Friday, January 27, 2012

...sehari di fayyoum...

yaa internet tengah menikus(maknenye laju) sekarang.baru best nak update blog(owh alasan semata-mata)

alhamdulillah,sehari selepas mid exam hari tu,kami gen 9 cairo university dengan bahagianya telah pergi berjalan ke Fayyoum.balik hari je sebab dekat.perjalanan memakan masa selama 1 jam.kami naik coaster(macam ni ke nak eja dia).roller coaster??aaa bukan.dia macam...macam mana ek nak cakap.dia macam van tapi boleh muat 20 orang.kome imagine la sendiri haha.

pemandangan sepanjang perjalanan

laut(?)

macam cantik

eh ade sampan.ni yang rasa macam nak mendayung gak neh(nak jugak bersampan tu hehe)

teratak K.A.M.I :)

lepas bergambar baru tau yang kat belakang tu laa tasik qarun..errkk ingatkan laut ape la tadi(kronik dah neh tasik dengan laut pon tak kenal huhu)

ma'bad(tempat penyembahan)firaun.dipercayai dibina atas bekas tapak istana qarun

agak-agak ape ade dalam ni??harta qarun...salah!!takde apa-apa pon dalam ni melainkan batu batan semata mata.kitorang cari gak tibe-tibe ade emas ke kan.

menurut sumber yang boleh dipercayai,dahulu kawasan ini adalah bandar.cewah ayat dah macam cerita jejak rasul

pada awan biru,ku melakar kata-kata...

ini...err..tol.haa siyes tol.on the way nak pergi shalalat(air terjun)

haa ni bukti kat mesir pon ade air tejun.tapi...kitorang tak berani laa nak terjun beramai-ramai lepas belajar schistosoma amoeba bacteria bagai huhu...

duduk jauh-jauh je haha.susah bila ada perasaan-macam-banyak-schistosoma-dalam neh

dan last but not least...

kincir air yang kejap bergerak kejap tak

menyelami kisah qarun dan hartanya dalam masa sehari.tasik yang indah tersimpan seribu satu kisah untuk dijadikan pengajaran.tiada makna jika banyak harta tapi jiwa angkuh.

~post kat blog semasa internet menikus itu sangat best.update blog ketika internet menyiput sangat tensi okey
~next post pasal tempat lain pula hehe :) (rasanya dah boleh jadi crew national geographic dah neh asek berjalan je keje)

Tuesday, January 24, 2012

...soalan pelbagai pilihan..

saya rasa,pilihan pertama yang datang dalam hidup saya,ketika darjah 4.
untuk memilih sama ada terus masuk ke darjah 5,atau masuk je darjah 4 macam pelajar normal.
dan untuk itu,saya serahkan keputusan kepada ummi dan abah.
dan akhirnya saya menjadi pelajar normal.tak lompat kelas

pilihan kedua datang ketika tingkatan 4
sama ada nak terus bersekolah di TAHAP
atau berpindah ke SMAPK
untuk itu,saya berani membuat keputusan sendiri untuk tidak berpindah.
tapi akhirnya,saya ubah keputusan itu saat akhir.
maka adalah makhluk tu cakap mula-mula tak nak pindah
siap brainwash orang lain lagi tak payah pindah
sekali dia yang pindah sekolah..errkk
tapi ape pon,adalah hikmahnya saya pindah kan kan??hehe..

pilihan ketiga,untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di mesir
atau meneruskan pengajian di matrikulasi melaka selama setahun
atau mengambil jurusan syariah undang-undang di usim
(saya ada hati nak jadi lawyer tau)
dan akhirnya,perubatan menjadi pilihan.
pilihan sendiri,dan disokong sepenuhnya oleh ummi dan abah

sebenarnya banyak je pilihan yang datang dalam hidup
dah 20 tahun hidup,takkan tu je pilihan kan
tapi bagi saya,3 perkara diatas tu adalah pilihan yang besar
berkait dengan hidup masa depan
tapi jujurnya
bila ada pilihan yang datang,saya senang kalau ibu bapa yang pilihkan
sebab jujurnya saya memang tak pandai nak buat pilihan
(terutama bila nak pilih baju.lama benau nak pikir sampai nak tutup kedai)
dan kalau buat pilihan pon,selalunya tak tetap
ye.saya memang kurang tetap pendirian...kot huhu
dan sebab itu,saya tak suka bila datang perkara yang nak kene pilih
sukarnya membuat pilihan...ohcee

tapi saya rasa,ada kekurangan dalam membuat segala keputusan tersebut.
dan jika datang perkara besar dalam hidup saya
(contoh perkara itu : ......................)<<fikir sendira la huhu
yang memerlukan saya untuk memilih
semoga keputusan itu,diilhamkan dari Allah kepada saya
dan semoga ia adalah yang terbaik...

errr...post macam matang disitu haha
sebenarnya nak cakap pasal
multiple choice question a.k.a mcq
soalan pelbagai pilihan(?)

makin bertambah umur,semakin bertambah pilihan
terutamanya dalam exam huhu
mcq untuk pharmacology sangat meng'confuse'kan
mcq untuk parasitology sangat menarik
mcq untuk microbiology,memang memerlukan pilihan yang tepat..erkk
mcq untuk pathology...sangat sikit haha(sikit salah,banyak salah)
nak cakap pasal tu je sebenarnya.


kehidupan berkait rapat dengan pilihan
mesti ada pilihan yang perlu dibuat
bukan senang nak memuaskan hati semua pihak dalam memilih
bukan mudah nak bahagiakan diri sendiri dengan apa yang dipilih
maka,beristikharah dalam membuat pilihan
itu yang terbaik
insyaAllah...

meja makan study.coklat sebagai agen pengurang tekanan huhu

~alhamdulillah,khalas imtihan.berakhir mid exam,bermakna bermula final exam.errrr
~mid exam dah macam ni,final nanti bagaimana laa kehidupanku.permudahkan urusanku ya Allah
~tahun ni ramai yang balik malaysia.ehem.balik ade makna ke??(muke control je bila tahu dorang balik malaysia,padahal dalam hati ada tasik rasa nak masuk je dalam kargo)

okey ape beza gambar ni dengan gambar di atas??yaaa tepat sekali.biskut itu.menu breakfast time exam

Friday, January 13, 2012

di bawah takat beku

10 degree celcius
masyaAllah,sejuknya tak terkata

8 degree celcius
untuk kebaikan bersama
marilah kita pasang heater
(tak suka heater sebab ia bertindak sebagai agen pengering sekaligus terasa dehydrated bila pasang)

dah lepas satu paper,pathology
tu je kot nak cakap
(post takde motif)

minta maaf ayat macam tak berapa nak lengkap
sebab dalam kepala ada nama ......
nama ......
propanolol
nadolol
di isopropyl fluorophospahte
methyldopa
clonidine
ephidrine
verapamil,diltiazem
isosorbid mononitrate
phenytoin
thiazide
frusemide
hydralazine
nicorandil

all about pharmacology.

~pray for us :)
~owh bahagianya kalau tinggal lagi satu paper je :p

Sunday, January 8, 2012

...hitam dan putih...


planet dan bintang
sains dan matematik
tulisan dan angka
memahami dan mengira

perbezaan yang berbeza
langsung-langsung tidak serupa
tiada titik persamaan

tapi
tiada makna jika ada planet tiada bintang
tidak lengkap sains tanpa matematik
tidak mungkin tiada angka dalam penulisan
tidak berlaku perkiraan tanpa pemahaman

hitam dan putih
dua warna cukup kontra
dunia gelap tanpa putih
cahaya silau tanpa hitam.


putih itu suci


hitam itu menawan

sebab berbeza tak semestinya tak sama :)

andai persamaan menjadi kesempurnaan
amat mustahil untuk direalisasikan
andai kesempurnaan yang diingini
mana mungkin dapat dicari di dunia ini...

sememangnya diri tidak pandai berbahasa
meskipon kadangkala petah dalam berbicara
namun ada perkara yang tak dapat diungkap dengan kata-kata
terutama bila di depan mata,lidah terbentang kata
maka saya memilih
bicara tanpa suara.

ku serahkan kepada tuhan
sebuah harapan bernama doa...

Thursday, January 5, 2012

...g study nung...

shoutmix pon dah tak nak bagi perkhidmatan free dah sekarang
(sila lihat petak shoutmix)
malas nak edit mende shoutmix tu.biar je mane la tau tiba-tiba boleh okey seperti sediakala ke kan
(ohcee ayat penuh mengharap)
haisy kalau nak kene post blog pon kene bayar gak nanti,memang orang tutup blog neh
tak de keje nye der nak buat blog pon kene bayar
(ayat orang kedekut??errr)

dan kamu merepek apa kat sini?
dah habes study???
errrrrrrrrrrrrrrr

~can not imagine kalau exam tanpa ada gap hari.hari ni ade paper,esok ade paper,lusa pon ade paper.permudahkan segala urusan kami ya Allah
~trip winter : fayyoum-LA-sinai------>malaysia??owh semalang(semalam) rasa macam pergi ganu je sebab makang keropok goreng ganu dengang orang ganu.guane gop??
~betul ke penggunaang bahasa ganu kat tajuk tu??

Sunday, January 1, 2012

...mari kembali ke sekolah...

"tahun baru,cerita baru"
"tutup buku lama.bukak buku baru.selamat tahun baru"

bukan main kecoh kat FB status kat atas
pelik kejap pe yang baru nye??
bila tengok tarikh kat handphone baru kejap tadi(konon punye la sibuk sampai tak sempat tengok tarikh)
owh hari ni 1 haribulan 1 tahun 2012

dengar kata kat malaysia ustaz azhar idrus buat ceramah sempena tahun baru
sangat bagus.
sebab dah boring asal tahun baru je buat konsert kat klcc tu haa.pastu dok kire detiknak masuk tahun baru
daripada dok countdown mende tu baik calculate therapeutic dose of the drug
tak pun dok kire bape ekor kambing masuk kandang(dalam bahasa lain;tidur)

tak rasa excited pon dah masuk tahun baru
sebab itu bermakna mid exam makin dekat
kalau masa kecil mungkin
sebab dah nak masuk sekolah
(semangat kot tengok baju sekolah baru,kasut sparks/twinkle baru)
tapi sekarang semangat bila masuk satu muharram
sebab tarikh lahir saya masa tu hehe...(tak de niat nak promote.siyes tak de.siyes)

dan bagi saya
saya dah lama buka buku baru,cerita baru untuk diri ini.mohon tahun ini lebih baik dari tahun lepas
pada awal muharam yang lalu.
dan sekarang,1/1/2012
memang buka buku baru.
iaitu buku microbiology part 3-virology

~kepada sesiapa yang masih bersekolah dan akan naik darjah 5,sila sedar diri sekolah dah nak bukak :p
~dan kepada sesiapa yang tidak lagi bersekolah tetapi ber'universiti',sila sedar diri exam dah nak dekat :D