Pages

Wednesday, June 27, 2012

...gatai tangan haish...

rujuk pada tajuk.serius gatal tangan nak update blog tapi tak tahu nak update ape.
owh ye.sejak 2 menjak 3 menjak neh,banyak pulak kami terima berita walimah senior-senior
ape pon tahniah tahniah!!kami junior(junior laa sangat heh)tumpang gembira :D
jangan tanya gen09 tak de ke nak kahwin??hahah.no komen
rasanya kami telah bersepakat nak cipta rekod batch yang bersih dari berkahwin masa study.errkk haa rekod ea.kita tengok sape pecah rekod ni heh.
bab kahwin ni bukan boleh buat main-main beb
kahwin itu sunnah
kira macam satu alam baru
yang memerlukan tanggungjawab
ek eh tercerita pasal kahwin pulak.sudah-sudah kembali ke jalan yang lurus

presiden mesir sekarang ialah Dr.Mursi
beliau yang menang,kami yang beria ia terharu huhu
dan sekarang kalau bukak FB mesti nak cari berita tentang beliau
apa yang beliau buat
sangat kagum ade pemimpin islam sebegini
dan makin sayang dengan mesir
orang kata kalau sayang tinggal tinggalkan
maka sebab itu saya harus pulang ke malaysia gak hehe.~alasan alasan

2 subjek sahaja lagi
lagi ...errr jap tengok kalendar~~
lagi 3 kali seminggu
tak tahu laa kenapa tahun ni rasa macam panjang je
rasa macam lama sangat duduk mesir
syndrom apakah??

wow anak sape yang muka macam-baru-bangun-tidur-tak mandi-lagi-dah-keluar-rumah neh??haha ni laa ammar mursyid yang dah besar.dulu jumpa tak pandai jalan lagi.sekarang dah pandai kejar ayam.


haa baru nampak muka dak hensem neh.time kecik lain rupe,dah besar lain lak muka.kamu buat transformer ke ape ammar oii.owh budak kecik kan memang muka dia akan berubah ubah.eh yeke??

tu diaaa dengan rambut pacak sana tegak sini.stylo!!hensem laa kamu ammar mursyid haha.

eh hari tu macam ada gambar adam dengan ammar.tak jumpe laa pulak.

~target nak naikkan body mass index=failed.dan ditanya doktor ketika appointment :why are you so small??because of exam heh.do i need to take appeton lysine??adakah masih berkesan kepada diriku ini??haha.

~doakan saya dan sahabat.microbiology dan parasitology sedang menanti kami dengan penuh kesetiaan dan kesabaran.

errkk kata tadi tak tahu nak update ape.yang kat atas tu ape??bukan update namanye??tuan blog pening sudaa

Saturday, June 23, 2012

.

ya Allah,
panjangkan umur insan-insan yang kusayangi
berikan mereka kesihatan yang baik
lindungi mereka daripada segala keburukan...

saya sayang mereka
tapi saya tak tahu
adakah saya telah bahagiakan mereka?
tak tahu.
semoga masih ada ruang dan peluang untuk membahagiakan dan menggembirakan mereka

~post yang tetiba
~tapi betul.saya sayang mereka..

Wednesday, June 13, 2012

...bukan diriku...

alhamdulillah,
lepas paper pathology
pharmacology pula bakal menyusul
berapa banyak drug nak kene ingat tak tahu.takut nak kira
yang pasti,tahun ni menuntut kesabaran dan ketabahan yang jitu.cewahhh jitu tu
saya tak tahu student pharmacy belajar pharma macam mana
tapi err..boleh tak kalau kitorang doktor ni tulis nama penyakit je.korang pharmacist setelkan bab ubat?
boleh.gaji pon bahagi 2 laa ye dak?
haisy.tidak boleh begitu.kamu telah diamanahkan untuk belajar pharmacology!
patient datang,tak mintak diagnosis.tapi mintak ubat(treatment)
owh tolong jangan banned saya.ayat kat atas tu gurauan je.bukan tak nak belajar pharma,cuma kadang-kadang rasa tertekan je huhu

yup tertekan.
that kind of feeling made me change to another person(betul ke ayat ni?lantakkan huhu)
kalau dulu nangis-nangis nak ingat anatomy tak pernah pon cerita kat ummi abah
kalau dulu tebal-tebal buku phisiology tak de pon mengadu kat ummi abah
tapi tahun ni.hermm entahlah.sangat manja rapuh heh
dari dulu saya bukan jenis cerita mende tak best kat ummi abah
simpan je.
tapi sekarang,saya rasa salah satu stress management ialah dengan message ummi abah
owh ini bukan saya.not me.no no no
mesti ummi pon pelik kan.selalu dapat message hari saya exam je.ni lagi 4 hari exam dah dapat message
(macam biasa,pagi-pagi before exam akan bagitahu ada paper hari ni walaupun ummi abah dah tau.walaupun dah dok ulang bagitau 4 5 kali nak jugak bagitau pagi tu)
mesti ummi ingat"anak aku ke neh?ke handphone kene hack??"haha

tertekan,tensyen,deppresion
bagi saya yang hanyalah insan biasa ni,itu normal.
ujian tu,yang mendekatkan lagi kita kepada Allah
tipu kalau saya kata "tak pernah rasa nak give up"
in fact,saya pernah terfikir "layak ke nak jadi doktor ni??"
tapi Allah Maha Mengetahui.
Dia yang pilih saya kesini
dan saya terpilih untuk melalui jalan ini.
telah ada sesuatu yang terbaik untuk saya,Dia rencanakan
dan semua mengutus doa,dari dekat juga dari jauh
tinggal saya sahaja yang perlu usaha lebih!
mohon doa,moga diberi kesabaran,dikuatkan semangat,dan beroleh kejayaan.amiin :)


buat latihan.mula-mula tulisan masih boleh dibaca.masih lagi ade rupa(errrr ye saya tau tulisan saya sama species dengan cacing trichuris trichiura huhu)


tidak berapa lama kemudian...yeah bukti kukuh lagi konkrit saya memang ditakdirkan untuk jadi doktor.jangan ditanya tulisan neh species cacing ape.errrr kalau cacing tengok neh,die pon confuse.rasanya ni boleh masuk species bacteria dah kot hehe

~tiba-tiba teringat ayat neh"jangan laa kutuk tulisan sendiri.tulisan tu comel laa"haha.tapi time exam boleh pulak size tulisan tu tiba-tiba je jadi besar.em musykil gak neh
~we have same situation,at the same time,in different way and different places.and that make me think about this.ni namanya automatic motivasion.motivate orang lain(errkk rasa ade motivasi ke haha),diri sendiri pon terasa dimotivate gak
~power spect makin bertambah neh.cepat-cepat laa nak balik malaysia<<huuu ade orang buat alasan nak balik malaysia.cakap jelaa memang rasa nak balik sangat-sangat heh :P

Wednesday, June 6, 2012

...hari ini dalam sejarah...

hari ini,6 haribulan 6 2012 merupakan hari akma mencatatkan sejarah apabila dia...
errr dia...
dia 'berhujan kilat' apabila called ummi abah -_-
ini semua pathology punye penangan heh

but know what,
kinda of relieve bila buat macam tu
serius.tak tipu.
tapi lepas tu malu haha
sebab dah 21 tahun hidup(lagi sebulan nak 21-ohcee pe motip mention tak tahu)
dah 8 tahun berjauhan dengan ummi abah
(termasuk 5 tahun masuk asrama.errkk kira berjauhan laa kan huhu)
pertama kali jadi macam ni

sebab before ni tak pernah 'hujan' depan ummi abah
even masa first time masuk asrama,
even masa first time nak fly mesir kat klia,
even masa hari raya bermaaf maafan
no.tak menangis pon time tu(konon kuat lagi gagah perkasa)

"abah percaya kaklong dah buat yang terbaik.abah doakan"
~dah diam tak terkata

"ummi tahu kaklong mampu,sebab tu kaklong boleh sampai situ"
~'empangan tasik kenyir runtuh lalu air mencurah curah ke ladang gandum'

dan saya tak cakap apa-apa pun,tapi ummi abah dah tahu dah apa yang anak bertuah mereka ni rasa
dan kata-kata motivasi penguat semangat sentiasa diberi
walaupun yang kedengaran ditelefon hanya lah sedu sedan anaknya ini huhu
sampai abah buat ayat"eh apsal macam tak dengar suara je ni?line tak clear ke??"
hehe.

bila pendam sesuatu dengan terlalu lama,
memang tak dapat nak diceritakan dengan perkataaan
air mata pengganti bahasa.
namun tetap sahaja difahami ummi abah
dan yang penting,mujur call pakai laptop
kalau pakai phone sure sure dah handphone masuk air hehe

sahabat sentiasa memahami kita,namun ummi abah memahami dan mengerti dan seperti merasa apa yang kita rasa.saranghae ummi abah!!(pe kejadah nye nak bersarang sarang lak neh.ni semua pengaruh korea heh)

~banyakkan berdoa,tawakal,be positive!syukran awiy (^_^)
~6.6.12.emm cantik gak tarikh neh.6+6=12.owh tetibe~~