Sunday, July 13, 2014
berbicara tentang jodoh...
"selamat hari lahir.moga Allah lindungi.moga cepat dapat jodoh"
okey ini ucapan ummi aku pagi tadi.sempena hari lahir anak sulungnya yang ke...ehem.okey no need to mention laa lol.
terkejut?giler tak terkejut.terbangun tidur terus aku.sebab aku memang tak sangka ummi aku akan buat ucapan macam neh haha.takdelaa sebelum ni ummi aku tak pernah pon cakap pasal mende neh.mungkin sebab ummi aku dah tahu cerita aku admirer sape(lol).
tapi pernah jelaa ummi aku tanya "ade ke orang suka kaklong?"
aku pon pernah gak laa fikir.ade ke orang suka aku?
okey aku betulkan ayat.ade ke orang nak doktor perempuan macam aku?haha adil sikit.
bukan apa.sekarang aku student.komitmen tak banyak mana lagi dan kadang-kadang orang lain nampak macam aku neh lepak sangat padahal banyak mende je aku kene study.belum kira time study week lagi kalau tengok gaya aku macam separuh zombi separuh manusia jadian pon ada.
tapi time aku kerja nanti,aku pasti teramat pasti.masa aku sangat limited.masa untuk diri sendiri sangat terhad apatah lagi dengan family dan orang-orang terdekat.serius mende neh buat aku takut nak ade komitmen time dah kerja.aku taknak family aku terabai dek kerana kesibukan aku bekerja cewah gitu.
maka aku fikir,partner hidup aku dia kene faham kerja aku.okey die kene faham aku dulu.pastu faham kerja aku.pastu faham masa aku.faham komitmen aku.faham keadaan aku.eh berapa banyak faham macam kene buat buku teks je neh "memahami akma anis-vol 1 dirinya" "memahami akma anis-vol 2 kerjaya" wahaha overrr.motifff.
aku tengok orang lain kahwin cikgu atau kerja pejabat.okey fine ade cuti weekend pergi kerja pagi balik petang.tapi aku nanti?waktu kerja tak tentu tengah malam baru habis kadang-kadang.cewah gaya cakap macam dah kerja.boleh ke anda faham waktu kerja doktor perempuan?
pastu mestilah nak orang rumah yang tolong urus rumah masak sume kan tapi aku takut aku tak berapa nak ada masa untuk semua tu.aku dah nekad aku memang taknak ambek pembantu rumah aku memang nak masak untuk family aku tapi kalau tak sempat macam mana?kalau aku kene bukak puasa kat hospital pastu orang rumah aku macam mana?uisy sedih kot makan sensorang.boleh ke anda tabah menghadapi semua tu kalau dapat orang rumah doktor?
banyak lagi laa yang aku fikir kesian jugak dapat bini doktor perempuan neh.sibuk semedang.pastu kecoh doktor perempuan tak kahwin lagi andartu laa ape laa tak laku laa.amboiiiii kau kutuk doktor perempuan pastu bini ko nak bersalin ko cari doktor perempuan gak kan?siku kang.
maka aku berharap,
1)partner aku mestilah memahami aku sepenuhnya.tapi aku pon kene laa faham dia.baru laa adil kan
2)banyak bersabar dengan aku.aku takut time aku kerja lagi ke-down-an aku sangat dahsyat(mintak jauh laa).yelaa selalu dengar houseman kene marah tak ke down?so aku harap die boleh bagi support kat aku.cewah.moral support okey bukan tongkat ke ape
3)faham kerjaya aku waktu kerjanya tak menentu kalau tetiba ada emergency ke kan.
4)yang pasti mestilah dia boleh bimbing aku ke jalan yang benar
5)eh banyak laaa nak list satu satu kat sini nanti lah aku buat list baru bagi kat dia.eh
kau tu kene menjadi yang terbaik dulu sebelum kau mengharapkan insan terbaik untuk kau kema.
hari tu ade terbaca desas desus mengatakan "akhawat gen09 ni tak laku ke"
amboiiii.sesedap rasa je.
aku rasa batch aku neh kebanyakan dah berpunya tapi untuk berumah tangga ketika belajar neh tak ramai yang mampu.kalau tanya aku pon,aku nak kawen after aku grad laa paling awal.tapiii jodoh tu kan Allah yang tentukan kita hanya mampu merancang je.so tak wujud laa istilah laku tak laku neh.kalau dia kawen lambat pon tak semestinya sebab dia tak laku.banyak faktor lain tahu.ingat senang nak cari bakal imam?
atau akhawat gen09 hebat sangat sampai orang lain rasa inferior?hehe.orang lain laa hebat.aku biasa biasa je tak thiqah mane pon.tulis blog pon mengarut.
itu jelah aku nak cerita malam neh.emm aku rasa ummi aku cakap pasal jodoh neh sebab ummi umur 23 dah kahwin tapi anak dia neh...haha.baru 23 kannnn.
tipu laa kalau takde rasa nak ada family.tipu laa kalau tak rasa apa bila member kawen.tipu laa kalau korang cakap korang tak fikir pasal neh.
dalam dok risau pasal jodoh,soal ajal jangan lupa.boleh jadi berjumpa ajal sebelum jodoh.semua Allah dah tulis.
sooooo.sebenarnya saya bakal doktor.awak okey ke?
lepas aku kahwin nanti aku nak cari balik post neh pastu aku nak gelak laju-laju lol.
eh aku nak jemur kain.dari semalam lagi kerja aku mendobi je.aku ingat nak packing barang malam neh berapa hari je lagi nak balik tapi tetibe malas laa lagi.esok laa huhu.
owh terima kasih untuk semua ucapan dan doa.dan ucapan yang guna gambar sendiri itu rare.seharian senyum sensorang tahu.
Tuesday, July 8, 2014
tu je nak bagitahu kbai
semalam habis exam paeds paper 2.mcq.alhamdulillah 'ala kulli hal.aku rasa lega sikit sebab exam written dah habis.tapi exam oral dan clinical pon boleh tahan mencabar.110 beb!
semalam aku ada meeting tapi time meeting mata aku kemain tak boleh bukak.dahlah balik meeting tu bangunan rumah aku BLACKOUT.ya Allah serius laa aku rasa nak nanges tak larat nak naik tangga panjat tingkat 9 T_T
so semalam aku ingat lepas tarawih tu aku nak post something kat fb pasal exam pastu terus tidur sekali tengok-tengok pukul 12 lebih aku tak tidur lagi maka aku ingat aku tak nak tidur dah sampai sahur sebab takut tak terbangun.
owh ye aku sahur pukul 2 lebih.bukan tak melambatkan sahur tapi sebab subuh kat mesir skang neh masuk pukul 3 lebih okey.
tapi aku ambil keputusan aku tidur dululah.tapi bila bangun sahur tengok-tengok BLACKOUTt.time neh memang aku berperang dengan diri sendiri nak bangun ke tak macam mana nak panaskan lauk sume neh nak makan apa kalau sahur.
lama gak laa aku berperang lol.stress tahu BLACKOUT time sahur neh.sudahnya aku bangun laa jugak.minum air,makan kuih semalam dan kurma sebiji.okeylah tu.aku redha :'(
sadis jugak aku sahur dalam gelap macam tu.baru tahu perasaan orang miskin tak de elektrik kat rumah sahur macam mana.okey aku insaf.tu pon kira okey aku ada kuih nak sahur tapi orang lain entah-entah sahur dengan air masak je.
puasa kat mesir neh memang banyak ajar aku bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada.terima kasih ya Allah :)
doakan aku dan kawan-kawan exam clinical dan diagnostic tools esok dan 12 haribulan neh.syukran!

Subscribe to:
Posts (Atom)