Pages

Tuesday, December 28, 2010

...keakhwatan...

sebenarnya nak komen pasal isu semasa yang terhangat di pasaran sekarang ni
isu musyrif atau isu akhawat kene kacau
sekarang ni macam makin menjadi-jadi je akhawat kene kacau
dan ini menyebabkan orang pon tak berani dah jalan sorang2 dengan hanya ditemani beg 'sadida' huhu...maka berjalanlah kami secara berjemaah
lagipun kalau orang jalan sorang,take time bila nak melintas jalan
tunggu jalan tu betul2 clean n clear dengan kenderaan baru berani lintas
dan kalau jalan dengan noni memang macam fear factor la.die main redah je jalan tuuu....sabar jela dengan hang noni oiii
eh dah tersimpang cite lak...cite pe tadi kita ek??haa ni.akhawat kene kacau...maka kepada semua akhawat dan diri sendiri,kalau nak jalan malam tu ambeklah musyrif.jadual musyrif ade kan kat rumah.jangan wat origami lak jadual musyrif tu...
dan lagi satu jangan laa jalan sorang2 even time tu tengahari dan matahari terpacak atas kepala..aaa..tapi kalau siang jalan sorang secara pecut 80km/h tak pe kan??kan??hehe...

p/s :nampaknye nak kene belajar taekwondo dari athiah ni...tulaa dulu belajar silat tak abes.kalau tak memang dah bukak kuda2 sekali dengan naga2 dah dengan dak2 arab neh.

~saya belajar dari kesilapan.tak mahu dah jalan malam sorang2...terima kasih kepada yang prihatin
~saya suka ade orang panggil saya doktor.it give me high motivation u know :)

keakhwatan adalah tajuk buku yang sedang dibaca sekarang.insyaAllah ada masa saya akan share kat post akan datang.syukran to k.sya yang bagi pinjam buku ni...

Sunday, December 26, 2010

...pendapatan...

bulan depan tuan rumah mintak duit untuk bil
maknanya kene bayar lebih bulan depan
plus duit dapur pun kene tambah
maknanya next month perbelanjaan makin bertambah....

tu baru duit rumah
nak bayar duit kereta lagi
yuran astro lagi
nak bawak family pergi jalan2 lagi
nak bawak adik2 pergi shopping lagi
owh duit duit...

okey yang second paragraph itu ilusi semata....tapi abah dah cakap awal2 yang kereta persona kat rumah tu saya yang sambung bayar bila dah keje nanti..erkk..alamak abah.pendapatan tak seberapa lagi time tu.terpaksa la pakai kancil je time houseman nanti huhu.okey gak tu pakai kancil je.senang nak pecut 120 km/h kalau-kalau oncall tiba-tiba ke kan...ke ade yang nak sponsor kereta time saya keje nanti??haha...berfikiran jauh jugak saya ni rupenye...

yeah..dok berangan je..eh bukan berangan laa.memikirkan masa hadapan.untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan,saya harus mempunyai kerjaya.maka untuk itu saya harus berjaya.jadi,silalah tinggalkan laptop anda dan dengan segala hormatnya jemput ke meja study anda sekarang!!~baeeeekkkkk

p/s :sila ikhlaskan niat anda nak jadi doktor.bukan nak jadi doktor sebab nak kaya.buat bisnes via internet pun boleh jadi kaya,tak perlu kerja 24 jam,hanya duduk rumah tunggu income masuk,tiada oncall,cuti bila2 masa.habis tu kenape nak jadi doktor??sebab saya nak menjana pendapatan sederhana di dunia dan membeli saham untuk akhirat :)

~saje nak hilangkan ngantuk kejap...
~alhamdulillah,jumpa pun mefenamic acid kat mesir ni...tak perlu risau dah kalau stok habis huhu...

Saturday, December 25, 2010

...JKKK...

ape korang nak buat kalau tiba2 ade orang yang tidak dikenali datang ke rumah
tanpa dijemput dia masuk
agak cuak disitu
kali ke dua dia datang
kami bukan nak menghalau
cuma tak nak menjemput masuk je
dan dia terus menerus tekan loceng rumah tu
sampai nak tercabut anak tekak loceng rumah
lalu kami terpaksa ambil keputusan
meminta bantuan dari jiran bawah
jadi saya rasa kita perlu mengadekan JKKK
jabatan keselamatan dan kebajikan kampung
betul ke singkatan dia JKKK??ke ade 4 K ek huhu...
rasa nak pasang sistem penggera keselamatan kat rumah
~ohcee bajet rumah sebesar mahligai Dato' Siti je...

~walau dimana kita berada,apa yang kita buat.kita memang sentiasa diperhati!!maka berdoalah sebelum keluar dan masuk rumah.insyaAllah kita akan sentiasa berada di bawah jagaanNya sepanjang masa setiap ketika.
~tawakal itu penting.namun usaha itu perlu :)

...matang...

matang
tak semestinye perlu nampak tua
tak semestinya perlu serius sahaja
tak semestinya perlu berusia
yang penting
matang dalam berfikir
matang dalam bertindak
ini pendapat saya
tidak perlu bangkang
tidak perlu sokong
tidak perlu pertikai
kerana saya tahu
anda juga mempunyai pendapat
dan pendapat kita berlainan
kalau sama pun
mungkin kerana kita sehati sejiwa...ahaha

oh ye
saya tak suke diperli
maka jangan memerli
saya tak suka ditegur
maka jangan menegur
begitukah yang sepatutnya??
saya rasa macam ada yang tidak kena disini...
memerli itu perlu
kerana ada orang tak boleh terima sesuatu directly
teguran itu harus
untuk memperbaiki kesalahan yang tidak disedari
tetapi,biarlah perli yang suam2 pedas~selalunya perli itu hot n spicy
biarlah teguran yang membina
bukan untuk memperlekeh
apatah lagi untuk menjatuhkan
dalam hal ini,kematangan dalam berfikir sangat penting

p/s :apasal post ni ayat macam matang je??orang rase post ni tak bez huhu...

~bagi saya anda matang...siapa anda??siapa2 sahaja yang rasa diri dia matang...
~dan kamu perlu matang sekarang!!jangan nak tunggu tahun 6 hoho...matang itu subjektif

Friday, December 24, 2010

...yang dicari...

alhamdulillah
dari petang sampai hampir malam
mencari
akhirnya berjumpa jua
dengan yang berkenan di hati
biarlah tak mahal mane pun
birlah tak segah DSLR
biarlah tak berape nak branded
yang penting fungsinye ade
nak beli yang mahal-mahal
saya ni pendapatan tak seberape lagi setakat ni huhu
em...bolehlaaa daripada takde langsung kan...
atas nasihat insan yang boleh dipercayai
dia cakap kalau nak save budget
BenQ tu okey je
saya pon sependapat dengan die..cewah
yelah,saya berkenan dengan canon yang comel tu
tapi harganya pon comel la jua
kita pandang dari jauh je la ek...
kamu belajar rajin2,dah keje nanti
nak beli 1 kedai dengan tuan kedai tu pon boleh
okey! :)

p/s :yang dicari biarlah simple,biarlah sederhana.yang penting berkenan di hati,menarik di mata sendiri...ek eh..ni ayat untuk pe ek...ape yang dicari??haha...anda fikirlah sendiri...

~saya dah beli kamu BenQ,hope kamu bekerjasama dengan baik ye sebab segala barang yang saya beli sendiri saya akan sayang sampai bila-bila sebagaimana saya sayang acer-saya-yang-setiap-2-jam-akan-restart-sendiri-ni...walaupun ramai yang menasihatkan ia harus dicampak ke dalam sungai nil.owh tidak sanggup saya...

...kehilangan...

hari ni terima 2 berita yang agak mengejutkan
ayah angkat kepada adik meninggal dunia
kerana brain damage and heart attack
al-fatihah buat beliau...
dan tadi jugak
baru perasan message kat inbox
seorang yang saya kenal
hanya melalui blog
telah meninggal dunia

pelik kan??saya tak berapa mengenali beliau
berjumpe dengan beliau pon tak pernah
hanya mengikuti cerita2 beliau
melalui blognya
tapi apabila mendapat berita tentang pemergiannya
air mata membasahi pipi.sebak.tak terkata.sedih
seorang pelajar medic yang disahkan menghidap kanser
menjalani hidupnya dengan penuh tabah.seriously sangat tabah!
sehingga berjaya menjadi seorang doktor
sangat malu,segan dengan beliau
diri yang sihat ini
andai ditimpa ujian yang sedikit
sudah ada rasa putus asa,give up

sepupu beliau,yang juga junior saya bercerita
proses pengebumian beliau berjalan dengan lancar
malah Allah permudahkan segalanya
Subhanallah...
Allah nak tunjuk
seseorang yang berbuat baik di dunia
di dunia lagi Allah balas kebaikannya...

dalam usia yang muda
menerima ujian yang begitu berat
namun tidak pernah menyalahkan takdir
tidak pernah menyesali apa yang terjadi
kerana beliau tahu dan yakin
segala perancangan Allah itu adalah yang terbaik
dan ada hikmahnya
dan setiap ujian itu,menunjukkan Allah sayang kepada hambaNya
sekali lagi diri sebak.tertampar dengan kesabaran beliau
al-fatihah buat beliau
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...

~agak sukar melepaskan insan2 yang kita sayang untuk pergi selamanya...namun itulah lumrah alam.setiap yang hidup pasti akan menemui kematian,termasuklah orang yang sedang menulis post ni...muhasabah di pagi jumaat
~syukran jazilan buat sarah yang bagi link beliau.insyaAllah memberi semangat kepada diri untuk meneruskan perjuangan dalam medic hingga ke akhirnya.saya nak jadi tabah macam beliau!!doakan....

...undi anda rahsia...

yeah..kawan2!!jom turun arma~cewah macam dok kat kayangan je kene turun2 neh
kite pergi mengundi
dah fikir belum nak undi bulan ke dacing??
eh eh..silap2..bawah umur lagi maa
undilah calon yang anda rasakan layak
dan boleh menjadi pemimpin
tapi rasenye calon ajkt perubatan ni sumenye mantap2 belaka
terbaik lah katekan!!
untuk presiden,saya menyokong.......rahsia
timbalan presiden,nak undi ....rahsia
haa korang.pangkah tau!!jangan pergi wat tanda right ke,tanda bintang ke,lukis goblet cell ke
kang tak pasal2 undi rosak pulak...kan dah kene buang kalau undi rosak tu

~soalan maha :ko nak tak jadi ajkt perubatan tahun depan...fuhh..orang rase tu pembunuh punye soklan(soklan killer).saya rasa nak jadi ajkn makanan pon belum tentu layak huhu...
~semangat ni nak pergi mengundi.maklumla,orang tak pernah pergi mengundi hehe....

Thursday, December 23, 2010

...jeles...

saya jeles okey!!
ingat saya tak pandai jeles ke??
ingat korang je boleh jeles
I pon nak jeles gak tau...
huhu....
okeyh.noni soh siap nak g kelas ustaz barbar

Wednesday, December 22, 2010

...kau dan aku...

lokasi :smka tahap
2004,form one

aku ditakdirkan duduk kat kelas 1 ibnu sina,dorm L.dan ditakdirkan menjadi penolong ketua kelas(PKK) dan bendahari dorm,agaknye muke aku ni memang muke amanah kot tu la asek kene jadi bendahari je..hakhak..riak lak...nak dijadikan cite,kami dak dorm L sangat anti-Dorm M.kalau anti-insulin tak pe gak.aku ni lagi la anti kat ketua dorm M tu.bajet bez je kan...dak dorm M ni lak suke sangat wat meeting kat kelas aku.meeting kat dalam dorm sudaahh...aku sebagai PKK yang berdedikasi perlu mengambil tindakan untuk membendung pekara ini..maka apabila aku menegur dak dorm M ni,secara rasmi nya sah la aku dan dia sebagai musuh of the year...whoaa..mengumpat2 tu takyah cakapla.aku mengumpat dia,dia memandang tajamku,aku pandang slack kat dia,dia mengata tentangku.pendek kata kami memang umpama tom and jerry.aku tom,sebab aku kecik dan cute.ko ambek jerry la ye haha...



aku tak berapa kenal sangat pon dia.tapi entah.tak suke la tengok dia.menyampah.dahlah kecoh.lagipon aku tak pernah pon tegur dia nak berbaik baik ke.kate musuh ketat.tak profesional la tegur musuh kan.so kami pon meneruskan kehidupan masing2 sebagai form 1 tanpa aku mengenali siapa dia yang sebenarnye...bila fikir balik,jahat gak ek aku time form 1 dok menyampah kat orang.bajet la aku ni baik sangat huahua...


Form 2
kami ditakdirkan untuk sama2 memikul amanah sebagai ketua pelajar (KP).form 2 hanya 6 orang sahaja yang dilantik sebagai KP termasuklah aku dan dia.ohcee nak bangga la sikit kan pergi perhimpunan pakai blazer...aku KP sekolah dan dia KP asrama.maka kami akan kerap bekerjasama.tambah lak,aku dengan dia jadi ketua siak,aku dan dia jugak jadi AJK pendidikan agama islam (PAI) atau nama lain BADAR.haisy,macam banyak gak pangkat aku time ni kan.gipang betol la hakhak...nak wat macam mane.dah dilantik.aku yang tak berape sempurna ni berusaha la memperbaiki diri untuk memegang amanah yang diberi.

pada suatu hari,sedang kami membersihkan kawasan surau(ketua siak berwibawa la katekan kahkah)kami berbual-bual.yeah the ice is broken!!baru aku kenal dia siapa,baru dia tahu aku macam mane.die dengan jujurnye meminta maaf sebab banyak mengumpat aku.aku pon mintak maaf gak la sebab banyak mengata dia.maka relationship bernama musuh pon bertukar menjadi sahabat.die okey.kelakar.paham aku.aku selalu ikut dia balik rumah.die jugak yang ajar aku tak pe balik asrama lebih dari pukul 6 petang(aku ni skema sikit huhu)

kami sering berkongsi cerita,makanan...dia ni memang selalu bawak makanan.boleh dikatakan tiap2 hari aku lepak dengan die.oh ye.lupe nak cakap.aku jadi penyelia dorm M dan dia penyelia dorm L.hambek ko.anti sangat dengan dorm M,tengok2 aku lak yang kene jage dorm tu...tu la orang cakap,tak kenal maka tak cinta.so lepas kami kenal tu,aku takdelah cinta dia.sayang sebagai sahabat okey!

form 3
aku masih lagi baik dengan dia.kami bertambah rapat.kalau tensyen,aku cari die.kalau nak makan,cari die gak.banyak dugaan aku kene time form 3 ni.die la bagi pendorong..cewah...daripada tom and jerry,kami jadi macam upin dan ipin.kat mane aku ade,dia mesti ade gak.sebok je ikut mane aku nak pergi hahaha...tak delah...tapi kami memang sentiasa serasi berdua.macam pinang dibelah belah gitu...


form 4
aku dapat tawaran smap kajang,dia kisas.time ni aku rasa dah macam drama swasta je.banyak kali kami nanges sebab tak dapat terima kalau ada diantara kami yang pindah.tak tahu nak buat macam mane.kawan2 aku kat tahap sume mengharap kami tak pindah.yela,aku calon timbalan ketua umum 1.dia calon timbalan ketua umum 2.kalau kami pindah sape nak pegang jawatan tu..~giler perasan!!huhu..main2 je.mula2 kami memang decide tak nak pindah.siap hasut lagi sape2 yang dapat tawaran tak yah pindah,uish teruk gak kami ni.sekali kami lak yang pindah.ahah...aku ingat lagi ayat dia yang membuatkan aku tukar keputusan nak pindah "kita ni asek dok kat pahang je.sekali sekala kite g negeri lain ok gak.jom kite try dulu g sekolah kat selangor neh".maka hari yang sama aku dan dia keluar dari tahap..sobsob..tinggal la kawan2 lame,senior2 yang baik,cikgu2 sume,makcik pakcik dewan makan...sebulan gak la orang schoolsick~selalunye homesick

form 5
aku kat smapk.dia kat kisas.aku librarian(saje nak pegang jawatan kecik2 je huhu)die pembimbing rakan sebaya(PRS) tapi aku merasakan die ni lebih kepada perosak rakan sebaya je..ahah gurau je weh...result SPM kami sama,10A 1B.tapi kami B subjek yang berlainan.see,sahabat sejati.result spm pon sme tuu...

itulah sedikit sebanyak kisah kami.eh tak abes lagi cite ni.korang ingat sinetron indon jeke yang panjang.cite kami panjang gak tau.nasib tak jadi telenovela je.kalau nak bace,tengok kat sini.kalau nak la.kalau tak nak takpe.tak kesah...ala..klik je kat situ.bukan nak kene berlari 100 meter secara pecut pon~ceh ayat memakse lak huhu


nama je same2 dok kat intec.tapinye 1 gambar ni jela gambar dengan dia yang orang ade.tu pon ambek gambar kat library macam orang tak pernah jumpe 10 tahon

~wana,epi besday yang ke 19..don't ever n ever perasan mude okey sebab tahun depan umur kite tetap same..kire bertuah la ni orang cite pasal kamu kat blog orang.pasni time besday orang,kamu kene tulis segala kebaikanku kat blog kamu hahaha...
~kalau kamu ambek veterinar-yg-6-tahun-lamenye tu,hope to see you in NZ!!!wat preparation orang nak datang nanti tau.

Tuesday, December 21, 2010

...rindu kamu lagi...

kenape si kecil ni makin lama makin debab
kamu makan ape kat sane ammar oi!!!
nak kate winter kat malaysia tu,rasenye tak
~bese orang cakap time winter sume orang tembam
kamu ambik appeton lysine yee...

saya mahu makan!!owh..patotlah tembam..makan je ye keje kamu...


yaa...sangat bez melihat kanak-kanak ini tidur..mesti anda pon rase nak tido jugak sekarang kan??~adam nampak hensem tidur dengan baju melayu..memang teruna melayu la hakhak...

ni muke baru bangun tidur la ni...

errk...bergustikah kamu??ammar redha je...~waa sudah pandai meniarap sekarang...bagus2.pencapaian yang memuaskan


muka kamu2 ni buat saya rasa nak balik winter ni...tapi...eheh...kite jumpe nanti la ek...

p/s :tiba-tiba rasa macam tak balik tahun depan sebab...tapi...adoi.exam mid year pon belom.apatah lagi final.sudah fikir balik ke??saya tak manja okey huhu...cuma sangat ingin jumpe kamu!!geram nak cubit pipi ammar-tembam-lagi-chubby

~agak2,kalau saya tak balik,orang malaysia marah tak??em...rasenye tak.ekau dok rumah pon wat abeh boras yo...tapi...ah tak kire.orang nak balik raye malaysia gak!haish..pening cerebral cortex aih dok pk pasal ni.sudah2.pergi study sane!!




Monday, December 20, 2010

...zaman dulu...

solat subuh awal waktu berjemaah,kemudian disertai dengan al-ma'thurat
pergi kesekolah dengan pakaian seragam
bertudung labuh
semasa form 1,sangat kagum dengan akak upper 6
tudung mereka sangat labuh,tak de pon nak sinsing2
tangan baju kurung elok bercekak,tak de pon nak tunjuk2 lengan
dan tata tertib sopan santun sangat terpelihara
tak de pon nak terjerit-jerit,ketawa kuat2
melambangkan mereka sebagai seorang senior muslimah yang menjadi contoh kepada adik2
hampir setiap waktu solat berjemaah di musolla
setiap kali selepas asar,satu muka al-quran akan dibaca secara beramai-ramai
sebelum maghrib,baca al-ma'thurat
berzikir sementara menunggu masuk waktu
antara maghrib dan isyak,akan ada pengisian seperti ceramah oleh ustaz,
tazkirah ringkas oleh pelajar atau usrah
sebelum tidur,membaca surah2 tertentu atau surah al-mulk

itu semua dulu
zaman sekolah,old school kate orang putih
zaman muda,tak pon zaman nerd kate orang german
zaman pengawas,zaman nuqaba',zaman librarian
zaman beratur kat dewan makan
zaman muke masing2 suci lagi
zaman tak kenal fb,blog,ym
zaman umur belasan
zaman batu.zaman sifu dan tongga~ek eh tibe je
zaman paleolitik.zaman dinasour.ice aged

sekarang
zaman IT,zaman maju
zaman-dah-besar-sikit
zaman-lagi-5 6 tahun-nak kawen~uish
zaman universiti,zaman dewasa
zaman-masak-memasak-sendiri
zaman-bace-buku-medic
zaman transformer
zaman on-the-way nak jadi doktor
susah sungguh nak solat subuh di awal waktu.apatah lagi berjemaah
baru sedar,peraturan di sekolah sebenarnya
adalah wasilah dalam mentarbiyah diri
solat berjemaah,qiamulail,al-ma'thurat,tazkirah,usrah
semuanya saya kenal semasa zaman dulu
walaupun kadang2 terasa diri ini terpaksa,tidak ikhlas,buat sebab senior suruh
tapi akhirnya menjadi sebati dalam diri
buat tanpa disuruh,mengamalkan tanpa alasan

alhamdulillah saya berada dalam bi'ah yang baik
sahabat2 yang baik
yang boleh menegur
andai ada aurat yang perlu dijaga
andai ada tingkah laku tutur kata yang terover
mereka mampu perbetulkan
alhamdulillah
Allah takdirkan untuk berada di bumi anbiya'
untuk berada dalam bi'ah yang terpelihara
untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya....

semoga diberi ketabahan untuk mujahadah
semoga diberi kekuatan untuk istiqamah
dan semoga amalan kita sentiasa bertambah
bukan makin bertambah usia makin berkurang amalan ea...

~rindu time beratur kat dewan makan sambil memandang tajam akak2 yang potong barisan atau dalam bahasa kami 'menyentot'...huhu...mintak maaf akak2,kami bukan nak jadi adik derhaka,tapi saje je nak wat jelingan maut ahah...
~jom kita sama-sama jadi baik!!! :)

p/s :nanti nak hantar anak kat sekolah agama seperti kisas.honestly time form 4 memang nak sangat masuk kisas...tapi tak de jodoh huhu...respect dengan sahabat2 kisas :)owh yea.imtiaz kuala berang pon ok gak.sebagai contoh fatin adalah produk kuala berang yang berjaya...~mesti fatin tengah dok sengih2 sebab orang promote skul die dan die eheh...

p/s 2 :bukan nak cakap sekolah biasa tak ade tarbiyah.malah ada je sahabat saya yang sekolah harian sangat2 baik dan saya pun rasa inferior dengan dia.sebenarnya tak kesah pon sekolah mane,yang penting diri sendiri tahu apa yang terbaik untuk diri dan agama,pandai menyesuaikan diri dengan suasana,bijak daripada terpengaruh atau dipengaruh...

Saturday, December 18, 2010

...di hati ini...

musim sejuk.
kalau boleh rasa tak nak sentuh air sejuk
rasa nak basuh beras gune air panas je
tak nak pijak lantai.nak pijak carpet je
maka tak nak sentuh apa2 yang sejuk

hujung minggu
nak revise ape yang dah belajar minggu ni
tapi
bila pegang buku
erkk...kenape buku ni sejuk sangat
wat nota laa
erkk...kenape pegang pen macam pegang ais krim??sejuk!!
hah,lukis2 kat buku histo laa
erkk..kenape pegang pensel warna macam pegang air batu
macam mane ni??

sejuknye saya kat sini!!!bolehla berangan tengah duduk kat antartika jap
rasanya tahun ni macam lagi sejuk
maybe sebab faktor rumah yang tinggi 9 kaki dari paras laut kot...(tingkat 9 sebenarnye)
tertunggu tunggu ni,bila asap boleh kuar dari mulut.baru boleh berangan tengah duduk kat kutub utara hehe...

~di hati ini,hanya tuhan yang tahu...pada pendapat anda,kalau kita tulis atau beritahu sesuatu dari hati,adakah perkara itu akan sampai @ terkesan kat hati orang lain jua??ek eh..pe kes cakap pasal hati??huhu...
~pegang laptop update blog tak rase sejuk lak laptop ni..haisy..musykil2...

Thursday, December 16, 2010

...sangsi...

kelmarin
time naik lif kami dengar orang tengah gerudi
kami saspek orang bawah renovate rumah
sekali keluar lif,2 3 orang pakcik kat depan pintu rumah kami
sorang pakcik pegang mesin gerudi tengah gerudi berdekatan dengan atas pintu rumah
agak sangsi disitu
tapi kalau nak fikir logik,kot ye pon nak masuk rumah kitorang
takkan gune gerudi kan.gerudi lak dinding kat atas pintu rumah
takkan nak buat lubang masuk ikut situ
isy isy isy...tak patut su'ulzhon dengan pakcik tu
tapi,dengan orang arab ni kadang2 tak boleh gak nak bersangka baik
abes tu macam mane??
apabila bertembung 2 perkara,maka tinggalkan kedua dua nya huhu...
~punye banyak point ceramah ustaz tu bagi,ini yang hang dapat time SC gabungan??isy isy..

hari ini
pakcik tu masuk rumah,masuk tandas
gerudi2 lagi
asek menggerudi je keje pakcik ni
mungkin tu memang keje die kot
kami masih lagi berhati hati
pakcik tu cakap
nak buat sambungan paip ke pe entah
~tak paham sangat kerje2 paip dan pembetungan ni
supaya air tak putus2 dah lepas ni
erkk..air kene cincang dengan pedang samurai pon memang takkan putus
okeylah pakcik
buat la ape yang patut
jangan gerudi 1 rumah sudah

~terima kasih mayat2 kerana memberi kerjasama yang baik semasa spoting exam tadi.em..oklaaa...kot...tu pon kaki dah ketar2...owh sebab winter kot.bukan sebab cuak haha
~selamat berbuka puase kepada semua yang berpuasa :)

Wednesday, December 8, 2010

...selingan...

berape kali anda ucap terima kasih
kat ibu dan ayah??
hah!!tak pernah??
ape??cakap terima kasih time dapat duit belanje je??
kenape jadi macam tu ye...
segan??malu??
tak tau nak cakap macam mane??
baiklah
hayati nasyid kat blog ni
tak pon,kalau nak bernasyid depan mak ayah pon boleh jugak
sebut tajuk nasyid ni terima kasih ayah ibu :)
~refleks kat diri sendiri

lahirku ke dunia,ku disambut penuh syukur
bisikan azan ketelinga hikamah kalimah yang luhur
lahirku kedunia kudiasuh mengenal Allah
ku diajar sebut namaNya juga nabi rasul mulia
my abah tengah keje ni..sempat lagi ambek gambar tu haha...

salam sayang ayah dan ibu
mendidikku tak pernah jemu
halalkanlah makan minumku
maafkanlah makan minumku
tanpa maaf dan juga restu
hidupku jadi tak menentu


ummi saya...cikgu memasak kat rumah ahah...
tiada yang lebih bernilai
dari pengorbanan yang suci itu
tak berdaya aku membalasnya
moga ku jadi anak yang bertakwa

terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah


owh ni bukan gambar kahwin ye.ni gambar raya tahun lepas

Jasamu oh ayah dan ibu
akan ku kenang selamanya
hidup saling berkasih sayang
membina keluarga bahagia


pada mu Allah aku berdoa
pada Mu jua aku meminta
rahmatilah ibu ayah tercinta
ampunilah dosa- dosa mereka
panjang umur, murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia, di akhirat
beroleh syurga

~~ek eh tibe je gambar die
daku mengharap redha mu ibu
juga redha darimu ayah
hanya itulah yang ku pinta
agar hidupku lebih bermakna....

p/s :okeyh,jangan tanya apa-apa pasal gambar last.hantaran belakang tu orang lain punye ea...

~haisy,mengapakah sejak dua menjak tiga menjak ni asek teringat kat malaysia je...apakah??...
~selingan sambil-sambil lukis histo..mane pergi semangat-melukis-histo saya yang bekobar kobar dulu??tertinggal kat pharaoh village kah??huhu...pe tu pharaoh village??belakang cite...next post maybe..

Monday, December 6, 2010

...rindu kamu...

hey kamu dan kamu
rindu sangat sama kamu
hari tu dapat jumpa kejap je
tu pon jarang nampak kamu senyum
sebab kamu masih lagi feelingless
dan sekarang saya sangat rindu kamu
ni yang rase nak balik malaysia ni
aik??ari tu dengan penuh tekad dan keazaman cakap tak nak balik huhu
maka,betullah kate sorang rakyat malaysia tu
die cakap "yeye je tak nak balik,kite tengok la macam mane nanti"
nampaknye,ye saya akan balik hehe...
untuk jumpe kamu!!


rindu kamu dak hensem dan dak tembam...~ammar tensyen adam tindih tangan die


uish sayang nyee die kat adik..pasni jangan gaduh gusti dan saling menggigit ea...


ammar dahulu.masih lagi slim


ammar sekarang.sudah bulat,tembam,chubby...waa nak jumpe kamu sekarang!!jangan membesar dah ea.maintain je macam ni sampai orang balik huhu... 


yaa comelnye kamu!!siyes rase nak cubit-cubit je pipi budak ni.siap lah kamu kalau saya dapat nanti...

ammar mursyid dengan topinye yang bertanduk :)

p/s : salam ma'al hijrah 1431 kepada semua...dan selamat hari lahir kepada saya yang ke...errkk..berape ek huhu...tak mau cakap
~ammar,kamu sangat comel macam sepupu kamu ni haha...
~ammar tembam macam hadziq kan??kan??hehe...



Friday, December 3, 2010

...meeting...

disini saya ingin sertakan minit mesyuarat agung tahunan rumah kami.mesyuarat yang diadakan di ruang tamu rumah kami dipengerusikan oleh pka.agenda bermula pada pukul 5.45 malam semasa dinner.sambil meeting,sambil dinner.syok gak.boleh la diaplikasi untuk meeting akan datang.

-pka membentangkan jadual tugasan yang telah dirombak.semua hanya mengangguk setuju tanpa bantahan.
-noni mencadangkan setiap ahli supaya alert kepada plak heater @ sarkonah (macam ni ke eja die weh) supaya plak tu tak cair lebur dah.melayang woo 50 nak wat plak heater tu..hisy,kaya pakcik kahroba'(kalau salah eja bagitahu) yang merangkap pegawai TNB la kot...err..cadangan disokong oleh saya
-fatin tidak menyuarakan sebrang bantahan kerana khusyuk dengan hidangan makan malam yang disediakan oleh fathiyyah.die mengangguk je tanda setuju.
-saya sebagai bendahari mengingatkan semua ahli membayar hutang 28 ringgit seorang bagi membayar stok beras yang baru sampai petang tadi..dan juga 50 yang plak heater tu..bayar tau korang.jangan tak bayar

isu-isu berbangkit :
-setiap bilik perlu memberi nama kepada bilik masing-masing...erkk..perlu ke pka??orang rase dah macam dok asrama dah ni kene bagi name dorm huhu...
-keceriaan rumah akan bermula esok.tugasan gotong royong telah diberitahu.
-sebarang claim duit,sila beri senarai barang yang dibeli kepada bendahari.anda akan dapat duit anda secara tunai at that time gak.waa sistematik kan bendahari ni haha...
-semua ahli meminta maaf antara satu sama lain jikalau ade salah dan silap...adelah macam sesi muhasabah sikit..bagus kan kami hehe

mesyuarat berakhir apabila habisnya hidangan makan malam kami.sape yang abeskan nasi dan lauk...biarlah rahsia...~weh minit mesyuarat mane ade letak tajuk lagu ct nurhaliza

disediakan oleh:
~nanti saya sign~
(setiausaha rumah)

pengesahan minit mesyuarat
cadangan:____________       jawatan :________________
sokongan:____________       jawatan:________________
~sape nak sahkan ni weh??

p/s :macam mane??boleh lulus jadi setiausaha tak ni??pka,noni,fatin dan fahiyyah,saya dah letak minit mesyuarat ni.kalau tak baca siap anda!!saya naikkan yuran bulanan rumah hahaha....

~rumah kitorang menyambut seruan mahasiswi berteknologi dan berIT.minit mesyuarat letak kat blog.ade cadangan supaya meeting lepas ni kite wat conference via ym lak...
~tadi terbawak beg "kesayangan" lalu pasar ikan...arghhh abes r beg tu bau ikan huhu...~tibe je

...jambatan...

 Hadis Keempatpuluh

Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati."
  


Bismillahirrahmaanirrahim....
di pagi yang mulia ni,nak berkongsi sesuatu dengan anda :)

pernah dengar tak hadith diatas??sape pernah dengar angkat tangan!!
bagi yang tak pernah dengar or baca tu,tak pe.sekarang dah dapat baca kan?kan?kan??

secara ringkasnya,hadith ini menerangkan kepada kita bahawa dunia ini adalah satu tempat persinggahan yang sementara kerana destinasi sebenar dan terakhir adalah di akhirat sana.

kadang-kadang,bila tengok cadaver kat anatomy department tu,pernah tak anda terfikir yang satu hari nanti kita akan jadi macam dia...tak dela macam cadaver tu dok terbaring kat lab anatomy.bukan.maksud saya jadi macam dia itu adalah kita akan menemui kematian...tapi tak tahulah kan kalau anda nak derma mayat anda untuk dijadikan kajian.sanggup ke??huhu...

hidup kita tak kekal,bukan untuk selamanya.even de ilmu kebal pun,tapi takdenye nak kebal time malaikat izrail nak ambek nyawa.betul tak??maka,dalam tempoh yang ada inilah peluang kita untuk melakukan sebanyak mana amalan untuk dijadikan bekalan ke sana.

bak kata orang yang kite selalu dengar,dunia ini adalah tempat untuk menanam,dan akhirat adalah tempat untuk menuai...ni kira macam perumpamaan la.jangan pergi direct translate lak ek ayat ni.puas la saya nak menjawab kalau de orang tanye nak tanam pokok ape...nak tanam apa??tanam amalan.nanti hasilnya kita dapat kat akhirat.contohnye...em...ape ek..macam kita menginfakkan harta kita ke jalan Allah.kita takkan nampak ganjarannya kat dunia ni,tapi insyaAllah kita sebenarnya telah membeli saham di akhirat...betul la kan contoh ni.kalau nak tambah contoh atau nak betulkan ke,boleh tulis kat komen ye...

lagi satu,hadith ni pun ade cakap pasal menghargai waktu.spesifik sikit,tidak bertangguh~ok terase
hah,tunggu pe lagi,jangan tangguh2 dah nak wat sesuatu tu terutamanya kalau nak wat baik.kalau rase tibe nak jadi mulia hari tu,tibe nak bagi sedekah ke kan,buat je.tak yah tunggu dapat duit biasiswa masuk.kalau rase tibe nak qiam hari tu,wat je.tak yah tunggu hari cuti.bukan pe,kita tak tahu kan bila Allah tarik nyawa kita.mungkin kita kembali kepadaNya sebelum kita sempat nak wat kebaikan tu...hah nak bertangguh lagi ke tak??~"tak naaaakkkkk!!!!"jawab saya dalam hati...~kalau anda nak jawab kuat2 depan laptop pun takpe,saya tak tahu.

banyak lagi sebenarnya yang kita boleh ambik dari hadith diatas.kalau nak kongsi,sila-sila.kecil tapak tangan,klia saya tadahkan...salah dan silap harap maaf ye.terima kasih kerana luangkan masa membaca post ni~apasal orang macam sopan je neh haha...

oh ye.kalau ade ayat2 saya kat atas ni yang salah,sila betulkan okey...jangan risau,saya takkan marah anda sampai nak cari kat lubang cacing.tak muat kot nak masuk lubang cacing....

~ade orang abes exam ari ni.merdekalah kamu...sekejap haha...kepada wana,doa banyak2 weh.nanti kite wat hubungan dua hala egypt-oz okey!!
~dunia adalah jambatan akhirat.ni tajuk hadith.mintak maaf la kalau anda ingat saya nak cite pasal jambatan runtuh ke,jambatan goyang2 ke..tak de ye cite pasal tu...

Wednesday, December 1, 2010

...2 kali...

huh...dah kali ke-2
dan ke-2 kali
my spek patah lagi!!!
ini dah 2 kali
kalau terjadi kali ke-3
terpaksa la saya membuat eye laser surgery
ohcee bajet berani la nak mengadap mende laser tu
em...ke nak wat contact lens ek??
tapi macam susah la
nak kene pengawasan dan penjagaan yang rapi
kang wat contact lens tapi kalau patah dua gak contact lens tu tak tau laa nak kate ape huhu :p
konklusi : jagalah mata anda.makan lobak merah banyak2

~kepada ummu athiah,tulah asek ngadap laptop je.kan dah kene pakai spek haha...welcome to the club!!
~esok exam histo and susah nak fokus tak de spek.tibe2 je rase ngantok.maka disini lah saya mengupdate blog...erkk pe kaitan nye tak de spek dengan ngantok huhu.alasaneogenesis betol...
~all the best untuk saya,untuk dia,untuk kamu dan untuk anda semua :)