masa tu umur lingkungan darjah 4.adik laa nak sangat anak kucing tu.padahal
nak jadi cerita,satu malam tu hujan lebat(sila imagine ade bunyi guruh,cahaya kilat dan hujan lebat ala-ala cerita melayu bila pakwe kene tinggal dengan makwe)entah macam mana ia(tak ingat bagi nama ape)boleh keluar rumah.saya dengar bunyi ia mengiau kat luar rumah.memang tak boleh tidur sebab dok jenguk je kat tingkap kot kot nampak ia(sambil nangis-nangis haha.bapak feeling).abah pon try cari tapi tak jumpe sebab ia kecik sangat,tak nampak.lastly,tak dengar dah kucing tu mengiau.maka adalah budak tu tidur sambil tersedu sedu haha.
sampai sekarang saya tak tau pe jadi kat ia.mati lemas termasuk dalam longkang ke,still hidup lagi dah beranak cucu ke,jumpe keluarga yang lagi kaya ke~dah macam plot cite melayu je
cerita 2 :
sekor kucing ni suka sangat masuk rumah kami.macam biasa cari makanan la kan takkan masuk rumah nak check ade ke tak jejentik dalam kolah air kan.itu bukan kucing namanya.itu pegawai kesihatan.
tapi tak lama riwayat kucing ni.tak lama lepas tu nampak ia macam lemah-lemah je.macam sakit perut pon ade.diarrhoea(cirit birit) pon ade.dan paling kritikal dia vomiting(muntah-muntah)keluar cacing weh.saya memang saspek dia ade ascaris lumbricoides.dan akhirnya ia mati di depan mata saya.time ni cover nangis sebab ada adik kat sebelah.
cerita 3 :
kat rumah nenek ade sekor kucing ni.memang muka ia je masuk rumah nenek.nenek pon tak kisah.maka jadila kucing peliharaan kat kampung secara tak rasmi.selalu pagi-pagi ia berbunyi.tiba-tiba satu hari tu saya tak dengar bunyi dia.maka ku tanya pakcik"mana kucing??"
pakcik ku dengan slumber tiada perasaan menjawab ia dah mati dan dijumpai telah mengeras di bawah katil.mayat ia ada kat luar rumah dan persiapan untuk ditanam sume telah dibuat.maka saya pon berlari belakang rumah nak tangok ia buat kali terakhir.ya memang ia telah pergi selamanya.owh sedih sungguh bila tengok pakcik mengebumikan ia.
cerita 4 : (banyak benau cite kamu)
saya tak pernah jumpa dia lagi.cuma pernah tengok dalam gambar je.tapi selalu dengar cite pasal ia.ia yang selalu ditunggu untuk balik rumah.ia yang banyak makan.ia yang dok mengiau depan rumah lama.ia yang dikatakan pemalas oleh tuan ia.saya sentiasa berharap nak jumpa ia satu hari nanti.tapi tak sempat rupanya.ia pergi dulu sebelum kami bertemu.owh bergenang sudah air mata bila tau ia dah takde.sob sob...
~siyes sedih bila tau kucing mati.macam mana nak pelihara kucing neh.nanti ia mati saya jugak yang dok sebak tak lalu makan berkabung bagai
~nak pelihara kucing kat sini tapi...err ada tak kucing yang tak buang air merata atau tak buang air langsung??em doraemon mungkin.
**tiada lagi post yang dibawah lebel gm0k cute selepas ini :(
0 comments:
Post a Comment