Pages

Friday, December 28, 2012

...planner...

salam 'alaik

hari ni sebenarnya rancang nak tidur awal.lepas isyak nekad nak lupekan dunia dan masuk alam lain.errr alam mimpi maksud saya.sebab semalam dah tidur dalam 2 pagi lebih.then bangun subuh,meeting,balik meeting buat kerja dan tak tidur dah lepas tu.maka setelah dibuat kira-kira,semalam tidur 4 jam je.je??

bagi saya,tidur 4 jam tu adalah waktu tidur yang tak cukup.paling kurang pon 6 jam.kalau lebih lagi bagus.haha suke hati je.no lah.6 hours is good enough.TAPI dalam musim sejuk menggigil dengan malam yang panjang,memang ujian yang mencabar.

dan tadi sebelum tidur,terfikir sekejap perancangan perjalanan hidup

2013 - tahun 4,insyaAllah tahun 5 bulan 9
2014 - tahun 5,insyaAllah tahun 6 bulan 9
2015 - tahun 6 dan final exam
2016 - insyaAllah graduate as a doctor in February(amiinn) dan balik malaysia dan housemanship 2 tahun
2018 - habis housemanship.jadi MO yang baik hati lagi comel lagi awet mude(zzzzzzzzzz)
2020 - Master in Peadiatrics??or anesthetic??or O n G??
2022 - menjadi pakar yang tekun dan amanah dalam menjalankan tugas lagi pemurah dan bertolak ansur
lepas tu....nak ambik P.hD ke ek??emm kene mintak izin si dia.ehhhh jap...ni nak kahwin tahun bila ni weh??tak nak laa kawin umur dah 31.tua sangat tuuuu huhu.alamak kene ubah balik plan.patut laa rasa macam tak lengkap je timeline atas neh kehkeh

emmm...mungkin kah tentatif kahwin termasuk dalam tahun belajar?errrr no.perancangannya nak kahwin after belajar.saya nak kerja dulu,nak ada gaji pertama dan terus beli kereta dengan gaji pertama.haaa lepas tu baru kawen.bila dah kahwin,gaji kedua tu save sikit sebab bayar kereta orang lain pulak tolong sambung bayar.hahaha suke hati jeee.alaaa myvi je pon.boleh ea tolong bayar.eh?

mak pon dah cakap kahwin lepas belajar.sehari lepas balik malaysia after graduation pon bolehhh.amboiii hari isnin sampai klia hari selasa terus kahwin gitu.eh ade ke orang ramai nak datang buat kenduri time weekdays?ek eh cakap pasal bab ni dah ada calon ke?errrrrr -.-

okey pasal kerjaya.saya memang ada cita-cita nak jadi pakar.dan ada jugak niat nak jadi lecturer.tapi tak boleh laa time mude lagi jadi lecturer.nanti kang asek dapat bunga je dari student.amboiiii konon femes macam ain hawani dalam cite adam hawa laa.

emm.klinik sendiri??jujur cakap macam tak de laa semangat sangat nak buat klinik sendiri sebab saya rasa saya lebih suka kerja kat hospital kerajaan.i mean suka hospital dari klinik sebab....sebab besar??huhu.

okey itu adalah timeline yang saya plan.insyaAllah umur panjang dan diizinkan Allah.saya merancang,Allah jua merancang.namun perancangannya yang terbaik :)

p/s :macam menggatal je plan nak kahwin bagai.buat plan untuk kerja sudah.well.perkahwinan adalah sebahagian dari masa hadapan.i talk about it not because menggatal nak kawin dan sebagainya.it is just all about our plan for the future.plus i'm 21 right now and 22 next year.saya rasa umur 20 tahun keatas adalah umur yang matang untuk bercakap tentang ini.so jangan fikir bukan-bukan ea.no no no

~berdoa semoga semuanya dipermudahkan.gagal merancang,bermakna merancang untuk gagal.eh betul kan ayat ni?

~bila kita merancang,kita akan nampak hala tuju kita.bila kita nampak hala tuju kita dengan jelas,kita akan ada semangat untuk memulakan gerak kerja dan usaha.nak tampal planner depan meja study?owh silakan.errr tapi planner anda laa ye.jangan copy paste yang saya buat kat atas tu.yang tu plan saya >_<

terlibat sebagai ajk pelaksana program,membuat saya sedar pentingnya perancangan awal!~~memori mesyuarat agung khas PERUBATAN 2012,mustasyfa faransawi,mounira,kaherah.







2 comments:

atiqah said...

fuh ,muhasabah meeting.
1)plan wisely, then act proactively.
2)dan paling best aku dapat dalam MAK ialah kalam pengarah "sentiasa gunakan akal dan budi anda dalam bertindak."

tak best langsung time line kau. konpem tade org tiru.haha

iman_insyirah said...

yup akal dan budi itu penting.

haha neh timeline generally secara annually.kang bagi spesifik kang ada orang mohon copy n paste pulak >_<