Pages

Saturday, October 29, 2011

...gram-negative...

kalau sedih kat orang,boleh lepas kat sape-sape
kalau sedih dengan internet,harus ke lepas kat pakcik kerje kat centre internet??argghhh
ikot kome la tenet.buat la hal sendiri
saya MEMANG bayar internet untuk tengok status 'no internet access'
huh.
okey selesai sesi lepas geram
(err..lepas sedih sebenarnya.sedih tau bila nak kol rumah,internet lak buat hal.haisy dah tak nak ingat part sedih tu.segan pon ade sebab tercakap "r______c__nak_____s  haha.biarlah rahsia)

kamu mesti kuat macam biskut tiger biskuat yeah!!
credit to adam harith.muka penuh keazaman tuuu.patutnye tambah efek ade api kat mata,telinga ade asap,rambut kasi pacak sikit..erkk macam goku la pulak kalu gitu

~gram-negative bukan bermaksud -1gram.bukan membawa maksud unit untuk jisim atau berat.tetapi adalah jenis bakteria yang di'stain' oleh gram's stain.negative-gram maksudnye red staining.kalau positive-gram pulak warna ape??haa sape nak teka...
~"microbiology is study about bacteria,virus of fungi.you shouldn't eat or drink in microbiology laboratory because there's might be any bacteria on the table or everywhere in this lab..."errkk tapi saya dah makan separuh roti,dah minum separuh air kotak apple,sempat habiskan sebiji gula-gula dan beberapa biji coklat dalam lab tadi.how??
(haiyyo budak ni masuk lab keje makan ke ape??)<<ni kes tak sempat breakfirst laaaa.sekali dengan lunch hehe

Friday, October 21, 2011

-tajuk terserah pada anda-

tak sedar dah 3 minggu masuk tahun 3.rasa macam baru je naik flight mas pakai kot jpa(time tu bajet nak pergi conference sebab pakai kot bagai)

mari kenal ubat dengan pharmacology
study of drug.
setakat ni baru habis introduction.so setakat nama ubat yang dah saya dah jumpa seperti tetracyclin,digoxin,metoclopramide,barbiturates,chlorpromazine,propranolol,atenolol,nadolol,morphine,nitroglycerine
errr nak kene tulis lagi ke??tak yah la kot.kang terbuat buku teks pharma edisi ke 2 lak.baru INTRODUCTION ni

kaji penyakit dengan pathology
study of disease.
kire macam sambungan kepada subjek histology.tapi tahun ni belajar tentang abnormal tissue lak.haa pandai-pandai la kome nak kenal tu appendicitis ke,liver cirrhosis ke,thrombosis ke.maka haruslah ambil tuisyen tambahan untuk subjek ini.macam nak upsr lak ea de tuisyen.

main cacing dengan parasitology
haha over betul tajuk.mana ada main cacing pon.tengok bawah mikroskop je.tu pon dorang berada dalam keadaan statik,tak bergerak.saya nak tengok dia gerak-gerak.parasit bukan pasal cacing je.pasal nyamuk ada,lalat pon ada.setakat ni dah kenal dengan fashiola,paragonimus,heterophyes,schistosoma,taenia saginata,taenia solium dan diphyllobothrium latum serta mak long nya diphyllobothrium mansoni.cuba sebut nama-nama itu dengan jelas dan pantas.

benda kenit dalam microbiology
jumpa virus,bacteria dan sebagainya yang memang tak nampak dengan mata kasar tapi boleh nampak dengan mata hati.errkk...lepas belajar microb terus rasa macam dikelilingi oleh bacteria dan virus walau di mana-mana.dan hand sanitizers(macam ni ke eja dia)dettol tu dah nak abes sebotol.perghh menjaga kebersihan sungguh!

4 subjects for this year.pray for me :)

kambing sebelah rumah
masa kecil,kalau pergi kawasan kampung suka sangat tengok pondok kambing yang didiami oleh kambing-kambing(dah name pondok kambing)suka tengok sebab macam comel je kambing duduk dalam tu ramai-ramai.dan bila sebelah bangunan rumah dibuat kandang kambing,serius rasa macam duduk dekat desa(cewah ayat).tapi yang pelik nya,bila pagi kambingnye tak de.lengang je kandang tu.bila balik rumah petang-petang,ade pulak bahagia je kambing tu duduk dalam kandang.persoalannya di manakah kambing itu pergi pada waktu pagi?tidur kat rumah tuan kambing kah??errr...pe kes tiba masuk bab kambing

syukran awiy yayasan pahang!! ~nampak tak selipar comel warna biru tu.hehe.owh tapi bukan selipar ammar mursyid ea

~siyes termotivated dengan cerita kene 'halau' kelas tutor hehe :)

Thursday, October 20, 2011

...memberi dan menerima...

perihal kelas mengaji

"kamu ni dahla datang lambat,tak bawa buku nota pula tu"
syeikh yang ajar mengaji menegurku dengan lemah lembut.tak perlu nak tinggi suara,tak perlu nak marah.tak de nak post dalam fb>> "ni haa ade orang datang mengaji lambat lepas tu tak bawa buku".owh tak perlu semua tu.cukup satu ayat yang penuh halus,dalam nada lemah lembut.nampak tak??

dan saya,sedar diri sememangnya saya yang salah.rumah jauh dengan tempat mengaji bukan satu alasan.terlupa bawa buku nota bukan satu jawapan bernas.maka,terima teguran syeikh dengan hati terbuka sebab memang diri ini buat salah dan harus ditegur.tipu kalau cakap hati ini tak tersentuh langsung.

"ek ele perempuan neh,tegur sikit pon nak terasa"
"cakap mende betul pon nak melenting"
"komen pasal tu je pon nak post kat blog"<<errr

TAPI
jujurnya.sikit pon saya tak sakit hati dengan teguran tu.secuit pon tak de rasa marah.sebab memang tahu salah sendiri.saya terima teguran itu sebagai peringatan supaya tak akan melakukan perkara yang sama untuk kali kedua.

SEBAB
teguran syeikh itu ada benarnya.syeikh menegur saya setelah bertanya"kenapa kamu lewat.kamu tinggal di mana?"siasat dulu sebelum membuat kesimpulan.observed dahulu perkara sebenar sebelum membuat hypothesis.kaji dulu apa yang tersembunyi sebelum membuat diagnosis.nampak tak apa yang saya nak cuba sampaikan?

abah saya tegur saya dengan penuh lemah lembut.bukan marah tak tentu hala.tanya dahulu apa masalah.kalau memang anak dia ni yang salah,maka memang harus terima hukuman.itupun kalau kesalahan kecil,abah maafkan begitu sahaja tanpa perlu anaknya ini minta maaf pada hari raya(hadoi hari raya je ke mintak maaf??)dan boleh kira berapa kali abah marah,sebab abah sangat penyabar.lelaki ini yang saya sangat hormat dan sayang!

OLEH ITU
sebenarnya kaum hawa ini bukanlah makhluk yang amat laa susah nak terima teguran.teguran itu perlu,untuk menjadi yang lebih baik,dan orang yang menegur itu penting kerana itu tanda masih ada yang prihatin.sebab rasanye saya tak pernah lagi kene tegur macam ni"ko ni rajin sangat la.cuba malas sikit" tapi selalunya macam ni"jangan la malas sangat,cube rajin sikit"see,teguran sepatutnya membawa ke arah positif.okey tiba-tiba rasa ayat sangat serius.

KENAPA
tiba-tiba post pasal ini??sebab terkenangkan teguran syeikh yang saya rasa caranya kena dan tepat,maka hari ini saya datang kelas mengaji dengan tekad tak nak lambat dan sempat memasukkan buku nota dalam bek kecil adidas(beg sadida biru dah ade partner sekarang hehe)dan saya rasa saya AKAN INGAT teguran ni sampai bila-bila

JUJURNYA
apabila ade orang yang menegur saya,insyaAllah saya boleh terima.kalau menegur dengan cara kurang kena,saya terima jugak.tapi secara gradually and in long time(dah macam chronic inflammation je).tapi kalau kena gaya,saya boleh terima secara rapid onset in short time(ni pulak dah macam acute inflammation).saya manusia biasa okey.

MAAF,DAN MAAFKANLAH
maka kepada insan bergelar adam,kami tak marah kalau kene tegur(err kalau ade pon marah sekejap je kot)kecil hati itu normal(huhu).dan kepada kaum hawa,kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan sehingga mendapat teguran.well,kadang-kadang orang tegur baru kita sedar,kan??

CUMA
saya rasa teknik teguran itu perlu tepat.tak perlu bahasa bunga-bunga pon(kang tak paham pulak).nada yang sesuai mungkin perlu,dan ayat yang tiada unsur perli mungkin sesuai.menegur bukan dengan emosi(nak lepas marah),tapi dengan hati(menegur untuk kebaikan bersama).dan terima teguran,bukan dengan egois(aku tak nak terima sebab dia tu sape nak tegur aku),tetapi dengan rasional(betullah tu die tegur sebab memang salah)


kalau saya salah,tegurlah saya.dengan BERHIKMAH

~kene bersedia untuk menerima teguran secara kasar(kene marah)dari sekarang.tapi kalau kena face to face,better kot dari kene kat FB.at least tak dela satu dunia tahu.ya dak??ke macam mane...

 yang seorang perlu memahami,yang seorang lagi perlu mengerti...err dalam maksudnye ni huhu


Wednesday, October 12, 2011

anak ummi abah

aasif giddan sebab lama(err lama ke??) tak update blog.bukan ape banyak perkara yang utama yang perlu diselesaikan dulu.dengan kelas nye dari awal pagi(ayam pon tak bangun lagi tau kami dah meredah jalan nak pegi sekolah kasr el-aini)dan pulang ke rumah lewat petang(itik dah lama sampai reban,kitorang tak sampai rumah lagi<<konon nak cakap balik lambat heh)

p/s : sejak belajar parasitology,semua binatang jadi mangsa keadaan ku.sebab tu ayam itik pon jadi mangsa

makan pagi pukul 12(tu pon kalau ade gap between kelas)
menu breakfast:roti coklat atau coklat snickers atau air kotak susu coklat
(bukan melantak semua menu diatas,tapi makan salah 1daripada menu tersebut.ulang lagi sekali,salah satu SAHAJA)
menu tengahhari adalah air mineral je
(haha macam sengsara je hidup ku ini)
dan makan malam sahaja yang proper sikit
err maksud proper tu ialah ada nasi,lauk,dan air
(makanan seimbang,mungkin??)
maka bila buat rumusan : saya makan sekali sehari

p/s : don't try this at your university okey.saya buat takpe.kamu tak boleh buat.errr please never and ever tell this to my mom hehe(jangan bagitau mak saya ye.nanti saya kena marah<<ayat time tadika bila buat salah)

itulah serba sedikit mukadimah sejak masuk tahun 3 ni.
subjek baru??best,mencabar,macam banyak.em lain post mungkin kite cerita panjang bab ni(ohcee konon macam ramai je nak dengar cerita kome tu)

balik rumah tadi,tergerak hati nak bukak laptop,dan terautomatically tersign in skype.terus receive video call dari abah.risau mungkin bila dengar berita tentang kejadian di mesir baru ini yang mengorbankan 24 nyawa.(sempat baca tajuk je.punye la tak sempat nak ambil tahu berita dunia.entah ape laa yang tuan blog buat sampai sibuk macam ni)

"baru ni anniversary ummi dengan abah"
"oyeke.yang ke 21 la kan??"
"eh umur kaklong sekarang ke tahun depan 20??"
"sekarang 20 la abah"
(nak je jawab tahun depan baru 20.owh ayat tak boleh terima hakikat itu huhu)
"owh boleh mengundi la tahun depan"
"kahwin pon boleh abah hoho "
tiba-tiba abah dengan ummi gelak.ops!terlepas cakap pulak.ingat ayat tu keluar dalam hati je haha.anak sapaaa la neh.wow saya nak belajar lagi okey!!myvi pon tak dapat lagi neh.


happy anniversary ummi abah!!~baru perasan abah sangat stylo sebelah meriam neh hehe

haisy kacau daun betul dak sorang neh.nak jugak tu masuk gambar

saya anak ummi abah :)

~kepada yang menjengah blog ini banyak kali tapi blog ini tidak diupdate,maafkan saya :)

Sunday, October 2, 2011

1st day


hari pertama kelas,
pharmacology(study of drug)
malam before kelas tu saya dah buat 'practical' kelas pharma
dengan menguji ubat selsema noni
(bukan ubat jenama noni,tapi diberi oleh noni)
selsema hilang
tapi sakit kepala sampai ke subuh sampai kelas sampai balik rumah semula
(akhirnya hilang setelah masak pengat pisang hehe)
errkk adakah noni salah prescribe??
atau selsema tu yang menyebabkan headache??
mintak jauh daripada segala penyakit.amiin

~pharmacology best!!macam business math hehe(ayat macam pernah ambek business math je)
~akak senior ingat saya junior tahun 1.maknenye ape ek??ape ea??hoho :D

Saturday, October 1, 2011

melaka mempesona...

balik dari majlis pertunangan abang long hari tu,terus jalan-jalan sekitar melaka darul _ _ _ _ _ _(sila isi tempat kosong).bab jalan-jalan ni memang tak penat ea.kalau suruh keluar beli sayur petola bukan main banyak alasan nye huh.isy isy anak sapaaa la neh.

tau tau dah ade kat kayangan.ohcee atas langit laa sangat.pemandangan dari menara taming sari.gayat??no way mannn.tak tinggi langsung eheh(ayat siyes berlagak)

haa ni bukti kitorang(me and my cousin)panjat menara taming sari neh.tak la mahal sangat.tapi ade orang tu tak puas hati sebab sekejap sangat naik mende neh.dalam 5 minit je tak sempat nak berangan konon makan kat restoren berputar menara KL(sebab menara ni pon berputar juga)

haa inilah benda yang akan membawa anda terbang tinggi.errr takde la tinggi sangat.kire okeylah

dah pernah naik kapal tu hehe.sape rasa nak naik titanic boleh laa naik mende tu

lepas naik menara taming sari,kitorang naik kereta kecik ni pulak...err memang tak kan laa.tapi macam best je tengok dorang main mende neh.kalau buat impak maksima gune kerete neh agak-agak mencabar tak??

ini adalah tinggalan sejarah tembok err kubu errr....tanya orang melaka la ea huhu

yang penting dapat pergi tepi pantai hoho(muke excited sebab dah lama tak pergi tengok laut)

~tajuk macam nak buat promosi tahun melawat melaka je.hope next year dapat pergi melaka lagi jalan-jalan hehe(dah wat plan tu)
~nak upload banyak gambar lagi tapi bila upload gambar je die jadi stuck.apasal ek