Pages

Tuesday, November 20, 2012

i.k.h.l.a.s

salam 'alaik :)

kepada semua yang bukak blog ni tapi tak terupdate.mohon maaf.ni sume gara-gara facebook,twitter dan instagram yang membuatkanku malas nak update blog.owh sedap betul menyalahkan mende lain.padahal diri sendiri tu yang malas.zzzzz.bukan ape.malas nak bluetooth gambar.

tapiiiiii.hari ni rajin sikit.hehe.eh rajin banyak laa jugak(kemain puji diri sendiri)

emmm
tu laa banyak sangat simpan cerita sampai tak tahu nak cerita macam mana.okey kita bahagikan kepada beberapa chapter.haaa ambek dah macam buku teks pulak ade chapter.yang sudi membaca,silakan :)

chapter 1 : forensic medicine and clinical toxicology

alhamdulillah selesai round satu.forensic menarik.belajar macam mana nak buat jenayah.ehhhhh??kita belajar macam mana nak kenal pasti mayat tu.betul ke tu mayat manusia.berapa banyak.mati sebab apa.berapa lama dah mati.gitu

dekat uni ade jual waffle.15 genih(RM 7.50) satu neh.rasa pon boleh laaa.sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan nak makan waffle huhu.suka mende neh sejak duduk kat INTEC syah alam dulu.yang paling best kalau dapat gabung perasa coklat dengan blueberry.and yes for sure it would be very very very sweet.tapi suke!!hehe

"dijamin tidak gatal"errr rasanya kalau orang tu ada allergy kat keropok ikan,still gatal jugak kot.huhu.disebabkan ada orang tu(errr that's me laa) balik lambat,dan kene cover balik sume yang tertinggal kelas 2 minggu tu,maka harulah menubuhkan study group to cover up all the missing chaptersssss.yup banyak ssssss sebab memang banyak pon nak kene cover huhu T_T tak mau buat dah


perjumpaan student 4th year dengan dekan.yup dekan.iye yang lelaki tu dekan kitorang.sempoi kan??kan??juz imagine buat perjumpaan dengan dekan just dekat lecture hall tak payah nak kene hias carpet kompang sofa bagai.masuk-masuk je tanpa ucapan alu-aluan yang 2 3 jam tu terus je dekan tanya "okey what's your problem"haha terbaeekk. #onlyinegypt.memang tiap-tiap tahun akan ada perjumpaan macam ni supaya dorang dapat bantu sepenuhnya pelajar malaysia dan menunaikan hak kami huhu.dan kitorang pon takdelaa nak demand banyak sangat.apa yang dirasakan perlu sahaja.


antara orang-orang yang duduk belakang sekali.kami hanya pemerhati je.ni namanya nak menghabiskan batery phone huhu.

haaa see see.kan hari tu ada cerita uni dah macam kene langgar dengan transformer je.dah macam kene langgar raksasa tidur(rujuk boboiboy) uni kitorang.rasanya jadi macam neh sebab dia nak ganti paip bawah tanah.kot.kot laa.~abaikan gambar pakcik arab

chapter 2 : hari raya aidiladha

sedar tak sedar,tahun ni adalah aidiladha kami yang ke -4 di perantauan huhu.syahdu tak bunyi??menu di pagi hari-lontong,nasi impit,kuah kacang.ada lagi yang lain-lain seperti nasi lemak,mee kari,bubur jagung tapi semua tu tak sempat nak snap dah habis hehe.nampak nau kebulur masing-masing :P

jemput makan :D

tambah-tambah :P

mesir berdarah.memang kalau hari raya korban begini keadaan jalan-jalan kat mesir sebab sistem perparitan dan perlongkangan(??) yang kurang sikit kat sini.maka darah haiwan sembelihan dialirkan ke jalan sahaja.tau dah.maka memang tak laa kan nak pakai baju raya cantik-cantik huhu.eh tapi pakai baju raya time jamuan raya hee :D errr sorry kat orang yang mabuk darah.eh cepat-cepat scroll ke bawah huhu

okey begini keadaan secara jelas.kalau kat malaysia selalu buat korban kat masjid or kat surau ke kan.tapi kat sini buat kat tepi jalan je.dapat laa tengok hehe.errr yang mabuk darah sila scroll bawah lagi 



okey sape yang tak boleh tengok gambar kat atas tadi,tengok gambar ni je okey ;) nama ia tiger.nama je tiger tapi tak garang tapi manja tapi mengada tapi comel tapi adorable tapi nakal tapi cute.



raya ketiga,saya ke mansoura.sampai cairo malam dan terus ke markas perubatan sebab ada program batch.dan makan-makan hehe...

sate pon ada :D

chapter 3 :saya jumpa sesuatu yang best kat beano's :D

beano's.first time pegi sini.credit to zie sebab recommend kan tempat ni

pergi berdua dengan nonie.yup just both of us :)

haaa yang coklat tu my fevret!!siyes best!!err ape ek nama dia.tapi pisang campur coklat.tak muak.first time boleh habiskan air dengan begitu cepat.selalu air mesti kene bungkus bawak balik.dah maju setapak.bese minum hot choc je hehe.mende ni laa yang best kat beano's

kitorang order ni je.tu pon dah kenyang sangat-sangat. p/s : jimat pergi makan dengan akma anis.semua menu die bantai separuh pinggan je.lagi separuh haruslah ada orang lain yang tolong habiskan.errr tapi air coklat tu boleh dihabiskan sendiri sebab saaaangat best.

"muke ko siyes betul tengok phone"kata nonie.okey no wonder ramai cakap saya garang.em bila tengok memang nampak macam garang pon.tak pe mungkin dorang belum tengok saya senyum-senyum sambil tengok phone.ehhh??~senyum sebab main game laa :P

chapter...errkkk...scroll balik atas...owh dah chapter 4 :community medicine is begin

aaaa.no komen.kelas start pukul 8.setiap hari ye.owh memang dugaan laa kan kelas awal-awal pagi time winter neh.owh ye.remind me not to skip my breakfast.azam baru tak nak skip breakfast sebab dorang cakap saya nampak sangat kecik hahaha.mungkin efek tahun 3 hari tu.ingat senang ke nak gain weight??susaahhh wehh.dah abes usaha dah rasanya -.-

okey nak tunjuk kelas je sebenarnya.ni laaa kelas kami.meja dan kerusi di susun macam kelas darjah satu gitu hehe.tapi best.air-cond ada dua(time winter pon nak ber air-cond jugak)kerusi dan meja comel.~kengkonon study laa kan.padahal buku pon tak bukak.failed bidang lakonan

jujur ada sebab sebenar kenapa lama tak update blog.mungkin ada rasa takde orang pon yang tengok blog ni.cewahhh.tapi bila fikir balik,saya update blog sebab nak letak semua cerita yang boleh dikongsi.and as my memory time belajar.kalau rajin sambung lagi tulis blog time dah keje pulak.

maka apa yang saya dapat setelah lama tak update blog ialah ikhlas.tak mengharapkan apa-apa balasan.kalau saya update blog untuk orang baca,once bila dah takde orang baca,maka blog ni pon tutup laa.nampak tak macam meaningless disitu.

sama jugak kalau kita BUAT sesuatu perkara KERANA sesuatu,maka bila sesuatu tu dah takde kita pon stop buat perkara tu.maka boleh jadi je kita buat kerja separuh.atau bila kita BUAT sesuatu kerja sebab nak MENGHARAPKAN sesuatu,maka bila kita tak dapat apa yang kita harapkan tu kita akan takde semangat untuk buat kerja tu lalu hasil kerja pon tak memuaskan.maka buat sesuatu tu biar IKHLAS :)

~saya dah lama ada niat nak bawak 'mereka-mereka yang kat malaysia' tu datang mesir,nak bawak pergi kat tempat makan-makan.sebab saya tahu ada di antara 'mereka-mereka yang kat malaysia'memang suka makan hee :D tapi macam tak mampu nak bawak semua.tapi masih mengharap dapat bawak sorang je datang mesir pon jadilah...