Pages

Thursday, March 27, 2014

post-surgery exam.

dear akma,

beranilah dan percaya,semua ini akan berlalu.

It hurts now,but one day you will realize that it was nothing compared to the happiness that awaited you.

When love bring rains,a rainbow will always follow and with it the sunshine

I can't promise to fix all your problems but i can promise you won't have to face them alone.

............

berapa kali aku rasa nak give up entah.tapi hati aku cakap "bersabarlah."
makhluk yang bernama manusia memang complicated.
complicated anatomically,phisiologically
complicated untuk difahami.

only and only if,
aku boleh baca fikiran orang.
aku boleh tahu perasaan orang
aku boleh tafsir perlakuan orang.

okey aku dah start mengarut dan mengantuk.

"Love speaks from heart,and never explains"

lets follow the flow.smile! :)

Saturday, March 15, 2014

harganya?tak ternilai beb!

alkisah berlaku hari kelmarin.

petang tu,aku ada usrah.disebabkan buat lepas kelas tak sempat nak masak prepare makanan,maka kita delivery kfc sahaja.dan sememangya semua orang lapar masa tu.lepas kelas kot memang kebulur tahap rasa nak makan orang.

time tu memang rasa semacam dah.maka lepas habis je usrah memang aku mintak diri pulang ke rumahlah.kalau ikut hati nak tahan teksi tapi memikirkan jarak rumah yang macam sekangkang kera je jaraknya.eh.macam dekat sangat.beberapa kangkang kera laa kot.memang tak laa pakcik teksi nak hantar.buat abeh minyak yo maka terpaksalah aku berjalan kaki laju ala-ala marathon peringkat kebangsaan.tapi sampai rumah lif pulak takde!and that made my situation become worst!!rase nak nanges oiii T_T.kene panjat tingkat 9 gune tangga serius memang rasa nak ketuk je pintu rumah sape-sape mintak tumpang jap.

kemuncaknya,bila aku sampai je rumah,fatin dah nampak muka aku lain macam lol.dia tahu housemate die neh dalam keadaan tak okey dan memerlukan rawatan kecemasan.part ni laa aku rasa terharu yang amatttt.

aku cuba sedaya upaya tak nak muntah tapi apakan daya,ku muntahkan jua kfc tu umpama daku memuntahkan apa yang aku baca dalam exam lol.subjek phisiology 2nd year,slow pain can induce vomitting.so i was vomitting.walaupun cuba untuk menahan diri "tolong laa jangan muntah kema ko dah makan kfc tadi rugi kalau muntah rugi wooo rugi!!"kahkah nak muntah pon boleh fikir dulu.nampak nau kedekutnye.haha takdelah.

yang paling aku terharu bila "kema takpe ko pegi rehat biar aku tolong setel".serius rasa nak nanges!bila kau tengah sakit,takde orang pon boleh tolong hilangkan sakit tu melainkan Allah.tapi moral support can reduce the pain.sepanjang 5 tahun aku kat mesir,kawan-kawan especially housemate memang banyak tolong aku.dorang faham aku,tegur aku kalau aku salah,dan support aku kalau aku down.

kau datang kelas,mesti akan ada yang tanya "kema,okey dah ke?"

aku okey.sebab ada korang.even kalau aku tak okey pon,aku okey sebab ade korang :) ecewah

terima kasih Allah sebab hadirkan insan-insan yang memahami dan membantu aku.yang paling penting mengingatkan aku tentang Pencipta ku.mendekatkan aku dengan Rabb ku.kalau tanya aku mende apa yang paling bernilai kat mesir ni,jawapan dia sahabat-sahabat aku.tak ternilai beb!

Allah sahaja yang mampu balas jasa kalian.

dan 2 kali tak pergi lectures O&G,terus tak ingat kelas tingkat 2 bukan tingkat 1 lol.minggu yang agak exhausted,so minggu ni kene compensate balik apa yang tertinggal.

~macam mana taknak bagi down bila sakit?satu :sakit sebagai penghapus dosa.dua :bagi aku time sakit ni laa nak rehat sungguh-sungguh. tiga:Allah sayang sebab tu Allah uji.ngerti? :)

Thursday, March 6, 2014

jodoh berdua.

emm emmm
nak letak lagu jodoh berdua laa kat blog boleh tak?
eh.no no.jangan sekarang.simpan untuk wedding wire nanti je kehkeh
entah bila laa akan terwujud nye wedding wire tu,hanya Allah yang tahu of course.

cakap pasal wedding,sejak 2 menjak neh ramai pulak senior laa,kengkawan dok kahwin bertunang sume.
barakallahu fik kepada mereka yag melangkah ke alam rumah tangga tu.
apa?saya bila?bila-bila masa dari sekarang.kot.tunggu je laa event kat fb tu haha.

nak cakap pasal trend pertunangan dan perkahwinan sebenarnya.
sedar atau tidak,zaman berubah.seingat saya masa zaman pakcik makcik saya bertunang dulu takde pelamin-pelamin bunga pentas bagai neh.
majlis memang simple.yang ada hanya keluarga terdekat.hantaran ade laa 4 5 dulang je.
datang untuk ikat tali pertunangan,lepas tu bincang tentang hala tuju perkahwinan.saya masih ingat ketika pakcik saya bertunang,ayah tunang die tu(ayah mertua laa skang neh) bagi pesanan :

"bertunang ni bukan tiket untuk bawa anak orang kesini sana.ada batasannya bla bla..."
pakcik saya tu sangat baik thiqah confirm dia takkan buat macam tu tapi still diberi pesanan sebegitu.bukan apa untuk mengingatkan hadirin hadirat sidang dewan sekalian.owh gitu.

lepas tu bergambar laa satu dua.lepas tu balik.takde nak update kat fb ke instagram ke.

tapi apa yang aku tengok sekarang.lain sangat-sangat.bertunang siap ade pelamin ko.serius kalau orang tu tak cakap tu majlis pertunangan memang orang ingat tu majlis akad nikah.perghhh bertunang dah sebegitu rupa kahwin haruslah lagi gah hebat bertaraf dunia gitu kan.takpelah,hak masing-masing.biarlaa duit dia kema bukan pinjam duit ko pon heh.

but for me,biarlah pertunangan tu sesuatu yang tak perlu dihebohkan.rahsiakan pertunangan,hebahkan perkahwinan tak gitu.just make it simple.tak nak laa pentas bagai tu kot.i ollss sayang duit i olllss okey haha.bukan kedekut :P *yes i am saving right now for the future*

bab kahwin pula,tak payah laa nak ikut artis sangat.siap ada gambar pre wedding laa apemende shower bride apekemende tu?eh serius laa tak faham.baru-baru neh ade kawan sekolah baru kahwin simple je tapi nampak meriah.haa gitu laa.kenapa perlu habis beribu riban untuk sehari itu,sedangkan ia permulaan sebuah perjalanan yang bukan setahun dua tapi untuk selamanya.kan?okey memang laa sekali seumur hidup habis tu nak habiskan duit terus ke time tu lepas tu lepas kawen tu tak perlukan duit ke?guna logik akal.belanja biar berpada,yang penting keberkatan.

time aku nanti takde pre-pre wedding neh.sume post wedding okeyyy.pastu baju kawen tu biar boleh kitar semula.eh i mean biar buat yang boleh pakai untuk majlis lain rumah terbuka ke interview ke apa takdelah boleh pakai sekali je.woahhh gituuu dah plan ada makna apa-apa ke?

takde makna.apa-apa.eh serius laa takde makna apa-apa -.-

i'm writing this post bukan sebab "hek eleh tak sabar nak kawen laa tu" atau "tak lama dah dia neh".no.
this is just my opinion melihat fenomena masyarakat melayu sekarang ni yang obses nak buat majlis pertunangan dan perkahwinan tanpa mengira kemampuan diri.kan membazir amalan syaitan?

~lagu jodoh berdua dok terngiang ngiang kat telinga ni dah kenapa -.- owh mungkin sebab lagu tu best
~married during study,or married after study?emm love after marriage.tetibe lol