petang tu,aku ada usrah.disebabkan buat lepas kelas tak sempat nak masak prepare makanan,maka kita delivery kfc sahaja.dan sememangya semua orang lapar masa tu.lepas kelas kot memang kebulur tahap rasa nak makan orang.
time tu memang rasa semacam dah.maka lepas habis je usrah memang aku mintak diri pulang ke rumahlah.kalau ikut hati nak tahan teksi tapi memikirkan jarak rumah yang macam sekangkang kera je jaraknya.eh.macam dekat sangat.beberapa kangkang kera laa kot.memang tak laa pakcik teksi nak hantar.buat abeh minyak yo maka terpaksalah aku berjalan kaki laju ala-ala marathon peringkat kebangsaan.tapi sampai rumah lif pulak takde!and that made my situation become worst!!rase nak nanges oiii T_T.kene panjat tingkat 9 gune tangga serius memang rasa nak ketuk je pintu rumah sape-sape mintak tumpang jap.
kemuncaknya,bila aku sampai je rumah,fatin dah nampak muka aku lain macam lol.dia tahu housemate die neh dalam keadaan tak okey dan memerlukan rawatan kecemasan.part ni laa aku rasa terharu yang amatttt.
aku cuba sedaya upaya tak nak muntah tapi apakan daya,ku muntahkan jua kfc tu umpama daku memuntahkan apa yang aku baca dalam exam lol.subjek phisiology 2nd year,slow pain can induce vomitting.so i was vomitting.walaupun cuba untuk menahan diri "tolong laa jangan muntah kema ko dah makan kfc tadi rugi kalau muntah rugi wooo rugi!!"kahkah nak muntah pon boleh fikir dulu.nampak nau kedekutnye.haha takdelah.
yang paling aku terharu bila "kema takpe ko pegi rehat biar aku tolong setel".serius rasa nak nanges!bila kau tengah sakit,takde orang pon boleh tolong hilangkan sakit tu melainkan Allah.tapi moral support can reduce the pain.sepanjang 5 tahun aku kat mesir,kawan-kawan especially housemate memang banyak tolong aku.dorang faham aku,tegur aku kalau aku salah,dan support aku kalau aku down.
kau datang kelas,mesti akan ada yang tanya "kema,okey dah ke?"
aku okey.sebab ada korang.even kalau aku tak okey pon,aku okey sebab ade korang :) ecewah
terima kasih Allah sebab hadirkan insan-insan yang memahami dan membantu aku.yang paling penting mengingatkan aku tentang Pencipta ku.mendekatkan aku dengan Rabb ku.kalau tanya aku mende apa yang paling bernilai kat mesir ni,jawapan dia sahabat-sahabat aku.tak ternilai beb!
Allah sahaja yang mampu balas jasa kalian.
dan 2 kali tak pergi lectures O&G,terus tak ingat kelas tingkat 2 bukan tingkat 1 lol.minggu yang agak exhausted,so minggu ni kene compensate balik apa yang tertinggal.
~macam mana taknak bagi down bila sakit?satu :sakit sebagai penghapus dosa.dua :bagi aku time sakit ni laa nak rehat sungguh-sungguh. tiga:Allah sayang sebab tu Allah uji.ngerti? :)
dan 2 kali tak pergi lectures O&G,terus tak ingat kelas tingkat 2 bukan tingkat 1 lol.minggu yang agak exhausted,so minggu ni kene compensate balik apa yang tertinggal.
~macam mana taknak bagi down bila sakit?satu :sakit sebagai penghapus dosa.dua :bagi aku time sakit ni laa nak rehat sungguh-sungguh. tiga:Allah sayang sebab tu Allah uji.ngerti? :)
0 comments:
Post a Comment