setakat anak die tu boleh la tabah lagi)
-tahi cicak(haa yang ni musykil datang dari mana sebab tak pernah lak nampak cicak)

baru kemas bilik(padahal bukan menyeluruh pon)dah rasa penat yang amat sangat
dan tiba-tiba rasa... I nak orang gajiiiiiiii.tak kireeee
dan sekarang rasa sangat lapar sebab tu membebel kat blog huhu
(pagi tadi makan kuih raya+maruku+air masak je *sobsob*)
okey sampai sini je dulu.pakaian dalam mesin basuh dah memanggil untuk dijemur

~cemong,jangan sakit-sakit ea.semoga cepat sembuh.banyakkan makan.err dan bersenam sekali(buat ayat macam laa cemong boleh baca mende ni haha)
~unik jugak sepit kain warna biru ni :)

Thursday, September 22, 2011

kutinggalkan dikau...

okey semua orang malaysia,
cepat cakap selamat tinggal kat saya
sekali dengan ucapan baliklah lagi tahun depan haha...

dah dah jangan nak buat drama lak pagi-pagi neh
orang rase first time kot flight 3 petang mcm neh.selalunye tengah malam tak pon pagi bute.haila macam mane nak cover muke sedih neh siang-siang haha(pernah ke wat muke sedih kat airport??huh)
tak sempat nak wat sedih mesti ade yang menggembirakan
hehe...*wink wink*

tibe-tibe nak balik ni rasa macam complicated
bukan relationship complicated okey
tapi emosi dalaman yang complicated
kejap rase nak sampai egypt cepat-cepat
kejap tak nak balik
masalahhhh...
okey buat-buat feelingless cepat

okey then,see you from egypt(pe punye ayat neh)
dan beg adidas
nampaknya ku terpaksa
tinggalkan dikau huhu....
(err beg adidas je ke??yang lain??haha)

~terkena sindrom malas-nak-balek.berjangkit dari sape la neh huhu :)

Tuesday, September 20, 2011

bertunang sudah...

sebelum melodi terjah blog I neh,baik bagitau awal-awal yang bukan saya yang bertunang ye.post yang sebelum ni memang pasal bertunang.tapi saje nak bagi saspen so tak sebut sape yang bertunang.tapi yang penting bukan saya.sepupu saya.saya tukang ambik gambar je :p

haa ni la orang yang nak bertunang tu.sekali dengan barang hantarannya.tapi tak berape nak siap lagi time ni.buah tak isi dalam bakul lagi.kalau letak awal-awal buah buahan dalam bakul tu confirm lesap.bukan sebab layu atau dimakan ulat tapi sebab kene makan oleh pihak tertentu huahua.dulang yang kosong tu untuk cincin

my abah sebagai wakil dan jurucakap bagi pihak lelaki.cayalah abah.dah macam tok ketua pon ade jugak neh haha.abah cakap straight je,tak payah nak pantun-pantun.so tak dapatlah tengok abah berjual beli pantun huhu

saat cincim disarungkan...cewah saya lak yang berie nervous.pe kes??anyway saya sempat tengok cincin die.kecik je.so jangan risau la ye tuan punye blog.ade je cincin bersize jari kamu hahaha(tuan blog risau takut takde cincin size die,takut kene pakai cincin gula-gula je)

bertunanglah kamu.yang penting mende ni orang harus dapat haha.boleh tak nanti time orang bertunang,orang nak sume dulang tu coklat jee..boleh tak??

3 gambar je la ek.malas nak tunggu gambar ni diupload.menguji kesabaran dan ketabahan yang tinggi.luggage tak kemas lagi neh.(sambil memandang bilik yang dah macam gudang barang dan makanan)

~macam best tengok orang lain bertunang...haha apakah??sudah-sudah.kembali ke jalan yang lurusss
~klia,tolong laa buat-buat tak nampak je berat luggage saya berape.tolong laaa.tolong laa


Monday, September 19, 2011

selesai majlis pertunangan...

alhamdulillah...
selesai majlis pertunangan...
tak payah nak pantun-pantun,
tak perlu nak syair bersajak bagai
cakap je nak
jawab je setuju
abes cite huahua

dekat je muar dengan melaka rupenye
pahang dengan melaka pon takde laa jauh sangat
temerloh-tampin 2 jam lebih je pon
haha tibe

~gambar akan diupdate esok,atau luse,atau tulat,atau blabla....bapak pemalas tuan blog neh.maafkanlah die ek

Wednesday, September 14, 2011

tengok,saya update lagi sekali

ammar mursyid dah besar!!!

alamak ape kes ambek-ambek gambar orang time macam ni neh??~muke baru lepas paksa rela kene mandi

 
owh nak masok blog ke.okey-okey saya senyum lebar-lebar biar nampak semua gigi

lepas mandi dah wangi dah hensem and smart-smart kite menjelajah satu rumah ye
 
owh alas kaki bentuk kaki ni macam menarik~ammar pantang nampak mende asek nak masuk mulut je tanpa mengira rupa paras mahupun rasa benda tersebut

hoho comotnye kamu!!sape buat ni??

okeylah u ollzz.I penat dah.tido dulu ek walaupun siang lagi

owh lepas cabut huruf 'k' kat laptop saya,buat 'enter' jadi keras,makan keychain kayu saya,kamu tidur dengan bahagia ye ammar mursyid

adam haris pon dah besar.tak men la lari-lari neh.kite main congkak baru nampak matang.perghh budak-budak zaman sekarang memang cepat matang ke

yang ni si kecil hasya safwa.errr yang peace tu die buat sendiri okey

~i will miss them bila balik egypt nanti.dan noni pon akan tensyen bila ade orang bising-bising"rindunyee kat ammar mursyid" huhu...
~selamat ke tak nak balik egypt neh??apepun,doakan yang terbaik buat mesir dan penduduknya.

kiwi:bukan pengilat kasut

hari tu...tak ingat hari ape.kami sekeluarga(teratak kami)pergi makan-makan kat restoren nama kiwi.

 pika selaku ketua rumah merangkap ketua unit promosi kiwi haha.

fatin,senyum ayu hehe(abeslaa kene dengan die pas neh)

noni,bersama tisu kiwi

tetamu undangan,nisa' ex-housemate time first year.eh ni pe kes sume orang macam nak promote restoren je neh??

kiwi
 
 kiwi 

dan kiwi lagi

teh o ais lemon

err..ni air pe ek korang??vanilla shake ea.tapi bez air neh

ini spagheti...aaa tak gheti laa nak nyebut name nye.

ini pon spagheti-namenye-panjang yang nampak sama dengan kat atas tapi tak sama rasa

okey siyes memang menu yang berlainan tapi rupe sama.adik beradik tiri kot spagheti neh

haa yang ni sah sah la spesies lain dari menu kat atas tu.bertingkat-tingkat sandwich nye.sabor jela nak menghabiskan(at the end tak habes pon,kami seludup makanan ni keluar dari restoren before balik)

dan harganya...hehe cite belakang.

ni lagi sorang promote kiwi.errkk siyes kalau nak dating tak mau makan western food.tak retiiiii

"macam pernah tengok kan lambang restoren kiwi ni.tapi kat mane ek"
"tulah.macam familiar"
"macam bese tengok"
"ni bukan ke lambang kat pengilat kasut kiwi tu??"
"errrrrrrr"

~tempat yang eksklusif.sesuai la nak minum coffe latte sambil berbincang hal business.cewah.bukan cappucino je yang orang tau.latte pon orang tau
~balik dari restoren,masih mencari nasi...apakah??