Pages

Wednesday, November 13, 2013

sedikit update terbaru.

Bismillah...

ade orang tak kat sini?kalau takde nak balik kbai~~
lama sangat tak update blog.balik malaysia kengkonon nak update setiap hari tapi satu post pon tadak.pemalas tahap badak sumbu lah kema.nampak tak permainan dia bila balik rumah memang malas nak buat apa-apa.

Balik malaysia
lepas macam-macam hal dengan exam tangguh dan tiket flight pon tangguh tambah drama air mata dengan ade orang tu nyaris-nyaris nak balik malaysia tanpa mengambil exam forensik.akhirnya pulang jua daku ke kampung halaman.nyaris-nyaris woo nak buat keputusan berani mati tu.boleh pulak fikir taknak ambek exam nak balik rumah je.mujur ade kaunselor berjaya(free je tak kene bayar haha)nasihatkan.nampak tak permainan dia bila fikiran tak rasional macam-macam keputusan boleh kita ambik.

Airport bangkok
wohhooo did i tell you all i buat drama korea lari-lari kat airport bangkok?nyaris-nyaris kene tinggal dengan flight.engkoo kecoh satu bangkok tu cari nama NUR AKMA ANIS SEAT 46 ke ape entah tak ingat.lagi best nak masuk flight boarding pass takde.maka abang-abang thailand yang eskot daku masuk kapal terbang.amacam bergaya tak?nampak tak permainan dia.

Puasa dan raya aidilfitri
alhamdulillah berjaya membuat attachment kat hospital temerloh dan beraya aidilfitri bersama keluarga.duit raya still maintain ye saham tak jatuh lagi.

Attachment di HoSHAS
2 minggu lebih buat attachment dan sedar diri banyak mende lagi tak tahu dan masa tu stethoskop hanya hiasan di leher sahaja.nurse pulak yang pinjam stethoskop kita.kita tak belajar lagi sakit puan nak sambut orang bersalin mane laa tahu T_T huhu.tapi new experience dan lepas ni dah belajar subjek obstetric and gynaecology insyaAllah saya boleh assist normal vaginal delivery*muke confident*.dan masa terluang kat emergency di isi dengan merayap ke bilik mayat dan tengok post mortem.pengalaman rare dan berharga kot.tidak akan ku lupa jubah plastik yang panjang berjela dan but yang besar amat.ehem,kamu yang kecik sangat kema.dah macam angkasawan berjalan kat bulan pon ade daku memakai 2 mende tu.nampak tak permainan bilik forensik lol.

Mengajar sekejap
lepas raya disebabkan terlalu mati kutu nak buat apa kat rumah maka bekerjalah kita mengajar mengaji dan fardhu ain kanak-kanak darjah 2.soalan paling femes:
"ustazah dah kahwin ea?"
"ustazah pakai cincin tu dah kahwin laa kan?"
"ustazah dah umur 22 mesti laa dah kahwin kan?"

hoi budak-budak.eh sopan sikit.wahai adik-adik ku sayang.kome umur 22 nanti kome tahu laa kene kahwin ke tak masa tu -.- nampak tak permainan dia?

anyway ini bukan cincin kahwin.ini cincin tanda.eh.tanda apa?tanda tanya.lol.

Dilema mesir-usim
gatal tangan sangat isi borang dan mulut masin mintak usim dan tadaaaa dapat tawaran sambung usim.tapi disebabkan beberapa faktor tertentu,saya lepaskan peluang itu.menyesal?tidak.saya anggap peluang itu hanya mimpi dan tak pernah wujud.sebab?saya ingin menghabiskan sisa 2 tahun setengah kat cairo uni insyaAllah.i setia orangnya okey.eh motif pulak tetibe setia.nampak tak permainan dia?

Kembali ke mesir
transit lagi sekali kat bangkok tapi kali ini takde drama korea dah lari-lari tapi drama hindustan-rasa-sedih-nak-nangis-kat airport.sebab?ermmmm.sebab menunggu seseorang yang tak kunjung tiba.mungkin?tetibe je nak feeling time tu padahal sebelum ni okey je.entah.mungkin sebab takut takkan jumpa dah lepas ni :'( tapi hati cakap we'll meet again.one day.one fine day.

dahhhh drama sangat neh.nampak tak permainan dia?

Fifth year medical student
Alhamdulillah bersyukur lepas exam tahun 4 yang jawab dalam keadaan tunggang langgang terbalik bagai tu.berkat doa semua yang mendoakan :) tahun 5,tahun baru,cabaran baru.keep me in your prayers.semoga saya kuat dan banyak tenaga nak check patient yang 5 kali ganda besar dari saya.minum milo anda jadi sihat dan kuat!

isnin depan saya exam dahhh T_T.dahlah buku bau air nescafe neh.mohon jangan nanges atas buku kang kembang pulak tulisan nak exam macam mane.weh weh dah tahun 5 nak nanges ape kemendenye nak exam?mengade lah.

dan nak dekat exam tetibe nak update blog.nampak tak permainan dia?

tajuk ye ye je sedikit update terbaru.sedikit laa sangat ni haa.update terbaru konon retis laa orang lain nak tahu cerita.padahal ade lagi ke insan yang rajin lagi tulus budi pekerti yang membaca blog ni?ade lagi ke?kalau ade serius nak nanges terharu neh T_T.serius!