Pages

Tuesday, January 24, 2012

...soalan pelbagai pilihan..

saya rasa,pilihan pertama yang datang dalam hidup saya,ketika darjah 4.
untuk memilih sama ada terus masuk ke darjah 5,atau masuk je darjah 4 macam pelajar normal.
dan untuk itu,saya serahkan keputusan kepada ummi dan abah.
dan akhirnya saya menjadi pelajar normal.tak lompat kelas

pilihan kedua datang ketika tingkatan 4
sama ada nak terus bersekolah di TAHAP
atau berpindah ke SMAPK
untuk itu,saya berani membuat keputusan sendiri untuk tidak berpindah.
tapi akhirnya,saya ubah keputusan itu saat akhir.
maka adalah makhluk tu cakap mula-mula tak nak pindah
siap brainwash orang lain lagi tak payah pindah
sekali dia yang pindah sekolah..errkk
tapi ape pon,adalah hikmahnya saya pindah kan kan??hehe..

pilihan ketiga,untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di mesir
atau meneruskan pengajian di matrikulasi melaka selama setahun
atau mengambil jurusan syariah undang-undang di usim
(saya ada hati nak jadi lawyer tau)
dan akhirnya,perubatan menjadi pilihan.
pilihan sendiri,dan disokong sepenuhnya oleh ummi dan abah

sebenarnya banyak je pilihan yang datang dalam hidup
dah 20 tahun hidup,takkan tu je pilihan kan
tapi bagi saya,3 perkara diatas tu adalah pilihan yang besar
berkait dengan hidup masa depan
tapi jujurnya
bila ada pilihan yang datang,saya senang kalau ibu bapa yang pilihkan
sebab jujurnya saya memang tak pandai nak buat pilihan
(terutama bila nak pilih baju.lama benau nak pikir sampai nak tutup kedai)
dan kalau buat pilihan pon,selalunya tak tetap
ye.saya memang kurang tetap pendirian...kot huhu
dan sebab itu,saya tak suka bila datang perkara yang nak kene pilih
sukarnya membuat pilihan...ohcee

tapi saya rasa,ada kekurangan dalam membuat segala keputusan tersebut.
dan jika datang perkara besar dalam hidup saya
(contoh perkara itu : ......................)<<fikir sendira la huhu
yang memerlukan saya untuk memilih
semoga keputusan itu,diilhamkan dari Allah kepada saya
dan semoga ia adalah yang terbaik...

errr...post macam matang disitu haha
sebenarnya nak cakap pasal
multiple choice question a.k.a mcq
soalan pelbagai pilihan(?)

makin bertambah umur,semakin bertambah pilihan
terutamanya dalam exam huhu
mcq untuk pharmacology sangat meng'confuse'kan
mcq untuk parasitology sangat menarik
mcq untuk microbiology,memang memerlukan pilihan yang tepat..erkk
mcq untuk pathology...sangat sikit haha(sikit salah,banyak salah)
nak cakap pasal tu je sebenarnya.


kehidupan berkait rapat dengan pilihan
mesti ada pilihan yang perlu dibuat
bukan senang nak memuaskan hati semua pihak dalam memilih
bukan mudah nak bahagiakan diri sendiri dengan apa yang dipilih
maka,beristikharah dalam membuat pilihan
itu yang terbaik
insyaAllah...

meja makan study.coklat sebagai agen pengurang tekanan huhu

~alhamdulillah,khalas imtihan.berakhir mid exam,bermakna bermula final exam.errrr
~mid exam dah macam ni,final nanti bagaimana laa kehidupanku.permudahkan urusanku ya Allah
~tahun ni ramai yang balik malaysia.ehem.balik ade makna ke??(muke control je bila tahu dorang balik malaysia,padahal dalam hati ada tasik rasa nak masuk je dalam kargo)

okey ape beza gambar ni dengan gambar di atas??yaaa tepat sekali.biskut itu.menu breakfast time exam

0 comments: