Pages

Thursday, March 26, 2015

hope to see you again!

dulu ada orang suruh aku buat blog.lepas spm.tapi aku taknak sebab aku tak suke menulis pon.

then masuk intec,lecture english suruh kitorang buat blog untuk update ape yang kitorang dah belajar.

dan sudahnya aku sambung je blog neh sampai aku datang mesir.

semua mende aku cerita dalam neh.suka duka,gembira sedih,gelak menangis sume ada.

almost 6 years kot blog neh.dah nak masuk darjah satu rupanya blog aku haha.

ada post yang aku publish,tapi aku edit balik.
ada yang aku publish,tapi aku delete.
ada post yang aku simpan dalam draft,then aku publish
ada post yang aku simpan dalam draft,sampai sekarang aku tak publish publish.buat ikan pekasam gamaknya.

blog aku dari takde follower,sampai 93 follower.walaupun bilangan tu belum cukup untuk buat aku jadi blogger terkenal tapi kira ramailaa tu bagi aku lol.aku bukannya kejar populariti sangat.tu belum kira follower yang baca senyap senyap.belum kira yang jumpa blog aku secara google.kalau kira-kira semua ratus ribu laa jugak baca blog aku ni ye dak? *bagilaaa akma anis rasa femes sekejap*

apa yang aku tulis dalam ni,semua yang aku tak dapat luah dengan kata-kata.i mean mende yang aku tak cerita kat orang lain.

sebab apa yang aku tulis,datang dari hati.tak percaya?cuba kalau korang nak type something.mende yang korang type tu akan appear dalam hati dulu kan.macam korang type apa yang hati korang cakap.ke ade je orang sambil type sambil die sebut kuat-kuat apa dia type?tu dalam drama melayu je wujud aku rasa.

tujuan aku throwback semua neh,bukanlah nak sambut anibersary anniversary macam mana eja entah blog aku neh.tak.

aku nak bagitahu yang aku akan delete blog aku neh.

atau aku akan buat private sepenuhnya.

sebab?

sebab dalam neh banyak kenangan.aku tahu aku tak boleh delete sume tu dari otak.aku try delete kat blog dulu laa cuba try test.

not sure this blog will be deleted permanent or temporary.dah macam servis ape je ayat.

maybe aku akan bukak balik blog neh.maybe memang delete terus.tengok lah dulu macam mana.

atau maybe aku tak jadi pon nak delete blog ni kahkah.akupon tengah cari setting kat mana nak delete or nak buat private blog neh.otak aku ni bukan boleh kira sangat.

okey tapi in case kalau ini post yang terakhir,

aku minta maaf kalau ada mende yang aku tulis ada mengguris hati sesiapa.
terima kasih sudi baca,sudi share cerita dengan aku,sudi follow,sudi komen.

aku tengah cari kekuatan untuk aku bangun balik.doakan aku aku tabah.doakan aku grad februari tahun depan,dapat title doctor.in case kalau jumpa aku kat mana-mana,tegurlah aku "eh awak ni yang tulis blog something to share tu kan?eh sambung laa lagi tulis blog saya suka dengar cerita awak"owh bajet artis giler.

kbai.

salam 'alaik.

Friday, March 20, 2015

cholera

aku nak jadi macam dulu.
tak fikir pasal orang lain.
ego tinggi

mengharap ade orang datang dekat aku sambil cakap 

"stop crying.dah dah jangan nangis dah nanti lagi panda mata tu"

bencana apakah melanda aku minggu neh.

aku penat laa.

esok test tapi kepala aku dah sakit nak fikir semua neh.dari tadi dok tenung perkataan cholera tak gerak-gerak.

ape kau ingat esok doctor tanya ejaan cholera je ke?

yes please doctor.ask me that question.

boleh ke kalau nak doa hilangkanlah ingatan semua mende kecuali pasal medic dari tahun 1?boleh tak?

Thursday, March 19, 2015

susah ghupenyeee

test dengan dr.tamer tadi macam...macam...arghhh...macam harommmmm.aku tak tahu kenapa dorang sebut macam harom kenapa bukan 'macam tak halal' aku pon tak tahu.

yelah aku memang dah agak test aku hari neh memang bencana alam.petang nak test,pagi baru aku betul-betul dapat fokus.tu pon lepas aku tolakkkk sume mende ke tepi.

dan akhirnya hari khamis berakhir.memang aku tunggu weekend pon sebab minggu neh banyak mende menekan nekan aku sampai takde selera nak makan.makan ayam seketul dah kenyang sehari boleh jimat macam neh sempena GST ni marilah kita berjimat ye rakyat malaysia.

aku balik kelas,

"pka dengar neh aku tuju lagu sempena tema move on"

tidakkah pernah terlintas di fikiranmu
waktu kau senang benar untuk melepaskan
sakit ini hanya aku yang rasa sayu
kacau bilau meracau sakit hati ini

haaa kau habis move on punye lagu.kalau tak boleh move on lagi tak tahulah.

tu lagu tema cite melayu aku tengok sekarang.yelah aku memang layan cerita melayu pon sebab tak payah nak kene baca subtitle bagai sambil tengok sambil masak sambil lipat kain ke ape.

perghh gaya macam aku cool giler riang ria huha huha dalam kelas sambil buat-buat aktif jawab soalan doktor mentang mentang doktor surgery muda-muda eh.

pastu tetibe tahu-tahu dah termenung depan tab.merenung masa depan.tenung kenangan lama.

susahnye nak berdepan dengan semua mende neh.owh susah.susah woo.lagi susah daripada nak kene hadap internal medicine.

sel-sel otak aku dah putus.sape nak tolong sambungkan balik neh?

easier said than done.

balasan apakah ini?

aku nak balik malaysia.

tapi aku kene habiskan medic neh.

tapi aku dah takde semangat.

tapi aku nak grad.

so aku kene teruskan jugak.

move on laa kema.

taknak.

apasal?

taknak,taknak laaaaa

okey bergerak.

tak mau

k fine.

final year.

tahun depan saya habis awak.

tunggu je.tau!tunggu!

ko suruh sape tunggu sape neh?

entah.

ku mampu bertahan,
cepat atau lambat,
mampu bertahan.
sempurna oleh waktu.

eh kata hari tu nak delete blog laa post terakhir ape laa bagai.well,tangan je type macam tu,dalam hati sape tahu?

mulut cakap nak move on.dalam hati?

senget.ha'ah aku memang senget pon.so ade orang nak?

Monday, March 16, 2015

last post.maybe?

one of my reason to survive in medic dah hilang.

macam mana aku nak teruskan sume mende neh esok,lusa,sampai tahun depan?
tell me how.

kalau baymax ada mesti dia dah diagnose neurotransmitter aku rendah dan aku tengah dalam depression.pastu die peluk aku macam dia peluk hiro.eh no no cannot harammmm.

salah aku ke?

satu hari aku akan delete blog neh.banyak sangat mende dalam neh yang kalau aku tengok balik boleh buat empangan air mata pecah tak boleh nak berhenti.

aku akan delete.semua.