Saturday, July 13, 2013

3 belas tujuh 3 belas

korang pernah tak ada perasaan tak suka dengan nombor?
ada orang tak suka dengan nombor 1sebab awal sangat.kalau kene inject nanti kene jadi orang first.
okey saya mengaku tak suka jadi yang pertama bila kene check gigi je.kalau inject no problem!

masa darjah 3 tak suka nombor 13 sebab first time periksa akhir tahun dapat nombor 13
(kire nombor paling corot pernah dapat laa 13 tu.selalu memang top 10.ohcee padahal time sekolah rendah naik sekolah menengah tak kisah dah nombor berapa heh)
disebabkan nombor 13 tu laa teruk kene marah.lepas tu terus tak suka dengan 13.boleh?

tapi tak lama pon ada perasaan tak suka dengan nombor 13.sebab nak tak nak nombor 13 memang tetap akan ada dalam i/c forever and ever and ever and whatever(??)
jadi,saya pon sukalah semula dengan 13.boleh cenggitu?

13.7.13
takde sape sape ke kawen hari neh?tarikh cantik tu lolllzzz
(sape entah nak buat kenduri kawen time hari bekerja di siang hari di bulan puasa)
kalau tak de takpe.
buat tarikh exam pon okey.macam saya.hee :D

segala puji bagi Allah
masih lagi diberi peluang untuk hidup dalam iman dan islam.
bila fikir balik,apa yang dah dibuat sepanjang 21 tahun?
semoga apa yang dilakukan semasa 22 tahun lebih baik dari tahun sebelumnya.
dan semoga ramadhan kali ini,lebih baik dari ramadhan sebelumnya :)

know what,orang paaaaaaling dekat dengan kita tu laaaa yang akan wish paaaaaaaling lambat.
because i received birthday massage from my parents on 14th july.
tapi tak kecik hati pon.sebab tahu dah ummi abah ingat je.
cuma confuse dengan tarikh hari tu huhu.
macam anak mereka(saya laa tu heh) jugak selalu lupa tarikh berapa haribulan -.-
tapi ada lagi sorang manusia yang tak wish lagi neh
nak kene nii :P

hari tu ada exam written dan esoknya ada exam oral forensic tapi dorang boleh lagi buat surprise tahap terkezzuttt I.seriously memang tak expect apa-apa.thank you korang! :D

~masuk umur 22,terus datang soalan bila nak majlis?amboiiii baru 22.bab kata tiqah penuaan bermula umur 25 ye*dah ape kaitan majlis dengan penuaan*
~seriously 22?tak pe nak perasan muda umur 12 tahun jugak


Tuesday, July 9, 2013

redha.tarbiyah.ramadan

Allah...
rasa diri macam lemah sangat sangat sangat.
ingatkan dah ada sepenuh kekuatan untuk menghadapi segalanya.
tapi rupanya tak.ye saya tak lah kuat mana
saya tak besar dan saya tak kuat bila bekerjasama sume jadi mudah.dah kenape tetibe -.-

betapa rapuhnya saya bila melibatkan hal-hal balik malaysia especially pasal tiket flight.
see.hal kecik kotttt
kecik bagi orang lain.tak bagi saya.
jujur cakap tahun ni memang hati saya didesak desak untuk pulang ke malaysia.
tak tahu kenapa :(

perasaan ni tak sama langsung macam masa first year dulu.
2nd year tidak sabar ke haramain sehingga terlupa perasaan untuk balik malaysia.
dan 3rd year terlalu risau dengan exam sehingga ada niat untuk pulang selepas mendapat result.
tapi tahun ni exam tak habis lagi diri dah melayang-layang nak tarik beg balik.
jangan tanya kenapa sebab saya pon tak tahu kenapa.

rapuh.lemah.hopeless.sadness.tak ghupe orang.
this is me right now.
tolong laa kembalikan saya kepada normal please please please.

astaghfirullah...
mula-mula memang ada rasa putus asa.
tapi cepat-cepat ingatkan diri ini ujian dariNya.ada hikmah terbesar
dan 'itu' adalah cara terbaik untuk saya cari kekuatan.sisa kekuatan maksud saya.
kalau ikut hati memang dah duduk kat airport sekarang lantakkan segala peperiksaan dan keserabutan.
mujur ada teman dan sahabat yang menguatkan.

slow slow bangun balik.kutip semangat yang ada.ciput pon jadilah janji ada.
ini pengorbanan kedua terbesar.moga ia adalah yang terbaik
bersabar,berdoa,berharap.
redha dengan apa yang berlaku sebagai tarbiyah pembukaan ramadan.
hey,esok kan satu ramadan.
dah.senyum :)

~haih.bila mahu tabah cenggini.ayat pujuk diri : tak pe kema anis sabar sabar insyaAllah akan balik jugak puasa dengan family.ni cume test sikkit je.mana tahu nanti dah keje tak boleh balik raya dengan family haa masa tu takdelah teriak beria sangat dan boleh buat cool dengan penuh bergaya.*amacam ayat pujuk?*

~chaiyok chaiyok!ada hikmah di bulan ramadan.insyaAllah :)

Saturday, July 6, 2013

susah.penat.sedih.

Allahu rabbi
Allah je tahu perasaan sekarang.
lepas satu,satu hal.
harapan untuk balik malaysia 11 julai hancus.hancus.
harapan nak puasa sahur bukak puasa awal ramadan dengan family hancus.
harapan nak sambut birthday dengan family hancus.lebur.

sakit hati.
tengok status orang dah balik malaysia.
tengok gambar orang kat malaysia.
sakit hati.pedih.

usaha.
usaha baca buku lagi walaupun tak pasti exam bila.
cuba jugak walaupun nampak tak nampak je tulisan
cuba baca walaupun tengok tulisan tapi nampak muke ummi abah.
setitik dua air mata jatuh dah kat buku.kalau lagi lama tenung mahu basah satu buku.
Allah je yang tahu perasaan.

berharap.
semuanya akan okey.
exam tak jadi extend.
selagi belum11 julai,selagi tu berharap
dan berdoa.

pentingkan diri.
ya.saya je yang pentingkan diri.
saya je yang tak berkorban untuk orang lain.
saya yang tak paham orang lain

barang dah siap packing.
tiket flight passport dah tersedia atas meja.
luggage tinggal nak tarik je.
memang separuh diri tiga suku jiwa sepenuh hati dah kat malaysia.serius.
lantakkan orang lain nak cakap ape.korang tak rasa apa yang saya rasa.
please,jangan buat saya lagi serabut.

dan terima kasih.
kepada yang sudi dengar luahan hati.
help me to go through this hard,tough time.
support me,and pray for me.

Monday, July 1, 2013

nak merajuk 5 minit

alhamdulillah dah habis 3 subjek wehhhhhhh dah boleh kemas bag dah boleh pergi airport dah boleh balikkkkk
over.
padahal ada lagi 1 paper.
nampak tak betapa teruknya tahap ke-homesick-an di situ.
teruk betul gaya dah tua-tua pon homesick neh.mengalahkan tahun satu tiap-tiap hari tengok kalendar.
macam ni gaya nak kerja putrajaya?hentikan saje.kerja hospital temerloh je udah.
okey macam ni.housemanship kat temerloh,then pindah laa putrajaya.okey?deal.

dalam dok tiap-tiap hari tengok kalendar,hari ni dah masuk bulan 7 dah.
emmm _ _ hari lagi nak balik
kalau ikut hati rasa macam nak buat board besar-besar macam kat sekolah tu yang _ _ hari lagi UPSR
teruk kan?
apa nak jadi dah besar pon manja tahap beruang koala.

dari tadi ku tenung buku forensik neh,tetibe teringat pulak kalau kat rumah selalu tengok CSI miami ada pakcik horatio yang selalu menanggalkan speknya dengan penuh bergaya.sudahnya berangan nak balik rumah pastu dari tadi dok page yang sama.fokus laa kema oiii fokussss!!!!

semalam 30 jun sekali lagi orang mesir buat demonstrasi.
helikopter dok lalu lalang je.kalau dulu time kecik-kecik boleh laa terjerit-jerit "alikopter alikopter" sambil terlambai lambai kat helikopter bajet pakcik driver tu boleh nampak dan lambai balik.
tapi sekarang dah takde keinginan nak buat semua tu.
dalam hati hanya mampu berdoa yang terbaik buat mesir dan seluruh isinya.
sedarlah wahai rakyat mesir anda sangat beruntung mempunyai dr.mursi sebagai pemimpin.tolonglaa baca ayat saya ni rakyat mesir tolonglaa paham!!

okey dah memang tak boleh nak fokus dah neh.marilah kita mengemas beg dan pakaian moga-moga dapat booster nak study dengan penuh tekun malam neh.
eyyyy teruk kan paper tak habis lagi dah nak kemas luggage.
peduli.ape.

~baru ingat nak merajuk selama 2 minggu tapi hanya mampu 5 minit je.takpe saya tuntut hutang saya :P
~lipas ni makin berleluasa dan makin berani nampaknya.kalau ada yang termasuk dalam luggage tak bertanggungjawab.bior lemas dalam tu.tiada maaf bagimu heh.