Pages

Tuesday, September 29, 2015

realitinya di sini,inilah...

hai uolss.

sampai mesir dah kita.

check in okey,first time aku rasa aku main sumbat je barang dalam beg tak kisah berapa kilo.bila lebih sekilo aku siap cakap "kak,halal ea sekilo!"akak kaunter tu chill je senyum.terima kasih akak jasamu ku kenang muah ciked(?)

dan jugak case kantoi kat airport kahkah.nasib baik tak ramai orang.kantoi apa?adelaaaaa.

pastu macam biasa aku buat drama berlari nak masuk gate.sikit lagi gate nak tutup beb!tu laaa rilek sangat kengkonon.flight kali ni aku rasa macam sekejap sangat tak sempat tidur pon.

alhamdulillah safely landed and safely arrived.selamat datang ke rumah bini nombor dua!

so tunggu apa lagiiii?!study laaa woiiii.

back to reality.walaupun hari semalam aku bangun tidur dalam keadaan terpinga pinga macam "eh cemane aku boleh ade kat mesir neh?aku dah balik ke?"pastu termenung teringat rumah teringat bilik yang aku cintai.

owh aku ingatkan blog aku takde stalker dah.wujud lagi rupanya stalker aku.hai awak yang tengah stalk saya tu,rajin2 whatsapp laa saya ye.saya tahu awak ade banyak mende nak tanya kahkah.haa ye awak laa.ingat saya tak tahu ke awak stalk saya :P

yang aku tahu stalker aku 2 orang je setakat neh.p**** dan a*** z*** hahaha.rajin korang baca blog aku neh.tak boring ke weh?

bangunlah dari mimpi.back to reality.jomlaa kita study.all the best for you and me.

kepada sesiapa yang terserempak dengan entry neh,doakan kami gen09 lulus final exam.ameen!

realitinya di sini,inilah cairo university!

nampak lawa nampak lawa dia pakai NV.

eh tak.pakai silky girl je.

*wishlist aku kat sebelah kanan ni dah bertukar weh.jemput baca dan jemput merealisasikan ia untuk aku*





Thursday, September 17, 2015

aku normal je.

wehhh lamanyee tak update blog iolllsss is rinduuu haha

k over sangat -.-

aku kat malaysia skang tengah study leave kengkononnye neh.tapi next week dah nak balik mesir dah sobsob.

ape je aku buat kat malaysia.aku sedar diri aku memang tak boleh nak ngadap sangat buku kat malaysia neh banyak cobaannnn.so aku kene merelakan hati untuk balik dan meneruskan perjuangan kat mesir huhu.

setiap kali aku pandang meja study aku,aku mesti macam
"alamak banyaknye buku nak kene baca nak kene ingat lagi nak kene hafal lagi.ni belum kira surgery lagi"

setiap kali aku fikir macam tu boleh buat sampai tak lena tidur lah.tapi akhirnya aku tidur jugak tanpa rasa bersalah kahkah.ya Allah teruknya aku sorry sorry aku memang kene study sebenarnya.

tapi dalam pada nak fokus study tu ade laa jugak mende aku nak kene fikir sebenarnya yang memang aku tak boleh nak elak.biasalah kan umur pertengahan ni banyak pulak halnya kahkah.

apa yang dah jadi history tu,biarlah dia jadi sejarah.aku nak minum air rendaman semut berperisa sirap pon kang abes pulak aku lupa sume mende medic yang aku dah belajar 6 tahun neh.so slowly laa.aku just boleh doa time will heal everything laa macam tu.hopefully.

mende dah bertahun beb,memang tak laa kan boleh lupa sekelip mata.tak tahulah kalau engkorang boleh buat.kalau boleh tolong laaa komen bagitahu aku macam mana.kalau nak suruh aku langgar kereta sampai hilang ingatan haaa memang tak laa aku nak buat.bagi suggestion lain please.

dan dalam masa yang sama,ada unexpected thing berlaku kat aku.serius memang mende tu aku betul2 tak sangka.tapi lepas apa yang dah jadi,aku decide malas fikir panjang2,aku follow the flow je.serius aku macam ikut je neh,dan tawakal.aku tak tahu laa mende aku buat neh betul ke tidak.emm

kau kenal orang sampai bertahun,tapi kalau takde jodoh tak jadi jugak.aku sedar tu.

haha itulah realitinya.akademi fantasia,inilah realiti!

just nak bagitahu,kalau kau rasa apa yang kau plan tu dah cukup cantik dah cukup baik dah buat kau,kau silap.tak semestinya apa yang kau suka tu,the best buat kau.

Allah dah plan cantik dah.tinggal aku je nak terima ke tidak.

so

aku rasa aku dah move on.kot?eh perlu ke announce kahkah.eh lantak laaa blog aku pon.plus aku memang yakin sesangat sangat blog aku takde orang baca dah.stalker aku sume tengah khusyuk study kahkah.

aku kene insaf neh ya Allah pimpinlah aku ke jalan benar.

kadang- kadang kau rasa hidup kau ni malang sangat laa tak macam orang lain yang boleh dapat apa dorang nak tapi kau tak pernah dapat apa kau nak.

aku laa tu rasa macam tu.tapi selalunya Allah tegur direct je.aku akan nampak ada hidup orang lain lagi teruk kene uji dari aku.

happiness tu,bukan orang lain yang tentukan.kau sendiri decide,tapi dengan izin Allah laa.so marilah kita berhappy happy walaupun buku berdozen dozen nak kene baca T_T

emm lagu setia faizal tahir neh macam ada chemistry dengan aku.memang FT tuju lagu neh kat aku kot.eh

main-main jelaa :P

don't be so serious :D