Pages

Friday, February 20, 2015

hai uollsss

motif aku update blog malam-malam adalah kerana aku tak boleh tidur sebab semua orang dah tidur.

dan sekarang pukul 1 pagi.bila dah melepasi waktu mengantuk,cenggini pulak jadi.tak boleh tidur pulak.zzzzzzz

anyway,aku tengah setle majlis graduasi senior cairo uni.tadi rehearsal macam ape je.aku rasa time tu jugak nak letak jawatan lol.penat weh!

tapi dah orang percaya kita boleh buat kerja tu,dan bukan senang nak minta tolong orang lain.ada orang tanya aku kenapa aku terima jugak kerja neh.

sebab.

adalah sebab dia.pm inbox.whatsapp pon boleh.telegram pon aku ada.

tapi bila orang offer kerja,maknanya dia nampak kita boleh buat kerja tu.kot.padahallll

padahal,aku nak announce neh yang aku tak pakar mana pon dalam bidang protokol pendisiplinan bagai neh.tapi aku tak tahu kenapa orang selalu lamar aku untuk jadi ajk disiplin n protokol.bila laa nak ada orang lamar aku jadi ajk suri rumah neh.eh silap silap.

aku harap ni last dah neh jadi dnp.bagi aku peluang nak jadi ajk pendaftaran ke,pengarah terus ke lol.okey tak.lupakan ayat aku tadi.

tapi banyak mende laa aku belajar selain daripada tajuk cardio,chest dan abdomen.

eh hari ni mesir hujan.dan aku pergi uni tadi dalam keadaan berlari lari dalam hujan gituuu fefeeling kuch kuch hota hai laa sangat.tapi tak de hero laaa kahkah.lari sensorang sudah.boleh je survive.

dengan skirt putih pulak tu.korang tahu tak warna mesir bila debu campur hujan?kelabu.jalan tu memang tak rupa jalan.lecak is everywhere.so macam mana nak pakai high heels kat sini?kasut sukan je laa aku mampu.ceh tak bagi can aku nak jadi ayu macam neh.time keje nanti pon sarung selipar je masuk operation theatre tak de nye der masuk pakai stilleto.

so,hari konvo nanti kat mana aku nak cari kasut cantik sikit?kasut aku dah bersalut lumpur tu haa sikit lagi nak tukar warna kelabu semua.yang ada kasut spare warna pink tu laaa.emm boleh laa kot.tapi hari tu jalan kene cover sikit laaa.akma anis cover?kirim salam.

best tengok orang konvo.seronok.sambil doa tahun depan turn aku dan kawan-kawan lain insyaAllah :)

semalam test chest.aku tak tahu laaa apa aku jawab.aku tak sampai tahap nanges mengadap paper tu tapi aku harap doktor tak nanges laa tengok jawapan aku haha.sebab malam sebelum tu punye banyak mende aku nak kene fikir sampai akhirnya aku malas fikir semua mende tidur lagi patut haha.suke hati je.

ahad pulak exam psychiatry.takpe.tsukame!egaita yume wo.haaa kali ni aku dah tahu dah maksud dia apa bukan main gune sesuke hati ea :P

okey exam apa lagi ada?memang aku pesan kat anak aku nanti jangan ambek medic.ambek pengacara tv alhijrah je ye nak.

~awak lahir tahun kambing.saya lahir tahun biri-biri.lebih kurang tapi biri-biri lagi comel so i'll take that biri-biri.hee :D

~aku tak boleh tengok orang lain menangis rupanya.baru tahu.