petang-petang selalu je teman adik pergi taman(TEMAN je okey)
mula-mula cantik je taman tu.bersih tanpa sebarang takungan air untuk pembiakan aedes
tapi lama-lama semakin tak bersih.banyak sampah.dan aedes dengan bahagianya membina keluarga bahagia di taman itu.yup dulu taman perumahan saya memang banyak kes denggi.tiap-tiap minggu mesti ada orang jabatan kesihatan datang nak sembur asap yang tebal boleh buat klip video,dan berbau kurang best(kang bau semburan fresh air glade kang nyamuk tak lari pulak)
dan paling sedih bila nampak gelongsor di conteng dengan perkataan yang tak sepatutnya.vandalisme terlampau.kot ye nak buat grafitti wall tulis laa "save palestin" ke,"we want peace" ke daripada tulis mende yang-ntah-pape
itulah taman permainan di tempatku.sekarang ni memang dah jarang pergi(duduk rumah lagi best)tapi kalau mati kutu duduk rumah tak tau nak buat apa,ajak abah pergi taman tasik temerloh yang lagi besar tu.
owh tiba-tiba rindu taman tasik(cakap jelaa rindu nak balik.lagi mau cover huh)
tiba-tiba je cakap pasal taman
apa kes??
dalam hati ada taman ke??
bukan.even berlaku liver enlargement pon takkan muat nak masukkan taman dalam hati
cakap pasal taman sebab hari tu pergi taman :D
okey adik-adik sila beratur dan ikut giliran anda.tak mau tolak-tolak okey.ohcee macam cikgu tadika tak??eh sorry saya bukan datang dengan dorang.dorang yang datang dengan saya.masa ni kat pintu masuk taman.sementara tunggu 'VIP' datang sempat snap gambar anak arab
sementara tunggu dorang datang huhu...
bunga bukan sekuntum...err ni bunga pe ek.bukan bunga kekwa yang boleh buat air teh kekwa(chresantimum,macam mana ntah nak eja) tu kan??ke yang ni boleh buat teh tu??
mengambil gambar pemandangan dengan diselar(DSLR sebenarnya)em suka tengok orang lain ambik gambar dengan kamera ni.tapi suka tengok jela.takdela saya nak beli kamera macam tu kot(kurang berminat sebab besar mungkin)
afifah.kawan sebelah time kelas parasitology(ambek berkat duduk sebelah SM parasite hehe)
kadang-kadang,apabila kita lari sebentar dari kesibukan dan pergi keluar menikmati keindahan alam,adalah sesuatu yang menenangkan.bila kepala serabut memikirkan banyak perkara,hati jadi ceria bila melihat keindahan ciptaanNya.suka tengok bunga,tengok air mengalir,kanak-kanak main kejar-kejar,mak bapak dating berdua anak tertinggal kat belakang.sape kate kat mesir padang pasir kering kontang hanya ada unta je?kat mesir pon ada taman.ada bunga warna warni lagi(anyway sekarang tengah spring)
nampak je cairo ni macam tak teratur bandarnya,bangunan tak bercat,berdebu.tapi siapa sangka ada taman yang berwarna warni lagi menghijau kat cairo.keindahan alam semulajadi yang tersembunyi dalam bandar yang penduduk berkapasiti tinggi.
kami pergi taman bersebab.bukan saje-saje.sebab apa?rahsia dulu hee :D
"nak dapatkan bunga yang cantik,akar kene sihat,tanah mesti subur,baja mesti berkualiti,siraman yang mencukupi dan mendapat jagaan rapi.begitu juga manusia.kan?"
~dalam taman ada hati.hati yang memikirkan betapa hebat ciptaanNya yang tak boleh ditandingi
~bila pulak ek nak buat post dalam hati ada taman??haha...