Pages

Thursday, October 20, 2011

...memberi dan menerima...

perihal kelas mengaji

"kamu ni dahla datang lambat,tak bawa buku nota pula tu"
syeikh yang ajar mengaji menegurku dengan lemah lembut.tak perlu nak tinggi suara,tak perlu nak marah.tak de nak post dalam fb>> "ni haa ade orang datang mengaji lambat lepas tu tak bawa buku".owh tak perlu semua tu.cukup satu ayat yang penuh halus,dalam nada lemah lembut.nampak tak??

dan saya,sedar diri sememangnya saya yang salah.rumah jauh dengan tempat mengaji bukan satu alasan.terlupa bawa buku nota bukan satu jawapan bernas.maka,terima teguran syeikh dengan hati terbuka sebab memang diri ini buat salah dan harus ditegur.tipu kalau cakap hati ini tak tersentuh langsung.

"ek ele perempuan neh,tegur sikit pon nak terasa"
"cakap mende betul pon nak melenting"
"komen pasal tu je pon nak post kat blog"<<errr

TAPI
jujurnya.sikit pon saya tak sakit hati dengan teguran tu.secuit pon tak de rasa marah.sebab memang tahu salah sendiri.saya terima teguran itu sebagai peringatan supaya tak akan melakukan perkara yang sama untuk kali kedua.

SEBAB
teguran syeikh itu ada benarnya.syeikh menegur saya setelah bertanya"kenapa kamu lewat.kamu tinggal di mana?"siasat dulu sebelum membuat kesimpulan.observed dahulu perkara sebenar sebelum membuat hypothesis.kaji dulu apa yang tersembunyi sebelum membuat diagnosis.nampak tak apa yang saya nak cuba sampaikan?

abah saya tegur saya dengan penuh lemah lembut.bukan marah tak tentu hala.tanya dahulu apa masalah.kalau memang anak dia ni yang salah,maka memang harus terima hukuman.itupun kalau kesalahan kecil,abah maafkan begitu sahaja tanpa perlu anaknya ini minta maaf pada hari raya(hadoi hari raya je ke mintak maaf??)dan boleh kira berapa kali abah marah,sebab abah sangat penyabar.lelaki ini yang saya sangat hormat dan sayang!

OLEH ITU
sebenarnya kaum hawa ini bukanlah makhluk yang amat laa susah nak terima teguran.teguran itu perlu,untuk menjadi yang lebih baik,dan orang yang menegur itu penting kerana itu tanda masih ada yang prihatin.sebab rasanye saya tak pernah lagi kene tegur macam ni"ko ni rajin sangat la.cuba malas sikit" tapi selalunya macam ni"jangan la malas sangat,cube rajin sikit"see,teguran sepatutnya membawa ke arah positif.okey tiba-tiba rasa ayat sangat serius.

KENAPA
tiba-tiba post pasal ini??sebab terkenangkan teguran syeikh yang saya rasa caranya kena dan tepat,maka hari ini saya datang kelas mengaji dengan tekad tak nak lambat dan sempat memasukkan buku nota dalam bek kecil adidas(beg sadida biru dah ade partner sekarang hehe)dan saya rasa saya AKAN INGAT teguran ni sampai bila-bila

JUJURNYA
apabila ade orang yang menegur saya,insyaAllah saya boleh terima.kalau menegur dengan cara kurang kena,saya terima jugak.tapi secara gradually and in long time(dah macam chronic inflammation je).tapi kalau kena gaya,saya boleh terima secara rapid onset in short time(ni pulak dah macam acute inflammation).saya manusia biasa okey.

MAAF,DAN MAAFKANLAH
maka kepada insan bergelar adam,kami tak marah kalau kene tegur(err kalau ade pon marah sekejap je kot)kecil hati itu normal(huhu).dan kepada kaum hawa,kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan sehingga mendapat teguran.well,kadang-kadang orang tegur baru kita sedar,kan??

CUMA
saya rasa teknik teguran itu perlu tepat.tak perlu bahasa bunga-bunga pon(kang tak paham pulak).nada yang sesuai mungkin perlu,dan ayat yang tiada unsur perli mungkin sesuai.menegur bukan dengan emosi(nak lepas marah),tapi dengan hati(menegur untuk kebaikan bersama).dan terima teguran,bukan dengan egois(aku tak nak terima sebab dia tu sape nak tegur aku),tetapi dengan rasional(betullah tu die tegur sebab memang salah)


kalau saya salah,tegurlah saya.dengan BERHIKMAH

~kene bersedia untuk menerima teguran secara kasar(kene marah)dari sekarang.tapi kalau kena face to face,better kot dari kene kat FB.at least tak dela satu dunia tahu.ya dak??ke macam mane...

 yang seorang perlu memahami,yang seorang lagi perlu mengerti...err dalam maksudnye ni huhu


2 comments:

atiqah said...

kema, post la kat blog batch...meriah sikit..

iman_insyirah said...

siyes ke boleh post kt blog batch??
err meriah??haha