Pages

Monday, May 16, 2011

cikgu.

cikgu siti abidah
guru kelas masa darjah 1.kecil comel orangnya.sangat penyabar melayan karenah kanak-kanak 1 dinamik yang agak nakal,manja,selalu nangis sebab kawan buat.masih saya ingat time darjah 1 ni,ade latihan kebakaran.saya dan seorang kawan dengan 'otai'nye boleh duduk cool dalam kelas.orang lain dah lari-lari pergi dataran.apa yang kami buat??kami meletakkan gam pada kerusi seseorang yang kami tak suke@kawan tipu-tipu je.owh sangat nakal saya rupenye.baru darjah 1 neh.time seronok-seronok buat jahat tu,tibe kene sergah dengan guru disiplin."hey kamu!!buat ape lagi tu??pergi beratur kat dataran sekarang!!!"tak kesa kene marah,yang penting mission accomplish!!dan..em..mintak maaf cikgu sebab kelas kita tak pernah menang kelas terbersih huhu...

cikgu maznah
cikgu bahasa melayu dari darjah 2 yang banyak mengajar kami untuk menjadi matang.antara perkara yang beliau cakap yang masih saya ingat ialah "kalau kamu nak jaga mata kamu,pagi-pagi tengok tumbuhan hijau".saya pon amalkanlah ajaran beliau itu dan berjaya mengekalkan kesihatan mata sehingga form 4.kat kajang tak banyak pokok la cikgu huhu.satu lagi,beliau banyak kali cakap "goreng pisang tu salah.pisang goreng yang betul".maka saya menjawab soalan tatabahasa BM kefahaman dengan jayanya haha...

teacher hamidah
teacher ajar BI mase darjah 3.err..cikgu yang sangat garang.dengar je kasut die naik tangga kelas 3 utarid dah sunyi sepi.baru naik tangga tu.so bayangkanlah masa beliau dalam kelas.lagi sunyi dari kawasan perkuburan kot kelas tu.ade satu hari tu,satu kelas kene cubit kecuali seorang sebab tak tahu nak buat task yang beliau bagi."tulaa,kalau tak tahu tanye!!jangan senyap je!!"haa kan dah dapat saguhati cubitan dari beliau.tapi takde la rase teruk sangat sebab satu kelas kene huhu.but,i think you're really pretty teacher.siyes,teacher ni sangat cantik!!garang-garang beliau tu la yang membuatkan 1 kelas excellent in english.

ustazah noraniza
beliau mengajar pendidikan islam.kalau tak marah,sangat cantik.kitorang tak percaya ustazah ni dah kawen.tapi kalau beliau marah,nak pandang muke beliau pun tak berani.time pendidikan islam sangat best sebab ustazah selalu cerita.bukan cite hantu.cite pengajaran yang kita dapat dari ayat al-quran.

cikgu siti marhamah
kalau tengok cikgu ni,teringat kat ummi sebab macam ade iras ummi sikit.cikgu ni pernah bagi saya hadiah dari langkawi sebab dapat 5A time periksa akhir tahun darjah 4 hee :D

puan hajjah rudziah
cikgu tuisyen yang sangat rapat dengan saya.tapi dah agak lama saya tak dapat menghubungi beliau.seorang guru yang penuh sifat keibuan.dari darjah 4 tuisyen bahasa melayu dan sains dengan beliau.maklumla,time darjah 4 sains saya dulu kureng sikit.sokmo dapat C je.maka haruslah dihantar tuisyen budak ni.

cikgu rugaiyah
guru kelas darjah 4.cikgu ini jualah yang mencadangkan nama saya untuk dilantik sebagai pengawas.terima kasih cikgu mncadangkan.hehe...

cikgu azizah
cikgu disiplin merangkap cikgu BM kefahaman darjah 6.wow beliau sangat garang tapi beliau baik je.pernah kene cekup dengan beliau sebab main tutup botol(saya rase dulu saya ganas sebab main mende ni huhu) time orang lain buat budaya pagi.time tu je tibe saya rasa malas nak buat budaya pagi sebab selalunye muke saya yang paling awal sekali pergi kutip sampah kat blog F tu.tibe time nak buat jahat,time tu la terkantoi haha.pengajarannya,buat jahat jangan sekali-kali.

*budaya pagi=pagi pagi,setiap pelajar perlu mengutip sampah yang ada di kawasan yang berhampiran dengan bangunan kelas,kemudian bunyi loceng,beratur depan kelas untuk nyanyi lagu negaraku

cikgu norul fadhilah
cikgu math.pernah naik honda city beliau semasa beliau bawa saya ke kedai buku sebagai ganjaran atas kecemerlangan dalam peperiksaan.beliau cakap nak ape kat kedai tu ambek je kecuali cashier dengan kedai laabest woo naik honda city maka sejak daripada itu,saya menanam cita-cita untuk beli honda city time dah keje nanti haha..beliau juga yang mengamanahkan saya untuk menukar nombor"_ _ hari lagi UPSR" setiap pagi.kirenye saya agak rapat dengan beliau.owh beliau sangat kedekut markah.pernah dapat math 99 sebab salah buat ayat kat kertas 2.bukan salah kira.sejak itu saya tak suke math kertas 2 huhu...

cikgu haliza
cikgu sekolah rendah yang saya paling rapat.juga cikgu math.agaknye memang takdir kot baik dengan cikgu math haha.beliau seorang yang lemah lembut tapi nampak ketegasan.pernah datang raya rumah beliau.punye la admirer cikgu ni sampai semangat giler nak raye rumah beliau hehe..masih lagi berhubung dengan beliau.dan cikgu haliza masih lagi setia mengajar kat SK Tanjung Lalang.cikgu,kalau adik saya ummu athiah tak buat kerja sekolah denda je dia.

puan hajjah norazimah
yang ini pula(ayat macam ade gambar)adalah guru penolong kanan hal ehwal murid.beliau sepatutnye ajar pendidikan muzik kat kami.tapi macam tak logik je kan nak belajar muzik.bukan akademi fantasia pon.maka setiap kali masuk kelas,beliau akan memberi kami motivasi,kaunseling dan menyedarkan kami tentang tanggungjawab sebagai seorang pelajar.dah macam kelas sivik pon de huahua.saya masih ingat lagi,beliau melukis tangga.beliau cakap,kami sume masih ditangga bawah sekali,tangga UPSR.(masa tu darjah 5)banyak lagi tangga kami kene daki.tangga PMR,SPM,universiti,sampai la kepada kerjaya yang dicitakan.agaknya cikgu lukis tangga kejayaan kot.

begitulah serba sedikit tentang guru-guru yang pernah mengajar saya di sekolah rendah.ramai lagi sebenarnya tapi tak mampu la jari ni nak type sume.hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.mintak maap la ye takde gambar.dulu time kecik-kecik tak de lagi handphone boleh ambik gambar 3 G sumehehe...

besela..time kanak-kanak memang mase untuk nakal sikit hehe...kalau rajin nanti kite cite time sekolah menengah lak.kalau rajin laa

~bila teringat balik,nakal gak saya time sekolah rendah ek.isy isy.pe nak jadi laaa.tapi time darjah 5 baik sikit la kot haha
~tidak lupe juge kepada guru besar saya,Tuan Mohd. Noor.saya rasa guru besar paling mude di Malaysia.muke serius,tapi tak garang pun hehe...

3 comments:

8geneh said...

tbe2 terasa nak comment setelah sekian lama tenung
waktu sekolah rendah dulu jadi pom2 girl gak ker hahaha

iman_insyirah said...

erkkk...
time skul rndah xmen la jd pom2 girl
jd tukang bwk sepanduk ade

juniorkamu said...

saya stalk ini blog. saya sayang sume cikgu2 ni huwaaa