Pages

Wednesday, December 28, 2011

...post mortem...

"ujian adalah tarbiyyah dari Allah
apakah kita akan sabar
atau pun sebaliknya"

bukan mayat sahaja yang nak kene post mortem
untuk tahu punca kematian
yang hidup pun perlu post mortem
untuk tahu tujuan kehidupan

subhanallah
jantung
organ yang sangat kompleks
dicipta berdegup setiap masa tanpa berhenti
masalah besar macam mana sekalipun melanda
pasti akan ada bahagian yang akan 'compensate'
sebab walau macam mana sekalipun die tetap kene berdegup
mati otak-masih hidup
mati jantung-ke kubur jawabnya
tapi
adakah setiap kali jantung berdegup
setiap kali itu jugalah kita ingat pada Yang Mencipta jantung itu?

muhasabah.muhasabah.muhasabah.

-rheumatic endocarditis
-mitral stenosis/incompetence
-myocardial infarction
-fallot's trilogy/tetralogy
-atrial/ventricular septal defect
-patent ductus arteriosus
-monckeberg's sclerosis
-simple false aneurysms(pulsating haematoma)

define and discuss all of the above

wowwow bukan soalan ramalan final exam jauh sekali midyear exam.niatnya nak google gambar-gambar yang berkaitan diatas dan diletakkan dalam post ni.tapi errr tak de mood nak google.so letak caption je laa hehe

~ummi cakap ammar mursyid makin ganas.lepas minum susu main campak je botol susu.athiah pun kene cubit dengan dia.adam harith kene gigit dengan dia.haruslah kene balik ni untuk 'tarbiyyah' si kecil tu<<eii alasan-nak-balik-malaysia yang tak munasabah langsung
~pendaftaran nak pergi sinai dah tutup.dah tu guane kite??ke buat trip ke malaysia je??

p/s :nampak macam saya nak balik malaysia sangat-sangat ke??takdelah.itu cuma 'teaser' je hehe.anyway,video sempena hari terbuka bait muslim ni sangat menarik.

Friday, December 23, 2011

...W.A.N.A...

dulu
kita dipisahkan dengan sekolah
sorang kat bandar kajang,sorang kene pergi klang
lain-lain sekolah,tapi rasanya kita jadi semakin rapat
kenapa ya??

sekarang
kita dipisahkan oleh 2 benua(ohcee benua la sangat)
sorang kat timur tengah,sorang kat err...europe ke ek??~adoi failed peta negara haha
masa dan jarak yang sangat berbeza
tapi kita tak pernah lupa satu sama lain
kenapa ya??

sebab
W.A.N.A

nah kek...(kek ni macam sesuai untuk adam je)errk tukar-tukar

haa.yang ni mesti ko suke kan haha

orang bagi extra kek yang berkhasiat.kek yang diatas tadi banyak lemak.yang ni okey ade unsur-unsur sayur yang kaya dengan vitamin(nasib laa ko dapat kawan buat medic :p)

sebab

We Are Never Apart :)

~kalau nak menangis terharu,jauhkan diri anda dari laptop.kang tak pasal laptop basah haha

...kecil besar...

bila ada atas langit(dalam flight maksudnya,bukan kerajaan langit)
rasa macam bumi ni besarrrr sangat
bila jalan pergi universiti,rasa macam mesir ni besarrrr sangat(sebab kadang-kadang rasa jauh)
bila tahu jarak mesir dengan rumah kat temerloh sangat jauh,rasa macam bumi ni besarrrrr

tapi bila jumpa orang sekampung a.k.a sebandar kat mesir ni,rasa macam bumi ni kecil je
(sebab selalu dengar orang tua-tua cakap bila jumpa member lama"aduyai keciknya la dunia ni jumpe kau kat sini")

maksudnye,bumi ni berubah ke dari besar menjadi kecil??errkk

macam immune system
belajar masa sekolah,immune system ni laa yang tolong lawan antigen a.k.a benda asing dalam badan
immune system ni sistem pertahanan badan
dia juga yang menjaga diri dari segala serangan anasir jahat

tapi bila belajar microbiology and immunity,immune system juga boleh jadi harmful pada diri sendiri.autoimmune disease for example.

maknenye,immune system ni berubah dari baik menjadi jahat??emm
yes.on certain condition.when there is exposure of the immune system to antigens that are normally sequestered within organ,when there is structural modification or alteration tissue proteins by drugs,chemical or viruses or bla bla bla...
(kalau salin semua kang jadi nota microbe lak post neh)
dia tak jadi jahat sebenarnya,cuma berubah dari sifat lahiriah kepada sesuatu yang bukan diri dia sebab keadaan yang memaksa.cewah sukehhati je buat subjek microbiology jadi subjek falsafah.

macam manusia juga.boleh berubah.bila-bila masa.bila keadaan memaksa.atau sekeliling memberi pengaruh.ye dak??

macam iman.kadang-kadang naik,kadang-kadang turun.

macam mood.sekejap ada sekejap takde

macam semangat.sekejap membakar membara,sekejap hangus menjadi debu

macam diri ini.kadang-kadang baik,kadang-kadang ada rasa tumbuh tanduk dua dibelakang

the point is-semua benda pon berubah

dan antara sifat hati yang dijadikan oleh Allah ini ialah berbolak balik.

itu gambar bacteria yang ada flagella.tapi bila rindu malaysia kadang-kadang nampak macam buah rambutan.yeah semua benda berubah

"Wahai Tuhan kami!janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu,sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya"
(Surah Ali-Imran,8)

~next week a.k.a start esok(untuk tahun ni minggu saya bermula pada hari sabtu dan berakhir pada hari jumaat)ada 3 exam a.k.a test a.k.a kuiz.rabbuna yusahhilna!!
~pe maksud a.k.a?? a.k.a = also called??
~selamat berstudy week :)

Sunday, December 11, 2011

...kene sergah...

satu
dalam suasana bilik yang sejuk-sejuk dingin
sikit lagi nak mencapai suhu antartika...okey ayat over
duduknya seseorang di barisan ketiga(agak depan dengan lecturer)
betul-betul di tengah bertentangan dengan lecturer
baeekkkk punye tempat
sedang khusyuk mendengar syarahan pyaemia*
okey mechanism
types ade 3;pulmonary,systemic,portal
pathological features.........................
.................................................................
tiba-tiba DISERGAH!!!
aaaaaa tak sempat mimpi naik flight balik malaysia
dah kene sergah huhu....
tak pernah-pernah kene
maksudnya hari ini saya sangat sangat sangat mengantuk
(tapi rasanya tak tidur pon,pejam mate kejapppp je)
haisy ni sume aircond punye pasal
(ni laa manusia,aircond pon nak disalahkan.salah sendiri tak nak mengaku)

dua
"pakcik,saya nak limau sekilo"
"ambik satu kilo setengah la.5 ringgit je"
"tak mau.nak sekilo je"
"sekilo setengah 5 ringgit je!!!"
"aaaa ye ye saya beli sekilo setengah"
(adoi baru kene sergah sikit terus dah tergugat)

lebih baik kene sergah dengan orang dari kene sergah dengan mende lain
(rase macam dah lama tak tengok cerita seram-cerita hijab tak seram mane pon :p)

tengok boboi boy sambil masak kat dapur itu menarik huhu

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.

mereka cakap filem ombak rindu ade mende yang tak kene.yeke??
kalau macam tu baik baca novel je dari buat filem.ye dak?filem ketika cinta bertasbih jugak yang best :)
(hoi tak de mase nak fikir pasal cerita.tuu novel pathology written by dr.ali hendawi dok tunggu untuk dibaca)

tadi kuiz pharmacology macam hape je
mana taknye.baca buku aci nampak nama ubat je
mujur tak salah banyak.kalau tak memang nak kene siku diri sendiri huh
dahla duduk dalam kelas patho asek fikir nak balik cepat je
haisy pe masalah entah hari ni
kepala brain macam melayang ke malaysia~~

kelmarin dapat ferrero reocher
semalam dapat coklat bon bon
hari ni berlari lari pergi beli hot choc kat kedai belakang
esok harap-harap dapat kek coklat hehe
siyes la coklat dapat release tensyen
(saya tengah tensyen ke??)

percayalah bahawa hot choc itu memang sedap(hope mug upin ipin ini masih terjaga dengan rapi)

~saya suka kene sergah.terus segar dan tak boleh tidur terus sampai la malam hehe.boleh jadi insomnia neh
~balik kelas nampak mak bapak kucing sedang berkejar kejaran antara satu sama lain.owh nampak macam bahagia je<<masalah besau neh tengok kucing pon rasa bahagia

Friday, December 9, 2011

...permataku dan pemberian...


bayu sampaikan berita
daku kini ceria,aman dan bahagia...
:)

tak lame lagi penuh note kat situ.yang penting,selesaikan satu persatu walaupun tak boleh nak buat semua sekaligus

~rasa lega bila dapat cakap dengan ummi dan abah,walaupun tak cerita sepatah pun pasal masalah diri sendiri.mereka permata saya :')(err macam ni ke smiley terharu)
~permataku,adalah satu pemberian kepadaku.dan pemberian itu juga adalah permataku

Thursday, December 8, 2011

...traffic itu...

kurang lebih sambungan pasal post traffic hari tu
ade satu post kat blog saya yang mendapat sambutan hangat(haiyyo ayat habes perasan)
tak tahu kenapa orang ramai cari tajuk tu
nak buat assignment??errr
tengah frust kecewa mencari ayat motivasi??errkk
accidentally terjumpa post tu kot

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan arrived from google.com.my on "...Something to share...: ...bersabarlah wahai hati,tabahlah wahai jiwa..." by searching for tabahlah wahai hati.

Kuala Terengganu, Terengganu arrived from google.com on "...Something to share...: ...bersabarlah wahai hati,tabahlah wahai jiwa..." by searching for tabahlah wahai hati.


post ini saya tulis masa first year
(time mude-mude dulu eheh)
habis tertekan kot time tu sampai post pasal ni
traffic yang saya tunjuk diatas tu peringkat domestik je
ade sekali tu orang dari hurghada uganda ke mane entah sampai kat blog saya sebab cari pasal ni
manchester united pon ade weh hoho
(ohcee konon la nak cakap blog ni dah femes di mata dunia)

kepada mereka yang sampai kat blog ini
ambil yang mana bermanfaat
yang part tuan blog membebel tensi/tensyen depresi/depresion tu buat tak nampak jela :p

Nilai, Negeri Sembilan arrived from google.com.my on "...Something to share..." by searching for www.akmainsyirah.blogspot.com.

~traffic itu... :)

cuti yang tak macam cuti

weekend
hujung minggu yang bukan hujung minggu
(sebab cuti sekolah sekarang hari khamis dan jumaat)
hari cuti yang tak macam cuti
lagi takde kat rumah 
lagi sibuk dari hari sekolah
lagi entah-buat-kepebenda tak tau laa
yang sure nye penat okey
boleh depresi tensi neh

tiap-tiap minggu pon mahu kuiz
kuiz sane kuiz sini
soalan situ soalan sini
exam itu ujian ini
dan ternampak ayat kat fb
"bila la minggu yang takde exam"
saya ingat saya sorang je fikir macam tu huhu

basic pathology dah say bye bye
dah nak masuk systemic dah
parasite dah nak masuk protozoa
pharmacology dah nak khatam buku satu
microbiology dah tak sabar nak cerita pasal bacteria-segala-yang-ado-dimuka bumi

dalam diam daku memendam rasa gak neh(??)
tengah sabar je ni
sampai luah kat kucing tepi jalan on the way nak pegi kelas
"kucing,tau tak orang tengah penat ni.anda penat tak??"
(owh ye.kucing musim winter memang kembang-kembang ea sume)

ammar mucid,rindu kamu.dah besar ke sekarang??makin bulat??kuat nanges lagi tak?ABC dah pandai sampai huruf ape??
emm
suatu hari nanti kamu akan berterima kasih dekat semua perkara yang menekan tertekan ditekan kat atas tu.

~dah mule laa tu masuk mood "rindu-sudaa-rumah-terchenta-beserta orang-orang rumah sekali"
~kat "sepit baju warna biru" tu dah penuh dengan what-to-do list yang dah jadi err...what to say huhu.


Friday, December 2, 2011

...traffic light...

kadang-kadang boleh tergelak sorang-sorang bila tengok traffic feed ni

Malaysia arrived from google.com.my on "...Something to share...: selamat tinggal lipas" by searching for lipas dalam mesin basuh.


Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan arrived from google.com.my on "...Something to share...: -tajuk terserah pada anda-" by searching for rumah kambing sebelah.

Malaysia arrived from google.com.my on "...Something to share...: cikgu." by searching for cubitan cikgu cantik.



kesian mereka.nak cari mende lain,tapi yang keluar link blog saya.adoyai post saya yang mane cerita pasal lipas dalam mesin basuh tak tahu laa.

~sesuatu yang amat bermakna apabila diri tahu ada yang sedang menyokong tika sedang menghadapi waktu yang kritikal a.k.a kesibukan yang melampau a.k.a depression overdose.kamu kene tabah!


...nampak je kecik tapi...

dulu masa kecik-kecik mak cakap
"keluar rumah tu pakai selipar,nanti cacing masuk dalam kaki baru tau"
"tapi cacing tu besar.macam mana nak masuk dalam kaki?mane ade lubang kat kaki??biar betul mak neh"(menjawab dalam hati)

mula-mula masa belajar parasitology,terfikir dakusejenak(ohcee kunun ayat novel) kenapa ye dalam dunia ni ade parasit??padahal parasit tu tak bagi pape pekdah pon kat kome.buat naye lagi ade kan.so why??kenapa Allah ciptakan parasit??

maka apabila ade persoalan,haruslah ada jawapannya.mana dapat jawapan?google ke??apa guna akal yang diberi kalau bukan untuk berfikir kan.maka berikut adalah skema jawapan yang saya rasa bersesuaian:

-setiap apa yang Allah jadikan,adalah bukan sia-sia.mungkin parasit tidak membawa faedah kepada manusia tetapi membawa faedah kepada makhluk lain yang kita tak tahu.mungkin parasit ni ade fungsi lain ke kan??tapi name parasit-cause harm to the host.itu kalau die duduk dalam host.kalau die tak duduk dalam host mungkin die ade keje lain yang kita tak tahu(ayat macam nak back up parasit)

-kat dalam buku ni tulis,antara salah satu cara nak mengelak kene jangkitan parasit ini ialah dengan MENJAGA KEBERSIHAN tak kisah lah sama ada kebersihan diri,keluarga,rumah dan juga sekeliling(kene masak air,tak boleh makan daging mentah,pakcik petani pon dinasihatkan untuk pakai shoes n glove kalau nak bertani.siput pon jadi mangsa sebab kene buat snail control huhu)setiap prevention mesti ade tulis health education kan?maknenye memang kene ambil berat pasal kebersihan.so,kalau tiada parasit,tiada lah manusia itu ambil berat pasal kebersihan.(dah macam hipotesis lak ni)

-hikmah larangan Allah untuk tidak makan apa yang telah diharamkan.contohnya babi(contoh okey bukan nak mencarut)kita ambil taenia solium.*intermediate host die ni ialah pig.maknanya,seseorang itu akan dapat parasit taenia solium ni kalau makan binatang kat atas tadi.memang laa kalau makan ikan bolty(talapia)pon dapat parasit heterophyes.TAPI taenia solium ni adalah more serious parasite tau tak.

tadaa!!ni bukan spagheti ke mi hailam ke mende.ni la encik taenia solium tu.siyes ke real ni??bapak panjanggg.gambar real die la kot ni.takde mase nak edit gambar cacing

ni pulak gambar die posing baek punye under microscope.ni tang kepala die.

-lagi satu contoh parasit yang bernama trichinella spiralis.haa yang ni pon manusia akan get infected kalau eating improperly cooked(even properly cooked pon buatla masak kari ke,kicap ke tak lalu ceq nak makan) infected pork containing encysted larvae(ade larvae parasit ni dalam binatang diatas).DAN kat page 75 dalam buku clinical parasitology by faculty of medicine cairo university menyatakan bahawa pork roasts cooked in microwave ovens DOES NOT kill the larvae(larvae kepada trichinella spiralis-nama nak panjang-panjang je parasit neh)haa hang masak laa dalam oven lama mana hingga suhu berapa pon tak mau nye der mati mende parasit tu.lagi mau makan ke binatang tersebut??

trichinella spiralis.yang biji-biji dalam badan die tu mungkin uterus filled with larvae

-apabila ada parasit,maka ada subjek parasitology.kalau tak de subjek ni abeslaa sume cacing dalam perut kita panggil cacing kerawit padahal dorang ade identiti sendiri okey.dan ada nama masing-masing yang sangat laa panjang.contoh ea: dracunculus medinensis,wuchereria bancrofti,trichostrongylus colubriformis.udah la ye 3 contoh.penat nak menaip name sekor-sekor ni haa.

cubaan menarik dracunculus medinensis dari kaki seseorang.

cacing kerawit kah??yang ni bernama trichostrongylus culubriformis.nama pendek culub(suke-suke je bagi nama samaran kat cacing)okey ni gambar cacing yang last.abes laa lepas ni takde orang nak pergi kat blog neh sebab banyak cacing huhu

maka setakat ni sahajalah pendapat saya tentang kenapa ada parasit dan kenapa ada subjek parasit.bukan nak menafikan ciptaan Allah,tapi untuk kita berfikir tentang hikmah disebalik ciptaanNya.kan kan??sape ade pendapat lain sila komen :)

owh ye.ade parasit yang masuk dalam badan manusia by penetrating skin.maka percayalah kata mak anda yang cacing akan masuk dalam kaki kalau tak pakai selipar.macam mane mak kita tahu??haa tanyelah mak anda sendiri.(nasib baik saya anak yang mendengar kata.maka keluar rumah memang pakai selipar.cewah puji diri sendiri lak)

~esok ade petting show di suatu tempat.aaa mesti best dapat tengok haiwan berbulu yang comel!!!tak pela.saya tengok makhluk panjang(cacing) jela kat sini huhu
~abah dah bagi green light nak meminang encik Samsung Galaxy S2 haha.tak pe abah,tengah kumpul duit laa ni.tapi ingat mampu pinang yang S Plus jela.how??