Friday, February 24, 2012

if,and only if

manusia
memang complicated
dari segi anatomy sehingga emosi

bila bersuara,dikatakan membantah
bila berdiam,dikatakan memprotes
bila berkata menyakitkan hati
bila membisu terasa emosi

dalam kita bergurau senda
ada hati yang terluka dalam ketawa
dalam kita bergembira
ada hati yang menangis dalam tersenyum
dalam kita bercerita
ada hati yang tersentuh tanpa bicara

if,and only if
bahasa hati dapat difahami seperti ECG
hanya garisan,tapi mampu ditafsir
wave tertentu membawa diagnosis tertentu
malangya tidak.
sebab manusia itu complicated.

dan diri ini
telah melakukan kesalahan besar 
tanpa disedari
tiada niat
tidak terlintas.
tak pernah.

maka terasa diri terhina
apabila berada dikalangan mereka yang mulia
terasa diri jahat
apabila berada dikalangan mereka yang baik
terasa diri rendah
apabila berada dikalangan mereka yang tinggi budi pekerti
terasa diri teruk
apabila berada dikalangan mereka yang suci
apa lagi yang harus dilakukan?
memilih untuk diam.dan menarik diri 

terasa diri tersalah buat keputusan
terasa diri tersilap menilai
terasa diri salah kerana terlalu mempercaya
dan memang salah saya.semua salah saya.sila salahkan saya.

ya Allah,berikanku petunjuk
berikanku ketenangan.

true friend,
see my tears,when others see the smile
terima kasih untuk kamu

selepas ini
biarlah apa pun yang terjadi
semoga jadi pengajaran diri
dan semoga diri dimaafi...
sungguh,memang tiada niat dihati

~bukan sajak,bukan puisi.apa yang terlintas di hati pada masa ini dan ketika ini.
~update blog sambil berdiri.tanda otak dah tak mampu nak berfungsi.huh

Sunday, February 12, 2012

...apabila kelas cancel...

hari sabtu.
bermulanya sesi semester baru(ohcee sejak bila cairo university main semester neh??)
dan sepatutnya microbiology merasmikan pembukaan sem baru
sepatutnya.
tapi...
"tak tahu laa ni berita baik ke berita buruk.tapi kelas microb tak de hari ni"
em memang betul tak tau la nak klasifikasikan tu good news or bad news
kami dah sampai dekat u,depan department kot
tapi takpe.kita bawak semangat-nak-start-kelas tu pada keesokan hari ye
dan alang-alang kelas microb takde
kami pon menggantikan ia dengan kelas membuat karipap

gambar hiasan dari google.gambar sebenar err....(gambar kat handset,malas nak transfer hehe.eh tapi karipap yang kitorang buat pon lawa okey dengan berbagai bentuk dan rupa.tapi takdela daun-daun bagai ni haa)

ingatkan senang nak buat karipap
tapi bila tengok complicated la jugak
tang nak kelim tu mak aii
tergeliat tangan 
sudahnya kelim dengan acuan jela huhu
maka haruslah menghargai karipap yang dijual oleh makcik-makcik dekat gerai menjual kuih muih

dan hari ini kita belajar pathology of upper respiratory system
dan hari ini jugak kene common cold
sambil belajar sambil adaptasi common cold dalam diri

~terima kasih ummi,abah sebab kirim kerepek.rasa nak nangis bila baca note yang ummi tulis.huhu terharu kot!!
~cerita luxor-aswan akan diupdate.insyaAllah :)

Friday, February 10, 2012

...gm0k:dalam kenangan...

cerita 1 :
masa tu umur lingkungan darjah 4.adik laa nak sangat anak kucing tu.padahal dia ia baru lahir kot.mana boleh kan nak pisahkan dengan mak ia.tapi akhirnya kami bawa balik jugak kucing tu.kami bagi dia sardin(cap ayam tau,sardian mahal tuu)dengan susu.tapi malam-malam ia asek mengiau je-bapak high pitch punye suare.kalah jaclyn victor.

nak jadi cerita,satu malam tu hujan lebat(sila imagine ade bunyi guruh,cahaya kilat dan hujan lebat ala-ala cerita melayu bila pakwe kene tinggal dengan makwe)entah macam mana ia(tak ingat bagi nama ape)boleh keluar rumah.saya dengar bunyi ia mengiau kat luar rumah.memang tak boleh tidur sebab dok jenguk je kat tingkap kot kot nampak ia(sambil nangis-nangis haha.bapak feeling).abah pon try cari tapi tak jumpe sebab ia kecik sangat,tak nampak.lastly,tak dengar dah kucing tu mengiau.maka adalah budak tu tidur sambil tersedu sedu haha.

sampai sekarang saya tak tau pe jadi kat ia.mati lemas termasuk dalam longkang ke,still hidup lagi dah beranak cucu ke,jumpe keluarga yang lagi kaya ke~dah macam plot cite melayu je

cerita 2 :
sekor kucing ni suka sangat masuk rumah kami.macam biasa cari makanan la kan takkan masuk rumah nak check ade ke tak jejentik dalam kolah air kan.itu bukan kucing namanya.itu pegawai kesihatan.

tapi tak lama riwayat kucing ni.tak lama lepas tu nampak ia macam lemah-lemah je.macam sakit perut pon ade.diarrhoea(cirit birit) pon ade.dan paling kritikal dia vomiting(muntah-muntah)keluar cacing weh.saya memang saspek dia ade ascaris lumbricoides.dan akhirnya ia mati di depan mata saya.time ni cover nangis sebab ada adik kat sebelah.

cerita 3 :
kat rumah nenek ade sekor kucing ni.memang muka ia je masuk rumah nenek.nenek pon tak kisah.maka jadila kucing peliharaan kat kampung secara tak rasmi.selalu pagi-pagi ia berbunyi.tiba-tiba satu hari tu saya tak dengar bunyi dia.maka ku tanya pakcik"mana kucing??"

pakcik ku dengan slumber tiada perasaan menjawab ia dah mati dan dijumpai telah mengeras di bawah katil.mayat ia ada kat luar rumah dan persiapan untuk ditanam sume telah dibuat.maka saya pon berlari belakang rumah nak tangok ia buat kali terakhir.ya memang ia telah pergi selamanya.owh sedih sungguh bila tengok pakcik mengebumikan ia.

cerita 4 : (banyak benau cite kamu)
saya tak pernah jumpa dia lagi.cuma pernah tengok dalam gambar je.tapi selalu dengar cite pasal ia.ia yang selalu ditunggu untuk balik rumah.ia yang banyak makan.ia yang dok mengiau depan rumah lama.ia yang dikatakan pemalas oleh tuan ia.saya sentiasa berharap nak jumpa ia satu hari nanti.tapi tak sempat rupanya.ia pergi dulu sebelum kami bertemu.owh bergenang sudah air mata bila tau ia dah takde.sob sob...


~siyes sedih bila tau kucing mati.macam mana nak pelihara kucing neh.nanti ia mati saya jugak yang dok sebak tak lalu makan berkabung bagai
~nak pelihara kucing kat sini tapi...err ada tak kucing yang tak buang air merata atau tak buang air langsung??em doraemon mungkin.

**tiada lagi post yang dibawah lebel gm0k cute selepas ini :(